Sunday, March 21, 2010

Senyum Se-Indah Suria

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Hari ini hari yang sangat luarbiasa, cuaca di luar bersimbah cahaya mentari sejak dari pagi. Akan tetapi telinga tetap menangkap deru rintik2 dari atas atap yang rapuh. Perlahan selapis langsir diselak malas, cerah, tetap cerah. Langit membiru dan pepohonan jelas hijaunye, tidak dikaburi kabus dan embun pagi. Bibir digigit, risau dan pelik. Deru ape yang menekan2 atap di atas ini? Langsir kedua diselak pula, beranda besi berwarna hijau diperhatikan dalam2. Owh ye, basah, sah hujan! Jangan difikir langit yang tenang tidak-kan hujan!

Langkah kaki terus mati. Jaket coklat yang tergantung di pandang sepi. Menoleh ke sebelahnya, buble jacket bagai tersenyum memandang tuan-nya. Leher dipusing ke kanan, lalu ekor mata menangkap sebuah kerusi yang gah berdiri. Di hadapannya sang habib sedang berkelip2 setelah di'stand-by'kan mode nya semalam. Duduk lalu dilabuhkan di situ, menghadap sang habib dan memainkan jejari di kekuncinya, membuka sebuah laman web sosial yang sedang fofular.

'Facebook' terpampang di depan mata. Sebuah kegilaan muda mudi dan tua tui. Sebuah nama emel lapuk lantas di taip di c2. Jeng2! Sekadar sebuah bunyi yang bermain di gegendang telinga dengan sendiri. Sebuah bunyi mistik yang menghantui saban ketika apabila menghadapi kejutan. Dengan lebih lanjut, sekadar sebuah bunyi yang direka cipta untuk mengubat sunyi tatkala bersendiri dengan sang habib.

Ke'jeng'an itu hadir dengan wajah seorang kawan FB yang telah ditag. Sebuah peluang terbuka luas untuk men'stalk'kan dia. Maka tanpa berlengah, minda mula bergerak laju, tidak selaju hujan yang sudah semakin reda di luar sana, ditemani langsir yang terselak lemah memancarkan cahaya pagi, jari terus memulakan langkah...


Ini bukan gambar-nya. Kemungkinan besar sahaja dia tidak sechomel ini waktu kecil dulu. Nah! Siapa tahu?! Menelusuri gambar2nya bersama keluarga, meruntun hati menitipkan senyuman demi senyuman, membuat bibir tidak henti2 bersenam. Comel2 sungguh gambar2 mereka. Membayangkan sebuah keluarga bahagia yang meniti hari bersama. Dalam apa jua keadaan. Dalam apa jua aktiviti.

Paling terkedu melihat baby-nya tidak henti2 membundarkan mata, dan mengukir sengih pada setiap gambar yang disertai-nya. Baby yang sungguh teramat ceria. Yang sungguh menenangkan mata dan hati. Memberi kelapangan pada otak, dan menggamit sebuah keceriaan untuk memulakan hari.

Beruntunglah bakal2 ummi dan bakal2 abi. Beruntung juga buat teman2 yang sudah menjadi mami and dadi. Biar sesibuk mana pun kalian, kalian tetap punya gula2 yang memaniskan rumah, yang takkan pernah habes dan cair fiziknya, kecuali jika di tetapkan oleh NYA. Bersyukurlah untuk itu.

Senyum lagi.

Maseh senyum. Senyum bila teringat sahabat2 yang baru melahirkan, dan akan melahirkan. Senyum untuk sahabat yang sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat. Senyum untuk kehadiran baby tua bernama Qistina yang sudah masuk 5 tahun umurnya di teratak kami.

Senyum teringat keletahnya. Senyum dengan senyumannya. Terima kaseh untuk gambar bermakna yang telah membuat hamba tersenyum.

Untuk tuan hamba yang sedang tersenyum bersama hamba pada hari ini, bersama ini hamba kongsikan daripada Akh Muzir doa2 untuk membuat kite senyum sampai tua, insyaALLAH ;)

Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَاأُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَسَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيرَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَيَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَأَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامً

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيأَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِيإِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

'Dan sama2 kite beringat, gula bermutu tidak akan keluar dari kilang dan ladang yang tebunya tidak elok' - smile

*Setinggi2 penghagaan dan terima kasih buat; (http://muzir.wordpress.com/2009/09/12) dan (almakki.wordpress.com)

Friday, March 19, 2010

Jatuh Cinta Lagi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Lame sudah tak mencoret laman ini. Sedikit bizi dengan urusan turun naik sungai. Bak kata sorang pakcik yang selalu jogging di sampling site-ku, "save the rock!!"

Alahai pakcik, i tak buat research psl nk selamatkan batu, huhu, walaupun bersungguh balut batu macam nak rak, itu cume nak mengukur luas permukaan nye sahaja sebenarnye.

Bercakap pasal turun sungai ni jugak, sampling site kali ni terpaksa dibuat di kawasan rekreasi. Al-kisahnya ramai-la orang lalu-lalang. Masing2 dengan acara dan aktiviti masing2, ade yang sekadar bawak puppy nye jalan2, ade yang sekadar amik short-cut nak pergi sekolah, ade yang jogging dan tak kurang jugak yg buat lawatan ke situ, hmmph.



Nak dijadikan cerite, semalam, hari terakhir sampling untuk batch ini, tiba2 je ade segerombolan budak sekolah pergi melawat sungai berkenaan. Yang mane sungai itu semalam ade aksesori tambahan. Aksesori tersebut ialah seorang 'lady' (budget) yang berbungkus jaket belon2, hoodie menutup dahi (sebab hujan!) ditemani GPS, PH Meter, Flow mate, Net, botol2 ethanol yang sudah dilarutkan, berus2 gigi (yang ni takbleh blah ni), tak terkecuali tray2, aluminium foil dan botol2 sample yang bertaburan di pinggir sungai. Banyak lagi aksesori tambahan lain yang kecik2, tapi sebab peranan tak brape penting kita abaikan aje-lah.




Ades, dari tujuan asal nak buat research, tak pasal2 jadi demonstrator kat budak2 kecik yang chomel2 tu. Payah nak terangkan ngan diorang ape yang hamba buat, jadi hamba suh je budak2 tu anggap hamba tangkap bugs.


Duk sekejap, lalu lagi berpasang2 orang, malah ade antara mereka yang tegur hamba, "aii, bukan dari minggu lepas lagi awak ade kat sepanjang sungai ni?". "Betul la tu...". Hamba senyum sendiri, ingatkan hamba je yang mabuk nak kene g sungai hari2, rupe2nya ade jugak manusia lain yang datang hari2 jugak, terserempak dengan hamba hari2 jugak, walaupun tujuannya beda.



Hamba akan rindu tapak sungai itu. Sampling batch lain hamba dah tak buat kat c2 dah. Dah cukup dah 60 botol sample di kawasan tu yang tersusun gah atas meja kerja lab hamba. Tinggal space untuk mikroskop je, tengah cuak ni! Tak masuk lagi batu2 tersusun indah di tepi sungai. Hamba rase kalo Dunedin City Council tengok hamba susun batu dengan tak sengaja setelah mengambil sample, mungkin hamba akan dapat anugerah mencantikkan sungai, ngah2

Hari ni hamba buat cuti sendiri (walaupun hakikatnya baru keluar lab dan skrang duk dlm opis). Tiba2 hamba terfikir, hamba ni adalah golongan insan istimewa, kerana ALLAH beri peluang kepada hamba untuk mendalami bidang ini. Hamba dah pernah jatuh cinta sebelum ni. Dan hari semalam, hamba jatuh cinta lagi. Hamba rase cinta hamba akan mekar sampai bila2, insyaALLAH.

Tidak kira betapa sukarnya, betapa basah dan bersin2 nye, namun keindahan alam itu adalah sesuatu yang tak dapat dilafazkan dengan kata2. Kepuasan berada di tengah sungai, kepuasan mengukur arus, kepuasan dihembus angin, kepuasan mengkaji batu2 dan kepuasan yang amat bile melihat invertebrata2 yang hidup pada dan dalam batu itu meliuk lintuk di bawah kanta mikroskop.

Kalo dipikir2, macamane ade-nye sungai yang indah ini? Batu mane yang telah terpecah mengalirkan dingin-nya air? Kalo ade batu yang pecah sekalipun, macamana batu tu bleh pecah? Sape -lah yang kuat sangat pecahkan batu tu? Yang kuat kikis tanah buat alir sungai ni? Yang kuat sangat sampai boleh kutip batu2 yang banyak2 dan sumbat ke dalam sungai ni? Pastu yang letak haiwan2 kecik yang tak nampak dengan mata kasar dalam batu tu? Dan membuat alga2 dan lumut2 melekat ngan batu tu? Dan sape-lah yang buat arus2 yang membawa partikel makanan organic pada haiwan kecil yang menginap di batu tu? Sapelah agaknya yang punya kuasa macam tu skali ye?


“Allah lah Yang meninggi-kan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia berse-mayam di atas `Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.” [Ar Ra’d:2]



“Dan Allah memiliki kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi,dan tidak sesuatu basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" [Al An’aam:59]


Hamba bersyukur, kerana hamba bukan shj berpeluang menyentuh indahnya ciptaan ALLAH dengan mata kasar, tetapi hamba bersyukur kerana hamba berjaya menyentuh nya dengan hati, merindui-nya dengan akal, dan memburu-nya dengan jiwa dan azam yang membara.

Terima kasih ALLAH. Terlalu banyak rupanya ciptaan-MU yang tidak hamba ketahui...


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]

Tuesday, March 9, 2010

Cerite Che-Jah

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Tuan hamba pejam mata sat, tarik nafas dalam2, dan bayangkan....
Bayangkan tuan hamba tak jongang, dan nama tuan hamba che-Jah!
Bayangkan pada satu hari ada seorang lelaki datang ke rumah tuan hamba. Mula2 dia datang sorang, mintak tumpang tidur sebab dia seorang musafir.

Tuan hamba kan baik hati, mestilah bagi dia tumpang tidur kan. Hari demi hari, pakcik tu tak balik2 ke rumah sendiri jugak. Kata-nya rumah dia jauh. Jarak perjalanan macam negara Palestin ke Jerman g2. Jadi tuan hamba pun kesian.

Walaupun kesian, tuan hamba segan jugak ngan tamu tuan hamba kan. Keluarga tuan hamba pun nak privasi jugak. Jadi tuan hamba pun bagilah tanah lot belakang rumah tuan hamba tu. Suh tamu tuan hamba buat bangsal sendiri kat c2.

Bila bangsal pakcik tu siap, tuan hamba pun g-lah melawat bangsal dia tu. Ok-lah, tak amik space sangat. So, masih ada ruang untuk tuan hamba bercucuk tanam kangkung di belakang rumah tuan hamba. Tambah pulak pakcik tu tolong galikan longkang yang tersumbat kat belakang rumah, jadi pengaliran nutrien berjalan lancar lah untuk tumbesaran kangkung tersebut.

Tak lame lepas tu, ting-tong! Bunyi loceng rumah tuan hamba. Kalo tuan hamba maju skit, bunyi loceng-nye macam ni : assalamualaikum! . Tuan hamba tak buang mase, bergegas bukak pintu. Nampak lah oleh tuan hamba, seorang wanita separuh usia dengan seorang kanak2 berusia 13 dan 5 tahun. Tuan hamba tanya, "boleh saya bantu?" . Jawab makcik tu, "nak mintak lalu, nak ke rumah belakang."

Tuan hamba kaget, tapi membenarkan makcik itu dan anak2nya menembusi rumah tuan hamba. Memerhati langkah ke belakang. Rupe2-nye makcik tu nak pergi ke bangsal pemusafir di belakang rumah tuan hamba. Mula2 tuan hamba geram lah jugak kan. Tapi bile pakcik tu membawa anak isteri nye bersama onde-onde ikan kering dari kampung untuk tuan hamba, tuan hamba kembali senyum. Hati tuan hamba berkata, "alah takpelah, dia nak tumpang duduk sekejap, bila dah dapat keje stabil nanti, depa pindahla..".

Tuan hamba ni pulak hari2 takdelah nak mengendap ape pakcik tu dan isterinya buat kat belakang. Sentiasa bersangka baik. Satu hari bile tuan hamba tengah basuh pinggan, baru tuan hamba nampak dari picisan cermin tingkap, bangsal pakcik tu dah bertukar! Dari atap rumbia pada atap zink. Tuan hamba chill je -lah. Ye-lah, atap rumbia tu tiris agaknye bila hujan. Ye-lah semenjak 2 menjak ni hujan lebat jugak. Kesian depa..

Satu hari tuan hamba terkenang pohon serai kat belakang rumah, tuan hamba bukan pernah siram pon. Kebetulan tuan hamba tak sempat nak beli groceries, jadi serai yang dibeli dari pasar bulan lepas dah habis. Cane nak masak lemak cili api ikan sardin ni? Tuan hamba pun menapak malas ke belakang. Aiseh! Terkejut tuan hamba, bangsal kayu dah tukar rumah batu. Dada tuan hamba beralun laju. Tapi segera tuan hamba teringat, anai2 kat kampung tuan hamba memang banyak, sebab tu kot tukar ke rumah batu, sebab kayu-nye dimakan anai2. Kalo tak, takkanlah nama kampung tuan hamba pun, Kg. Anai Anai, ye dak?

Sedikit sebanyak, tuan hamba takleh lelapkan mata. Tuan hamba duk pikiaq, kalo rumah batu, macam-mana nak pindah nanti? Takke susah. Tuan hamba plak pening mikior. Nak tanya, segan. Tak berapa lama lepas tu, tuan hamba mengalami gangguan jiwa yang serius. Lalu tuan hamba dihantar untuk rawatan selama beberapa minggu.

Bile kesihatan tuan hamba dah stabil, perasaan tuan hamba dah tenang, tuan hamba kembali semula ke rumah tuan hamba di Kg. Anai Anai. Perkara pertama yang tuan hamba buat ialah melangkah ke belakang rumah! Aiyoh, mane rumpun serai tuan hamba yang segar? Mane kangkung berselirat di tepi longkang itu? Semuanya sudah di-tenggelami dinding batu yang utuh. Dinding pagar yang jinjing pun tak nampak, ketuk pun tak pecah. Dumm!

Tuan hamba sedih, lot belakang rumah tuan hamba dah dijadikan tapak banglo sang musafir yang tuan hamba anggap miskin. Tuan hamba pun mengobek segala laci maci mencari geran tanah dan berlari ke sekitar kampung sambil memegang geran berkenaan. Habis gerai kopi, kedai runcit, van jual ikan dan pakcik makcik yang tengah bergosip tuan hamba ceritakan masalah tuan hamba. Hakikatnye, takde orang pun paham ape yang di-tulih kat geran tu. Sementelah, sekolah untuk orang2 buta huruf pun berkilo2 jauh-nye dari kampung tuan hamba. Tapi apakan daya, pakcik makcik kate, "sabarlah Jah, kang ko lari sana-sini, masuk spital lagi karang!"

Lalu tuan hamba melangkah lesu pulang. Tuan hamba tertekan, depressed, tido je manjang. Satu pagi, bile tuan hamba bangun pagi dan menuju ke dapur nak makan cereal, tengok2 dinding dapur tuan hamba dah takde. Cerah semacam jek dapur tuan hamba tu ha. Rupe2-nye semalam orang belakang dah bom dah dapur tuan hamba. Tuan hamba je tak perasan. Roh tuan hamba merayau ke New Zealand masa tido semalam.
Haish, ini tak bleh jadi. Tuan hamba ber-siap. Kebaya senget dengan payung manik2. Geran tanah dalam handbag rotan yang dibeli dari Pasar Payang 2 tahun lalu. Kasut tumit 2 setengah inci, hasil main kutu dengan geng kak Yam bertahun2 yang lepas. Dan selipar jepun dalam supik gelenya, sebab nanti kene naik perahu, takut ter-peleot. Destinasi pertama: Pejabat Daerah. Ke-2: Balai Polis. Ke-3: Cari loyar!
Memandangkan perjalanan jauh ke pekan, dan alang2 sampai pekan, biarlah ber-hari2, tuan hamba pun menginap-lah rumah sepupu kat pekan sementara berada di sana. Dak-pelah , dah pesan dengan pak Hassan tolong tengok2kan rumah, sementelah kandang kambing pak Hassan dekat area rumah tuan hamba jugak. Sambil bawak kambing keluar makan rumput, bleh -lah pak Hassan tengok2 kan.
Dah beberapa hari, urusan pun dah almost setel, maka pulang-lah tuan hamba ke kampung halaman. Dalam perjalanan, nampaklah tuan hamba segerombol manusia mengusung keranda. Tuan hamba pun tanye-lah, nak g mana. Muka tukang usung paling depan macam bengang, "rase2 cik Jah, kite ni nak ke mane?".

Hai jawapan skit punye kelat, tuan hamba ubah topik, "sape yang di-bawa ni?". Jawabnye depa, pak Hassan. Oh noe!!! Tuan hamba sudah tak keruan. Berlari menentang arus ke kubur, pulang ke rumah terpencil di pinggir hutan. Sah! Ternyata sangkaan menjadi nyata. Rumah tuan hamba menjadi abu. Tentera berwajah bengis bermuka tak malu bersenjata di sekeliling tanah lot tuan hamba. Siap letak kon kawasan larangan lagi.

Tuan hamba menyerbu, "itu tanah aku!". Maka jawab tentera2 tidak sedar diri itu, "ade aku kesah???!!!". Tuan hamba memberontak. Tapi, pesumm. (Bukan posum). Bunyi das tembakan tajam terus ke jantung tuan hamba. Anak2 tuan hamba bertempiaran di kandang kambing pak Hassan.

Maka tamatlah riwayat seorang che-Jah! Anak2 che Jah? Tidur malam menggigil tanpa selimut. Baju berbau hamis bak kulit kambing. Makan vege ala2 rumput. Sanggup-ke tuan hamba menjadi che-Jah?

Itu baru sebuah rumah, kalo berjuta rumah di Palestin? Itu baru sebidang tanah, kalo satu tanah sebuah negara di Palestin? Itu baru cerita sebuah pagar kecil di pinggir hutan, kalau cerita pengawasan berat sebelah di Tebing Gaza? Itu baru cerita che-Jah, bagaimana dengan cerita che-che, puan2, tuan2 dan jutaan anak kecil yang hilang tempat bergantung? Itu baru cerita di Kg. Anai Anai, mcamane plak cerita seantero dunia yang diam membisu melihat Israel mengganas?

Kita ni baik. Jarang nak amik tahu hal orang lain. Kalo kite bahagia, buat ape nak susah2 stress pasal hal orang lain, ye ke? Pikior pasal gosip artis kawen cerai lagi best dr duk mikir cane nak tolong orang2 Palestin ni. Malah ade je antara kite, yang baru tahu cerita penganiayaan di Palestin hari ni. Untuk yang baru tahu tu, cerita Che-Jah kat atas ni sekadar bayangan dan drama penulis saje. Ape yang berlaku di Palestin tidaklah seringan itu, dan orang2 Palestin jauh lebih bijak, sihat dan teguh pun dari orang2 di Kg. Anai Anai sinun.

Buat semua pembaca, tak sedih ke, kalo che-Jah tu sedare kite? Orang2 Palestin tu, walaupun kulit-nya jauh lebih cantik dan mulus dari kita, tapi mereka tetap saudara kita. Bayang-kan orang buat macam tu kat sedare kite. Bayang-kan che-Jah tu kakak kite. Tergamak ke kite nak buat tatau je? Kalo tak mampu sekalipun nak membantu dari segi fizikal, meh lah same2 kite amik tahu dan ber-doa untuk mereka.

Sidang pembaca yang dikasihi...

Hari ni saje , Israel dah amik 1600 penempatan baru di Timur Baitulmaqdis, Negara Palestin. Bukan setakat blkang rumah che-Jah, atau depan rumah Che-Jah, bukan jugak kandang kambing pak Hassan. Tapi 1600 penempatan baru yang dibuka untuk orang2-nye-YAHUDI.
Mane lagi anak2 kita nak tinggal? Mane lagi anak2 kita yang dah takde bumbung nak merempat? Mane? Mane? Mane?

Sambunglah bayangan kalian..dan ingatlah, mimpi tak semestinya indah! BANGKIT!

Monday, March 8, 2010

Bila tidak ke Sungai (",)


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Rasa pelik pulak bile bercuti, mase bercuti digunakan sepenuhnye untuk bersenang lenang, erk, betulkah? Antara aktiviti siang hari bila tak turun sungai dan takde anak2 invertebrata yang menanti untuk di-identifikasi adalah menonton rancangan Jeremy Kyle di tv2.

Dah banyak kali dah sebenarnye tengok rancangan ni, tapi yang the latest ni kira macam masalah biasa la di kalangan masyarakat yang mengamalkan kebebasan sosial, kunun kebebasan wanita untuk berbuat sesuka hati kan. So, tetiba rase nak berkongsi dengan sidang pembaca. Sementelah dah lama betul tak menghapdet blog ini ;)

Walaupun hamba sebenarnya tak berape gemar ngan pakcik Jeremy. Mentang2 dia dah tahu sape salah via DNA test etc, sesedap dia jek nak main sergah2 orang kat dalam rancangan tu. Memang la talk show dia, memang la orang tu salah, but still, janganla memalukan orang yang salah tu. Bukan saje penonton dalam studio, tapi jugak penonton kat tv. Dan yang paling best, bukan orang kat UK je (Jeremy based in UK) tapi seluruh dunia kot! Kang terjumpa tengah jalan satu hari nt, teringat plak, dia ni lah yang jahat tuh!

Btw, Jeremy ni ade jugaklah yang sangat bagusnye. Sekurang2nya dia adalah orang yang sedar dengan permasalahan di UK. Especially masalah hubungan terlarang sehingga melahirkan anak- dan - anak terbiar.

Yang terbaru sebagai contoh, ade seorang gadis remaja, berumur 15 tahun. Sekolah tak habis lagi tu. Terlanjur ngan boypren dia pastu ter-mengandung. Mase sayang boypren dia kata "ala yang, I ni nak sangat jadi daddy, U lahirkanlah anak kite ni". Tak lame lepas tu, yang nak jadi daddy tadi jumpe makwe baru la plak. Lalu dikata-kan-lah dekat 'ex-yang' nye tadi, "Tu-lah U, sape suruh mengandung! I tak salah! Itu bukan anak I "

Depa pun satu. Sape suruh ber-zina? Yang ke-2, sape suruh masuk dalam rancangan umum macam tu? Depa sebenarnye takde duit nak buat DNA test, tu yang masuk rancangan Jeremy tu, sbb test-nye free. Dan kebanyakan yang masuk rancangan tu adalah penganggur dan budak2 sekolah yang tak habis sekolah disebabkan matang terlalu awal (jadi mami dadi secara tak sengaja).

Ish3, ape nak jadi ngan anak2 muda zaman skarang, takut plak bile memikirkan adik2 yang maseh kecik (keciklah jugak) kat rumah. Terlalu mencabar nak besarkan remaja skarang ye. Oleh itu, marilah kita sama2 beringat sebelum kena. Jaga diri, jaga iman , peace (",)v