Showing posts with label RenCah HiDup. Show all posts
Showing posts with label RenCah HiDup. Show all posts

Monday, January 11, 2016

The - N.I.P.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Semalam hamba bermimpi.

Mimpi yang sungguh-sungguh ngeri. Masa kecil mimpi ngeri hamba cuma satu. Melibatkan kakak hamba yang cuma satu itu. Kalau ngeri selalu kerana dia jadi hantu. Itu sahaja yang ngerinya. Tapi mimpi semalam lain macam. Tiada watak hantu walaupun semalam hamba mengadap juga sekejap citer hantu tak berapa hantu. Cuma mimpi yang tak sanggup diulang tayang, kerosakan akhlak yang jauh melayang. Tidak sanggup berfikir lagi. Jangan lah pulak menimpa hamba ini. 

Pagi-pagi buka facebook. Mimpi semalam cuba dilipat kemas biar berhabuk. Tetiba tertengok satu rencana, ibu-ibu menyusu anak di tempat awam, dengan para kamera-man bersama-sama. 

Apa salahnya ibu menyusu? Malah mulianya Tuhan yang tahu. Perasaan seorang ibu menyusu tak perlu dipertikai. Makan dijaga - kempunan, mengidam semua takdak di akai. Yang tak minum air kosong pon tekak dipaksa menelan juga, kurma dikunyah bertimba-timba, biar susu melimpah anak kenyang sentiasa. Banyak doa di jaga juga. Banyak baju tersimpan kemas begitu sahaja. Mahu dipakai payah pula, tudung besar-besar semua jadi pilihan. Nah! Menyusu menggalakkan aurat tersimpan. Ibu menyusu banyak pantang larangnya. Niat nak berjalan jauh selalu terpendam. Takut anak lapar tak jumpa tempat untuk disorokkan, agar aurat terjaga anak pon kenyang. Bukan semua shopping mall macam New Zealand, jalan sikit ada bilik menyusu  - sofa bagai dan tirai terpasang, tak mahulah pula menyusukan anak di tepi jalan, kan?

Bukan jaga standard, bukan niat merendah-rendahkan. Hamba ibu menyusu tegar, dan ya! Masih menyusukan. Cuma pendapat hamba yang ilmu pun kurang, kalau nak menyusu pun tak perlu BERSELFIE bagai dan didedah-dedahkan. Dah elok-elok mulia, tetiba menjadi bahan cakap-cakapan. 

Hamba sokong ibu bertudung labuh, bila menyusukan anak, anak boleh tumpang berteduh. Sedang menyusu, kita pun tidak perasan, itulah dia ibu budiman! 

Hamba penyokong menyusukan anak di tempat awam. Cuma hamba tertakluk pada terma dan larangan. Agar tindakan mulia ibu jadi tindakan terpuji. Agar niat ibu tidak dikeji. 

In support of NIP!


Wednesday, April 1, 2015

Fesyen Mesyen

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, Hamba terlihat kepingan gambar lewat emel-emel yang bertambun. Terpandang kelibat seorang manusia yang agak penting- kerana jika tidak penting maka tiadalah dia dalam selitan gambar yang dikhabarkan itu-yang hamba ketemu sudah 2 kali. Uniknya, setiap kali pertemuan – rasanya- termasuk kelibat dalam gambar memaparkan beliau memakai satu set sut (erk sut la kot org panggil-seluar plus kot) yang berwarna pastel. Arghh adakah hamba yang kuno? Kerana begitu sukar rasanya hati ini untuk menelan warna itu pada seorang lelaki asing waris Shah Rukh Khan? Yang beralamat ke arah Sri Lanka itu (ke?) Okay, tapi no doubt la kan dia seorang yang hebat. Kalau hamba kutuk warna baju dia 4 bakul pon xde gunanya. Bukannya dapat elakkan pembelian dengan GST pon! Fesyen kan subjektif @*@ yawn p/s: Terlewat sehari, tapi nak jugak wish selamat menyambut hari GST seMalaysia! Gulp3!

Monday, January 21, 2013

Ikan Bawal paling banyak Masalah???



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Malaysia gempar seketika, walau tanpa gempa bumi. Digegarkan dengan lebih hangat oleh isu Listen, Listen, Listen!!


Tidak semua orang mempunyai keupayaan mendengar dengan baik. Agaknya kerana itulah si Presiden-Suara-Wanita-yang-dikagumi-dan-dihormati-ramai asyik mengulang perkataan 3L itu. Well...
 
Hmm, dan tidak semua juga tau, apakah isu 3L itu sebenarnya. Status di fb berbaur emosi, menyukarkan mereka yang tidak tahu, tambahan pula bagi mereka yang tidak meminati untuk melihat rakaman 3L itu.
 
Hamba sendiri menunjukkan minat dan terus menonton sehingga minit-minit lembu, anjing, kucing, ikan jerung etc. Yang menyukarkan hamba mengikutinya. Dan terpacul keluar dari bibir, "erk, apa ni?!"
 
Hamba melihat perdebatan antara seorang mahasiswa yang amatur dalam perdebatan, dengan seorang yang boleh dikatakan figura awam yang harusnya dikategorikan pandai berdebat. Manakan tidak, kerana Malaysia memfigurakan orang sepertinya yang pandai membawa mulut.

Sayang seribu kali sayang, dari rakaman video itu, pihak figura awam seakan-akan berlagak sebagai pihak pembangkang dari tadika di sebuah taman perumahan. Malahan jika itu sebuah pertandingan, beliau pasti kalah kerana telah lari dari topik. Tajuk dan pokok perbincangan bukan "Alam Binatang: Binatang Gembira Tanpa Masalah".
 
Tetapi berpangkalkan masalah mahasiswa itu sendiri, yang hamba sangat pasti adalah manusia yang hidup di alam realiti. Kalau sekadar diam membisu, lebih baik jadi kura-kura. Membisu sedang diberi akal untuk berfikir dan mulut untuk bicara, bukankah itu kufur nikmat namanya??




Apa-apapon, sebagai penuntut perikanan, otak dirangsang dengan permasalahan yang dicetus  oleh saudara Matlutfi, bahawa ikan yang paling bermasalah ialah = ikan bawal.. Nak tahu kenapa? Selamat menonton.
 
*nota kaki: 3L tu refers to Listen, Listen, Listen. Panjang sangat, malas hamba nak menulihnya. Hee.

Tuesday, January 1, 2013

Bulan Madu




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bulan madu itu bukanlah bermakna bulan tertentu yang bersimbah madu. Walhal bulan madu patut ditukar kepada hari-hari madu, supaya setiap hari terasa seperti bulan madu. Jika bulan madu itu sebuah bulan dalam setahun, maka patutkah diganti dengan September?


Bulan madu, biasanya dikhaskan kepada pasangan baru berkahwin. Padahal bulan madu sesuwai untuk seisi keluarga, bagi mewujudkan rasa manis dalam ikatan kekeluargaan itu. Walhal madu memang digalakkan diminum sesudu setiap pagi untuk anak-anak, bagi meningkatkan kekuatan ingatan.


Untuk ber-Bulan madu, tidak semestinya menjejak bulan. Walhal madu boleh didapati di mana-mana dewasa ini. Kerana kesedaran untuk makan madu yang merupakan penawar penyakit turut dinyatakan dalam Al-Quran.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(An-Nahl: 69).



Di kawasan kejiranan rumah ayahbonda hamba di Kg. Tok Lebir Beta, juga boleh didapati madu kelulut (jugak sejenis madu  --- beza ngan madu lebah? hmm entri lain lah kot).


Bulan madu, tidak semestinya mengambil masa sehingga sebulan tempohnya. Walhal, sehari juga boleh. Kerana jika berbulan madu sehingga sebulan, maka nantinya akan jadi "Habis Madu, Sepah Dibuang" pula. Agak-agaklah dalam berbulan madu, berminggu madu atau berhari madu. Kerja jangan dilupakan. Kumpullah modal untuk hari madu di bulan berikutnya, supaya hidup manis sentiasa, inshaALLAH.


Bulan madu, tidak semestinya menaiki "Apollo". Kapal terbang pon boleh. Berkereta juga tidak mengapa. Jalan kaki juga tidak salah. Kerana bulan yang dimaksudkan bukanlah si bulat kecil di angkasa raya, melainkan sebuah metafora yang melambangkan keindahan cahaya nya jua. Tidak guna minyak pun tidak mengapa.


Bulan madu punya matlamatnya. Setiap sesuatu bermula dengan niat. Niatkan lah agar bulan madu yang dimaksudkan mengeratkan hubungan, melegakan tekanan kerja dan dipenuhi dengan komunikasi berkesan. Jika berbulan madu ke hutan, janganlah asyik berbisik dengan pokok. Jika ke sungai, janganlah asyik merenung air. Jika ke langit, janganlah sibuk terbang di awan. Biarlah pulang dari bulan madu, membawa kesefahaman. Azam baru dalam membina keluarga. Chewaah, macam orang lama pula.


Ibarat kata, kalo sama meredah hutan, biar sama terkena duri. Baru sama tau bagaimana erti perit. Kalo sama menyelam di laut, biar sama melihat karang. Baru sama tahu indahnya air. Kalo sama 'berbeli tingkap', biar sama berhabis duit. Baru sama-sama tau ertinya pokai.


Kesimpulannya, berbulan madu itu boleh diaplikasikan bila-bila masa, di mana-mana saja. Bersama siapa-siapa yang halal bagi tuan hamba, berserta kan matlamat yang diredhai ALLAH.


Jadi lepas-lepas ni, nak update pasal hari madu lah kononnya. Ini-lah mukaddimahnya. Heee.

Sunday, December 9, 2012

Manusia Obor-Obor

 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Hidupan di muka bumi ni, ALLAH jadikan bermacam-macam. Dan ALLAH hidupkan kita di muka bumi yang sementara ni, dikelilingi oleh hidupan2 itu, untuk menguji kita juga.
 
Kalo menjadi ikan, adelah obor-obor yang berbisa, sotong kurita yang lemah gemalai, tak kurang dengan ikan yu yang tidak segan menelan mangsa. Dalam setiap ekosistem (sistem hidupan; cara hidup dan jenis benda hidup yang saling berkait dalam suatu kawasan, contoh - laut, paya bakau, sungai etc) memang ada organisasi tersendiri.
 
Sebagai contoh, kalo tuan hamba kerja opis sebagai kerani, tuan hamba ada bos besar, bos kecik, mat saje n minah saje yang perasan bos. Normal. Itulah kehidupan.
 
Unik dan tersusun nya alam secara fitrah dan mengikut tetapan ALLAH, di laut juga samalah. Bos besar katakanlah paus, kecik skit, ikan yu, kecik lagi ikan kembung. Kecik lagi, bilis lah. Kalo nak lagi kecik, ade zooplankton bla bla bla, that consume pengguna primer iaitu pyhtoplankton bla bla bla. Mereka ni saling makan memakan lah. Normal la kan. Kalo tak, tak seimbang la laut.
 
Kita tak boleh nak marah. Memang ALLAH jadikan begitu. Kalo yu tak makan kembung, nanti kembung banyak. Kalo kembung banyak sangat, nanti kembung makan habis ikan bilis cane? Tak merasa nasi lemak lah kita. Ye dak?
 
Dalam hidup yang harmoni dan saling berkejaran mesra ni pon, kekadang ada yang dengki kan! Senyap2 datang sengat kita. Luar nampak lembut kemain. Kalo di laut, obor-oborla macam tu. Kalo kat darat ni, ade jugak makhluk macam tu. Hamba kategorikan makhluk darat itu sebagai manusia obor-obor.Cakap pon lembut gigi dari lidah. Time nak mintak tolong, kemain lagi senteng lehernya. Tapi bila dah dapat apa yang dihajatkan, layanannya pada kita, ya ampun!
 
 
Obor-obor tuan hamba, memang cantik. Lemah gemalai. Jauh nampak lembut, dekat pon nampak lembut. Tapi kalo dah kene sengat! Sekali jumpa tak tahu lagi. Dah berkali-kali, naudzubillah. Inilah kehidupan. Nak lari, dia pandai berenang. Jadi pi mai pi mai tang tu. Solutionnya, buat derk je lah (tangan ke bahu, mata ke atas).
 
Kalo takde orang macam ni, boring jugak. Takdek mende nak mengadu kat ALLAH, kan?

Tuesday, September 4, 2012

"Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak"


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca sekalian,

 
Seringkali hamba kecundang dalam membuat keputusan. Se-rasanya ingin menulis. Namun bimbang juga jika terbongkah bata mempamer kisah peribadi yang tidak sepatutnya hamba luahkan di medan bahaya ini. Heee

Justeru, bila ditanya sepotong pepatah, terfikir juga hamba. Sementelah suka benar hamba mengarut2 menulis, ape kata kita ilmu-kan diri hamba, dan tuan hamba juga, dengan memperkaya gedung tahu dengan menambah simpanan pepatah dan peribahasa.

Wahhh keles gitu. Kelas Pepatah.

 

Tiadalah berpatah madah juga niat hamba. Sekadar berkongsi jua dengan tuan hamba.

Antara ciri pemimpin yang hamba idamkan ialah seorang pemimpin yang “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak”.
Tuan hamba tau maksudnya? Hamba pon tak tau, ngee

Hasil gugelan, maknanya ialah pemimpin yang boleh diharap. Sebagai contoh, kalaulah ade abang long di rumah, maka dialah yang kita harapkan jika ayahbonda sudah tua. Bila adik2 condong, beliau lah yang menongkat jangan di-beri jatuh. Memberi semangat. Membantu dalam kesusahan. Menolak senang sendiri supaya yang lain tidak merasa susah. Berkongsi sedikit2. Biar sama merasa. Bukan makan sorang. Contoh-nya begitu lah.

Senang-kah tuan hamba ketemu dengan pemimpin begini? Zaman wang kertas dan besi seperti sekarang barangkali sudah kurang. Lainlah zaman bertapa di gua dahulu.

 

Ps: macam pernah je (*_*)
 

Wednesday, June 6, 2012

Layankan-aje-lah!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan manusia lain. Kecuali manusia yang memandang orang lain sama taraf dengan-nya~ sebagai hamba ALLAH di muka bumi yang tidak kekal ini. Jadi sebagai manusia yang cintakan ke-aman-an, "layan-kan-je-lah.."





Semoga ALLAH beri kekuatan kepada telinga untuk menapis tohmahan pahit, kekuatan pada mulut untuk meluah bisa, kekuatan pada otak untuk menuras sangka, dan kekuatan pada hati untuk membalut luka.. Hati, ok?

Saturday, March 17, 2012

Kopi Pagi yang Manis!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Just a quick thought before I start my day!




Rasanya waktu terbaik untuk meluahkan rasa hati, atau mimpi semalam ialah waktu pagi, kan? So hamba rasa waktu breakfast adalah waktu terbaik untuk di-spend-kan bersama yang tersayang, and ofkos bila berjauhan dari keluarga, kawan2 lah yang pertama dicari untuk sarapan bersama. Kenapa?




Pertama: Sebab sarapan itu penting! Penting untuk orang mau kurus, dan juga orang mau gemuk, dan juga orang mau bijak, ngee. Bekalkan tenaga untuk diri sebelum memulakan hari tuan hamba. Kalo puasa sunat, sila-lah sahur,sahur tu kan sunnah ;)




Kedua: Waktu pagi ialah waktu sebelum diberi tekanan oleh bos, oleh suasana tempat kerja, oleh bising enjin kereta, oleh kelam asap motor, oleh kesesakan jalan, oleh bebelan atau nasihat yang mungkin tidak diperlukan dan oleh fail bertimbun di meja. Jadi waktu itu ialah waktu paling neutral, tanpa asid atau alkali berlebihan. Justeru, perasaan dan hormon masih stabil. Sebarang gurauan tidak meninggalkan kesan mendalam sepertimana gurauan ketika balik kerja, atau gurauan ketika lapar :)



Ketiga: Mamai. Baru bangun. Mimpi masih segar. Atau mungkin sudah berlalu ketika gosok gigi. Mata sudah terbuka tapi otak masih gear 1. Keadaan terbaik untuk mendaki bukit, untuk memulakan hari tuan hamba.




Keempat: Wajah pertama di pandang selepas bangun ialah wajah sewaktu duduk di kerusi dan bersarapan. Kalo sarap di kedai, sudah tentulah wajah adik yang amik order terkecuali. Unless hati tuan hamba tidak setia! (sendiri mau ingat :P). Jadi, mengadap wajah pertama yang belom meninggalkan isu pada permulaan hari yang baru, adalah wajah yang mungkin akan dikenang sehingga penghujung hari. Wajah yang memberi motivasi. Meninggalkan sentuhan inspirasi. Sebab itu anak-anak yang disediakan sarapan oleh ibunya tidak sabar nak balik dari sekolah. Siapa yang anak-anak tersebut nak jumpa dulu? Harusla mama-nya kan? Seorang suami yang dituang teh oleh isterinya setiap pagi, berkemungkinan besar terfikir nak lunch di rumah?


Kelima: Waktu pagi adalah singkat. Kalo breakfast kul 10.30 itu sudah dikira brunch, bukan lagi breakfast. Jadi, kemungkinan untuk borak sehingga tahap membuang masa adalah kecil. Jimat masa, tambah rasa cinta, tidak sempat melibatkan umpatan dan fitnah! Sweet aye?




Keenam: Jika bukan waktu ini, untuk mencurahkan perasaan hati, waktu bila lagi, kan? Balik malam mungkin anak-anak sudah tidur. Isteri kepenatan. Lama-kelamaan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Jika belum berkeluarga, rumah yang didiami bersama ahli rumah yang lain bertukar menjadi hotel. Jumpa seminggu sekali. Tidak seronok pula gelaran ''hosmet'. Dek renggangnya suasana, hati mula berbisik iri. Pelbagai ragam dicungkil, sedangkan itu cuma mainan jiwa yang sudah lama tidak bicara sesama sendiri..




Dan barangkali ada lagi sebab-sebab yang lain yang menekan-kan tautan ukhuwwah yang istimewa di waktu pagi. Semoga sarapan istimewa bersama yang ter-istimewa tidak pula mencacatkan waktu bekerja yang diamanahkan ALLAH (unless datang lewat dan pulang malam, heee). Apa gunanya jika mengeratkan hubungan sesama manusia, tetapi sehingga mengabaikan hubungan dengan ALLAH, kan? Muhasabah untuk diri hamba yang serba kekurangan jua...

Sunday, February 12, 2012

Kisah Jiran Saya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Owh sedikit omelan mengenai entri di bawah, hari ini satu lagi episod penghamburan kemarahan. Ya ALLAH, kalaulah dia melihat bagaimana sarkastik wajahnya itu. Ya ALLAH, semoga Engkau tunjuki dia kesabaran dalam semua perkara.

Hakikatnya hamba tidak perlu berkecil hati. Dia bukanlah tuan jauh lagi pemimpin hamba. Malah dia juga seorang hamba. Dia sekadar jiran, yang ada padanya adab-adab yang perlu dipenuhi.

Kalaulah dia juga menjaga adab sebagai jiran, tidak menghamburkan larva gunung berapi nya dengan mudah kepada hamba. Dan terdetik juga, kenapa asyik hamba juga lah yang terkena tempiasnya. Hamba melangkah dengan keyakinan dan kegembiraan, bertanyakan padanya tentang sesuatu yang biasa dia lakukan. Hamba kira hamba ingin menyumbang. Ya, hamba menyumbang. Menyumbang kemarahan pada sesuatu perkataan yang barangkali silap hamba ungkapkan.

Intonasi itu. Kata-kata itu.










Sabarlah hati. Dia kan hamba juga :)

Sunday, December 18, 2011

Kenapa Geli dipanggil "Geli"




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian



Pada zaman dahulu kala, ketika tanah melayu dijajah oleh British, ade seorang lelaki Inggeris yang kacak telah dilantik menjadi gabenor di sebuah kampung. Entah sape ntah nama dia.



Kampung itu terletak di sebalik sebuah bukit dan bukit itu pula agak tinggi, lalu menyukarkan penduduknya keluar bermusafir ke tempat lain. Begitu juga rakyat jelata dari tempat lain juga susah untuk memasuki kawasan kampung itu.






Dek kerana keterhadan sistem barter dengan orang lain, maka orang-orang kampung itu pun rajinlah bercucuk tanam dan berusaha menyediakan keperluan mereka seadanya. Selain bertanam ubi kayu, mereka juga menanam padi huma.



Arakian hendak dijadikan cerita, di kampung itu rakyatnya adalah sebuah keluarga besar. Penghulu kampung itu adalah merupakan peneroka pertama yang telah membawa isterinya ke kampung itu lalu memulakan hidup di dalam hutan yang kemudiannya semakin terang menjadi kampung setelah mereka beranak pinak. Anak-anak penghulu itu pula majoritinya lelaki.




ok kembali pada cerita asal, apabila gabenor muda itu melihat anak2 penghulu itu bermain,dia terlihat anak lelaki penghulu yang main ting-ting sambil berpegangan tangan. Si gabenor berkata,"eeeiii girlish".

Begitu juga bila melihat anak lelaki penghulu yang rajin sedang menjahit,gabenor itu lalu berkata,"wow u are so girlish". Dan begitu lah patah kata yang dituturkan bila melihat orang lelaki kampung itu bersikap keperempuanan.

Oleh kerana gabenor itu nampak mcm pandai dan lawa pulak orgnya,maka org kampung seakan bangga untuk meniru kata2 dan gaya bercakap gabenor itu. Biasalah SESETENGAH org melayu, sudahla terjajah tanahnya, perangai ,laku dan budaya juga terjajah mudah. Mudah meniru,dan tak yakin dengan peribadi unggul yang sedia ada. Tapi x semualah,org kampung yAng hamba ceritakan ini ajelah kot,heh

PEniruan itu dilanjutkan oleh orang kampung ini, bilamana melihat seorang lelaki yang melakukan aksi feminin maka mulalah depa menyebut 'girlish' versi melayu. Mereka sendiri bukanlah mengerti apa yang dimaksudkan, akan tetapi mereka menyebutnya dengan sepenuh perasaan. Versi melayu yang dituturkan itu pula tidaklah sebijik sebutan dan makhrajnya melainkan ucapan itu berbunyi "geeeeeeeeeli", "geeeeeeeeee~li". Biasalah lidah susah terlentur.







sumber gambar: Mr. Google




Arakian,itulah alkisahnya keluar perkataan geli yang biasa disebut dengan mengangkat bahu dan mengemekkan hidung tanda melepaskan sebuah perasaan yang dipanggil geli. Hebatnya perkataan geli ia juga terlahir dengan goosebumps di leher,kadang2 juga dengan mulut kerepot tercebik.



Dan itulah perkataan geli yang asal usulnya hamba CIPTAkan sahaja. Maaf kalo terpercaya. Hamba cuma cuba mencetus sense tuan hamba untuk sedar bahawa kita orang melayu banyak terjajah. Terjajah dari segi ilmu takpelah,yang terjajah dari aspek2 x diingini tu yang kita x nak,betul tak?







Peace!

Monday, December 12, 2011

comel? ~



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dkasihi sekalian,


Pernahkah tuan hamba melihat seseorang lantas mengklasifikasikan dia sebagai seorang yang "comel"?








Dan itu kira macam cinta pandang pertama tuan hamba?

Lalu tuan hamba pun cuba mendekatinya. Selangkah demi selangkah step yang tuan hamba adakan. Pelbagai carian di google juga tuan hamba taip, demi untuk mencari resepi memikat seorang yang comel di mata tuan hamba itu?



Lalu pada suatu hari, tuan hamba terserempak dia bersama kawan2nya, 'membantu' merempit di kapcai seorang yang kurang glamor dalam dunia kebajikan masyarakat. Lalu adakah dia masih comel di situ?



Atau tuan hamba melihat dia sedang 'mengeteh' di sebuah kedai minuman coklat sambil mempamerkan gulungan2 asap dan kepulan berbentuk artistik bak asap LIMA di Langkawi yang baru lepas minggu2 nan lalu? Comelkah?



Atau ketika tuan hamba terlihat rakan tuan hamba 'membluetoothkan' aksi hujung minggu nye bersama teman sepermainannya di sebuah kelab yang mana dia tidak pun terlibat minum dan sebagainya, cuma hadir semata2? Comel lagi kah?



Pokok pangkalnya comel itu bukan terletak pada wajah, atau tata rias nya. Tapi comel itu pada hati dan karakternya.



Comel itu boleh terletak pada seorang yang matang dalam membuat keputusan, tetapi malu untuk mempamerkan gaya matangnya. Comel itu juga terletak pada seorang yang pendiam dan pemalu tetapi tegas dalam menentukan batasan maksiat dalam hidupnya. Comel boleh jadi juga pd manusia yang hingar bingar dan meluas pergaulannya, tetapi dia meletakkan tebing sebelum hanyut jauh dalam kejayaan sosialnya. Dan comel boleh digunapakai untuk seorang yang merasakan dirinya sangat kurang ilmu, maka dia tidak bercakap besar malahan sentiasa mencari dan menambahbaik kelemahannya. Orang miskin yang tidak meminta-minta juga pada hakikatnya adalah sangat comel kerana bertungkus lumus berdikari walaupun sedar dirinya tidak mampu. Dia dan manusia lain adalah sangat comel kerana pandai mengekang nafsu. Seorang manusia kaya juga kelihatan sangat comel ketika menghulurkan sedekah sambil main sorok-sorok. Dan seorang yang berkerjaya dan berjaya dalam dunia mengorek harta dunianya juga amatlah comel bila melangkah kaki ke masjid setiap kali azan dialunkan. Begitu juga, definisi comel bagi hamba diteruskan bagi kondisi tertentu seperti seorang lelaki yang tidak ber-uang dan harta melamar seorang wanita dengan kejujuran dan keikhlasannya. Comel sangat dia di situ kerana tidak meletakkan wanita itu dalam 'dunia' dirinya, tetapi lebih meletakkan wanita itu sebagai pendorong 'akhirat'nya. Comel juga seorang wanita yang sanggup bersusah2 bersama dan tidak meletakkan mahar yang tinggi kerana cinta seorang lelaki miskin yang baik hati. Kalaulah ada orang seperti itu, hamba berani kata mereka sungguh comel!



Definisi comel itu luas dan boleh diperluaskan.Terpulang pada tuan hamba untuk setuju atau tidak dengan pandangan hamba. smentelah pandangan hamba ini adalah pandangan seorang yang rabun jauh tahap ultraman (erk, ultraman rabun ke?) hihi

Mencari yang comel untuk dijadikan teman hidup bukan bermakna mencari seseorang yang berwajah keanak-anakan, atau yang merengek seperti bayi hauskan susu, tetapi carilah comel yang lebih hakiki iaitu yg mempamerkan akhlak yang comel. Sebab akhlak yang comel pasti takkan luntur dek pameran wajah yang menggerutu. Percaya atau tidak, jerawat batu pada seluruh wajah seseorang yang berhati bersih, mampu menjadi penyeri pada dirinya. Sedangkan seseorang yang berhati kotor, biar sehalus mulus mana pon wajahnya, namun ketidakcomelan terserlah dan mengkusamkan hidupnya.



Dan akhlak yang comel adalah buah kepada iman yang sejahtera!




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Allah tidak melihat kepada jasad dan harta kamu tetapi Ia melihat kepada amalan dan hati kamu”. (Sumber: DrNizam.com)

Jum cuba comel sama2 o_O,

Tuesday, March 15, 2011

Jika sudah jatuh cinta..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Rupa2nya sekarang sudah Mac, maka dengan itu berlalu kosonglah petak Februari tanpa sebarang post untuk tatapan kalian. Sorry ye!

Hamba sebenarnya ketidakdapatan cerita yang best, namun sedikit tergugat dengan senario harian yang ingin diketengah-kan sebagai iktibar kita semua.

Semua manusia punya jiwa? Betul. Dan kita, hamba ALLAH yang bergelar manusia bukanlah malaikat yang bebas daripada perasaan untuk dikasihi dan mengasihi.

Okey, kata kunci di atas "sangat tidak kak azam", kata adik-adik asuhan sekalian. Opss! Jangan salah faham. Cuma terdetik di hati tatkala berjalan di pantai Batu Buruk yang sedikit terkesan dengan tsunami di Jepun baru-baru ini.

Di pinggir pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu ini buat pengetahuan tuan hamba sekalian, memang adalah merupakan lokasi di mana merpati suka bertenggek. Kalo terase ingin menikmati daging merpati free, bawalah lastik. Jangan lupa pakai kopiah, kalo tak - lastik tak mengena! ;)


Namun begitu, angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai memang menenangkan. HAbis terbang sayap - sayap ajaib yang sepadan dengan warna bunga baju, sayugia eloklah membawa jaket bila menjejak pepasir putih itu. Kaki menapak perlahan dan satu-satu. Di sisi kiri kanan lorong pejalan kaki, kelihatan merpati berselerakan. Terdengar teguran yang bukan nakal, tapi teguran secara berbisik yang sayup-sayup sahaja mencecah cuping telinga.

"Assalamualaikum ustazah!".."Eh, eh, ustazah nak maghi cegoh maksiat ko?"...."Ustazah-la, takut eh!"...."Cikgu skoloh mung ko tu? Yer nok maghi ambak kite ke?"


Cecah sahaja cuping telinga, ayat itu membuat hamba terfikir, alamak ini tempat maksiat ke? Sejak bile pulak tepi pantai tempat beriadah keluarga menjadi tapak maksiat? Sejak bila pahala melihat ombak di-salah ertikan oleh anak-anak muda ini! Niat hati ingin tenang, tapi gundah juga disapa kenakalan remaja remaji yang menggatalkan hujung mata dan menggugurkan bulu mata kerana jari galak menggeseknya.


Kalaulah mata ini biola, barangkali sudah sumbang bunyi-nya digesek jemari yang ke-geraman. Geram melihat bagaimana mereka melampiaskan cinta dan melempar harapan. Geram melihat bagaimana anak-anak dara bagai menyerah kalah pada kemaskulinan lelaki yang menggoda. Yang seolah memberi harapan palsu, seperti menghadiahkan buih-buih di lautan yang menghilang bila menyentuh pasir. Betapa tidak berharga-nya harapan itu. Betapa tidak kekal-nya janji itu. Betapa patahnya sebuah ikrar yang bisa dimusnahkan oleh air yang menghempas halus.


Geram terfikir bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta mungkin mengambil jalan mudah untuk mendekati. Bersiul bukan cara-nya. Menghujani dengan mesej berbaur salam perkenalan bukan kaedah untuk orang-orang tertentu. Memerhatikan gerak geri bukan penyelesaiannya. Melarikan diri kerana rendah diri bukan yang terbaik. Bersikap egois dan mengharapkan bulan jatuh ke riba bukan yang diingini si gadis.


Andai rasa berkenan di hati, pantai tidak perlu yang pertama menjadi saksi. Malah merpati kurang etika di pantai juga tahu, yang sama bertenggek itu bukan yang akan dijadikan isteri.


Kalo yang membaca ini lelaki, tepuklah dada, tanyalah hati, "Yang bagaimanakah yang ku cari, yang akan menemani aku yang lumpuh di pembaringan, yang menyuapkan bubur ke bibirku di kala mulut tua-ku memecah kedut seribu? Yang akan melempar rokok-ku ke tanah bila aku batuk? Yang mengulitkan kalimat zikir di kala aku membelai zuriatku, yang menghujani aku kata- kata semangat bila aku lemah? Yang mendoakan ku bila aku di timbus tanah basah kemerah-merahan? Dan.. yang akan menyambut ku di pintu syurga dengan senyuman?"


'Yang-yang' seperti di atas, barangkali tidak akan tertarik dengan mesej-mesej murah. Barangkali tidak jua tersangkut dengan deru enjin kereta mewah. Apatah lagi untuk ter-kagum dengan otot-otot yang menjelma di kala bermain tenis.


Tapi, 'yang-yang' diatas juga kan punya hati yang halus. Hati yang boleh di-sentuh.. Tapi bagaimana? Kalo mahu membuat roti, jangan lupa mengguna yis. Jangan di-uli beras dan air, kerana hasil-nya nanti jadik nasi!


Jika sudah jatuh cinta...
Katanya cinta kerana ALLAH...
Maka..



Biarlah jalan menujunya kerana ALLAH jua!

Tuesday, November 24, 2009

Premis Kenduri


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Cuti-cuti sekolah macam sekarang ni, memang banyak yang boleh di plan. Tambah2 plak kene dengan cuti raye haji. Jadi para belia dan muda-mudi seantero Malaysia sudah merancang tarikh yang terbaik utk resepsi majlis perkahwinan, supaya kebanyakan orang boleh hadir. Banjir pun banjirla ye, fenomena alam, manusia cuma merancang, ALLAH jugak yang menentukan!

Bagi orang kebanyakan yang kerjanya menghadiri majlis2 orang kawen plak, semakin lama semakin tak ikhlas jadinya. Apa taknya, kalo diikut tradisi, sekali pergi, terbang sekeping kertas merah. Dalam sehari plak, bleh jadi 2-3 keping kertas terbang. Darab lagi dengan 7 hari seminggu, last2 tinggal kepingan besi jek dalam poket! Betulkan niat tuan hamba, kang terbang free kang, rugi dunia akhirat nanti, hehe

Pasal budaya orang melayu ni, hamba tak mo komen banyak2, kang kene atas batang hidung hamba sendiri, sebab hamba ni melayu jati. Kang orang kate melayu murtad karang. Namun hamba rase ramai kawan2 kita yang buat resepsi pada mase ni, bleh kot consider kepokaian kawan2 lame ni, hehe. Jadi jangan la terase kalo hadiah yang dibawak tu tidak memenuhi jangkaan kita. Tambahan plak kalo yang hadir tu baru balik obesea, tengah cuti summer ke. Janganla expect dia bawak sheep skin plak sebagai hadiah, almaklumla depa mai nak belajar, elaun cukup makan pakai je tu (backup!)

Tapi si hadirin plak, janganla sampai tak hadir kenduri sebab tak mampu nak sediakan hadiah yang vogue de vas! Kat cni, dah kire kene apply konsep jangan riak, sape pun kite, title ape pun kite, bagilah hadiah ikut kemampuan dengan ikhlas, bukan nak menunjuk2, insyaALLAH berganda hadiah yang lebih bagus yang kite dapat di sana nanti. Kupon untuk balasan hadiah itu cumalah : ikhlas kerana ALLAH.

Ade jugak yang amek peluang kenduri kawen ni untuk re-union sekolah. Bagus benar la tu. Hamba suke. Hamba harap, bile hamba balik tahun depan, masih ade kawan2 hamba yang akan buat kenduri kawen, supaya hamba bleh join re-union jimat kos (tanpa yuran tahunan dan yuran jamuan) yang biasenye berlaku secara sengaja atau tidak sengaja di premis2 kenduri.

Besar hikmah walimah ni, selain untuk raja sehari, malah juga untuk rakyat jelata manfaatkan, mengeratkan lagi silaturrahim yang telah lama terputus. Terima kasih kepada penganjur!

Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing. (Hadis riwayat Bukhari)

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh kerana itu tuan hamba semua, tolong sampaikan ucapan ini kepada sahabat2 yang melangkah ke gerbang perkahwinan bagi pihak hamba sekali ye;
“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”

Saturday, October 31, 2009

Pengkritik Bebas!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Akhirnya hamba telah berjaya menonton 20 episod drama Cinta Sempurna.

Secara keseluruhannya, drama ini adalah antara yang terbaik untuk menggambarkan Islam sebagai matlamat hidup, tahniah kepada penulis. Namun apabila menyelusuri babak2 yang ditayangkan, mungkin kesilapan di bahagian produksi, apabila watak ustaz dalam drama ini menemui mad'u nye secara berdua-duaan, begitu juga apabila watak ustaz berduaan dengan tunangannya.

Dari sudut pergaulan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ambillah teladan dan sama2 kita perbaiki diri, insyaALLAH.



Sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."





Wednesday, October 28, 2009

Cinta Sempurna


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba sepatutnye sedang tenggelam dalam kertas2 yang berselerak, setelah berapa lame hamba tangguhkan pertemuan antara hamba dan sv hamba!

Tapi entah mengapa, tetiba hamba tergerak plak nak bukak utube, dan menaip plak Cinta Sempurna, hasil cadangan saudari Bidadari Besi beberapa hari yang lepas. Ternyata tak sia2 hamba melihatnye.


Dari episod ke episod hamba melihat, bila saatnya episod 12 hamba mula merase keliru dengan diri sendiri. Ape yang hamba nak buat tadi sebenarnye?! Hamba tersedar tanggungjawab masih banyak, tapi hamba mula berfikir untuk merehatkan diri dengan menaip sedikit di blog ini, tanda penghargaan hamba buat penulis drama Cinta Sempurna yang ditayangkan di Astro Oasis, iaitu Ustaz Hasrizal, yang juga pengarang buku 'Aku Terima Nikahnya'.

Oleh kerana hamba pun tak habis tengok lagi, hamba pun tak nak komen lebih2, lagi pulak hamba bukanlah kakitangan promosi Astro buat mase ni, sekadar berkongsi kisah yang boleh diteladani.

Hamba yang bukanlah merupakan peminat setia drama melayu kecuali kisah2 keluarga yang menyayat hati. Namun kini hamba semakin kagum dengan pencapaian drama melayu yang berupaya menyerapkan kisah realiti kerosakan masyarakat dan bagaimana mengaplikasikan Islam sebagai jalan penyelesaian.

Banyak yang boleh dipelajari selain berhibur. Bagi yang memandang mutu dan kualiti pelakon, mungkin takkan kecewa dengan kehadiran ustaz yang menyentuh hati, bukan sekadar dengan ilmu dan kata2nya, tapi juga dengan wajah dan penampilannya. Maafkan hamba, bukan menarik ke arah yang tidak patut, tapi penampilan ustaz dalam drama ini yang mungkin layak dicontohi oleh para dai'e dalam menangani mad'u yang berbeza. Seorang ustaz berfikiran fikh, yang berjiwa dai'e.

Hamba rase dah ade yang terbukak tab utube menaip tajuk Cinta Sempurna ni. Oklah, memandangkan tuan hamba pun dah teruja nak tengok ustaz Nazir, eh salah~ teladan Cinta Sempurna ni, silakanlah. Semoga bersama peroleh manfaat! InsyaALLAH!

Sebelum tu, sukalah hamba ingatkan, hamba barangkali seorang manusia yang sukakan hiburan, tapi itu tidaklah bermakna hamba sengaja menghalalkan yang haram atau diistilahkan oleh sesetengah orang sebagai 'mengislamkan' hiburan! Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Hamba cuma seorang hamba dan tak layak untuk menentukan ape2. Dalam drama ini misalnya, yang baik jadi teladan , yang buruk buat sempadan. Bersama mencari ilmu, semoga setiap salah langkah dalam pencarian itu dapat diperbetulkan dengan cara yang berhikmah, insyaALLAH. Barangkali dalam drama ini ade jalan hikmah yang boleh dipelajari oleh semua. Barangkali!!!

"Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Oleh itu, tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang antara kamu dan dia ada permusuhan, seolah2 telah menjadi teman yang setia." (Fussilat, 34)

Tuesday, October 27, 2009

Soal Setia


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Di sisi hamba cik Rahmah yang sedang tekun belajar. Sedang hamba pula giat melarikan jari jemari di kekunci komputer sambil mendengar alunan piano dari utube. hihi, penuh perasaan lagha. Ini tidak boleh jadi!

Baik, kembali memusatkan fikiran. Pagi tadi, sarapan hamba dengan sebuah emel untuk dikongsi bersama. Emel yang agak menarik.

Mukaddimah emel itu bercerita tentang trend bercinta pada zaman sekarang. Zaman berubah, trend pun berubah. Kalo dulu2 trend bercinta cuma hebat melanda remaja, tapi tak lama selepas itu trend bercinta menular pada kanak2 sekolah rendah pulak. Tapi zaman sekarang ni di Malaysia khususnya adalah trend bercinta sesama veteran. Bukan itu saje, trend itu dihangatkan lagi dengan kategori tambahan iaitu veteran atau separa veteran atau muda-mudi yang bergelar suami atau isteri yang bercinta dengan suami atau isteri orang lain!

Tajuk emel yang dihantar pada hamba itu ialah "DAYUS".

Hamba bukanlah seorang yang berpengalaman dalam bercinta untuk menghuraikan betapa complicatednye sebuah cinta. Hamba juga masih bukan seorang yang menyanjung cinta manusia melainkan cinta ayahbonda hamba(istilah setia memswine buta adalah beza dengan menyanjung, tapi bukan hamba yang setia memswine buta itu, hehe!). Pendek kate, hamba bukanlah seorang yang layak untuk membicarakan soal ini.

Orang kata, cinta itu buta! Mungkin jugak ye, sebab cinta itu buta lah maka seorang suami~orang boleh jatuh hati dengan isteri orang lain! Sebab orang itu buta, tak nampak sijil nikah si buah hati nya. Jadi bagaimana, untuk tidak membutakannya? Perlukah ditampal di dahi para pencinta2 yang telah buta ini?
Mungkin agak besar untuk ditampal di dahi para2 suami dan isteri2 untuk menunjuk status masing2. Entahla, hamba rase bile saatnye hamba menjadi isteri, hamba mungkinlah tidak menjadikan dahi hamba sebagai papan kenyataan. Tapi pada pendapat hamba yang jahil ini, eloklah kalau seorang isteri berlagak seperti seorang isteri. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, 'Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.' (Riwayat Ibnu Majah)
Mungkinlah kite beria menyapu eye-shadow atau blusher bila nak ke tempat kerja, tapi selepas ini kita beria sapu kat rumah depan suami je, bleh ke agak2? Entahla, hamba ni memang kolot, eyeshadow ngan mascara pun hamba baru kenal, hak hak! Kalo kat rumah nak habiskan sebotol sehari pun takpe! Lagipun sale kat muzium Otago ni kan murah, borong la banyak2 sebelum balik nanti! hehe
Kalo lelaki mungkin agak susah untuk dibezakan antara yang benar2 bujang atau bujang olok2. Tetapi, para bujang olok2 ni hendaklah sedar diri dan mengakui bahawa saham anda bukanlah setinggi saham si bujang trang tang tang. Kosong lagi tiga, itu benar! Silakanlah, tapi jangan la mengikut trend semasa untuk membina tangga masjid dengan mencuri bata dari masjid orang lain! haishh, matlamat tidak menghalalkan cara!

Hamba jugak ade terbaca blog seorang hamba ALLAH ni tak lama dulu, tapi dah agak susah nak korek semula sumber nye dari mane. Biasenye hamba melompat dari blog ke blog, tapi itupun mungkin 3 bulan sekali la hamba buat! Apepun, hamba ALLAH ni lelaki, yang sudah berkahwin, beliau bercakap tentang bagaimana senangnye untuk jatuh cinta. Terutama kalau selalu borak2, tanye khabar` dalam sekelip mata dah boleh menyebabkan hati menjadi cair.

Bayangkan kita di tempat kerja, katekanlah suami engineer, keje kat tempat lain. Isteri pulak pensyarah ke, keje kat tempat lain plak. Isteri pagi2 g keje pakai kasut tumit 4 inci (erk, adeke), bunyinye saje dah menggoyang jantung. Dekat tempat keje, biasela meeting2, jumpa ngan collegues. I tengok U, U tengok I. Arini U tengok I, mate I purple, sok U tengok I, mate I jingga. Mane U tak jatuh hati, I ni macam pelangi plak! Mane ade orang tak suka pelangi. Bila I borak ngan U, gaye U bercakap macam I, kate same2 pensyarah, ala2 wakil rakyat berkempen gitu. Mane I tak jatuh hati, I macam U, U macam I! Suami kat tempat keje plak, lebih-kurangla keadaannya, lagila, sengaja sembunyikan status kan, kalo kat facebook tu saje letak "Its complicated". Hello, tak sedar2 diri lagi awak tu dah kawen?! Bila isteri tanye, cane nak buka akaun facebook, marah! Konon tak de maknenye bukak2 facebook, nak buat ape? Amboiii, banyak chantek, mengaku je lah! Keje plak ngan isteri2 orang yang sefahaman dan sealiran. Tanya pasal alat ni, tau, tanya pasal mesin tu, tau! Alang2, tanya pasal adik beradikla, pas tak lama, alang2 ajak makanla, aiii pasal husband kawan tu tak mo tanye ke?!

Pendek tulis, 2-2 memainkan peranan penting. Lelaki dan perempuan! Seorang suami~ orang dan seorang isteri~orang. Keduanya kene pandai memainkan peranan sebagai seorang yang setia, menjaga diri, mata dan hati. Betapa senang untuk jatuh cinta! Betul! Betapa payah untuk melupakan kenangan bersama! Betul! Ciptalah kenangan semanis mungkin bersama yang halal untuk dicintai, iaitu sang suami atau pada sang isteri! Janganlah sengaja mencari kesalahan sebesar kuman, demi menangkis cinta yang dulunya setinggi gunung! Firman Allah, "Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak." (An-Nisa: 19).

Dulu kaulah ibarat satu2nya bulanku, sekarang bile ke tempat keje, banyak pulak bulan2 di langit biru, ye! Gambar sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan entri, hehe (erk, maaf empunya gambar~hasil google nih)

Soal setia, jangan ditanya kenapa!!!

"Ya ALLAH, lembutkanlah hati suamiku sepertimana Engkau lembutkan besi bagi Nabi Daud!"



(p/s: Doa di atas diletak di situ sebagai cadangan untuk para pembaca yang bergelar isteri;)

Thursday, September 24, 2009

Kerabu_Biru


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tadi semasa mata hamba berjalan2 di blog kawan hamba, McRose di Bergen, hamba begitu terliur melihat gambar2 makanan yang diletak di blog kawan hamba itu. Jadi hamba pun terfikir untuk 'tertiru' mcrose meletak gambar makanan jugaklah.

Sekadar berkongsi aktiviti random hamba di Dunedin pada Ramadhan yang lalu. Jangankan di Malaysia, di New Zealand ini, khususnya di Dunedin pun ada bazaar Ramadhan. Jadi barangsiapa yang kempunan nak makan ape2 untuk berbuka dan sahur, dan tak pulak reti memasaknya, atau tidak pulak rajin, maka mengunjungi Bazaar Ramadhan ni kira cadangan terrbaik la! Tahniah kepada penganjur iaitu abe2 kakok2 postgrades. Moga taun depan ade lagi ye, iA!

Di Bazaar Ramadhan ni macam2 ada, mungkinlah ia tidak sehebat bazaar di Ketereh, Kelate. Atau tidak juge semantap pasar malam Kg. Pak Tuyu Terengganu. Tapi ia tetap sebuah bazaar, membangkit rase ~ mengenang kesah2 dulukala.

Alhamdulillah, di bazaar ini jugak hamba menyumbang sedikit, tapi sedikit jer lah, sejenis juadah untuk jualan, iaitu nasik kerabu. Kredit kepada ibunda hamba yang telah menurunkan resepi ini kepada hamba, ibunda hamba pun tak sangka orang New Zealand makan nasik kerabu! Ibarat kata pepatah, haruan pulang ke lumpur! Maknanya? Homework! Cari sendiri!





Di kesempatan ini, hamba ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kekurangan nasik kerabu hamba kepada semua penonton, pembeli, pengepau, dan perase nasik kerabu hamba yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya jemari hamba mungkin tidak seindah alunan jemari Chef Wan, oleh itu, maafkanlah! Hamba juga mengucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada pembantu setia hamba, Fateha Kamarudin, SRSO, dan Hanun (bukan nama glem) atas sokongan dan bantuan kalian!

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembeli nasik kerabu hamba!

Alamak mcm dapat anugerah Bintang Popular plak!
Alhamdulillah!
"...Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika ada di bumi, keluarkanlah. Jika ianya haram, maka sucikanlah. Jika adanya jauh, maka dekatkanlah. Dan jika ia telah hampir, maka permudahkanlah..."