Showing posts with label 3K- Kisah Kawen Kami. Show all posts
Showing posts with label 3K- Kisah Kawen Kami. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

K.A.M.I.



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Buat tuan hamba yang tertanya-tanya, apa khabar-nya kami...

Kami hidup seperti manusia lain. Sebab kami pon berasal dari bumi. Hehe

Kami berpindah randah dari Changlun ke Jitra. Bukan sebab kami orang nomad, bukan juga badwi malah kami juga bukan gipsi. Tetapi belahan hati punya rencana untuk mengurang-kan letih sang isteri. How sweet! Erk ;)

Kami macam manusia lain juga. Macam pasangan suami isteri lain juga. Kami punyalah banyak kontra-nya. Hamba kaki rumah. Suka bertempek di sofa empuk sambil membelai bulu karpet beralaskan bantal peluk. En. Suami hamba seorang yang peramah. Suka berkenalan dengan makhluk sekeliling. Malah suka me'nyervey' barang2 di pasar juga.

2 badan berbeza. 2 jiwa yang besar bedanya. Kesian dia ;P

Tapi kami meniti titi perbezaan itu dengan gembira. Alhamdulillah. Kami gila-gila. Sering buat lawak di rumah. Walaupon ada yang terasa (disebabkan hormon ibu mengandung) namun segalanya diatasi dengan jaya. ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk setiap dari kita...



Erk!!!! 


Sunday, January 6, 2013

Bunga-bunga Idaman



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Dua dara pingitan, Satu ibu kepada dua permata. 

Antara wajah yang dikenangi selalu. Antara orang kuat walimah hamba. Secara langsung dan tidak langsung. Merekalah pendorong kekuatan jiwa dan penyuntik kesabaran hati. Alhamdulillah. 

I miss these people! 



Saturday, January 5, 2013

Gunung Jerai : versi Tora Datang Lagi



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Kami berdua - pasangan suami isteri - yang berchenta - jarak jauh. Seperti orang lain, PJJ itu biasa. Banyak chobaan. Banyak rindu juga (owh statement!).

Jadi, setiap pertemuan, kami isikan dengan madu inshaALLAH. Alhamdulillah.


(bla bla bla: cd rosak)


Sejak 2002, setelah pertama kali ke Gunung Jerai, hamba sentiasa mengimpikan agar dapat lagi menjejak kaki ke sini. Pemandangan dari puncak gunung yang indah dan nyaman, dengan sawah padi terbentang luas menghijau. Hamparan laut China Selatan di sebelah kiri, dengan kabus dan aliran hujan yang mengisi suasana di pekan2 kecil, yang dapat diperhatikan dari puncak.

Kadar penginapan di Regency Jerai Hill Resort juga berpatutan. Tapi kalo bawak bekal boleh jimat berbiji-biji lemon jugak. Plus susah nak turun ke kaki gunung nak beli makanan etc kan.

Activities:  Ber'jungle trekking' bersama suami.  Kalo turun ke trek kaki gunung boleh jumpa air terjun, perkampungan orang asli dan muzium perhutanan (dulu-la mase mai dengan kawan2 satu prac kan). Sekarang dengan suami limited skit. Sebab kami pon tak banyak masa. Belahan jiwa susah nak cuti :(. Tapi tetap alhamdulillah. Bezanya dengan 2002 ialah sekarang resort tu dah ade swimming pool dengan kebun arnab. Erk, kebun ke? Dan kurang ber-hutan skit, compared dengan dulu yang sedikit menyeramkan. Plus ada camping site baru berdekatan dengan spot sejarah dikenali dengan nama Padang Tok Syeikh. So sape-sape nak buat program menarik jugaklah. Dan ada kesan sejarah jugak, iaitu kubu bla bla yang berada di super puncak. Naik kete skit, then jalan kaki sikit. Penat sikit je.

Untuk maklumat lanjut bleh gugel2 ataupon klik sini.


Kesimpulan: Seronok. Untuk orang-orang yang suka aktiviti lasak macam hamba berdua. Each gambar membawa 1001 maksud. Kot.  Enjoy. Dan tafsirkan sendiri.



















gambar ni takde motif, saje gedik. sekian. 






Ini bukan gaya menari dalam hutan. Ini namanya "eh-eh nak terjatuh"  di kawasan kubu lama. 



(Plus: sangat gembira sekarang alhamdulillah, sbb punya model tetap tak berbayar, jadi bolehla tunjuk (bukan menunjuk hokeh!)  pasal tempat lebih sikit. Ngeee. Nak letak gambar sendiri banyak2 haruslah malu dan takot terlebih "cun" kan? heheh)

Tuesday, January 1, 2013

Bulan Madu




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bulan madu itu bukanlah bermakna bulan tertentu yang bersimbah madu. Walhal bulan madu patut ditukar kepada hari-hari madu, supaya setiap hari terasa seperti bulan madu. Jika bulan madu itu sebuah bulan dalam setahun, maka patutkah diganti dengan September?


Bulan madu, biasanya dikhaskan kepada pasangan baru berkahwin. Padahal bulan madu sesuwai untuk seisi keluarga, bagi mewujudkan rasa manis dalam ikatan kekeluargaan itu. Walhal madu memang digalakkan diminum sesudu setiap pagi untuk anak-anak, bagi meningkatkan kekuatan ingatan.


Untuk ber-Bulan madu, tidak semestinya menjejak bulan. Walhal madu boleh didapati di mana-mana dewasa ini. Kerana kesedaran untuk makan madu yang merupakan penawar penyakit turut dinyatakan dalam Al-Quran.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(An-Nahl: 69).



Di kawasan kejiranan rumah ayahbonda hamba di Kg. Tok Lebir Beta, juga boleh didapati madu kelulut (jugak sejenis madu  --- beza ngan madu lebah? hmm entri lain lah kot).


Bulan madu, tidak semestinya mengambil masa sehingga sebulan tempohnya. Walhal, sehari juga boleh. Kerana jika berbulan madu sehingga sebulan, maka nantinya akan jadi "Habis Madu, Sepah Dibuang" pula. Agak-agaklah dalam berbulan madu, berminggu madu atau berhari madu. Kerja jangan dilupakan. Kumpullah modal untuk hari madu di bulan berikutnya, supaya hidup manis sentiasa, inshaALLAH.


Bulan madu, tidak semestinya menaiki "Apollo". Kapal terbang pon boleh. Berkereta juga tidak mengapa. Jalan kaki juga tidak salah. Kerana bulan yang dimaksudkan bukanlah si bulat kecil di angkasa raya, melainkan sebuah metafora yang melambangkan keindahan cahaya nya jua. Tidak guna minyak pun tidak mengapa.


Bulan madu punya matlamatnya. Setiap sesuatu bermula dengan niat. Niatkan lah agar bulan madu yang dimaksudkan mengeratkan hubungan, melegakan tekanan kerja dan dipenuhi dengan komunikasi berkesan. Jika berbulan madu ke hutan, janganlah asyik berbisik dengan pokok. Jika ke sungai, janganlah asyik merenung air. Jika ke langit, janganlah sibuk terbang di awan. Biarlah pulang dari bulan madu, membawa kesefahaman. Azam baru dalam membina keluarga. Chewaah, macam orang lama pula.


Ibarat kata, kalo sama meredah hutan, biar sama terkena duri. Baru sama tau bagaimana erti perit. Kalo sama menyelam di laut, biar sama melihat karang. Baru sama tahu indahnya air. Kalo sama 'berbeli tingkap', biar sama berhabis duit. Baru sama-sama tau ertinya pokai.


Kesimpulannya, berbulan madu itu boleh diaplikasikan bila-bila masa, di mana-mana saja. Bersama siapa-siapa yang halal bagi tuan hamba, berserta kan matlamat yang diredhai ALLAH.


Jadi lepas-lepas ni, nak update pasal hari madu lah kononnya. Ini-lah mukaddimahnya. Heee.

Monday, December 10, 2012

Hadiah Pertama




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Dah lama dah nak post ni, tapi tak ter-post-post. Ngee.
Sempena perkahwinan hamba baru-baru ini (sila jangan muntah atau menyampah kalo ulang ayat ni banyak2 kali), hadiah pertama yang hamba dapat ialah daripada ex-opismet n jiran bangunan sebelah (mcrose & aida). Kadar kecepatan mendapat hadiah bersamaan dengan lebih kurang sebulan lebih awal. Thank u so much ladies ;) Hadiah same dengan tuan anip, puan aini and baby harith. Tenkiu2.
Dan terima kasih juga pd Mad yang telah 'ter'belanja hamba kerana memenuhi syarat menemani mcrose untuk dibelanja khas olehnya sempena pemergian puan rose ke oz. Alhamdulillah.
Walaupon hamba tidak meletakkan gambar hadiah2 lain di cni, bukanlah bermakna hamba tak menghargai. Cumanya hamba menghormati tajuk post ini yang membawa maksud, hadiah pertama. Jika berkesempatan, iA akan ada entri buat tuan hamba semua juga, ameen.
Till then, jazakumullahu khairan kathira !