Tuesday, December 8, 2009
Tanda-Tanda!
Monday, December 7, 2009
Moko The Menace
Wednesday, November 25, 2009
Andai Itu Takdirnya
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Sedang memerhati seraut wajah yang tenang di pembaringan, mengalir sebuah perasaan aneh yang terlalu perit untuk melepaskannya pergi, menghitung detik kurang sebulan untuk melafaz sebuah kata perpisahan..
Pertemuan tidak lama dulu yang telah menghubungkan dua hati ini, mengikat utuh sebuah ukhuwwah, yang kadang dicemari dengan debu2 hitam, terkadang hapus dengan bayu kaseh..
Sebuah pemergian yang harus direlai, dan diredhai...buat sahabatku, andai itu takdirnya...
Buat sahabatku yang tercinta...
Sahabat,
Aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah.
Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci. Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya.
Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.
Sahabatku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu. Ya Allah… Ampunilah dosa-dosa sahabatku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.
“Ya Rahim… Berilah dia kekuatan dan kesabaran. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.” “Ya Rahman… Maniskanlah akhlak sahabatku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”
“Ya Rabbi… Lembutkan hati sahabatku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”
Sahabat,
Ramai yang berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan persahabatan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya. Makhluk yang terhubung atas nama sahabat, suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua.
Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama sahabat,suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu.
Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.
Sahabat… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang. Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.
Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati. Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah sahabat, isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah! Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik. Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.
Sahabatku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!
(diolah serta diubahsuai dari http://cinta.via.my/2009, terima kasih, juga telah dijadikan kudapan Farewell Tea POTS 2009, Evison Lounge C&S, Uni of Otago, Dunedin, New Zealand)
Tuesday, November 24, 2009
Premis Kenduri
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Saturday, November 21, 2009
Terima Kasih
Ucapan setinggi penghargaan juga buat yang mendoakan dari jauh, ALLAH saje yang mampu membalas.
Nampaknya, hamba sudah tua, hehe, kene berusaha menjadi orang tua sekarang, caiyok!
Daripada Tsauban r.a. berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?". Nabi S.A.W menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya Rasululullah?" Nabi menjawab, "cinta pada dunia dan takut pada mati." Hadis Riwayat Abu Daud.
Friday, November 13, 2009
Memori Semalam
Dalam perjalanan hidup ini, kadang2 kita menemui sahabat yang menggembirakan, yang sentiasa membuat kita tersenyum dan ketawa. Tapi adakah dia sahabat yang sama yang kite jumpa ketika kite memerlukan sebuah bahu untuk menangis? Alhamdulillah, kebanyakan sahabat hamba adalah seperti itu, terima kasih sahabat..
Selain sahabat, kepelbagaian tempat jugak akan membuat kita banyak terdedah dan membina personaliti diri. Jangan merase hairan kalau seorang sahabat yang ketika berumur 6 tahun dulu seorang yang pendiam dan penakut, tetapi setelah 20 tahun misalnya seorang yang bising dan berani! Barangkali alam sekitar telah memfaktori pembentukan personaliti dan peribadinya.
Sebab itu, janganlah kita salah memilih tempat dan kawan, kerana tempat dan kawan yang salah akan membawa kita pada penyesalan di hujung usia. Mungkin buat mase ini kita tidak merase kesal, dan cuma merasa enjoy. Berkawan dengan seseorang yang membuat kita merase muda remaja, sedangkan sepatutnya kita mencari kawan yang mengingatkan kita kepada mati!
Tetiba nafas hamba menjadi laju, tersengih seketika, teringat sahabat dari zaman tadika dan sekolah rendah yang juga sekampung. Dari kecik bermain hide n seek bersama, menjadikan tempat letak basikal sebagai port utama, balik lewat terutama bila ada fardhu ain supaya boleh main2 dulu, pakai tudung style itik ke kelas fardhu ain setiap petang, berkejaran dalam kelas bila ade yang bermulut murai, saling baling pemadam dan saling menulis nama orang bising untuk diberi pada cikgu! Kaki bodek! Zaman itu adalah zaman terindah, namun selepas itu kita terpisah jauh, kerana masing2 tidak reti untuk menghubungi.
Zaman sekolah menengah, agak mengambil mase untuk menyesuaikan diri dan mengenali. Mungkin zaman itu, adalah zaman yang paling kurang keyakinan diri. Pada zaman sekolah menengah jugak , gejala buli berleluasa, isk3.
Matrikulasi, semuanya indah, kecuali semester 1 yang menyakitkan. Pertama kali hamba berjauhan dari keluarga, hamba 'sakitrumah' setiap hari, menangis setiap senja sampaikan ibunda hamba pun dah malas nak layan! hehe. Hamba pun heran, kenapa bila menjelang senja hati hamba begitu sayu, begitu terkenang adik2 dan rumah di kampung, sehingga seolah-olah hamba dapat mencium bau rumah pada ketika itu. Macam2 betul hamba ini!
C.U. D. IPT. bak nyanyian UNIC satu mase dulu. Akhirnye berjaya menjejak menara gading. Namun ternyata kursus yang diikuti bukan mudah. Menggarap jatidiri untuk menjadi perkasa dan tabah, menelusuri keindahan alam dalam kedinginan air yang mengalir laju. Membenamkan mata hati ke dasarnya untuk menjejaki zahir sebuah nyawa yang tidak pernah terpotret di retina manusia biasa. Gambar pun adela sekeping dua seperti di bawah, yang mencungkil kenangan lama. Memori semalam orang kata!

Alhamdulillah akhirnya berjaya melepasi peringkat itu. Pengalaman bekerja bersama sahabat2 lama, sebelum kembali bertugas di uni yang sama, dan kini sedang menyambung pelajaran sebagai menunaikan amanah untuk memenuhi kriteria tugasan.
Panjang benar perjalanan usia, alhamdulillah, dengan harapan agar ALLAH memberkati setiap langkah, dan memberi kesedaran dan menjadikan kita semua tergolong dalam golongan yang bertaubat sebelum melangkah dekat ke daerah mati. InsyaALLAH jika berkelapangan, hamba nak jugak bercerite pengalaman hamba bekerja nanti. Tuan hamba tak nak bace pun takpe, biar hamba bace sendiri nanti, hehe, SS ;)
Happy For Them
Hari ini hari yang sangat menggembirakan, alhamdulillah. Hamba baru mendapat berita tentang pernikahan dan walimah yang baru dan bakal berlangsung di kalangan sahabat2 hamba di Malaysia.
4 dari mereka adalah rakan sekuliah hamba semasa degree dulu. 2 daripadanya adalah rakan se-tanah-tumpah-darah, Kelate terchenta manakala 2 lagi orang utara. Merpati utara agaknya ke-penatan di tengah jalan, kerana warkah walimah belum kesampaian di teratak keluarga hamba. Tapi tak mengapa lah duhai merpati, kerana penguin di New Zealand juga tak larat menongkah ombak lautan Pasifik untuk menerjah ke daratan Tanah Melayu buat mase ini ;)
Se-orang sahabat sekelas di sekolah menengah juga baru sahaja menamatkan zaman bujang nye Syawal yang lalu. Malah seorang lagi juga bakal menjadi isteri Januari nanti.
Manakala seorang sahabat di matriks juga baru saje melepasi gerbang perkahwinan yang indah!
Tidak lupa juga 2 sahabat dari sekolah rendah juga bakal bergelar seorang -isteri dan se-orang suami Disember nanti. Oh rindu sungguh kampung halaman!
Hari ini sahaja hamba mendapat berita tentang walimah 9 orang hamba ALLAH! Alhamdulillah! Hamba gembira buat kalian. Namun hamba cuma mampu mendoakan dari jauh. Tak tahulah samada hamba ini untung atau tak untung dengan ketidak-mampuan untuk hadir ke walimah sahabat2 hamba itu. Untung kerana hamba berjaya merugikan supermarket yang menjual set pinggan mangkuk untuk dijadikan hadiah, dan tak untung kerana hamba tidak dapat bersama menyertai sahabat2 yang sudah bertahun tidak berjumpa, dan terpaksa melepaskan peluang melihat sahabat2 kesayangan di hari bahagia mereka.
Jawapannya tentulah tidak untung! Tapi tak mengapa, pasti ade hikmah di sebalik ketentuan ALLAH. Hikmah pertama insyaALLAH ialah; dengan ketidak-upaya-an-untuk-pulang hamba ke rumah dan kampung halaman di waktu genting seperti ini, hamba telah menyelamatkan 2 pasang telinga hamba dari disumbat kapas, pada setiap hari kenduri! hehe
Walaubagaimanapun, hanya jarak menjadi pemisah. Andai tuan hamba yang membaca mendapat jemputan dan mampu untuk hadir, maka memenuhi undangan terutama walimatul-urus adalah wajib!
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’urus, penuhilah.” (HR. Muslim) dan Rasulullah S.A.W juga bersabda, ”Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).
Monday, November 9, 2009
Seraut Wajah Itu
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Maka telah ramai orang2 yang mengundur diri kembali ke tanah air..
Tapi masih ada antara mereka yang tetap teguh di Dune ter-chenta ini...
Hakikatnye entri hari ini takde kene mengena pun dengan ke ber-ada-an atau pengunduran pulang bercuti para sahabat dan adik2, tapi tetiba teringat akan sesuatu.
Pernah tak tuan hamba melihat sebuah gambar, dan dalam gambar itu ada satu wajah yang membuat tuan hamba rase sedih melihat wajahnya? Atau rase sejuk? Atau rase belas kaseh atau kasehan?
Hamba pernah, baru saje hamba melihat gambar sahabat hamba dan tetiba hamba terlihat sebuah wajah yang membuat hamba rase belas dalam gambar yang sama. Bukan belas simpati, bukan kerana suatu faktor kemiskinan atau kecacatan, tapi sememangnya wajahnya begitu!
Menuntut kita untuk mengasehi dan mengasehani nya walaupun beliau tidak kite kenali!
Ini bukan jatuh chenta ye, konsepnye lari dari jatuh hati. Ini konsep kemanusiaan. Pernah ke tuan hamba merase bende yang sama? Sesetengah orang bila kita lihat wajahnya di gambar2, kita tak merase ape2, atau merase kering, tapi bila melihat sesetengah wajah lain, kita rase tersentuh, rase insaf..perghh, mantap nih, dakwah melalui raut wajah di gambar! hehe
Bagaimana dan kenape? Banyak sebab yang berlegar di pikiran hamba, tapi biar hamba buat kajian dulu, buat mase ni hamba nak kene gi sekolah dulu, chow-sin-ki!
"Maha suci Tuhan yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali."
Brooom!
Wednesday, November 4, 2009
Bakal ditinggalkan!





"Teman betapa pilunya hatiku, Menghadapi perpisahan ini, Pahit manis perjuangan, Telah kita rasa bersama, Semoga Allah meredhai Persahabatan dan perpisahan ini..Teruskan perjuangan!"
