Sunday, June 10, 2012

"Hendak 1000 Daya"




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Tulisan ini... janganlah disalah erti-kan.

Antara dua jiwa manusia, yang berbeda. Pasti akan berbeza.

Kerana yang berbeza, bukan sekadar jiwa.. Tapi mungkin rasa, kemampuan dan ketaklukan. Kerana itu, katanya.. untuk saling melengkapi.

Antara dua jiwa manusia, yang sedang menguji diri sendiri. Untuk bersedia. Untuk menjadi sebaiknya. Untuk cuba patuh, untuk mencapai redha..

Dan jiwa an-nisa', yang sering rapuh. Sering terluka. Sering berubah tatkala ombak menghempas pantai. Sebuah hati yang perlukan bimbingan. Sebuah hati yang dikuasai perintah ayahbonda, tatkala belum bergelar isteri..

Dan jiwa an-nisa', yang sanggup merayu pada ayahbonda untuk melonggarkan tali yang diikat pada kakinya, adalah an-nisa' yang barangkali kehilangan cebisan hatinya. Seorang an-nisa', yang melangkah dari rumahnya, dengan doa ayahbonda yang berat di hati. Yang merelakan, dengan syarat yang ketat, demi memenuhi permintaan anak gadisnya. Yang bersedia untuk diconteng arang. Yang bersedia untuk dicemuh, dihina.



Dan ar-rijal, yang memandang semua itu dengan sebelah mata. Yang memandang semua itu tiada salahnya. Kerana jiwa ar-rijal, bukanlah seperti jiwa an-nisa'. Kerana mereka berbeza..

Jika benar sang ar-rijal mendambakan kasih an-nisa', maka biarlah hendak seribu daya..

Dan retaklah hati an-nisa', melihat bukti bakal imamnya sengaja mencipta alasan-demi-alasan. Yang membuat hati an-nisa' goyah, dan mempersoalkan pagar teguh yang dibina ayahbondanya. Ternyata, an-nisa' lebih bodoh hakikatnya.

Duhai ar-rijal.. jika hendak, biarlah seribu daya!

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." An-nisa',34.






Wednesday, June 6, 2012

Layankan-aje-lah!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan manusia lain. Kecuali manusia yang memandang orang lain sama taraf dengan-nya~ sebagai hamba ALLAH di muka bumi yang tidak kekal ini. Jadi sebagai manusia yang cintakan ke-aman-an, "layan-kan-je-lah.."





Semoga ALLAH beri kekuatan kepada telinga untuk menapis tohmahan pahit, kekuatan pada mulut untuk meluah bisa, kekuatan pada otak untuk menuras sangka, dan kekuatan pada hati untuk membalut luka.. Hati, ok?

Friday, May 11, 2012

Harapan menjadi Layu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bila menginjak dewasa (atau kurang sedap disebut tua), mata makin rabun, ingatan kurang kuat, selalu ingat-ingat lupa. Mudah hilang fokus dalam pembelajaran. Dan barangkali lebih cepat tertekan dengan arus kehidupan yang selama ini tidak memberi kesan.

Bercakap mengenai penyakit lupa, barangkali juga kita mudah lupa dengan warna kegemaran sendiri. Bila ditanya seorang teman, hamba sudah berkira-kira untuk menggoreng jawapan. Namun gorengan itu dikhuatiri menjadi tipuan, lalu hamba berfikir keras untuk menentukan warna yang betul2 hamba sukai. Hehe, manusia, dan penyakit lupa. Semudah itu!

aww~ they look so sweet together :(
Ironinya, semasa hamba mengklik2 sesuatu di laman sesawang yang luas, bagi menajamkan deria detektif Conan hamba yang sudah berkarat, hamba terpandang sepasang merpati 2 sejoli. Menjadi penyeri di majlis kenduri. Kemeja batik bertanah coklat bercorak putih, dengan pasangannya juga berpakaian rona sama. MashaALLAH cantik sungguh. Jadi, hamba teringat, barangkali hamba suka warna coklat...

Laman sesawang itu luas kan, terkadang kita rasa kita lupa, tetapi kita bangun sebaik terpandang kenangan lama. Terkadang kita rasa kita tidak mempunyai kaitan dengan seseorang. Tetapi dunia ini kecil. Kemana-mana kekadang terjumpa dengan tiada sengaja. Dengan izin ALLAH jua..Petunjuk tentang sesuatu, barangkali..Petunjuk supaya yang lupa akan waras. Yang tidak tahu akan ter-ketuk dengan sendirinya. Mula mengangkat dagu, memandang langit biru. Tidak lagi mahu  terus tunduk dan tertipu dengan kicauan burung berlagu riang. Rupa-rupanya hari mahu hujan. Musnahlah harapan mahu menyidai kain di jemuran. (hamba sudah mula ber-entah-ape-ape)

Justeru, dikongsikan bersama tuan hamba sekalian, doa elak penyakit nyanyuk ini agar ia berguna untuk kita, inshaALLAH. Harapnya dapat diamalkan selalu terutamanya setiap selepas solat. Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
سَنُقْرِئُكَ فَلاَ تَنْسَى
Surah al-A ‘laa: 06




Saturday, March 17, 2012

Kopi Pagi yang Manis!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Just a quick thought before I start my day!




Rasanya waktu terbaik untuk meluahkan rasa hati, atau mimpi semalam ialah waktu pagi, kan? So hamba rasa waktu breakfast adalah waktu terbaik untuk di-spend-kan bersama yang tersayang, and ofkos bila berjauhan dari keluarga, kawan2 lah yang pertama dicari untuk sarapan bersama. Kenapa?




Pertama: Sebab sarapan itu penting! Penting untuk orang mau kurus, dan juga orang mau gemuk, dan juga orang mau bijak, ngee. Bekalkan tenaga untuk diri sebelum memulakan hari tuan hamba. Kalo puasa sunat, sila-lah sahur,sahur tu kan sunnah ;)




Kedua: Waktu pagi ialah waktu sebelum diberi tekanan oleh bos, oleh suasana tempat kerja, oleh bising enjin kereta, oleh kelam asap motor, oleh kesesakan jalan, oleh bebelan atau nasihat yang mungkin tidak diperlukan dan oleh fail bertimbun di meja. Jadi waktu itu ialah waktu paling neutral, tanpa asid atau alkali berlebihan. Justeru, perasaan dan hormon masih stabil. Sebarang gurauan tidak meninggalkan kesan mendalam sepertimana gurauan ketika balik kerja, atau gurauan ketika lapar :)



Ketiga: Mamai. Baru bangun. Mimpi masih segar. Atau mungkin sudah berlalu ketika gosok gigi. Mata sudah terbuka tapi otak masih gear 1. Keadaan terbaik untuk mendaki bukit, untuk memulakan hari tuan hamba.




Keempat: Wajah pertama di pandang selepas bangun ialah wajah sewaktu duduk di kerusi dan bersarapan. Kalo sarap di kedai, sudah tentulah wajah adik yang amik order terkecuali. Unless hati tuan hamba tidak setia! (sendiri mau ingat :P). Jadi, mengadap wajah pertama yang belom meninggalkan isu pada permulaan hari yang baru, adalah wajah yang mungkin akan dikenang sehingga penghujung hari. Wajah yang memberi motivasi. Meninggalkan sentuhan inspirasi. Sebab itu anak-anak yang disediakan sarapan oleh ibunya tidak sabar nak balik dari sekolah. Siapa yang anak-anak tersebut nak jumpa dulu? Harusla mama-nya kan? Seorang suami yang dituang teh oleh isterinya setiap pagi, berkemungkinan besar terfikir nak lunch di rumah?


Kelima: Waktu pagi adalah singkat. Kalo breakfast kul 10.30 itu sudah dikira brunch, bukan lagi breakfast. Jadi, kemungkinan untuk borak sehingga tahap membuang masa adalah kecil. Jimat masa, tambah rasa cinta, tidak sempat melibatkan umpatan dan fitnah! Sweet aye?




Keenam: Jika bukan waktu ini, untuk mencurahkan perasaan hati, waktu bila lagi, kan? Balik malam mungkin anak-anak sudah tidur. Isteri kepenatan. Lama-kelamaan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Jika belum berkeluarga, rumah yang didiami bersama ahli rumah yang lain bertukar menjadi hotel. Jumpa seminggu sekali. Tidak seronok pula gelaran ''hosmet'. Dek renggangnya suasana, hati mula berbisik iri. Pelbagai ragam dicungkil, sedangkan itu cuma mainan jiwa yang sudah lama tidak bicara sesama sendiri..




Dan barangkali ada lagi sebab-sebab yang lain yang menekan-kan tautan ukhuwwah yang istimewa di waktu pagi. Semoga sarapan istimewa bersama yang ter-istimewa tidak pula mencacatkan waktu bekerja yang diamanahkan ALLAH (unless datang lewat dan pulang malam, heee). Apa gunanya jika mengeratkan hubungan sesama manusia, tetapi sehingga mengabaikan hubungan dengan ALLAH, kan? Muhasabah untuk diri hamba yang serba kekurangan jua...

Tuesday, March 13, 2012

Apa nak jadi?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,










Secangkir teh tarik yang heaven. Walaupun sudah sejuk namun dihirup dengan penuh nikmat.



Skrin berwarna yang memancarkan cahaya terang. Terpampang laman muka buku yang dijadikan tatapan saban waktu.




Bar coklat yang sudah digigit separuh. Coklat susu dengan kacang badam namanya.



Alat kawalan penghawa dingin di depan mata. Ditekan suis buka dan tutup bila dingin menggigit kulit.




Timbunan kertas putih berdakwat hitam di bawah siku sebelah kiri. Dijeling sekilas. Tidak ghairah memandangnya lagi. Hati harus tertutup untuknya seketika.




Dan sebuah kalendar berdiri teguh di atas rak hitam yang penuh berisi kertas in-out. Kalendar itu ditenung penuh perasaan. Apa akan jadi? Apa akan jadi?


Saturday, March 10, 2012

the other half?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Dikongsikan... (kacau kopi bersama gula, rebus pasta dalam periuk)







Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

by Sofea Aisyah



1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:



"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."


Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepadaisterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.



2. Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.




3. Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.




4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan.(Bukan juga jalan kepada isteri itu untuk mengsambil lewakan layanannya kepada suami itu.)



5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.



6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. (Sebenarnya secara peribadinya saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini, kerana saya pernah berjumpa dengan kisah ini:[ Khadijah ra. membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau ridhoi !"
Dan sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan". (Adh-Dhuhaa: 8)] Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah ra. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya(Rasulullah s.a.w) dalam menegakkan Islam ini. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.)



7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.



8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.




Inilah serba sedikit pendapat-pendapat yang sempat saya kumpulkan. Tetapi apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya. Namun dalam mencari cirri-ciri suami yang baik itu, mari kita lihat juga ciri-ciri isteri yang baik itu bagai mana pula. Kerana tidak adil mengharapkan Allah menjodohkan kita dengan seorang lelaki yang baik akhlaknya sedangkan diri kita sendiri sangat memandang mudah pula pada yang demikian. Kerana Allah akan menjodohkan kamu sesuai dengan dirimu sendiri itu bagaimana.




“Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”(An-Nur,3)

Sunday, February 12, 2012

Kisah Jiran Saya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Owh sedikit omelan mengenai entri di bawah, hari ini satu lagi episod penghamburan kemarahan. Ya ALLAH, kalaulah dia melihat bagaimana sarkastik wajahnya itu. Ya ALLAH, semoga Engkau tunjuki dia kesabaran dalam semua perkara.

Hakikatnya hamba tidak perlu berkecil hati. Dia bukanlah tuan jauh lagi pemimpin hamba. Malah dia juga seorang hamba. Dia sekadar jiran, yang ada padanya adab-adab yang perlu dipenuhi.

Kalaulah dia juga menjaga adab sebagai jiran, tidak menghamburkan larva gunung berapi nya dengan mudah kepada hamba. Dan terdetik juga, kenapa asyik hamba juga lah yang terkena tempiasnya. Hamba melangkah dengan keyakinan dan kegembiraan, bertanyakan padanya tentang sesuatu yang biasa dia lakukan. Hamba kira hamba ingin menyumbang. Ya, hamba menyumbang. Menyumbang kemarahan pada sesuatu perkataan yang barangkali silap hamba ungkapkan.

Intonasi itu. Kata-kata itu.










Sabarlah hati. Dia kan hamba juga :)

Tuesday, January 10, 2012

:-(

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


I am so tense,desperately need to calm down. I just hate that mad look of someone,those hatred and those accusations were so so unexpected. I hate when people mad at me.It's embarassing and i can feel that on my cheeks til now. I can only survive by stepping away from him, ALLAH please guide me,ameen. . .

Tuesday, January 3, 2012

Penyambut Tetamu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sepetang suntuk hamba menjaga "exam" semalam, naik kematu tumit hamba. Rase nak berkaki ayam pon ada. Tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar ~:-)

Jadi pengawas exam ni dah jadik macam penyambut tetamu pulak. Kene pergi lebih awal 30 min. Berdebar rase menunggu yang ditunggu tak datang2, tapi bukan setakat tu je. Macam biase la angkut-mengangkut dan edar-mengedar sebagai latihan menguatkan otot.

Bila je pintu besar terbuka,maka berdirilah hamba di situ sambil tersenyum. Depa yang kurang kesedaran sivik selamba je datang dan bertanya di mana letak mejanya. Okay,rase pelik itu tetapi semuanya terhapus kerana mereka memanggil hamba puan! haha rase lucu tapi rase matang.

Maka bertambahlah azam selepas itu,iaitu untuk menjadi lebih matang. Semoga berjaya.Amin.

Owh dan kepada mereka yang meniru dan bercadang untu meniru, agak2 la kan,walau pon 'penyambut tetamu' ni reti senyum je,tak semestinya kami ni tak ada mata dan telinga ye! haipp