Wednesday, September 8, 2010

Yang-Yang Yok Ketipak Ketipung!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Setelah bergegar dek ammarah bumi Christchurch beberapa hari yang lalu, banyak benda yang belum sempat dilakar di sini.

Hari ini, mungkin hari terakhir ramadhan. Apa yang sudah tuan hamba dan hamba perolehi sepanjang Ramadhan ini?

Bulan mulia ini, adalah sekolah bagi kita. Sekolah yang mendidik kita. Menundukkan nafsu kita. Mengawal keranjangnya sepasang mata yang menjalar menatap dahi-dahi licin. Mengawal gejolak darah muda yang membakar sebuah jantung yang masih remaja. Melentur lidah untuk berkata yang baik. Memujuk perut untuk makan se-adanya. Merayu akal untuk merenung ke-daifan saudara-saudara seagama dan manusia yang kurang upaya.

Bulan mulia ini, adalah bulan zikir-zikir berterbangan menghiasi sepanjang jalan kita. Hasil dari lidah yang dibajai keinsafan. Bertasbih, bertahmid memuji ALLAH. Memohon ampun dariNya. Berkumat kamit mengucapkannya, sehingga orang berselisih akan menoleh. Bukan sekali, tapi ber- kali2. Pandangnya pelik. Pandangnya aneh. Apa dibikin orang ini? Apa dikata orang ini? Kumat-kamit itu, kitakah? Basah bibir kita, kerana zikirkah? Atau lembab basah bibir kita kerana lip balm bermentol terbaru yang kita cuba?

Bulan mulia ini, adalah bulan pengampunan. Bulan mendamba redha Illahi.

Bulan mulia ini, adanya malam yang sangat istimewa. Kita kata, "tak apelah, kalau tak dapat lailatul qadr ramadhan kali ni, ramadhan tahun depan lah kita cuba..". Hidup ke kita ramadhan yang akan datang?! Tak dibaham tanah kah kita ketika itu? Di saat orang lain mengharungi saat bahagia, memohon pada ALLAH secebis tempat di syurga, ketika itu, mampukah kita menahan amarah Munkar dan Nakir?

Nah! Apa yang telah kita lakukan? Mampukah kita bergraduasi? Luluskah kita? Cemerlang kah kita? Beroleh anugerah kah kita?






Jika sekadar Anugerah di pentas universiti, itu bukan apa2. Itu cuma ujian ALLAH. Itu cuma penilaian otak, yang satu hari akan hancur dimamah bumi!!!

Kalaulah hidup ini untuk menjadi doktor PhD pelbagai bidang! Kalaulah hidup ini untuk menikmati mewahnya dunia. Kalaulah hidup ini untuk menjadi manusia terkemuka. Sekolah seribu tahun pun belum tentu cukup.

PhD ~ researchnya harus makin banyak! Kompentensi semakin ghairah! Wang akan hilang. Lagi harus senantiasa dicari! Nama akan kabur, di sapu perlahan dengan nama2 baru yang makin naik!

Tapi kalau hidup untuk menjadi manusia bertakwa. Sekolah sebulan di bulan Ramadhan ini sahaja, kalau kene cara-nya, dan istiqamah ke akhirnya, insyaALLAH, bergraduasi-lah kita.




Tapi, kita -kah yang layak memakai jubah konvo itu? Kita-kah yang layak beratur menunggu ALLAH memberikan skrol keredhaan-Nya? Kita-kah yang layak bergambar bersama insan2 bertakwa itu?

Ataukah kita sekadar manusia yang akan berbungkus langsir2 baru berwarna kemilau. Sekadar manusia yang syok sendiri memasang pelita keliling rumah. Sekadar manusia yang merase hebat dengan penghasilan dan rekacipta kuih muih terbaru? Sekadar manusia yang hanyut di malam raya, bergelak ketawa? Sekadar manusia yang tenggelam dengan kad-kad ucapan dan lagu-lagu raya?

Bila tiba hari raya, kita raya sakan gegak gempita. Raya wajib sempurna. Wajib tiada cacat cela. Baju merah satu rumah, wajib merah walau cuma tang bunga. Kuih bermacam jenis, ketupat pelbagai rupa. Rendang lemang wajib ada, kerana itu petanda raya. Lalu, puasa semalam bagaimana? Sama sempurna?

Salam aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)




Taqabbalallahu minna wa minkum

(May ALLAH accept from you and us)


Friday, August 27, 2010

Tolong jangan pergi..pls

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Jeng jeng jeng! Hari ini sudah hari ke-17 Ramadhan 1431 H di bumi Dunedin. Di bumi Malaysia sudah hari ke-18 kan?


Pagi tadi hamba singkap langsir putih yang menabir tingkap dapur.. Hamba lihat rintik2 hujan yang hampir tidak kelihatan. Barangkali jalan basah. Tapi suasana maseh hitam, gelap dan pekat. Hamba kurang jelas...

Hamba sedut nafas dalam2. Lampu neon yang menghiasi jalan berbalam-balam saje warnanya. Walaupun dingin mencengkam, sengaja hamba buka luas-luas tingkap itu. Untuk mengeluarkan asap gorengan di waktu dinihari.

Hidung hamba menyentuh bau yang indah. Bau pagi. Bau malam ke pagi. Bau sahur sebelum subuh. Menyengit2 di hidung hamba. Sebuah bau yang menenangkan. Mengasyikkan.

Hamba sedut lagi dengan dalam. Semakin dalam. Sambil menarik nafas, hamba pejam mata. Pejam kerana sejuk. Pejam kerana khusyuk. Tiba-tiba ade sesuatu yang menjolok hati hamba. Hamba rase tersentuh. Hamba rase khuatir. Hamba rase berdebar.

Hamba merasekan sesuatu. Pejaman mata yang kejap hamba lepas perlahan-lahan. Berhati-hati. Was-was. Debaran dalam dada semakin mencengkam. Denyut nadi semakin pantas. Dan jantung mula berbisik pada telinga dengan iramanya yang tersendiri...


Dan tiba-tiba!!!

Tuan hamba, di bulan Ramadhan ini syaitan dan iblis digari. Jadi cerita hamba ini tidak ada kene mengena langsung dengan unsur-unsur itu.


Hamba cuma merasekan sebuah rindu yang dalam pada dinihari Ramadhan ini, pada bumi Dunedin ini, pada waktu pagi nya yang damai. Andai bau itu boleh hamba abadikan..

Semakin dekat untuk meninggalkan pergi. Semakin jatuh cinta pula rasanya...

Mampukah untuk kembali pada Ramadhan kali ini, sepertimana mampukah akan kembali pada Dunedin setelah meninggalkannya nanti.

Dunedin ini dan akan datang. Pasti tak akan sama. Ramadhan kali ini dan akan datang, pasti jauh beza. Sempatkah nyawa ini untuk merasainya lagi?


Ramadhan, tolong jangan pergi, aku masih belum puas!


Rasulullah bersabda, “Allah SWT akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam terakhir seraya berfirman: Siapa yang berdoa padaKu, maka Aku akan menerima permintaannya. Siapa yang memohon ampun padaKu, maka akan Aku ampuni.. (HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 17, 2010

Tali Pinggang kata, "JANGAN!"

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Di saat orang2 di Malaysia berbuka dengan juadah 'ayam golek madu', kuih 'lompat tikam' dan pelbagai lagi menu yang mencairkan saliva, masyarakat Dunedin terchenta berbuka seadanya di Masjid Al-Huda.
Tuan hamba,

Bezanya kalo di Malaysia, jarang untuk kita meluangkan masa berbuka di masjid. Walaupun, ya lah kadang2 ada juadah berbuka free kan. Kita biasanya menapak ke masjid bila ada ura-ura bubur lambuk diedarkan. Bagi yang tak sibuk, kita ade-lah jugak join potong2 bawang untuk bubur lambuk.

Ada banyak sebab, kenape kita lebih selesa berbuka di rumah. Selain daripada senang nak melonggarkan tali pinggang kerana pengembungan secara mendadak, kita juga lebih selesa berbuka di rumah kerana ada banyak jenis lauk.

Di masjid Al-Huda, Dunedin ini contohnya, akan ade 1 jenis lauk, dan 1 jenis sayur, dan ofkoslah nasi, samada putih atau berwarna.


Akan tetapi, risiko nye berbuka di rumah, pun ada banyak. Satu, kita akan kurang malu untuk menambah atau makan banyak. Kecuali lah kalo pada waktu berbuka itu, ada tetamu istimewa. Bila dah tak malu, nasi pun tak malu untuk berlari-lari anak masuk pinggan dan melepasi tenggorok. Betul tak?


Itu risiko perut. Nafsu mata pun suka kalo berbuka di rumah. Kerana mata kiri dan mata kanan akan berlumba untuk pejam dulu. Kadang2 lepah maghrib tido dulu, dengan harapan nak ler bangun solat isyak nanti. Cita-cita tinggi. Baguslah. Plannya isya', terawih, tahajjud, taubat, istikharah dan witir. Tapi sebab takot membazir ayam golek beli di Bazar Ramadhan petang tadi, maka lajak lah pulak tidurnya. Dan2 bangun, 15 min lagi nak subuh. Berkejar sahur dulu, takut tak sempat sahur, ye dak? Lepas tu, solat wajib kemana, inikan pulak solat sunat, haishh. Bukan tuan hamba tu, ni hamba duk citer pasal orang kat Planet Marikh nun...


Risiko ke-3 ialah takot tertinggal amalan baca Quran. Quran ni tuan hamba, patut kita amalkan setiap hari. Tambah2 pula di bulan Ramadhan. Bagi abang2 dan kakak2 yang mencecah usia yang tersangat sibuk dengan anak2, mungkin sudah lama tidak menyentuh kitab Al-Quran. Kecualilah kalo anak umur 5-6 tahun, yang tu para2 ibu sentuhla jugak Iqra', untuk ajar anak-anak mengaji.


Jadi tuan hamba, yang hamba nak cerite ni begini, kalo kite ke masjid, atau surau, mase terawih kan pak Imam selalu baca juzuk by juzuk, syioknye... Habis je Ramadhan, pak Imam habiskan 30 juzuk dalam bacaan solat terawih, kita pun sama khatam. Sebabnya kita dengar pak Imam bace. Ye dak? Kadang bacaan kita tak betul, itu yang buat sesetengah orang malas nak baca Quran. Sebab tu-lah kita kene usaha, kalo merangkak baca Quran sendiri, kita maseh boleh dengar orang lain bace, kan? Orang lain dapat pahala, kita pun dapat jugak, insyaALLAH.


Tapi ye-la, hamba takde anak lagi pandailah hamba cakap. Ye-lah tuan hamba. Agak2 kalo hamba dah jadi ibu esok2, sempat ke hamba nak nulih belog ni? Sebab tu, tuan hamba kasi lah can hamba cakap skang ye!


Jadi tuan hamba, kalo tak dapat hari2, sikit2 hari pun jadilah. Jemputlah menapak berbuka ke masjid. Ataupun kalo tuan hamba kene masak untuk keluarga, tuan hamba bleh sedekah kuih sikit ke, duku sikit ke, untuk orang2 berbuka ataupun moreh? Takpun lepas buka boleh datang untuk terawih.


Bukan ape tuan hamba, kesian malaikat sebelah kanan tuan hamba tu. Malaikat orang lain sibuk buat kalkulus, kira pahala total yang terkumpul sepanjang Ramadhan, tapi malaikat tuan hamba, pening tengok tuan hamba main kira2 bunga api untuk projek malam raya... (Peringatan buat diri hamba sendiri terutamanya!!!)

"Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya, maka akan diampunkan banginya segala dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, August 15, 2010

Tulis Segan, biar Kosong Tak Mau

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Untuk entri kali ini, berkali2 hamba tulis dan padam. Hamba beku dengan idea. Lagipun hamba puasa. Puasa ber-angan. Jadi hamba pun taknak lah mengarut-mengarut. Nanti pahala hamba kurang nak kene cover pahala tuan hamba lagi.


Tapi hamba tetap nak menulis entri baru jugak. Sebab hamba rase ade sahabat hamba yang sering membuka untuk melihat entri terbaru, (alamak ter-bajet, mintak maaf). Hamba teke je. Kepada tuan hamba yang berkenaan, hamba ucapkan jutaan terima kaseh dan setinggi-tinggi penghargaan. Jangan malu untuk terus mengikuti blog hamba.

Akhir kalam buat entri kali ini, selamat berpuasa semua. Terawih malam ni pegi tak? Alahai, pergila. Cuba try pegi skali tengok…best g terawih, rase Ramadhan sungguh bermakna. Oh ye, jgn lupa korek poket tuan hamba, ade 20 sen tak? Kalo ade, bwk sekali sumbat ke tabung masjid k, arini 20 sen, esok2 tambah la pulak ye.


~Wassalam~

Monday, July 26, 2010

Pungguk Rindukan Bulan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Apabila berjauhan, manusia cenderung untuk merindu. Bila tarikh untuk bertemu semakin hampir, hati manusia akan berdebar2 dan berdetap detup tanpa amaran. Bagaikan pungguk merindukan bulan mengambang. Cuma sekali sebulan melepas rindu.

Ade sebuah kisah. Tentang seorang isteri yang setia. Name-nye Esah. Duduknya nun di hujung kampung. Suaminya enjin-nia. Kerja di pelantar minyak di tengah laut. Pulangnya cuma sekali sekala.

Bila suami ber-skype memaklumkan untuk pulang lebih kurang 2 minggu lagi, Esah mula terkekek gembira tapi kalut super. Terfikir baru sudah mengumpat dengan Jenab semasa membeli ikan dengan pakcik motor ikan pagi tadi. Teringat pesan sang suami jangan suka mengumpat. Alamak! Terase bersalah, dan redi2 menulis surat mintak mahap, supaya bila suami pulang takdelah terase kekok dan tergagap2 mahu mintak mahap. Tulisnya, "Esah mintak mahap bang. Ampunkan Esah ye bang, Esah taubat!(1) Esah janji, lain kali Esah tak buat lagi..".

Sebelum suami sampai ke rumah juga, habis surat cinta suami Esah 7-8 tahun lepas dikorek keluar dari tempayan beras. Dibaca semula dalam samar-samar pelita ayam. Nak amik feel orang kate. Supaya bila suami pulang, maseh romantic seperti mula2 kawen. Sampai part2 manja, Esah senyum terkikih-kikih kesorangan, sampai part2 sedeh, Esah menangis, begitulah Esah. Sangat menghayati surat2 cintanya!(2)

Kadang-kadang Esah tak puas hati. Kate Esah, dia nak dengar orang bacakan(3) surat cinta tu untuknya. Kate Esah lagi, kalo dia baca sendiri, dia rase macam pitching lari. Jadi kadang2, Esah panggil adik perempuan kesayangan Esah tolong bacekan untuk Esah. Biasanya Esah bertenggek di tangga dapur bila adik Esah bacakan untuknya. Esah senyum panjang.. sampai telinga. Kadang-kadang Esah bergilir2 dengan adiknya membaca(4) surat cinta suaminya itu. Maklum-lah surat cinta suami Esah panjang2..




Surat cinta suami Esah penuh bermakna untuk Esah. Penuh nasehat. Kadang2 suami Esah tegur Esah melalui suratnya. Misalnya, suami Esah tahu Esah suka ber-gossip. Maka suami Esah pernah hantarkan surat tazkirah tentang balasan untuk orang mengumpat pada Esah. Kadang2, suami Esah juga suka puji sikap Esah suka senyum. Suami Esah kate, senyum itu sedekah. Esah terima dengan lapang dada semua teguran dan pujian suami Esah. Esah tahu, dalam banyak2 orang, suami Esah lah yang paling kenal Esah. Esah cuba berubah menjadi lebih baik(5).

Setelah berkali-kali membaca surat cinta suaminya, Esah bergegas mencapai parang atas para dapur. Anak tangga dapur yang cuma 2 papan Esah langkah senang. Berkokok ayam melarikan diri bila Esah terjun manja dari tangga dapurnya itu. Esah tahu suaminya suka makan buah salak. Esah ke belakang rumah, meninjau2 salak yang masak ranum yang ditanamnya. "Banyak salak ni..", kate Esah. Suami Esah juga tak suka membazir. Oleh kerana salak Esah berlebih-lebihan, Esah isi salak-salak tu dalam guni beras dan disandarkan pada tangga dapur. Nanti bila adik Esah melintas rumah Esah untuk ke masjid, Esah akan suruh adik-nya sedekahkan(6) pada orang masjid.

Bile bersedekah, Esah akan teringat duit simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB) nya sudah cukup setahun. Tak pernah terusik duit tu. Suami Esah tak bagi Esah sentuh duit-nya itu. Kate suami Esah, suami Esah masih mampu memberi nafkah pada Esah. Duit Esah, Esah simpanlah, untuk kegunaan pada masa depan. Kate suami Esah, malang tak berbau. Esah sedar, dia wajib memberi zakat. Esah meraba-raba mesin kira dalam laci meja di bilik bacaan suaminya. Mesin kira itu pun sekali setahun lah bersentuh. Nasib baik masih elok. Setelah didarabkan dengan 2.5% duit simpanan-nya itu, Esah memanggil Adli, adik lelakinya. Esah suruh Adli memberi sejumlah wang zakat(7) pada Pak Pa di kampung seberang. Keluarga Pak Pa keluarga miskin, tambah pula Pak Pa sekeluarga baru memeluk Islam tahun lepas. Sebelum ni nama Pak Pa, Jupha Sephet. Pak Pa orang Siam, berasal dari Chiang Mai. Berhijrah ke Malaysia. Esah suka dengan anak-anak Pak Pa, semuanya pandai2 belajar.

Masa berlalu begitu lambat bagi Esah. Suami Esah kate, kalo Esah tak mahu penat menunggu, Esah buatlah perkara2 yang baik dan mendatangkan faedah. Suami Esah tak kesah kalo Esah ajak jiran2 perempuannya datang ke rumah. Suami Esah juga suke kalo Esah anjurkan buka puasa sunat beramai2(8). Cuma suami Esah tak suka, kalo Esah rapat dengan Jenab. Jenab suka mengkhabarkan berita yang tidak perlu pasal orang lain pada Esah. Suami Esah suruh Esah nasehatkan Jenab supaya berubah. Kadang2 Esah bagitahu, tapi kadang2 Jenab melenting tak mahu cakap lagi dengan Esah. "Takpelah, lame2 nanti Jenab akan insaf, insyaALLAH," kate suami Esah bila Esah mengadu.


Begitu sekali Esah bersiap, menyambut kepulangan suaminya. Hamba pun bercita-cita nak bersiap macam tu lah. Kekasih hati hamba dah tak lama sangat dah nak kembali pada hamba. Oh ye, hamba lupa, hamba tak kenalkan lagi kekasih hamba kat tuan hamba sume, ye?
Hehehe



Nama-nya Ramadhan! Kekasih tuan hamba jugak kan?! Tuan hamba, bile lagi? *wink

Glossari (Maksud sebenar-benarnya yang hamba cuba sampaikan-via-number):

(1) bertaubat, dan tidak mengulangi perlakuan yang tidak sepatutnya sebagai persediaan menghadapi puasa yang sebenar-benarnya.

(2), (3) & (4) menghayati bacaan Al-Quran, dengan membaca, memahami maksud dan bertadarus

(5) refleksi diri menerusi Al-Quran. Sedarlah kesalahan atau pun perkara maksiat yang telah kita lakukan. Ambillah pengajaran dari Al-Quran. Laksanakanlah perintah yang ALLAH sampaikan melalui ayat-ayatnya.

(6) & (7) bersedekah dan menunaikan zakat

(8) berpuasa sunat dan iftar beramai-ramai

(entri di atas hamba karang bersandarkan isi-isi tazkirah drpd yang berbahagia Sheikh Rafat, Masjid Al-Huda, Dunedin New Zealand, bertajuk 'How to Prepare Oneself for Ramadhan' . JZKK.)


Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan

Wednesday, July 21, 2010

Antara Daku dan Unta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Kita ~ manusia adalah sebaik2 ciptaan yang diciptakan ALLAH.

Namun, seandainya tuan hamba merasa tuan hamba besar, ingatlah sebenarnya saiz gajah lagi besar.

Atau jika tuan hamba rase tuan hamba hebat, kerana tuan hamba kuat makan, sebenarnya ada lagi yang boleh makan lebih banyak, perut lembu lebih besar dari tuan hamba. Tak percaya? Ruang perut lembu ada 4 bahagian; (rumen, retikulum, omasum dan abomasum~Biologi SPM).

Atau jika tuan hamba merase bangga kerana tuan hamba berani, Tiada orang berani sound tuan hamba. Dan tuan hamba tahu bahawasanya orang lain sume perit telinga dan kecut perut kalo tuan hamba buka mulut fire orang balik, ketahuilah yang lebih sesuai dan patut bangga kerana berani adalah singa dan harimau sinun. Tuan hamba cuba lawan mulut tengok, ada berani?

Atau tuan hamba juga bangga, dan mewar-warkan pada dunia, tuan hamba ini tahan lasak, boleh buat ape saja, dengan lancar walaupun pertama kali. Cuba tuan hamba lumba walkathon dengan unta di padang pasir, tengok, sape lebih lasak, tuan hamba ke unta?




Atau tuan hamba rase tuan hamba cantik? Bulu mata tuan hamba lebat dan berat? Lentik dan tahan lebih lama? Atau aksesori2 tuan hamba sumenye jenama2 yang tiada tolok bandingnya? Oh tuan hamba, tuan hamba tak rase ke itu sume palsu? Tuan hamba tengok merak ek, duk dalam hutan jer, takde sambung2 rambut segala bagai, malah tiada aksesori pun. Tapi ape yg merak buat, libas ekor skit jek, manusia dah nganga, sbb cantik sangat. Jadi ratu chantek patut bagi kat merak, bukan pada tuan hamba. Dan apetah lagi la hamba, hehe




Tapi tuan hamba, tuan hamba memang hebat! Sebab tuan hamba ada ilmu, pergi sekolah, dan jadi orang berjaya. So, sape bagi ilmu kat tuan hamba???



"...ALLAH mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan..." (Surah Al-Mujadilah, 11)



"Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH" (Surah Shaad ,26)








Tuesday, July 13, 2010

Kassim betul-betul Selamat


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tuan hamba,

Tuan hamba dan hamba pernah remaja. Malah tuan hamba mungkin maseh lagi remaja. Hamba? Oh, hamba juga masih remaja. Walaupun remaja hamba sudah mencecah senja. Hehe. Yang penting hati, bukan?

Orang kate, mase remaja itu indah. Mungkin paling indah dalam hayat dunia. Barangkali kalo dilukis graf kehidupan, agaknya titik remaja adalah titik plot yang paling tinggi, kot?

Setiap orang punya kisah manis, masam tapi lebih manis, atau manis2 belaka mase remaja. Salah satu sebab utama, kerana mase remaja lah saham tengah tinggi. Mase remaja lah junior2 mencari senior2 untuk pinjam buku, atau pinjam hati! Dan mase remaja juga-lah senior2 memasang umpan ikan getah (palsu), lalu melepaskan joran ke dalam sungai yang jernih.

Bila usia menginjak tua, usahkan umpan palsu, pakai umpan cacing pun belum tentu laku. Sebab-nya sungai dah keruh. Ikan2 tak nampak. Dan-dan, tertangkap buaya. Alamak, same2 pemangsa. Rasekan, hehe

Justeru, kepada pemangsa-pemangsa dan mangsa-mangsa serta bakal2 mangsa di luar sana, hidup di dunia tidak-lah se-indah yang di-impikan. Sebab 1 hari nanti, kita semua akan mati. Kita semua akan berkedut 5, 10, 100 dan satu saat berkedut 1000. Belek2 sikit ujung mata tuan hamba, berapa garis suda ada?


Kenapa hamba bicara soal ini? Oh, sebab hamba sedeh duk tengok remaja-remaja di tepi jalan. Bersiul2 mencari pasangan. Tuan hamba pikirlah sendiri, kalo lah pasangan hidup tuan hamba di-peroleh dengan cara bersiul, ape beza -nya pasangan hidup tuan hamba dengan burung pipit? Atau burung ketitir, atau kelicap? Kalo semudah itu mencari cinta, ape susah? Berchenta saje dengan pipit2 yang hinggap di tepi rumah. Kalo rumah tuan hamba takde burung2 hinggap, rumah hamba banyak burung sesat.






Duhai pemuda remaja, kalo sonang sangat memikat si buah hati, SMS 2-3 kali dah cair, belanja 2-3 kali dah lentok. Pikir semula, tuan hamba sorang je ke yg bleh belanja makan? Atau tuan hamba sorang je ke ade hset nak SMS si dia yang tuan hamba angau-kan itu? Aiseh bahaye tu.


Pemudi remaji pula. Alahai sonang la pulak jatuh hati ye. Kutip2. Kutip balik sebelum kene kuman! Macam tu je bleh jatuh hati? Kalo dulu kala, zaman ISLAM sebagai cara hidup, dan MAKSIAT bukan KEBIASAAN seperti sekarang, seorang anak dara akan jatuh hati pada alunan azan. Pada alunan bacaan Quran. Ataupun hujah2 dalam berdakwah. Yang tuan hamba jatuh hati dengan tu, maseh ingatkah membaca Iqra'?



"Tapi, dia bijak.. dia keje besar, hidup terjamin. Yang paling penting, dia bukan Kassim Selamat! Mak ayah pun mesti suka kalo couple dengan dia".


Jadi, kalo dio engineer, jadi apa? Jadi kenapa? Apa gunanya kalo dia tidak ingat ape beza rukuk dan sujud? Dia ingat dia engineer dia boleh ubah termometer di neraka?


Atau kalo dia majistret, so what? Jadi, kenapa? Apa, dia ingat dia majistret, dia boleh lepas dari tindakan undang2 ALLAH di akhirat, kalo dia bukan mukmin sebenar?

Atau kalo dia doktor, jadi? Apa dia ingat dia doktor, dia boleh cari penawar dan berhati2 dalam diet dan cara hidup sampai takkan mati sampai bila2?


Atau kalo dia pensyarah? Apa, dia fikir dia boleh siapkan skema jawapan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir? Kalo dia bukan muslim yang taat?


Pokok pangkal-nya semua akan kembali ke jalan yang sama. Kerana masih remaja lah kene berhati2. Kene jaga diri dan kehormatan. Bertegas dengan nafsu. Dari mase sekarang lah, ehem, ye sekarang lah kena tetapkan matlamat untuk jadi penghuni syurga dulu, sebelum bercita-cita selainnya. Cinta untuk menemui ALLAH, akan memandu kita memilih cita2 yang terbaik di dunia. Yang insyaALLAH membawa bahagia dari sini hingga ke sana..




Mari perbaharui syahadah. Mari mula dengan cita2 yang baru! Bukan hamba suruh melupakan akademik dan pelajaran, atau ekonomi, itu-kan perintah ALLAH yang telah termaktub, agar manusia berusaha duniawi dan ukhrawi! Caiyok!

Oh ye, jangan bimbang tentang jodoh, ALLAH telah tetapkan sejak azali, cuma mungkin masih bertapa di gua yang jauh. Bukan ape, kalo asyik memancing, takut dapat belut, licin liat, susah nak control. Atau dapat sotong, lentok sana, melekat sini, panas nanti, tak aman.. Kalo asyik bersiul, dapat yang bersayap, cenderung terbang ke sana sini.

Jadilah manusia yang punya agama dan tatasusila, baru dapat bidadari dua dunia! InsyaALLAH




"..Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.." (At-Talaq, 2-3)


Sunday, July 4, 2010

Sekolah Ahad

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Comel betul anak-anak bawah 10 tahun di atas. 10 ke atas, walaupun seorang anak, tapi tidak di-kira comel! (tau dah, sebelum orang lain cakap, baik cakap sendiri, hihi)


Pertama sekali, terima kaseh teacher Afila dan teacher Mastura, atas ke-izinan men-joinkan diri sebagai 'pembantu pra-sekolah ahad', di Al-Huda Mosque, pagi tadi. Pengalaman yang sangat menarik, sementelah telah lama tidak menyegar-kan minda dengan kerenah anak2 kecil, kerana di-sibukkan dengan tugasan makmal yang bertimbun. Sementelah lagi, tidak punya anak sendiri, dan segan mahu menganggu anak orang, uish cuit sikit! (Lama jugak tak ketemu bofpren cilik, si Amzar, chik-zam bizi, huhu)


Tengoklah gaya masing2, sume gaya ade, suparman, human spider dan macam2 lagi-lah. Bingit pagi hari di masjid, dengan kerenah hero2 dan heroin yg datang ke masjid lebih untuk ber-sosial, drpd baca Iqra'. Haish nakal, tapi comel!


Paling bermakna dan menyayat hati, mengasuh dan mengajar anak Autism...


Sedang yang lain bingit ber-cerita, tiba2 melangkah masuk seorang anak kecil. Kurus orangnya. Jari telunjuk digigit kemas. Mata bundar-nya cerah memandang teacher yang sedang mengatur kata. Langkah di atur lagi, dekat, semakin dekat. Seorang sister memanggil rapat. Bahu-nya disentuh. Digenggam erat, agar dia tidak takut dan malu untuk duduk bersama, kerana lewat.


"What's your name?" Sister tadi mula bicara. Rambut perang dan panjang-nya diusap lembut. Dia masih takut-takut. Sister tadi mengatur senyum. Bahunya dipeluk lembut. Lalu anak comel itu menjawab selesa. Diduduk-kan di depan meja kecil. Lalu Iqra' dibuka.


Sedang menyebut ra, ja, dan sa. Tiba2 dia kaget. Jari telunjuk yang halus di tuding ke siling. Sister tadi juga kaget. Tertanya-tanya. Terpinga-pinga.


"What is that?" Tanya si kecil menuding ke lampu. Sister menjawab, lampu. Bahu kecil dipegang, didudukkan semula, kerana kaki kecil mula berdiri untuk melangkah ke mana-mana.


Si kecil yang comel duduk lagi. Mata bulat yang bersinar di hadap ke Iqra' semula. Ra, kata-nya. Tiba -tiba dia bangun, mata-nya menghala ke whiteboard, dan dia bertanya lagi, "what is that?"


Hati sister gundah gulana. Kenapa anak ini? Tidak selesa kah dia. Teacher mula berbisik lembut, "anak austism, " katanya.


"Oh.." ujar sister di dalam hati. Si kecil yang comel dipeluk bahu-nya lagi. Didudukkan semula. Ra, sa, ja, ha. Aturnya lagi. Dan kemudian dia bertanya lagi, "apa ini?" dan "apa itu?" . Tabah sungguh ibunda anak comel ini. Sungguh sabar menghadapi kerenahnya. Sungguh, mengasuhnya memberi pengalaman yang amat berharga. Terima kasih duhai si kecil, kerana dengannya, sang sister belajar sabar itu apa.


Lunch hour belum tiba. Tapi sambil2 membaca Iqra', epal merahnya dibawa keluar. Dia mengunyah dalam2, dan panjang2. Sister memandang sambil tersenyum. Tiba mase sister mengajar yang lain pula. Tapi si comel bagaimana? Di sisi si sister dia berteleku. Kekadang dia pergi memanjat kerusi. Dipadamnya semua tulisan di whiteboard masjid. Habis sudah ayat hafazan brothers minggu ini agaknya. Maaf, sister lupa memandang si comel, sedar2 tangan sister di tarik ke whiteboard, untuk melihat si comel melukis.


Bila sister mahu pulang, sister mencari si comel itu. Dia hilang. Entah kemana2 semasa sister sembahyang. Tiba2 sister merase sayu, melihat si comel tekun menconteng kertas di sudut masjid. Sendiri.


Pada si comel, sister katekan selamat tinggal. Entah bila akan berjumpa semula. Si comel memandang sister dalam. Mata-nya tidak berkelip. Tapi cuma sebentar. Kerana kertas contengan-nya lebih penting dari sang sister. Si comel cuma kate, "bye..".


Perjalanan pulang sang sister tidak kosong, kerana si comel ade dalam benak fikiran-nya. Sang sister tahu, dia sudah jatuh cinta.. Siapa kata, anak autism tak istimewa?


Monday, June 28, 2010

Kesetiaan Cinta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sudah masuk Julai rupanya, akan tetapi diari Jun masih belum berusik. Banyak bona agaknya yang bermain dalam hidup, hinggakan tidak sempat meluah kata. Atau juga banyak bona yang sebenarnya bermain di pikiran, tetapi takut jika terluah me-luka diri dan orang lain.

Sudah resmi seorang manusia, kekadang perlu tempat mendengar, agar hati tak bertakung nanah. Biasanya tempat meluah jatuh pada bonda ter-chenta. Kesian bonda.

Bile rase kelabu dengan statistik misalnya, mata cepat berair. Jari pun cepat2 mendail nombor bonda di tanah air. Berkali2 agaknya telefon bonda berdering. Jarang sekali bonda cepat menjawab. Bonda sibuk. Sangat sibuk menguruskan rumah tangga.

Biasa-nya ayahnda jugaklah yang menjadi orang pertama di-hubungi. Mendengar nada tinggi rendah ayahnda bernasehat dan berhujah, terase insaf dan mula bersalah. Ayahnda pe-motivasi terbaik. Mendengar anaknda diam membisu dan cume mengangguk dalam, ayahnda sedar tugas seterusnya jatuh pada bonda. Ibarat jika sakit, ayahnda tukang operate, bonda pula pem-follow up nya.

Zahir bonda tegas dan garang, namun hati anak perempuan hanya bonda jugak mampu meredakan. Ayahnda pula sangat faham. Seringkali terase kehadiran ayahnda di sisi bonda, bila anaknda nya ini melontar kata di balik corong telefon. Ayahnda setia menunggu sampai anaknda ini menoktahkan kata2 nya.

Maaf ayahbonda kerana sering membuat jiwa kacau. Maaf kerana sering ber-kerenah sejak dari kecil hingga besar.

Sejenis manusia 'nak tak nak', anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang mula berura-ura menukar kerjaya kerana terase terbeban dengan tanggungjawab, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering lupa untuk bersyukur, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering perlu di-ingatkan setiap matlamat zarah perbuatan menuju tuhan, nah anaknda yang ini-juga-lah!

Semalam ber-teleku di hujung corong telefon dengan bonda. Semalam hari Isnin, di bulan Rejab, dan bonda puasa. Kedengaran bonda letih dan lesu. Anaknda kira bonda demam, tapi bonda kate, "bukan..".
Anaknda ini ber-cakap lagi, kedengaran batuk2 ayahnda di sisi bonda, seperti biase. Anaknda terus berhujah, meluah segala yang bernanah. Anaknda bicara lagi. Dan lagi. Bermacam2 perancangan mase depan anaknda bicara-kan. Anaknda mahu sambung belajar lagi, tapi anaknda sudah tidak sanggup dengan bidang ini. Anaknda lupa untuk bersyukur, dan anaknda lupa setiap perancangan itu akan ter-laksana hanya dengan izin ALLAH..

Macam2 ke-geraman anaknda ini huraikan pada bonda dan ayahnda. Anaknda lupa waktu sudah tiba untuk bonda bersiap juadah berbuka. Waktu terlangkau. Anaknda ter-sedar. Anaknda lalu bertanya bonda, bonda nanti berbuka dengan ape. Jawab bonda,"secawan teh pun cukup-lah untuk ma berbuka..". Anaknda minta maaf, anaknda sering menyusahkan. Anaknda minta maaf, anaknda terlalu mementingkan diri. Dan kata penutup dari bonda dan ayahnda, setiap kali dan setiap kali, hanyalah.."ma ngan abah selalu mendoakan kakngah..". Astaghfirullah, maafkanlah ya ALLAH hamba Mu ini. Hamba lupa, bile hamba terlalu rapuh dengan ujianMu, itu tandanya hamba tidak redha, maafkan hamba ya ALLAH..

Duhai ayah, duhai bonda. Syukur anaknda pada kalian. Tiada bakti yang menyetarai pengorbanan kalian. Hanya doa yang mampu anaknda hulurkan. Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat kedua ayahbonda tidak pernah haus dek mengalirnya sungai2 di taman2 firdaus. Tiada yang lebih anaknda harapkan selain melihat kalian berada di dalam naungan yang luas. Sungguh cinta ku pada kalian, tidak akan sekali2 menyaingi cinta kalian pada kami yang tidak bersempadan. Jerih peluh dan air mata kalian buat kami,tidak akan pernah ter-balas walau segunung permata kami persembahkan. Hanya 1 yang mampu anaknda ini laku-kan, agar sekali2 tidak akan melukai perasaan kalian.






"..Siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, tidak akan mensyukuri yang banyak.

Siapa yang tidak mensyukuri manusia, tidak akan mensyukuri ALLAH.."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)