Thursday, January 19, 2017

Perut yang Lapar, Emosi yang Calar

Perut yang lapar, emosi yang calar

Fenomena wanita bekerja, punya anak2 kecil sungguh mencabar. Ibu terkadang terlalu sibuk di hari khamis, byk perkara perlu memenuhi dateline, bos tepaksa diimpreskna supaya hujung minggu berlalu tanpa whatsapp tak diundang.

Usaha balik bwk apa jua makanan yang dibeli utk anak juga suami.

Pulang mbawa badan yang letih, otak yang penat.

Jika ada sebungkus nasi, nasi tghari yang tidak sempat dijamah pon, didahulukan suami dan anak2 dulu. Suami nampak kita macam pemalas agaknya sbb paksa dia suap anak2.

Hakikatnya sebungkus itu je yang ada. Nak memasak barang dapur dah lama tak sempat berbeli tambahan ibu terlalu penat dan bercampur malas agaknya.

Kerana hakikat nasi cuma sebungkus dan jika ibu yang suapkan anak apa pula yang si ayah nak makan, anak2 pula jenis makan cuma sesuap dua.

Kenyang. Alhamdulillah.

Ibu lapar tapi tiada apa untuk dimakan. Tidur lagi baik.

Tapi nampak sangat malas ibu sbb tidur awal.

Tapi ibu dilayan selayaknya pemalas dilayan. Emosi ibu makin calar.

Bangun pagi dgn harapan baru. 3 in 1 dan biskut dlm tin. Harapan ibu agar ada ihsan atau nasi bungkus atau roti canai jatuh dari langit.

Tapi menapak ibu ke ruang tamu, menapak masuk ke bilik pula kaki kaki harapan ibu.

Calar lagi emosi ibu.

Maaflah kerana emosi lain yang calar tidak mampu ku peduli. Aku bukan superwomen yang sehebat itu.

Godek2 peti ais, plan nak masak serba ringkas, cukup sekadar moi bkuah sup mungkin, ibu perlu ke pejabat di hujung minggu kerana tugasan yang tidak usai. Maaf anak2, ibu akan pastikan ada barang suapan utk kalian.


No comments:

Post a Comment