Friday, May 11, 2012

Harapan menjadi Layu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bila menginjak dewasa (atau kurang sedap disebut tua), mata makin rabun, ingatan kurang kuat, selalu ingat-ingat lupa. Mudah hilang fokus dalam pembelajaran. Dan barangkali lebih cepat tertekan dengan arus kehidupan yang selama ini tidak memberi kesan.

Bercakap mengenai penyakit lupa, barangkali juga kita mudah lupa dengan warna kegemaran sendiri. Bila ditanya seorang teman, hamba sudah berkira-kira untuk menggoreng jawapan. Namun gorengan itu dikhuatiri menjadi tipuan, lalu hamba berfikir keras untuk menentukan warna yang betul2 hamba sukai. Hehe, manusia, dan penyakit lupa. Semudah itu!

aww~ they look so sweet together :(
Ironinya, semasa hamba mengklik2 sesuatu di laman sesawang yang luas, bagi menajamkan deria detektif Conan hamba yang sudah berkarat, hamba terpandang sepasang merpati 2 sejoli. Menjadi penyeri di majlis kenduri. Kemeja batik bertanah coklat bercorak putih, dengan pasangannya juga berpakaian rona sama. MashaALLAH cantik sungguh. Jadi, hamba teringat, barangkali hamba suka warna coklat...

Laman sesawang itu luas kan, terkadang kita rasa kita lupa, tetapi kita bangun sebaik terpandang kenangan lama. Terkadang kita rasa kita tidak mempunyai kaitan dengan seseorang. Tetapi dunia ini kecil. Kemana-mana kekadang terjumpa dengan tiada sengaja. Dengan izin ALLAH jua..Petunjuk tentang sesuatu, barangkali..Petunjuk supaya yang lupa akan waras. Yang tidak tahu akan ter-ketuk dengan sendirinya. Mula mengangkat dagu, memandang langit biru. Tidak lagi mahu  terus tunduk dan tertipu dengan kicauan burung berlagu riang. Rupa-rupanya hari mahu hujan. Musnahlah harapan mahu menyidai kain di jemuran. (hamba sudah mula ber-entah-ape-ape)

Justeru, dikongsikan bersama tuan hamba sekalian, doa elak penyakit nyanyuk ini agar ia berguna untuk kita, inshaALLAH. Harapnya dapat diamalkan selalu terutamanya setiap selepas solat. Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنْسَى
Surah al-A ‘laa: 06