Monday, December 21, 2009

Petua Mencuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Petua Mencuci Hati


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



Kredit utk dinulislam.wordpress.com ~jzkk :)


“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Jom Cuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Jom Cuci Hati!

Hati yang berkeladak disebabkan dendam dan amarah. Kadang2 perlu dicuci. Seharian berperasaan marah pada orang boleh menyebabkan badan merase lemah, dan mata merase berat. Kesudahannya tidur sepanjang hari.

Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampunkan dosa2 hamba. Bukan niat hamba untuk memarahi orang sesuka hati. Semoga kebencian hamba adalah kerana ALLAH.

Bile menemui atau mendapat tahu tentang 2 jenis manusia yang sama pada satu hari, membuat kan darah yang mendidih menjadi menggelegak. Sidang pembaca sekalian, jangan dicontohi sikap hamba ini. Sudah lama hamba tidak merase benci seperti ini. Benci nya hamba sehingga mengalir larva kebencian dari sepasang mata yang terpaksa menatap kepincangan manusia di depannya.

Mungkin juga mereka tidak bersalah. Mungkin perasaan hamba yang tidak tenteram dan ketidak stabilan yang membuat hamba 'exaggerate' akan suatu kesamaan sikap manusia yang barangkali biasa saja di pandangan mata orang lain.

Apakah yang membuat hamba begitu sedih?

Hamba sendiri kurang pasti..Cuma ingin hamba ingatkan kepada yang menerima tempias kemarahan hamba, hentikanlah kepincangan yang dilakukan. Hamba menegur kerana kasih, bukan kerana benci, walau sekarang mungkin debu2 kebencian wujud dek kedegilan dan noda yang berterusan. Sudah lama hamba cuba menegur dengan cara yang lain, sebelum kesannya terkena pada hamba yang setia mendengar! Sudah lama hamba cuba menegur dengan kelembutan, tapi kelembutan hamba dibiar berlalu ibarat sutera yang jatuh dari "hanger". Hamba cuba dengan cara sindiran, namun kesat sindiran itu pada hatinya ibarat kesat daun keladi yang disiram embun sahaja, dan kini hamba benar2 menegur terus dari hati, tapi sayang hati hamba begitu perit selepas melafazkannnya.

Jangan fikir hamba puas selepas melafazkan kata2 yang barangkali telah mengguris, maafkanlah...maafkan hamba! Kembalikanlah keteguhan hati pada yang SATU. Hamba juga akan cuba. Sepertimana peritnya perasaan ditegur dan dimarahi, begitu jugaklah peritnya hamba untuk menghadapi kesedihan orang2 yang telah menerima tempiasnya.

Letaklah diri tuan hamba di kasut hamba. Selamilah ape yang hamba rase dengan hati tuan hamba. Hamba sedar setiap patah kata hamba akan dipatahkan dengan hujah bernas, maaf kerana tidak menadah telinga untuk hujah itu. Selagi hati hamba merase tegas dengan apa yang hamba rasakan salah, selagi itu hamba terpaksa menolak hujah2 itu. Bukan niat hamba untuk menolak pujukan berbaur dalil merdu, tapi hamba pohon dengarla pula dalil kenapa hamba merasakan ia salah! Bukan niat hamba untuk menolak perintah agar jangan marah, tetapi kesabaran hamba sudah di kemuncaknya. Maaf!

Hamba barangkali bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk menasehati, barangkali bukan juga sang adil untuk menghukum, dan barangkali bukan si mulia yang layak menjadi juri. Hamba cume pinta sebuah pilihan pasti dan keteguhan yang tidak melukakan. Hamba juga pinta, usah diceritakan lagi noda2 yang tercipta, kerana semakin lama ia semakin mendap menjadi nanah di dalam hati hamba. Hamba tetap menghormati hamba ALLAH yang disanjung, yang sentiasa mengisi ilmu di dada, tapi jangan menngunakan ilmu tuan hamba untuk mengisi nanah di kerongkongan hamba. Jadikanlah kepintaran kata2 untuk menyentuh hati agar bangkit menuju ALLAH, bukan untuk melemahkan sebuah hati..

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan hamba, same goes to you..


"Dan mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sunnguh besar kemurkaan ALLAH apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat." -As-Saff (3-4)

Friday, December 18, 2009

Korban Perut

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba ni tengah pakai gear reverse. Sedang cuba mengundur waktu, menceritakan peristiwa dalam kronologi yang tidak tersusun.


Ape2 pun hamba harap tuan hamba sume sanggup membetulkan skru2 mata dan saraf, sesungguhnya cerita2 hamba ini sedikit bercelaru dek terlalu lame tidak menghapdet! Sedia!


Antara juadah di hari raya. Sehat gitu juadah kami, nasik ayam plus buah2-an dan kueh mueh berasaskan buah jugak. Strawberry lagik. Nak buat camne kan, summer2 mcm ni, strawberry la yang paling murah di pasar ;)

Cernyer, konon nak berkorban perut di hari raya la kan. Hemm kawan2 yg sama menghadap di aidiladha Dunedin 2009 ini ~ korbanla sangat ye?!

Burpp!

“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum, dan yang menjadikan kami orang Islam.”

Tora Datang Lagi!




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tora Datang Lagi!

Dah lama hamba tak meng-hapdet blog ini, maaflah kepada sidang pembaca yang setia meng-klik blog ini dan menemui kehampaan.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup hamba semenjak dua menjak ini, mencipta ke-sedehan yang berulang2, kerana pemergian orang2 yang dikasihi dari bumi bertuah Dunedin. Akan tetapi tidak mengapa, itu sekadar cho-baan untuk menguji ketabahan hamba. Manelah tahu selepas ini jika ujian yang lebih besar timbul sekurang2-nya hamba dah ade pengalaman. Bukan kah redha dengan ujian itu menambah pahala?

Hamba banyak men-draf tulisan2 sekitar peristiwa, tapi tak terluah kerana sering sahaja terputus di tengah jalan, dek mata hamba yang akhir2 ini sering tertutup awal kerana hidung dan kepala hamba menjadi berat. heheh

Apepun hamba nak cerita hari ini hamba menjadi ayahbonda angkat kepada adinda Serikandi Besi yang telah bergraduasi dengan jaya-nya. Tahniah kepada beliau, juga tahniah untuk adinda kesayangan hamba juga, Natasha Hilman Cheow, tidak lupa kepada sidang Dunedin yang juga meraikan hari kemenangan di Pentas Graduasi, Amin, Ghadafi dan Abg. Faisal juga Evens (rakan sekerja-ku~ wlupun tak paham wat2 pahamla ye).



Tidak lupa juga untuk adinda hamba, Haneza, Fateha yang sering ku rindu saban hari, dan Hanisah serta Shamin, semoga kepulangan kalian menjana ekonomi negara dengan cepatnye (chewahh)!
Mahapla hamba tak sempat nak letak gambar sume org, sekadar gambar yang hamba ambil sekejap td, secebis peringatan di 19 Dis 2009, penutup tirai graduasi untuk tahun ini.


Kepada kalian semua, hamba ucapkan Selamat Pulang dan Selamat Bekerja! Esok2 sebelum mula kerja, sila baca doa ini ye;
"Ya ALLAH, aku memohon kebaikan pada Mu pada pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung padaMu daripada keburukan perkerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya segala sesuau itu, Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya. Amin.."












Tuesday, December 8, 2009

Tanda-Tanda!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Semasa menulis entri ini, mata hamba tidak henti2nya merembeskan air mata..hamba bertanya diri hamba, "sedihkah? kenapa-kah?".. tapi hamba sendiri tidak punya jawapan.
Kepala hamba pusing, genangan air di kolam mata hamba membuat ia makin berpinar! Jatuh lagi, dan hamba cume mampu bersama tisu di samping.
Tanda2 seperti ini membuat hamba makin keliru dengan perasaan sendiri. Hamba sudah bersiap untuk keluar, tapi ke-berat-an kepala ini membuat kaki hamba terpaku, dan semakin lama, seolah ade tukul ghaib yang semakin menekan pasak kaki hamba ke lantai rumah ini.
Apakah yang membuat hamba dirundung pilu?
Har har har, tak lain tak bukan adalah di-sebab-kan oleh hamba demam! Itu sahaja.
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

Monday, December 7, 2009

Moko The Menace

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Apa yang hamba nak tulis ni dah diketahui rasenye oleh warga Malaysia di New Zealand. Ye dak? Especially yang rajin bace or tengok berita. Tapi takpa lah, biarlah hamba kongsikan lagi sekali.


Hamba ni memang minat dgn haiwan2 ni (al-maklum, dept. of zoology), terutama nya ikan. Di satu tempat di north island di New Zealand ni, iaitu di Gisborne, tinggalnya se-ekor dolfin bernama Moko di perairan pantainya. Pantai itu pula sering dikunjungi oleh orang2 tempatan, Sikit sebanyak, mcm pantai rekreasi la.


Sejak kecik lagi si Moko tinggal kat c2. Masa kecik2, org sume pakat duk kate si Moko ni cute la, comel la, bijak la, suke la, sayang la.. tapi skang Moko pun dah besar, dah 200 kg dah badan dia ni ha..


Macam manusia la jugak kan, mase muda2, sume chantek, sume lawa, sume cute, buat ape pun chumell, tapi bila dah tua, dah kedut2, ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..hehe


Sekarang, dengan saiz lebih kurang 2 meter setengah, apa yang si Moko buat ni sumenye salah. Moko ni plak pelik skit tabiatnye bile dah bergelar remaja. Moko akhir2 ini suka sangat bersosial dgn perempuan, kalo ade female human yang surf kat pantai tu, maka tergedik2 lah Moko menganggu dan mencurik perhatian dgn mencurik surfing board org itu. Jeng jeng jeng, apekah sbnrnye yang diinginkan oleh Moko. Apekah pakaian si female human telah menarik perhatian si Moko yang dikatakan kuat ingatan itu?!


Maka adelah wartawan yang buat kesimpulan, di-iya-kan lagi oleh ketua kelab surf kat c2, bahwa si Moko mempunyai perasaan terhadap manusia dan se-iring dengan tumbesaran dan ke-rumaja-annya, Moko dikatekan ingin mengawan dengan manusia! Isk3


Close -Up pula telah menjemput seorang pakar marine untuk membersihkan nama baik Moko. Kata pakar marine tersebut, memang style dolfin begitu, iaitu suke menggesel2kan dan menolak badan dan ekornya yang berat dengan ahli masyarakat. Cume biasenye dolfin lain akan buat begitu pada geng dolfin-nya yang lain. Al-kesahnye si Moko ni pulak mempraktikkan style dolfin nye dengan manusia. Itu yang bikin manusia geram tu. Nak buat macamane, si Moko ni kan anak yatim, kesepian. Tak dapat dolfin sbg kawan, manusia pun jadilah!


Style dolfin yang sebegitu sbnrnya untuk menunjukkan kekuatan yang menjurus kepada hierarki sosial di alam laut (masuk bab ekologi la plak). Jadi sebagai manusia yang bijak, janganlah kite amek hati dgn si Moko. Apa yang perlu kita ambil ialah memberi Moko luang utk menunjukkan dirinya yang sebenar sebagai dolfin. Biarkan dia sendiri di alam liarnya, sebab kalo tak, sape yang bising? Kita jugak..


Okeh Moko, berjuang!

Wednesday, November 25, 2009

Andai Itu Takdirnya

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sedang memerhati seraut wajah yang tenang di pembaringan, mengalir sebuah perasaan aneh yang terlalu perit untuk melepaskannya pergi, menghitung detik kurang sebulan untuk melafaz sebuah kata perpisahan..

Pertemuan tidak lama dulu yang telah menghubungkan dua hati ini, mengikat utuh sebuah ukhuwwah, yang kadang dicemari dengan debu2 hitam, terkadang hapus dengan bayu kaseh..

Sebuah pemergian yang harus direlai, dan diredhai...buat sahabatku, andai itu takdirnya...




Buat sahabatku yang tercinta...


Sahabat,

Aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah.

Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci. Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya.

Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sahabatku,

Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu. Ya Allah… Ampunilah dosa-dosa sahabatku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim… Berilah dia kekuatan dan kesabaran. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.” “Ya Rahman… Maniskanlah akhlak sahabatku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi… Lembutkan hati sahabatku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Sahabat,

Ramai yang berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan persahabatan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya. Makhluk yang terhubung atas nama sahabat, suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua.

Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama sahabat,suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu.

Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sahabat… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang. Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.

Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati. Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah sahabat, isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah! Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik. Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Sahabatku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!


(diolah serta diubahsuai dari http://cinta.via.my/2009, terima kasih, juga telah dijadikan kudapan Farewell Tea POTS 2009, Evison Lounge C&S, Uni of Otago, Dunedin, New Zealand)

Tuesday, November 24, 2009

Premis Kenduri


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Cuti-cuti sekolah macam sekarang ni, memang banyak yang boleh di plan. Tambah2 plak kene dengan cuti raye haji. Jadi para belia dan muda-mudi seantero Malaysia sudah merancang tarikh yang terbaik utk resepsi majlis perkahwinan, supaya kebanyakan orang boleh hadir. Banjir pun banjirla ye, fenomena alam, manusia cuma merancang, ALLAH jugak yang menentukan!

Bagi orang kebanyakan yang kerjanya menghadiri majlis2 orang kawen plak, semakin lama semakin tak ikhlas jadinya. Apa taknya, kalo diikut tradisi, sekali pergi, terbang sekeping kertas merah. Dalam sehari plak, bleh jadi 2-3 keping kertas terbang. Darab lagi dengan 7 hari seminggu, last2 tinggal kepingan besi jek dalam poket! Betulkan niat tuan hamba, kang terbang free kang, rugi dunia akhirat nanti, hehe

Pasal budaya orang melayu ni, hamba tak mo komen banyak2, kang kene atas batang hidung hamba sendiri, sebab hamba ni melayu jati. Kang orang kate melayu murtad karang. Namun hamba rase ramai kawan2 kita yang buat resepsi pada mase ni, bleh kot consider kepokaian kawan2 lame ni, hehe. Jadi jangan la terase kalo hadiah yang dibawak tu tidak memenuhi jangkaan kita. Tambahan plak kalo yang hadir tu baru balik obesea, tengah cuti summer ke. Janganla expect dia bawak sheep skin plak sebagai hadiah, almaklumla depa mai nak belajar, elaun cukup makan pakai je tu (backup!)

Tapi si hadirin plak, janganla sampai tak hadir kenduri sebab tak mampu nak sediakan hadiah yang vogue de vas! Kat cni, dah kire kene apply konsep jangan riak, sape pun kite, title ape pun kite, bagilah hadiah ikut kemampuan dengan ikhlas, bukan nak menunjuk2, insyaALLAH berganda hadiah yang lebih bagus yang kite dapat di sana nanti. Kupon untuk balasan hadiah itu cumalah : ikhlas kerana ALLAH.

Ade jugak yang amek peluang kenduri kawen ni untuk re-union sekolah. Bagus benar la tu. Hamba suke. Hamba harap, bile hamba balik tahun depan, masih ade kawan2 hamba yang akan buat kenduri kawen, supaya hamba bleh join re-union jimat kos (tanpa yuran tahunan dan yuran jamuan) yang biasenye berlaku secara sengaja atau tidak sengaja di premis2 kenduri.

Besar hikmah walimah ni, selain untuk raja sehari, malah juga untuk rakyat jelata manfaatkan, mengeratkan lagi silaturrahim yang telah lama terputus. Terima kasih kepada penganjur!

Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman:“Moga-moga Allah memberkati anda! Adakanlah walimah, walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing. (Hadis riwayat Bukhari)

Walau pun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing tetapi ia dilakukan bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini adalah kerana Nabi s.a.w sendiri pernah melaksanakan walimah untuk Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Oleh kerana itu tuan hamba semua, tolong sampaikan ucapan ini kepada sahabat2 yang melangkah ke gerbang perkahwinan bagi pihak hamba sekali ye;
“Moga-moga Allah memberikan keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.”

Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH kerana masih berjaya menghirup udara dengan penuh nikmat kesihatan...

Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampunkan dosa yang telah lalu, dan semoga hari2 mendatang diredhai..

Terima kasih buat ucapan dan hadiah2 dari para sahabat, juga untuk kejutan dan kek aiskrim paddle pop yg sangat cantek dan sedap dari Hanisah, Een, Irwanie dan Rahmah, serta hadirin yang memeriahkan majlis. Tak lupa untuk kek Carrot special Fa, walaupun pembikinan kek itu mempunyai double meaning (hehe)


Ucapan setinggi penghargaan juga buat yang mendoakan dari jauh, ALLAH saje yang mampu membalas.

Nampaknya, hamba sudah tua, hehe, kene berusaha menjadi orang tua sekarang, caiyok!


Daripada Tsauban r.a. berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?". Nabi S.A.W menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya Rasululullah?" Nabi menjawab, "cinta pada dunia dan takut pada mati." Hadis Riwayat Abu Daud.