Saturday, June 25, 2022

Masa Kanak-Kanak yang Hilang


 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Tuan Hamba,


Okay malas nak study. But I still need to talk about this! 


Begini. Ini tentang bagaimana hamba melihat sesetengah manusia yang try their hard to please diri sendiri, and put it a blame on others, i/e masa kecik miskin tak boleh buat tu ni, masa kecik mak tak kasi tak boleh buat tu ni.

Jadi depa lempiaskan semua kesalahan itu, now that mcm dah ada duit, gaji etc pulun habis2an utuk buat apa yang tak sempat buat masa kecik.

Look.

Masa hampa kecik, sama ka dengan hampa dah besaq ni. Logik tak u cannot do things masa kecik, jadi u pulun to buat it all now?

Macam some scenario dekat barat, im sure ada jugak di Malaysia, ada adult yang memang suka jadi baby, mcm pakai diapers, hisap botol etc. You guys, some maybe rasa mcm disgusting, tapi it is some sort of penyakit mental.

So if you guys think ini adalah so not you, fikir 2 kali, yang u duk kejar main semua jenis sukan for example sbb masa kecik tak ada can, sbnrnya lebih kurang je dgn penyakit mental kat atas tu. Not to say menjijikkan, bukan itu pointnya. Tapi lebih pada kasihan la. 

Memang la your tindakan tu takdakla sampai tara tu, but still guna alasan sama kot ek? So, boleh simpulkan sendiri?

I dont have any problems dengan bujang yang tak ada life utk buat apa-apa je lah yang dia nak buat. Tapi bagi yang dah ada keluarga tu,  menggunakan alasan, "masa kecik saya tak sempat buat semua tu", now that anda dah dewasa, dah ada your own kids pun. The best part is, your own kids terperuk sahaja di rumah, sebab parents lebih sibuk buat benda yang parents tak boleh buat masa parents dia kecik dulu. Berebut "masa kecik" orang kata dengan anak. Maka terhasillah cycle yang sama pada anaknya. Nanti anaknya dah besar, anaknya pun pulunla kejar "masa kecik" sbb " masa kecik kita dulu kita tak sempat buat tu ni, sbb mak bapak kita sibuk, tak ada orang nak ajak/ajar kita", dan begitulah kitar selanjutnya.

Sudah2la blame on your own parents, tak bagi peluang pada you untuk buat benda yang kononnya you minat. Biarkanlah yang lepas tu dah lepas. Maafkan sajalah dan move forward. Tak semua benda yang kita nak buat dalam dunia ni kita boleh buat. Admit it! Sekarang fokus pada masa kini, bukan masa lalu. Bergantung pada masa lalu hanya buat kita depress aja. Pada masa kini , kita ada mulut nak kene suap di rumah, secara harfiahnya la, bukan suruh you amik sudu dan suap pun. Tak kemana la lagipun kalau dah tua-tua ni you pandai main semua jenis sukan pun/ join semua jenis entertainment pun, tak ada matlamat yang jelas pun. Matlamat yang jelas ialah jika anak2 you dapat build up self-esteem, kerja sekolah siap, etc2. Jangan harapkan partner you saja.

Btw, ur partner boleh pulak lupakan semua impian dan cita-cita sebab nak fokus pada anak2. Ke you yang suruh lupakan?


Just sesetengah perkara yang bermain di minda hamba these days. Yes, Im observant anyway haha. 


Panjang lagi kalau nak hurai topik ni, Kena study dululah baru ilmiah sikit. 


Chao!




Wednesday, July 7, 2021

Sendiri Toksik: Part 1

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba,


Another reason to live!

Alhamdulillah. 

Let this blog be my diary, my jurnal of life. Told my 'Misteri' yesterday, I challenge myself to write for 40 days in a row and we giggled on how this could my tanda-tanda of leaving. 40 hari kan, buang tebiat org kata. Aduh masih panjang perjalanan, masih tak cukup bekal, semoga ALLAH panjangkan usia. I told my Misteri kalo ibu dijemput Illahi, mungkin tulisan-tulisan ini pesanan-pesanan terakhir ibu untuk depa. 

So as pesanan untuk anak-anak and ibu sendiri, suatu benda yang tak dapat dielakkan ialah toxic people around us. I used to be toxic for myself. Macam mana? When I think too much before doing things. Kenapa hamba lama tak update blog ni, sebab hamba fikir sat lagi klo org baca kata apa pulak. Sama la dengan FB. I stopped post things kat FB masa ada kawan komen dekat gambar situasi kat ofis i, "sedap ore ado bilik pejabat". I was like triggered dan malu untuk share my moments. I tak mahula dikatakan menunjuk, jauh lagi melukai org yang kurang bernasib baik.

Itulah yang dikatakan terlalu berfikir apa orang nak kata. Sometimes bagus jugak, But u started loosing your circle of friends, bila tak aktif di media sosial, you are so afraid to even open your FB homepage, just because you will see your friends news, you get afraid to leave any comments because they might ask you back, and you just didnt' want to think on how to answer, that would please anyone in the world, who can possibly read those! Sejauh itu hamba fikir. Dan sejauh itu la hamba makin jauh. 

Speaking of which, I miss them so much. Dari zaman sekolah rendah, menengah, matriks, uni, abroad, balik lagi pd colleagues, I miss them so much. 

To be continued...

Tuesday, July 6, 2021

'Mensibukkan Orang'

 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan Hamba, 


Since I know no human is watching, i will try to make writing in this blog as habit.

Challenge myself for 40 days in a row, and we'll see hah!

Main point, just a quick one, before Marissa wakes up and butuh perhatian sepenuhnya: ialah Tatabahasa my second one, Muna. 


As I mentioned in the previous post, Alhamdulillah our firstborn, Maryam is a quick learner. She learned languages and practices it well, and cherished bahasa very well termasuk bahasa indonesia (pengaruh utube) tapi yang tak bestnya dia tak minat Math! Yang ni soooo soooo soooo me uwaa.

But Muna in the other hand, si kidal yg trying her best untuk mempelbagaikan kamus dan vocabsnya, sometimes struggling with right words!

So, bila kita tengok drama dan ada keluarga, ada pasangan ibu bapa dan suami isteri. She then asked, sapa tu ibu? Ibu kata, "isteri dia..". Dari tarikh itu, dia isytiharkan sendiri kalau perempuan digelar isteri, maka kita panggil lelaki aka suami as "MISTERI".

Jadi abi nya sekarang ialah Misteri Ibu. Realiti. 

Then, kami suka mengusik dia sbb banyak lagi vocabs dia berterabur. Contohnya bila abinya balik, "jom makan, abi beli ikan keli" (opkos dah siap masak di kedai), Muna akan buat gaya geli-geli and called ikan keli as ikan geli. Silapnya sbb dia dah tahu perkataan 'geli' sebelum dengar perkataan keli. 

Dia tak suka kita usik dia, so dia kata, " ishlaa, mensibukkan orang saja".

Rasanya tuan hamba semua tahu apa yang dia nak sampaikan ('_')'

Btw, kesemua anak-anak kami practices bahasa melayu dalam dialek berbeza, dialek kedah di sekolah dan transit, dialek kelantan di rumah. English? Erk, ibu and abi not that rajin to speak in English jadi ke tasik sikitla hehehe.


To be continued, I have tons of data to settle hehe.




Gambar lama ni, tiba2 keluar di FB so I just letak for kenangan. Marissa belum ada lagi masa ni. And saya bukannya sokong France je, its just my Misteri yang buat cover photo FB dia masa tu. Our kids: Kanan- Maryam, Kiri-Muna



Monday, July 5, 2021

Kisah Kentut

 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba,


Its time to share.


Breeze. Feeling good, just stood beside the window and looking outside, having my 3in1 coffee, still warm. Heaven.


(Forgive my English! I will just write since I know no one would ever read this haha! at least until now, so no one would be interrupted by my tremendous grammatical error!)


Kisah Kentut:

Was having breakfast dengan anak nombor dua yang suka makan, seawal selepas subuh. 

Kelas Sains semalam (pdpr) beliau pasal deria. And she's not even finishing the task given. Banyak katanya. Muna ni sukar untuk fokus dan banyak bergantung pada kakak-nya Maryam, setahun beza yang apparently sangat pikap dan suka pulak mencelah memberi jawapan soalan2 kerja rumah Muna. 

So Ibu trigger Muna dengan satu subjek: Kentut.

Ibu tanya Muna, "Muna, kalau Muna dengar ibu kentut Muna guna deria apa?"

Opkos, subjek itu lead her to the right path! " Deria telinga!" Muna jawab. Close la tu, so ibu kata , "ye, deria pendengaran!".

and the list goes on! Tak payah la kot nak cerita in detail haha, konklusinya, she can relate well all the derias and at least she can finish mukasurat 27 dalam buku aktiviti dia yang dah tertangguh berapa lama. 

Well, itulah cabarannya pdpr di rumah, I have to be creative! at least pada pandangan sendiri la. Harapla sangat bila masuk sekolah balik isu "kentut" ini tidak dipolemikkan Muna di sekolahnya nanti. Tuhan sahaja yang tahu berapa banyak rahsia kami kat rumah ni diviralkan dengan kuasa mulut mereka berdua di sekolah dan transitnya haha! 


Tuesday, October 13, 2020

Maryam dan Ulangtahun ke 7

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Maryam...


Maryam Wajiha nama penuhnya. Maryam Wajiha, yang sering diulang-ulang dalam surah Maryam semasa mengandungkannya. Ibu ni penakut sangat masa mengandung, jadi ibu banyak berdoa agar urusan bersalin dipermudahkan. Maksud surah Maryam ni pula sangatlah menyentuh hati. Menjadi sumber inspirasi dan sumber kekuatan, agar ibu kuat untuk melahirkan, seperti Maryam melahirkan Isa di bawah pohon tamar..

Masa mengandungkan Maryam memang ALLAH permudahkan sungguh-sungguh. Begitu juga dengan Muna dan Marissa. Alhamdulillah tak pernah ibu alahan, tidak juga muntah, tidak juga mengidam. Bukan ibu saja, abi pun mudah jugak. Tapi mengidam mengada saja-saja memang ada. Tak mengandung pun mengada juga. Hobi ibu seadanya hehe. 

Urusan kelahiran Maryam pun smooth saja. Balik kampung untuk meraikan aidiladha, yang tinggal beberapa hari lagi. Maryam pun sepatutnya lagi seminggu tarikh due. Jadi pulanglah ibu dan abi berdua. Hari kepulangan, dalam kereta ibu rasa Maryam kurang bergerak. Kabo ke abi, malam tu kita terus saja ke hospital. Anak sulung, tak ada pengalaman. Panik la sikit. 

Sesampainya di hospital, ibu kene tahan, bukaan 3cm. Kontraksi ibu pun agak kerap rupanya. Dr tanya puan tak sakit ke, ibu jawap, 'eh tak rasa pon Dr'. Dr kata, tinggi tahap toleran puan ni.

Semasa menunggu, ibu tertidur sampai sebelum subuh. Ibu pun macam dah lupa macam mana tiba2 ibu di bawa ke labour room. Tapi seingat ibu, sikit pun ibu tak sakit. Sehingga lah tiba2 sakit itu datang menyerang dengan kuat. Sakit sangat. Tapi tak lama. Maryam lahir 15 minit setelah ibu mula merasa sakit kali pertama. Kali pertama itu pun ibu sudah rasa seperti di hujung nyawa. Ibu paksa abi kabo ke nurse supaya operate saja. Nurse cuma tersenyum sinis sahaja. Rupanya sakit ibu ni sebentar cuma. 

Dan kemudian lahirlah Maryam, anak pertama. Wanita besi ibu. Kuat orangnya. Bukan tulangnya sahaja kuat, suara Maryam juga semakin kuat semakin menginjak dewasa. Maryam ni prihatin orangnya. Sesuai jadi Doktor atau Kaunselor. Peka pada orang sekeliling tetapi tegas dalam hatinya. Bila dia sudah buat keputusan, maka tidak akan diubah-ubah. Bila keputusan dia diolah dan dia mula tercabar dengan aksi percubaan memanipulasi dirinya, dia akan memberontak dengan hujah-hujah dan justifikasi tersendiri. Idea dia bukan sahaja banyak, malah panjang dan sukar dipatahkan. Itulah Maryam. 

Dia juga mula memanipulasi orang sekeliling, terutama adiknya Muna. Selalu kene marah pun dia lah. Kerana terkadang sikapnya menampakkan seolah dia membuli adiknya. Tapi Maryam ni rajin membaca. Ibu tak suruh ibu tak tanya. Dia sendiri yang usaha. 

Sekarang Maryam sudah 7 tahun, subjek kegemaran dia bahasa inggeris. Ibu dan abi memang tak speaking di rumah, cuma bahasa kelate bahasa ibunda. Jadi Maryam ambik inisiatif sendiri belajar dari TV... nampak ada jugak kesannya. 

Semoga semua yang positif pada Maryam ALLAH kekalkan... dan semoga yang negatif-negatif seperti suka menjawab ibu dan abi tu dibuang. Ibu yang selalu berhujah ni pon ketandusan idea bila berhadapan dengan hujah Maryam, jadi Maryam tune kan lah hujah Maryam ke jalan dakwah... yang telah lama ibu dan abi tinggalkan.

dan Maryam, ingatlah seperkara. Semua kawan-kawan ibu yang nama Maryam semua baik2, cantik2 rupa paras dan akhlaknya. Jadi Maryam usahalah untuk mengindahkan diri Maryam, sebab nama Maryam ni istimewa. Bukan ibu pilih saja-saja. Maryam jadilah sumber inspirasi untuk adik2 dan orang sekeliling. Ibu doakan Maryam, Muna dan Marissa agar berjaya di dunia dan akhirat. Ibu redha ke atas anak-anak ibu, dan berdoa agar ALLAH redha akan kalian bertiga.

Doakan ibu untuk mendapat syurga ALLAH ye Maryam, bantu diri sendiri, adik2, ibu dan abi untuk menggapai syurgaNYA.

Ibu sayang Maryam! Selamat ulangtahun ke 7!


Wednesday, June 22, 2016

Kumat Kamit Kamu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Sedang dalam sesi viva. Menghadiri sebagai pemerhati dan pencatat. Duduk di sebelah adalah penyelia yang tekun menunduk saat pelajarnya berhujah.

Mulutnya kumat kamit. Hamba kira samada sedang istighfar, melazimkan amalan mulia terutama di bulan Ramadhan, atau sebenarn sedang berselawat, atau melafazkan Al-Insyirah untuk memudahkan urusan.

Beginilah agaknya Abah dan Ma bila hamba menghadapi apa-apa peperiksaan, sedangkan anak didik menerima begini punya amalan istimewa, inikan pula anak yang dikandung dan dibesarkan dengan keringat sendiri.

May ALLAH bless.

Monday, January 11, 2016

The - N.I.P.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Semalam hamba bermimpi.

Mimpi yang sungguh-sungguh ngeri. Masa kecil mimpi ngeri hamba cuma satu. Melibatkan kakak hamba yang cuma satu itu. Kalau ngeri selalu kerana dia jadi hantu. Itu sahaja yang ngerinya. Tapi mimpi semalam lain macam. Tiada watak hantu walaupun semalam hamba mengadap juga sekejap citer hantu tak berapa hantu. Cuma mimpi yang tak sanggup diulang tayang, kerosakan akhlak yang jauh melayang. Tidak sanggup berfikir lagi. Jangan lah pulak menimpa hamba ini. 

Pagi-pagi buka facebook. Mimpi semalam cuba dilipat kemas biar berhabuk. Tetiba tertengok satu rencana, ibu-ibu menyusu anak di tempat awam, dengan para kamera-man bersama-sama. 

Apa salahnya ibu menyusu? Malah mulianya Tuhan yang tahu. Perasaan seorang ibu menyusu tak perlu dipertikai. Makan dijaga - kempunan, mengidam semua takdak di akai. Yang tak minum air kosong pon tekak dipaksa menelan juga, kurma dikunyah bertimba-timba, biar susu melimpah anak kenyang sentiasa. Banyak doa di jaga juga. Banyak baju tersimpan kemas begitu sahaja. Mahu dipakai payah pula, tudung besar-besar semua jadi pilihan. Nah! Menyusu menggalakkan aurat tersimpan. Ibu menyusu banyak pantang larangnya. Niat nak berjalan jauh selalu terpendam. Takut anak lapar tak jumpa tempat untuk disorokkan, agar aurat terjaga anak pon kenyang. Bukan semua shopping mall macam New Zealand, jalan sikit ada bilik menyusu  - sofa bagai dan tirai terpasang, tak mahulah pula menyusukan anak di tepi jalan, kan?

Bukan jaga standard, bukan niat merendah-rendahkan. Hamba ibu menyusu tegar, dan ya! Masih menyusukan. Cuma pendapat hamba yang ilmu pun kurang, kalau nak menyusu pun tak perlu BERSELFIE bagai dan didedah-dedahkan. Dah elok-elok mulia, tetiba menjadi bahan cakap-cakapan. 

Hamba sokong ibu bertudung labuh, bila menyusukan anak, anak boleh tumpang berteduh. Sedang menyusu, kita pun tidak perasan, itulah dia ibu budiman! 

Hamba penyokong menyusukan anak di tempat awam. Cuma hamba tertakluk pada terma dan larangan. Agar tindakan mulia ibu jadi tindakan terpuji. Agar niat ibu tidak dikeji. 

In support of NIP!


Wednesday, April 1, 2015

Fesyen Mesyen

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, Hamba terlihat kepingan gambar lewat emel-emel yang bertambun. Terpandang kelibat seorang manusia yang agak penting- kerana jika tidak penting maka tiadalah dia dalam selitan gambar yang dikhabarkan itu-yang hamba ketemu sudah 2 kali. Uniknya, setiap kali pertemuan – rasanya- termasuk kelibat dalam gambar memaparkan beliau memakai satu set sut (erk sut la kot org panggil-seluar plus kot) yang berwarna pastel. Arghh adakah hamba yang kuno? Kerana begitu sukar rasanya hati ini untuk menelan warna itu pada seorang lelaki asing waris Shah Rukh Khan? Yang beralamat ke arah Sri Lanka itu (ke?) Okay, tapi no doubt la kan dia seorang yang hebat. Kalau hamba kutuk warna baju dia 4 bakul pon xde gunanya. Bukannya dapat elakkan pembelian dengan GST pon! Fesyen kan subjektif @*@ yawn p/s: Terlewat sehari, tapi nak jugak wish selamat menyambut hari GST seMalaysia! Gulp3!

Thursday, March 5, 2015

Orang Baru Entri Baru


 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
Uit lamo bebenau tak menghapdet. Tengok tajuk entri sebelum ni pun cemuih ye.
 
Ibu-Muna-Abi dan botol air nya


Okeh ni gambo kami ngan baby baru. Kaklong masa ni gi window shopping ngan tokma nye di Danok, Thailand. Kami saje melangkah lebih skit bawak ma n adik bongsu jenjalan masa ma hamba datang ke Kedah menjaga hamba pasca pantang baru-baru ini.
 
Setakat ini dulu di entri ini...
 
 
Dolu-dolu la la la la la la la
 
 


Saturday, November 15, 2014

Pengalaman Mengandung Anak Pertama & Kedua I




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, 


Kabare sume? Semoga berbahagia selalu hendaknya. 

Sawang-sawang ini hamba akan lap perlahan-lahan. Ambil masa 2-3 bulan barangkali. Bagi mengisi cuti yang entahlah jika bisa dikira cuti. 

Cer yang pertama - untuk entri kali ini- kelahiran putri kedua (ya sudah 2!) Alhamdulillah.

Nak citer pengalaman je -  kot ada yang rasa nak gunapakai untuk kegunaan peribadi. Nak guna boleh, takmau pon takpe. Heheh

Cernye pasal pengalaman mengandung kot. Memang berbeza! Sampaikan agak konfiden juga puteri kali ini adalah putera, mungkin besar sangat beza pengalaman mengandungkan depa. 

Mengandung sulung -  sulunglah katakan- manakan biasa dan reti dengan resam orang mengandung, ye dak? Asam tu kira cam peberet la masa tu. Tapi normalnya di luar tempoh hamil -  hamba bukanlah penggemar asam sangat, jadi kalo jumpa mangga muda cecah kuah rojak kacang tu takdelah kempunan sangat, Tapi masa mengandungkan Maryam dulu, mangga muda cecah cuka memang layan, tapi mengandung seken ni tak terasa nak makan asam langsung. Hasilnya, alhamdulillah 2-2 pon pompuan, hehehe.

Tu citer asam..pasal alahan pula, alhamdulillah kedua-dua pengalaman mengandung hamba tidaklah alahan mana, Yang kedua kali ni langsung tiada rasa alahan. tidaklah letih melampau macam mengandung Maryam dulu, natijahnya asyik berdengkur di bawah meja. Sakit-sakit pinggang, rasa tak sedap tekak sikit2, rasa cam senggugut skit2, oh itu pengalaman pertama. Kali kedua mengandung- boleh kata- hampir tak perasan - oh saya dah mengandung semula rupanya! Maklumlah baru lepas bersalin sulung... Hehehe ajeki.. Alhamdulillah!

Citer pasal emosi plak. Haiii yang ni peberet ramai orang yang tunggu nak hentam aii ni, hahaha. Hamba akui hamba ni jenis manusia yang beremosi, kadang-kadang terlalu mengikut emosi.. Teringat ada kawan pernah berkata, "kau kalau marahkan nyamuk, jangan dibakar kelambu!". Perghhh sungguh berbunga ayat itu namun terasa durinya mencucuk dengan signifikan. Bukanlah membuat emosi membuak2 kemarahan tetapi ia membaurkan emosi dengan sendu keinsafan (lah sangat!). Tapi kan, masa mengandung seken taim ni, my husband kata emosi hamba tidaklah seganas tsunami menyerang Acheh (as 1st time pregnant dlu).. dan boleh dikira tak emosi sangat la kot (kembang kempis idung hamba).. tapi xtaula kot itu cuma ayat pelali atau penenang bagi mengurangkan emosi yang dikesan sebagai berkecamuk! 

Tapi kalau bab emosi dan suara, rasanya ada peningkatan di mana tiap kali masuk mengajar, tone suara memang akan ikut emosi.. especially kalau ada yang menyakitkan hati dengan tidak mengikut arahan dsb nya la kan. Kesian depa... Sebab tu bila dengar suara baby baru yang memang membelah kesunyian malam, teringat plak dengan kekurangan keberjayaan mengawal suara dalam kelas. Serves me right! huhu

Apa lagi? Owh yes.. disebabkan anak sulung masih kecik... kekurangan masa la kot diluangkan untuk baby yang kat dalam masa mengandungkan dia dulu. Dulu masa tengah drive balik keje pon boleh sembang-sembang ngan baby (yang sulung).. Tapi yang 2nd ni tengah drive balik keje tu lah kalut nak balik takut Maryam nangis ke apa ke... kalut duk pikir nak pegi beli lauk lagi.. plus tahun ni jugakla dapat amanah yang agak berat dan selalu terpaksa setelkan kerja betul-betul bila nak thumbs out kan :(. That is why family planning tu agak penting (da sedar da) bukan nak melimitkan ummat tapi nak meng kualitikan ummat (hanya dengan izin ALLAH). So, harapnya dengan sedikit masa yang diluangkan untuk 2nd baby masa mengandung tu dapat ditebus dengan didikan dan curahan kasih sayang yang adil dan saksama dengan kakaknya nanti. Ameen.

Ok, panjang2 ni kut ada yang skip baca plak. Mana bleh skip, eja satu-satu lah. Haha. Sehingga bersambung lagi pengalaman ini (jika ada) di next entry, insha Allah...

btw: today is my birthday (~;^) Terima kasih ma yang telah berjuang dengan hidup dan mati untuk melahirkan. Now that I have 2 kids on my own ~ dan Ma ada 8 anak yang telah dilahirkan!!! Bagaimana Ma mampu mengharungi 8 kali detik kematian itu?? (bertanya diri sendiri sambil memandang Ma yang sedang memangku kepala dengan 2 lengan berkedut - lengan yang telah membesarkan kami -  di atas sofa sambil diulit mimpi di sebelah cucu terbarunya).. Terima kasih, Ma!

Monday, September 1, 2014

Maryam's Day Out



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Maryam is having fun at SP (I hope!)! With her nanny.. leaving ibu alone, watching "say yes to the dress"... Rindu Maryam. And abi, stil bz at work! Sepatotnya ibu byk kerjo, tapi memandangkan tis is 1st time Maryam went out to somewhere yg agak jauh.. membuat ibu tak senang duduk.. huuu. Tp sempat pulak hapdet skit, kenalkan my Maryam ♥♡♥




Sunday, August 31, 2014

Entri Sempena Hari Merdeka Ke 57!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


since ini guna lappy abi Maryam maka hidangan gambonye pon terhadlah~ almaklumlah~ nak cari gmbar lain xdan, Maryam da gerak2 nih~ ciauuu kawan2!
 Dah macam sarang Tarantula dah blog ni.. bersawang sana sini. Takdan woo, I am now a dedicated worker (lah sangat!), a wife (TO MY HUSBAND AND OUR HOUSE ~ my special definition of a housewife), a mother and a becoming mother (since tempoh menunggu newcomer ni memang macam2 dugaannya, ngee).

 So now, menarik nafas lega, kedengaran Maryam, anak sulung hamba pun menarik nafas panjang dalam lenanya. Fuhhh Maryam memang aktif dan susah lena.. once dia lena, biasanya dengan ibu sekali lena.. tapi malam ni got something to do lah.. since abi Maryam went out main badminton so inilah waktunya ibu Maryam menikmati secebis waktu bersendiri dengan menghapdet blog antik ini! 

 Secangkir kopi O pon sodap nih! Tapi once ke dapur rasenye mesti nak basuh kuali dulu... lap meja dulu... masukkan kain kotor dalam mesin dulu.. ceh macam rajin sangat la plak kan! keh3. Itu hakikat kot. Kadang2 bersawang kain dalam mesin basuh, tapi takpe, niat tu penting kan? 

 Lame sangat tak hapdet , rasenye xpasti nak hapdet ape dah.. Tapi yang pasti, memang rindu nak hapdet blog ni.. Nak sertakan memori2 lama untuk ulang tayang pengubat rindu hati ini.. Nak hapdet berita terkini kerana memang tak sempat langsung nak catch up dengan dunia lar espesli kawan2 lama yang ditinggalkan. For those yang sedang membaca, (yang mana hamba tau memeng tak ramai dan terdiri dari segelintir manusia cuma), ketahuilah! Hamba amat merindui kalian. Tidak hamba sesalkan kehidupan masa kini, malah inilah yang terbaik! Cuma kenangan lalu tetap mengusik jiwa, menjadikan kita lebih menghargai setiap detik baru ini kerana takut akan kehilangannya...

Thursday, September 19, 2013

S.G.S.



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, 


Semangat. Gembira. Seronok.

S.G.S.

Itu pesan hamba pada anak-anak murid yang meng- iramakan bicara untuk persembahan sabtu ini. 



Lenggoknya tertakluk pada 3 nilai tersebut.

Pronounciation sukar dibentuk dalam masa terdekat,  di saat-saat akhir. Jadi untuk choral speaking itu nanti, mereka haruslah "Semangat! Gembira! Seronok!"

Seronok! Hamba suruh mereka senyum hingga telinga.

Semangat! Hamba suruh depa pusing tune ke volume yang paling kuat!

Gembira! Jangan rasa terpaksa!

Hope they can nail it tis coming Saturday!

Fuhhh

Wednesday, September 11, 2013

Mereka-yang-di-Rindui



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba rindu bulatan bulat bujur atau kekadang bersegi itu. Bulatan yang dianggotai lebih kurang 10 manusia dewasa. Terkadang termasuk kanak-kanak 3 orang yang lincah berlari ke sana ke mari. Sehingga tertarik ke belakang tudung ibunda-nya yang sedia berbadan cilik. 

Di tengah bulatan itu, kadang-kadang ada tilam kecil yang dihamparkan. Dan ada manusia berwarna pink, biru atau ungu yang tergolek di atasnya. Mereka menguap. Menangis. Ketawa. Tersenyum. Paling-paling mereka memandang dengan mata bundar berkaca dan bercahaya ke arah mana-mana ibu yang sedang berkata-kata. Mereka menjadi bahan tontonan. Ubat di kala nguapan kami- nganga bagaikan singa.

Di hujung bulatan itu, biasanya menyandar kelelahan di dinding. Atau menyandar di kerusi empuk. Duduknya seorang yang amat dirindui. Amat dihormati. Yang sukar dicari ganti. Seorang ustazah. Seorang ibu. Ibu kami. Kecintaan kami. Orangnya masih muda. Masih kakak-kakak buat kami yang bersila lentik di depannya. Yang memandang di balik kaca mata yang kelabu disimbah neon yang kurang terang di rumah sudi memberi tumpang. 

Rindu betol mendengar setiap orang-orang ini bergilir mengalunkan ayat ALLAH. Bergetar rasa jiwa bila mendengar tafsirannya dibaca dan diamati bersama. Rindu benar hendak mendengar kami-kami ini yang sering malu-malu untuk meluah pendapat dan bicara. Kerana kurangnya ilmu di dada.

Walaupon selalu lemas dengan mesyuarat yang tidak berpenghujung, sekali-sekala rindu pula untuk hanyut dan lemas dalam suasana itu. Saat kebosanan menyerang dan kaki tak sabar untuk dilunjurkan. patah lagi rindu laksa terhidang yang dinikmati beramai-ramai. Bihun goreng itu. Kuih muih itu. Rindu. 

Sungguh rindu mereka itu. Tak ramai yang tahu. Tapi cukuplah sekadar mengatakan hati ini sungguh merindui. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dicari ganti.

"Semoga dikau-dikau disana yang kurindui ini ~ sentiasa di bawah rahmat dan kasih Illahi..."

Bicara Berlenggok



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Puaslah sudah hamba menggodek contoh bicara berirama di youtube. Tapi ternyata tiada satu yang terasa mencuit di hati. Susah juga untuk mengendalikan kumpulan "choral speaking".

Banyak betol bahasa badan yang perlu dilibatkan. Malah sesetengah kumpulan cuma berbicara dengan kepala. Erk!






Wish us all the best, people!

'Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan' 



Sunday, September 8, 2013

K.A.M.I.



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Buat tuan hamba yang tertanya-tanya, apa khabar-nya kami...

Kami hidup seperti manusia lain. Sebab kami pon berasal dari bumi. Hehe

Kami berpindah randah dari Changlun ke Jitra. Bukan sebab kami orang nomad, bukan juga badwi malah kami juga bukan gipsi. Tetapi belahan hati punya rencana untuk mengurang-kan letih sang isteri. How sweet! Erk ;)

Kami macam manusia lain juga. Macam pasangan suami isteri lain juga. Kami punyalah banyak kontra-nya. Hamba kaki rumah. Suka bertempek di sofa empuk sambil membelai bulu karpet beralaskan bantal peluk. En. Suami hamba seorang yang peramah. Suka berkenalan dengan makhluk sekeliling. Malah suka me'nyervey' barang2 di pasar juga.

2 badan berbeza. 2 jiwa yang besar bedanya. Kesian dia ;P

Tapi kami meniti titi perbezaan itu dengan gembira. Alhamdulillah. Kami gila-gila. Sering buat lawak di rumah. Walaupon ada yang terasa (disebabkan hormon ibu mengandung) namun segalanya diatasi dengan jaya. ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk setiap dari kita...



Erk!!!! 


Setelah Sekian Lama!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian


ALHAMDULILLAH!!



Uwaaaa I am now becoming a mother to this hard-kick lil girl in my tummy, in shaa ALLAH!



We are patiently looking forward to a huge hijrah in our life. Semoga ALLAH memberkati perjalanan ini. Ameen ;)

Monday, May 6, 2013

Hari Selepas Mengundi



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Alhamdulillah, life is good. Sedang menyatukan pieces of life together. After a long break and life has change. A lot. But it is good, alhamdulillah.

Things happen. Setiap satu dengan alasan yang baik. Oh sungguh rindu kampung halaman. Shud I say, this is Day 1: Away dari kampung, living new life with new task. Hmm ;)

Mengimbau kenangan mengundi kali ke-2. Sangat menyeronokkan hidup di kampung. Dikelilingi bendera berwarna warni. Dan tidur bersulamkan hon-hon dari van yang mengisi manusia berambut hitam dan tak kurang bertudung kaler-kaler melalui jalan berlubang-lubang, hasil tekanan lori pasir saban pagi.

Matlamat nya bagus. Tapi berdiri bercampur di balik kandang lori kecil itu agak janggal. Menarikan bendera bersama tangan-tangan berbulu terlebih hormon itu kekok. Mungkin itu semua ahli keluarga. Mahram. Lewat malam? Oh, ditemani mahramnya.

Satu hari, menemani suami memandu melalui sebuah kawasan perkuburan yang agak luas. Berdiri bola roma, terasa dekatnya dengan mati. Sehingga mata terbuntang, terbaca sebuah ayat yang ditulis pada wakaf di tepi kubur itu. "Keluarga saya pengundi **".

Lama terfikir, apa maksudnya, sehingga sahabat suami berkata, "pengundi hantu". OOOOOO itukah. :D

Terimbas pula bila menolong ma memasak untuk orang-orang yang memberi sokongan di wakaf-wakaf berhias bendera. Dan masing-masing menunjuk kreativiti rekaan kejuruteraan menggunakan buluh dan kain-kain. Awesome.

Despite of the chaos at some places, I admit that I was having fun. This is a great war, dan sedikit sumbangan jihad tersangat kecil bagi semut merah seperti hamba. Alhamdulillah.

Tuesday, March 19, 2013

Penyakit Macam-Macam

 
 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Adalah sangat kelakar apabila terbaca  berita ini . Namun tidak dinafikan ketaksuban manusia kepada benda-benda mengarut dan khurafat memungkinkan pelbagai penyakit yang sebenarnya tidak wujud.
 
Kepada tuan hamba sidang pembaca yang malas hendak mengklik dan membaca keseluruhan berita di atas, biarlah hamba simpulkan.
 
Di sesetengah tempat di benua Afrika, tuan hamba jangan memandai hendak merenung dan bersalam sesuka hati dengan mana-mana orang tempatan. Kerana, kemungkinan besar anda akan ditangkap dan dibelasah hingga mati, kerana didakwa menyebabkan organ seks orang itu kecut dek panahan mata tuan hamba.
 
Bukan hamba ingin bercakap kotor, tidak. Tetapi itu adalah kepercayaan orang bumiputera sana yang masih berpegang kuat kepada aktiviti perbomohan.
 
Pandangan yang bermotifkan sihir mampu melenyapkan organ tersebut (mengikut kepercayaan mereka) sehingga kan mereka terpaksa mengikatnya bagi mengelakkan ia terus mengecut dan akhirnya menghilang.
 
Dilaporkan tiada orang pernah menghidapi penyakit ini sehingga meninggal. Walaubagaimanapun jumlah orang yang meninggal akibat dibelasah kerana memandang 'pesakit' adalah semakin bertambah.
 
ps: Penyakit minda. Minda sakit sampai nampak anggota lain pon sakit. Isk3
 

Wednesday, March 13, 2013

Alasan Tercipta



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Adalah perkara biasa bagi seorang wanita mengalami keletihan melampau. Tidak kuat seperti lelaki, dan kadangkala mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan kesannya juga tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki, ngee. 

Pada waktu-waktu datangnya keletihan, seorang wanita akan berasa tidak senang duduk di kerusi pejabatnya. Dia akan menggoncangkan kerusi itu dan berpusing-pusing beberapa kali. Dia akan membuka akaun muka buku dan menutupnya semula, dan membataskan otaknya dari terus keletihan dari memikirkan kerja sekolahnya yang bertimbun.

Dia akan memandang lantai beralaskan karpet biru gelap bercorak petak-petak yang agak kasar. Tidak mewah. Tapi cukup untuk melelapkan mata barang sekejap. 

Tapi dia berpusing-pusing lagi. Pusing kanan. Pusing kiri. Buka google. Tutup google. 

Badannya terasa lesu. Matanya terasa kuyu. Lantas kunci kereta disapu laju. 

Dia membuka pintu kereta perlahan, lantas menghenyak tempat duduk yang keras dan kurang selesa. Tingkap kereta dibuka. Membiarkan bahang panas berkuap pergi. Kunci dipusing. Penyaman udara terus dibuka ke level tinggi. 

Dia bermenung di situ. Termenung lagi. Keliru. Betulkah mahu pulang. Bagusnya kalau ada pemandu yang membawa hala tuju. 

Tapi dia akhirnya pulang juga. Makan tengahari bukan lagi prioriti. Otot yang lesu, otak yang malas, dilayani semahunya. 

Dia pernah membaca di suatu laman blog. Penyakit malas seperti ini memang tiada ubatnya, kecuali dilayankan sahaja. Hehehe. Alasan terbaik bila tidur awal dan selalu tidak sedar mesej dari sang suami juga...

Semoga keletihan ini tidak memudaratkan, semoga ianya membahagiakan, aamiin ;)