Saturday, October 29, 2011

Pra-sangka

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Sukar mempercayai manusia tika ini. Tik Tik jam dinding juga sukar untuk diterima.

Manusia memandang. Mengerling. Memberi senyuman , dan menyapa.

Semanja mana jelingan itu. Setajam mana pandangan itu. Seikhlas mana senyuman itu. Cuma hati yang bisa menyentuh hati.



Cuma bahu yang menggalas memahami makna bebanan.Mata lain? Penipu barangkali.Senyuman lain? Sinis barangkali. Sapaan lain? Terima kasih kepada yang menyampaikan dengan hati.



Sekali lagi, soal hati, hati juga mampu menjawabnya. Semoga ALLAH memandu ke jalan yang benar. Apa sahaja keputusannya selepas ini, jalan mana sahaja yang ALLAH lencongkan diri ku ini, moga ia yang terbaik. Amin.



"Maka sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan". Al-Insyirah 5

Kisah Musang Tiada Janggut

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Pada satu hari, sedang hamba melayari perasaan sendiri di depan komputer, bertemankan kerja2 pentadbiran yang tak pernah surut, hamba terdengar seakan-akan angin yang berbisik. Bunyinya halus sahaja. Justeru hamba memandang pintu yang sengaja hamba biar terbuka, untuk menghalau angin sejuk ekon kerajaan yg kami anggap percuma.


Bunyi itu kedengaran lagi. Bunyinya tidak dalam, sekadar mengetuk gegendang telinga sahaja. Hamba agak mushykil,apabila hamba terdengar bunyi yg seakan- akan terkikik2. Nah hamba tambah musykil. Terdengar pula bunyi mengetuk dinding dengan lembut dan malu2, hamba buat tak endah saje, sbb biasanya banyak kucing lalu lalang yang suka menggesel badan di dinding papan nipis opis hamba,yang meninggalkan kesan bunyi yang mendebarkan. Barangkali. Ye. Barangkali kucing.


Tetiba bakul sampah kecik yang baru habis sampahnya diangkut oleh kakak cleaner yg tegar membantu kami dan melayan kerenah kami saban hari melayang ke pintu. Betul2 di depan pintu duduknya. Dari ruang pintu yang terbuka, hamba memandang dengan penuh rase kagum. Magis. Magis dan tragis.

Hamba menghela nafas panjang yang tidak ketakutan. Tangan hamba sangkut di pinggang. Kalaulah ade net di depan mata, sudah barangsekali akan hamba sangkut di leher penyepak bakul sampah itu,lalu akan hamba pamerkan depan bilik hamba. Jika ade botol berisi formalin lagi bagus. Maka bolehla barang pameran bertahan lama.

Kaki hamba atur ke pintu. Berdebar pula rasenye. Tiba2, di sebalik dinding berwarna putih kelabu, menempel 2 musang yang tegar menahan tawa. Nah itu dia! Menyesal pula rasenye tidak merakam keadaan itu. Jika tidak, sudah tentu kedua musang berkenaan akan glamor di blok tutor yang maha bising ini.



Sumber: Google.


2 musang comel (erk, comel ke?) ini berkawan baik. Keduanya selalu menyepi di bilik sebelah. Buat ape yeh? heh heh



"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Monday, August 1, 2011

Sejarah Bazar Ramadhan





Dengan nama ALLAH Yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Ini sebenarnya draf yang dah lama dulu, baru berkesempatan mengeposnya di sini, harap tuan hamba masih sudilah membacanya, hehe


Puasa. 2 Ramadhan sudah. Pelik, kenape tidak ghairah berfikir juadah berbuka?

Semalam hamba menjejak kaki ke bazaar Ramadhan. Sementelah sudah 3 bulan Ramadhan tahun - tahun sebelum ini,hamba tidak berpuasa di tanah air. Dalam hati hamba,hamba merase hamba sepatutnya gembira dan berdebar-debar dapat ke bazaar ramadhan pada kali ini, sementelah inilah yang hamba tunggu-tunggu semasa bermusafir di negeri orang.

Langkah Qaswa' yang tersekat - sekat dek banyaknya kereta yang menghimpit mula menurunkan mood hamba untuk meneruskan langkah ke bazaar. Tambah pula,hamba bakal berjalan sendiri di tengah himpunan manusia yang riuk pikuk membeli juadah. Juadah biasa. Tetapi kenapa hanya kini? Baru sekarang sume orang mahu membeli murtabak yang sama? Mahu membeli kuih seri muka yang sama? Ayam percik yang sama?

Qaswa' akhirnya berjya menempatkan diri di tepi jalan, sebelah semak, bagi membolehkan hamba berjalan kaki ke tapak bazAr. Jauh. Agak jauh juga berjalan. Lalu hamba tegar melangkah longkang yang sederhana saiznya. Mujur juga ianya bertiti. Jika tidak, menjadi rambolah hamba di petang ramadhan semalam.

Punyalah ramai manusia,hamba berkira kira mahu meneruskan langkah menerobos masuk ke dalam lautan manusia itu atau tidak. Argh, ramainya lelaki. Hamba mengerling ke kanan, di situ ramai wanita,tapi ternyata bila jauh ke dalam, lebih ramai pelbagai jantina yang hamba temui, owh ini rupanya pakej bazaar Ramadhan di sini. Mereka berjalan dengan kaki semata mata. Kerana mata digunakan untuk melihat kuih muih berjualan di kiri kanan jln sempit itu.

Bagi hamba yang kekadang terkurang inci dari yang lain, mata cuma menjamu kasut kasut manusia lain, untuk mengelak diri dari dipijak, atau dirempuh, atau bersentuh,yang tidak memungkinkan hamba menjeling juadah di sisi kiri dan kanan hamba. Tidak seronok. Sungguh tidak seronok.







Gambar dicedok dari terengganuindah.blogspot.com






Hamba pulang dengan seplastik nasi air 2 hengget yang tidak dikerumuni jasad jasad yang kelaparan di bulan puasa semalam.

Langkahan hamba menyaksikan pemuda pemuda yang lain juga pulang tidak membawa apa apa bungkusan. Dan mereka tegar melepak di tepi jalan yang sedia sesak. Sambil bergelak tawa. Owh ini bukan bazaar RAmadahn yang hamba idamkan. Duhai adik, usahla membazir masa menjamu mata di situ. Jimatkan ruang,simpan pahalamu.

*sigh. Indah lagi kenangan berbuka nasi arab di masjid Dunedin suatu ketika dulu :-(

Wednesday, July 6, 2011

Bila Hati Bicara



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Sedang hamba memandu beloved Qaswa' memasuki susur jalan ke ofis ter-chenta, hati tersentuh dengan seorang pemuda yang masih muda, tubuhnya kering dan kurus. Di tepi jalan, dia terbongkok-bongkok menyapu dedaun yang gugur. Rambut hitamnya kelihatan kasar, jatuh menyentuh bahu... Memandangnya membuat hamba terasa ingin menangis. Dia tidak menoleh. Malu. Barangkali malu.

Qaswa' bergerak lagi ke depan, di sebuah simpang ia perlahan. Memberi laluan pada pekerja buruh binaan lalu lalang. Di tepi sebuah bangunan yang masih belum siap, kelihatan seorang buruh menggaul simen. Dia tunduk. Berseluar panjang. Ber t- shirt lengan panjang. Memakai topi.


Ye, memakai topi. Dan bertudung.


Tudung. Kerana dia seorang perempuan, bukan seorang lelaki yang melarikan kulit dari dimamah matahari.

Dia seorang perempuan,tapi dia tegar. Ya ALLAH, hati hamba tersentuh lagi..


Hamba memandang bukan dengan lirikan mata, malah dengan lirikan hati. Semoga ALLAH memberkati mereka ini, memberi kehidupan yang baik. Peluh di dunia, semoga bertukar menjadi haruman di syurga jua..




Gambar sekadar hiasan, Thanks to Mr. Google




Biar kalian tidak hamba kenali, tetapi hati terase dekat. Barangkali kita dulu pernah bertemu, sebelum ruh ditiup ke dunia fana ini...




Tak Relate tapi Nak Tulis: Terfikir, adakah doa buatku pagi ini, dan seterusnya...















Friday, July 1, 2011

Pulau Bidong: A Quick Review

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Dari 27hb- 30hb Jun kemarin, hamba bersama rakan2 UMT telah ditugaskan untuk menjadi Fasilitator LDK bagi program penggalakan sains untuk budak2 sekolah.


Al-kesahnya kami pun gerakla ke pulau Bidong. Dan hamba, cam biase la, hamba memang x suka bwk kamera. Sebab?


Sebabnya hamba tak jumpa charger, nak cepat kan masa bertolak hari tu, so nasibla, ngehehe. Dah lama x guna kamera tu, bila bukak balik bertimbun video Damia anak buah hamba, isk3.


Nanti bila hamba brjaya korek gmbo2 dari kamera-man dan ladies terkemuka UMT, hamba akan letak kat sini, sekali dengan penceritaan, keh?!


Tengah2 cuti weekend ni, menghabihkan sisa mabuk darat yang direka cipta untuk menyedapkan kari, ada satu benda yag terngiang2 di telinga, iaitu "uuuuuuu, sama-sama..."(gaya Nik). Okeh, Nik kelakar terbaik ok, Nik jadi bidan terjun untuk segalanya, dia lah ajk peralatan, ajk semak text mc, ajk gimik perasmian, ajk riadah, fasi kreatif, bla3~ walaupun datang ke Bidong sebagai Nurse di hari pertama~heheh, thanks a lot Nik! n Thanks a lot to dearest babeh2 sekalian, Nady, Diyana, Sue, Ma n tak lupa Rayyan aka Loque! U guys rock!

Will update soon, insyaALLAH!

Memmorriiii (Gaya Maruko Chan)





Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Sedang hamba godek2 gambo makan malam dari kamera yang jugak ber-sawang, hamba terjumpa gambar2 lama bersama team mate di dept of zoology, Otago dulu. Jadi sebelum kamera hamba membuat hal -nya yang tersendiri, Maka hamba letaklah ye gambo ni di cni.







Dan hamba juga terlupa, kamera hamba xdak nama lagi. Hamba memang suka letak nama kat my stuff, rase dekat di hati g2~okeh, enjoy dlu gambo2 ini ye!










Me and My Sv, Gerry *OMG gediksnya!





Leonie, me, Beate and Antje *yes, the friendly twin!




us, with Abbas, the one who never refused to help anyone!





*Tak Relate Tapi Nak Tulis: Tetiba rindu la plak kat semua di Dunedin, sorry guys tak contact korang, malu sbb dah lame x anto berita, huhu <3


Sebab Anak Dara Keluar Malam






Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Betapa busynya hamba, busy berperang dengan kemalasan sendiri, Habib pun dah lama tak hamba panaskan, banyak bona sawang di laman Habib ini ye...


Minggu lepas, alhamdulillah, minggu yang seronok!



Dan semalam hamba berpeluang menatap kumpulan nasyid Shoutul Harakah (kump dari Indonesia, tidak ada kaitan atau kene mengena dengan sebarang penerbitan dari mana2 pihak) secara live!! Bersempena dengan Majlis Makan Malam Amal untuk Palestin tajaan Aqsa Syariff. Semoga ALLAH selamatkan Palestin! Ameen.



Enjoy photony ya!









Tak Relate Tapi Nak Tulis: Tajuk kemain kontroversi, muehehe!





Sunday, April 3, 2011

Malu Punya Pasal

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Seketika hamba tersedar dengan betapa pemalunya rakyat Malaysia. Jika ada anugerah warga negara paling pemalu, memang hamba akan calonkan rakyat Malaysia. Jika hamba ditugaskan sebagai editor risalah pelancongan juga, hamba akan memberi 'amaran' mengenai sifat pemalu orang Malaysia.


Orang Malaysia memang pemalu bab-bab memberi signal sebelum masuk simpang. Orang Malaysia juga malu untuk memakai topi keledar. Begitu juga dengan seat belt. Termasuklah jika memandu perlahan terutama di kawasan sekolah. Sebab bila pakai atau buat benda-benda tersebut nampak macam duk sebelah pakcik JPJ. Atau barangkali takut dikata orang masih pemegang lesen L. Atau mungkin juga takut orang kate 'nerd' atau skema. Jadi kebanyakan pemalu-pemalu seperti ini, lebih suka mengambil risiko, membahayakan nyawa sendiri dan orang lain, dari memakai alat keselamatan atau berhati-hati di jalan raya, yang seolah-olah menjatuhkan maruah mereka.


Tapi mereka tak malu menjadi itik menyelam ditengah jalan. Tak malu mengusung anak dara orang ke hulu hilir jalan raya. Tak juga malu terbang bagai-kan superman. "Yang itu lain cite bang! " kata mereka...




“Seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.” (Sulaiman Darani, Tokoh Islam)

Tuesday, March 15, 2011

Jika sudah jatuh cinta..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Rupa2nya sekarang sudah Mac, maka dengan itu berlalu kosonglah petak Februari tanpa sebarang post untuk tatapan kalian. Sorry ye!

Hamba sebenarnya ketidakdapatan cerita yang best, namun sedikit tergugat dengan senario harian yang ingin diketengah-kan sebagai iktibar kita semua.

Semua manusia punya jiwa? Betul. Dan kita, hamba ALLAH yang bergelar manusia bukanlah malaikat yang bebas daripada perasaan untuk dikasihi dan mengasihi.

Okey, kata kunci di atas "sangat tidak kak azam", kata adik-adik asuhan sekalian. Opss! Jangan salah faham. Cuma terdetik di hati tatkala berjalan di pantai Batu Buruk yang sedikit terkesan dengan tsunami di Jepun baru-baru ini.

Di pinggir pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu ini buat pengetahuan tuan hamba sekalian, memang adalah merupakan lokasi di mana merpati suka bertenggek. Kalo terase ingin menikmati daging merpati free, bawalah lastik. Jangan lupa pakai kopiah, kalo tak - lastik tak mengena! ;)


Namun begitu, angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai memang menenangkan. HAbis terbang sayap - sayap ajaib yang sepadan dengan warna bunga baju, sayugia eloklah membawa jaket bila menjejak pepasir putih itu. Kaki menapak perlahan dan satu-satu. Di sisi kiri kanan lorong pejalan kaki, kelihatan merpati berselerakan. Terdengar teguran yang bukan nakal, tapi teguran secara berbisik yang sayup-sayup sahaja mencecah cuping telinga.

"Assalamualaikum ustazah!".."Eh, eh, ustazah nak maghi cegoh maksiat ko?"...."Ustazah-la, takut eh!"...."Cikgu skoloh mung ko tu? Yer nok maghi ambak kite ke?"


Cecah sahaja cuping telinga, ayat itu membuat hamba terfikir, alamak ini tempat maksiat ke? Sejak bile pulak tepi pantai tempat beriadah keluarga menjadi tapak maksiat? Sejak bila pahala melihat ombak di-salah ertikan oleh anak-anak muda ini! Niat hati ingin tenang, tapi gundah juga disapa kenakalan remaja remaji yang menggatalkan hujung mata dan menggugurkan bulu mata kerana jari galak menggeseknya.


Kalaulah mata ini biola, barangkali sudah sumbang bunyi-nya digesek jemari yang ke-geraman. Geram melihat bagaimana mereka melampiaskan cinta dan melempar harapan. Geram melihat bagaimana anak-anak dara bagai menyerah kalah pada kemaskulinan lelaki yang menggoda. Yang seolah memberi harapan palsu, seperti menghadiahkan buih-buih di lautan yang menghilang bila menyentuh pasir. Betapa tidak berharga-nya harapan itu. Betapa tidak kekal-nya janji itu. Betapa patahnya sebuah ikrar yang bisa dimusnahkan oleh air yang menghempas halus.


Geram terfikir bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta mungkin mengambil jalan mudah untuk mendekati. Bersiul bukan cara-nya. Menghujani dengan mesej berbaur salam perkenalan bukan kaedah untuk orang-orang tertentu. Memerhatikan gerak geri bukan penyelesaiannya. Melarikan diri kerana rendah diri bukan yang terbaik. Bersikap egois dan mengharapkan bulan jatuh ke riba bukan yang diingini si gadis.


Andai rasa berkenan di hati, pantai tidak perlu yang pertama menjadi saksi. Malah merpati kurang etika di pantai juga tahu, yang sama bertenggek itu bukan yang akan dijadikan isteri.


Kalo yang membaca ini lelaki, tepuklah dada, tanyalah hati, "Yang bagaimanakah yang ku cari, yang akan menemani aku yang lumpuh di pembaringan, yang menyuapkan bubur ke bibirku di kala mulut tua-ku memecah kedut seribu? Yang akan melempar rokok-ku ke tanah bila aku batuk? Yang mengulitkan kalimat zikir di kala aku membelai zuriatku, yang menghujani aku kata- kata semangat bila aku lemah? Yang mendoakan ku bila aku di timbus tanah basah kemerah-merahan? Dan.. yang akan menyambut ku di pintu syurga dengan senyuman?"


'Yang-yang' seperti di atas, barangkali tidak akan tertarik dengan mesej-mesej murah. Barangkali tidak jua tersangkut dengan deru enjin kereta mewah. Apatah lagi untuk ter-kagum dengan otot-otot yang menjelma di kala bermain tenis.


Tapi, 'yang-yang' diatas juga kan punya hati yang halus. Hati yang boleh di-sentuh.. Tapi bagaimana? Kalo mahu membuat roti, jangan lupa mengguna yis. Jangan di-uli beras dan air, kerana hasil-nya nanti jadik nasi!


Jika sudah jatuh cinta...
Katanya cinta kerana ALLAH...
Maka..



Biarlah jalan menujunya kerana ALLAH jua!