Wednesday, September 19, 2012

Bila Terasa Rindu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Hati bercampur baur. Mcrose is leaving. This office will be empty, no more laugh and tears.

Yoe is also leaving soon, aye? 

Am looking to my sides, and will have no one to comfort me during my gloomy days.

But ALLAH is watching me, and has lend me a shoulder to cry on, how lucky I am! You know who you are! Thanks,  you!



Am looking forward for the bright days ahead.

Am looking forward to the transition day.

Am looking forward to become someone new.

Am looking forward to learn something else.

Am looking forward to leave the "insects" thingy behind.

Am looking forward to finish everything and MERDEKA!



ALLAH please make me strong! I need YOU! 

Yes, i need YOU the most!




Tuesday, September 4, 2012

"Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak"


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca sekalian,

 
Seringkali hamba kecundang dalam membuat keputusan. Se-rasanya ingin menulis. Namun bimbang juga jika terbongkah bata mempamer kisah peribadi yang tidak sepatutnya hamba luahkan di medan bahaya ini. Heee

Justeru, bila ditanya sepotong pepatah, terfikir juga hamba. Sementelah suka benar hamba mengarut2 menulis, ape kata kita ilmu-kan diri hamba, dan tuan hamba juga, dengan memperkaya gedung tahu dengan menambah simpanan pepatah dan peribahasa.

Wahhh keles gitu. Kelas Pepatah.

 

Tiadalah berpatah madah juga niat hamba. Sekadar berkongsi jua dengan tuan hamba.

Antara ciri pemimpin yang hamba idamkan ialah seorang pemimpin yang “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak”.
Tuan hamba tau maksudnya? Hamba pon tak tau, ngee

Hasil gugelan, maknanya ialah pemimpin yang boleh diharap. Sebagai contoh, kalaulah ade abang long di rumah, maka dialah yang kita harapkan jika ayahbonda sudah tua. Bila adik2 condong, beliau lah yang menongkat jangan di-beri jatuh. Memberi semangat. Membantu dalam kesusahan. Menolak senang sendiri supaya yang lain tidak merasa susah. Berkongsi sedikit2. Biar sama merasa. Bukan makan sorang. Contoh-nya begitu lah.

Senang-kah tuan hamba ketemu dengan pemimpin begini? Zaman wang kertas dan besi seperti sekarang barangkali sudah kurang. Lainlah zaman bertapa di gua dahulu.

 

Ps: macam pernah je (*_*)
 

Wednesday, August 29, 2012

Apa Kerja Kita?

 
 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Ada seorang hamba ALLAH. Bermotor ke sana ke mari. Bajunya selalu warna sama. Barangkali bajunya seperti itu ada beberapa.
 
Corak-corak merah biru pada bajunya. Kasut berkilat, tetapi kabur juga dihias habuk yang singgah tidak dipinta. Motor merahnya selalu dibawa perlahan. Tidak mengejutkan. Tidak membahayakan.
 
Figure badannya sederhana. Selalu tidak dapat dilihat rupa parasnya. Rasa hamba dia selalu menunduk. Namun entahlah. Tidak dapat pula diagak dengan tepat. Sementelah helmetnya tidak pernah dibuka.
 
Dibalik cermin gelap itu, barangkali ada sebentuk wajah sayu. Entah kenapa, satu pandangan yang bukan disengaja. Pagi ini hamba terus juga menoleh ke lain. Tetapi hati hamba mula mengagak2. Kelibatnya kelihatan ikhlas. Dari balik cermin gelap itu, bagaikan terlakar sebuah senyuman yang disulami perasaaan bersalah. Bersalah kerana terpandang ke arah "customer"nya. Sedangkan kotak merah di pagar itu jugalah sasaran sebenarnya. Dari balik cermin gelap itu, bagaikan terpancar cahaya dari sepasang mata yang kelihatan gundah. Menunduk dan berlalu. Memecut motornya. Laju. Tidak seperti biasa.
 
Dari dalam hati ini, bagaikan berdetik, hamba ALLAH ini bukan orang biasa. Gayanya. Caranya. Dari dalam hati ini, terdetik lagi. Mukmin ini ada pelbagai pekerjaannya. Dan yang ini. Posmen mukmin sepenuh masa. InshaALLAH.
 
 
 
Rasa selamat jika dikelilingi tukang kebun yang mukmin. Rakan sekerja warga pendidik yang mukmin. Pegawai tadbir yang mukmin. Tuan rumah yang mukmin. Tuan kedai runcit yang mukmin. Tuan kedai barang basah yang mukmin. Pekerja 7 E yang mukmin. Makcik goreng pisang yang mukmin. Jiran-jiran yang mukmin.
 
Tetapi adakah itu cuma sebuah impian. Apakah hamba seperti Mat Jenin yang memaksa diri bermimpi dengan tidur di siang hari?
 
Saraf-saraf fikirku, bergeraklah walau sedikit!
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Chenta Baru Saya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, 


I am all alone, when i read something on the screen, and I realized drop of tears on my cheek. 

It is something that I asked for. My own fault. No one else to be blamed. 

But again, it could be the tears of happiness, because I bought a NEW HANDBAG yesterday, and I love it so much! heee

Thank you  ALLAH!

Saturday, July 28, 2012

Sang Pendengar Setia..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sekadar perkongsian pantas sebelum menapak ke pasar mencari bahan basah.
Senang jika tuan hamba ingin menguji keikhlasan seseorang dalam bersahabat atau berteman. Ceritakan padanya kelemahan tuan hamba, dan lihat bagaimana dia bereaksi.

Jika reaksinya menjadi lain dari biasa, menjauh, tidak ambil kisah, mungkin juga dia bukan senarai orang untuk diceritakan kisah sedih dengan. Silap-silap haribulan dia sedang berura-ura meninggalkan tuan hamba. Sebagai contoh, jika dia konon-kononnya bakal pasangan tuan hamba, barangkali dia sedang mengumpulkan maklumat calon yang baru, mungkin, haha.

Oleh itu, jangan mudah mengatur kisah sedih dengan mana-mana manusia. Jika manusia ingin berlalu pergi, dek kelemahan yang tuan hamba ada, relakanlah. Itu lebih baik. Persilakan- lah dengan senyuman.

Dan ALLAH maha Mendengar, bukan? Reaksi ALLAH tidak pernah mengecewakan. DIA tidak melayan kita berbeza, walau kita mungkin jatuh miskin di mata manusia. Oh ALLAH, cinta sebenar hanyalah pada ALLAH, yang paling dirindui untuk bercerita ...


Tuesday, July 24, 2012

Secawan Kopi Pahit

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tertarik dengan pembacaan ini yang telah lama di kopi pasta-kan. Barangkali bermanfaat untuk yang membaca. Tidaklah juga ia melambangkan diri hamba. Melainkan untuk berkongsi jua. Salam Ramadhan!



Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...
"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.

Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.
Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon', jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.
Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.



Jangan abaikan perkara kecil
     "Perkara kecil" seperti tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.


Belajar bercakap
     "Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.
     "Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya 'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.
     Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.



 
Bangunkan komunikasi
     Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
     Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
    Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
     Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectations yang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
     Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
     Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
     "Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
     Ya, perkahwinan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.
 
 
Bangunkan keserasian
     Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.
    Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
     Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
     Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
     Contoh lain dialog suami isteri:
     "Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
     "Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
     Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.
     Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
     Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
     TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
     Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.
     Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada...
     Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kelemahan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.
     Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
     Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.





Mulakan dari awal perkahwinan
     Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
     Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
     Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
     Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
     Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
      Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
    Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
     Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
     Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
     Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.
 
 
 
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
      Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
     Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
     Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
     Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
     Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan...
      Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.



"Kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri di luar sana, selamat memuhasabahkan diri tuan hamba, yang baik jadikan pedoman, yang tidak jadikan sempadan.. ;)"

Monday, June 11, 2012

Ramadhan is coming!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Ramadhan semakin hampir... lagi 39 hari!!! Tuan hamba dan hamba seringkali inginkan Ramadhan ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Kerana Ramadhan ini, mungkin Ramadhan terakhir .. (-_-')


Jum warming up!

1) Banyakkan membaca berkaitan bulan Ramadhan:
Bukan sekadar niat puasa yang perlu kita tahu. Mahu jadi baik, kan? Jadi, bagaimana? Nak tanya malu, eh? So, jum membaca!

2) Puasa sunat Isnin dan Khamis:
Perut pun makhluk juge, ngee. Jangan kasik terkezut, ajar dia skit2, kasik tahan masa Ramadhan. Jangan bila tiba masa mula lah memberi alasan gastrik etc. Tak kene tu ~ <3

3) Tidur awal dan bangun awal:
Musim-musim bola ni memang payah la kan.. dush2! Berjaga untuk bola boleh, takkan nak bangun sahur susah, kan? heee. Tu tak masuk ngan qiam lagi (pang3!)

4) Tadabur Quran:
Ada orang tu kan, janji kan, nak khatam Quran untuk tahun ni sebelum November, kan?! Ramadhan terbaiklah..lagi2 kalo khatam dengan maksud dan tafsir sekali. Boboi Boy kate, terrrrrbaik!

5) Jaga wuduk:  Orang yang menjaga wuduk sungguh comel! Siyes!

6) Muhasabah diri sebelum tidur:
Thats me! huhu.. Siang2 wat salah, dah nak tido rase bersalah (*_*"), tapi esok wat salah lagi, huhu lagi

7) Sedekah:
Instead of buying things to please ourself, why not kita stop jap and make other people happy. 10 sen sehari pun jadila, buat tabung Ramadhan (susah2 pakai botol air mineral je) n pastikan ade duit masuk setiap hari. Pahala mengalir mengikut kekerapan, bukan jumlah, inshaALLAH! Ikhlas3!

8) Zikir:
Its wen u miss someone that u tend to story mory about that person, kan kan kan? Even orang sekeliling dah nyampah dengar, but u just cant stop urself. Rindu ALLAH tak? Try bukak utube, carik video insaf2 gitew, its about time u will get this indescribable feeling. Try it!

9) Tolong orang:
Kita mungkin menyampah bila orang asek mintak tolong. Orang yang nak mintak tolong pon kenela agak2 kan. huhu. Tapi kan, ALLAH janji berlipat ganda habuan bagi orang yang tolong orang ni tau

10) Hebahkan pasal Ramadhan: Daripada status berlagu rindu...


Ramadhan bulan tarbiyyah! Latihan untuk mengentalkan diri dan iman. Menambah bekal dan takwa. Semoga beroleh ijazah yang berkualiti di penghujungnya. Duhai Ramadhan, sungguh hamba rindu...

Sunday, June 10, 2012

"Hendak 1000 Daya"




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Tulisan ini... janganlah disalah erti-kan.

Antara dua jiwa manusia, yang berbeda. Pasti akan berbeza.

Kerana yang berbeza, bukan sekadar jiwa.. Tapi mungkin rasa, kemampuan dan ketaklukan. Kerana itu, katanya.. untuk saling melengkapi.

Antara dua jiwa manusia, yang sedang menguji diri sendiri. Untuk bersedia. Untuk menjadi sebaiknya. Untuk cuba patuh, untuk mencapai redha..

Dan jiwa an-nisa', yang sering rapuh. Sering terluka. Sering berubah tatkala ombak menghempas pantai. Sebuah hati yang perlukan bimbingan. Sebuah hati yang dikuasai perintah ayahbonda, tatkala belum bergelar isteri..

Dan jiwa an-nisa', yang sanggup merayu pada ayahbonda untuk melonggarkan tali yang diikat pada kakinya, adalah an-nisa' yang barangkali kehilangan cebisan hatinya. Seorang an-nisa', yang melangkah dari rumahnya, dengan doa ayahbonda yang berat di hati. Yang merelakan, dengan syarat yang ketat, demi memenuhi permintaan anak gadisnya. Yang bersedia untuk diconteng arang. Yang bersedia untuk dicemuh, dihina.



Dan ar-rijal, yang memandang semua itu dengan sebelah mata. Yang memandang semua itu tiada salahnya. Kerana jiwa ar-rijal, bukanlah seperti jiwa an-nisa'. Kerana mereka berbeza..

Jika benar sang ar-rijal mendambakan kasih an-nisa', maka biarlah hendak seribu daya..

Dan retaklah hati an-nisa', melihat bukti bakal imamnya sengaja mencipta alasan-demi-alasan. Yang membuat hati an-nisa' goyah, dan mempersoalkan pagar teguh yang dibina ayahbondanya. Ternyata, an-nisa' lebih bodoh hakikatnya.

Duhai ar-rijal.. jika hendak, biarlah seribu daya!

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." An-nisa',34.






Wednesday, June 6, 2012

Layankan-aje-lah!



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan manusia lain. Kecuali manusia yang memandang orang lain sama taraf dengan-nya~ sebagai hamba ALLAH di muka bumi yang tidak kekal ini. Jadi sebagai manusia yang cintakan ke-aman-an, "layan-kan-je-lah.."





Semoga ALLAH beri kekuatan kepada telinga untuk menapis tohmahan pahit, kekuatan pada mulut untuk meluah bisa, kekuatan pada otak untuk menuras sangka, dan kekuatan pada hati untuk membalut luka.. Hati, ok?