Monday, July 26, 2010

Pungguk Rindukan Bulan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Apabila berjauhan, manusia cenderung untuk merindu. Bila tarikh untuk bertemu semakin hampir, hati manusia akan berdebar2 dan berdetap detup tanpa amaran. Bagaikan pungguk merindukan bulan mengambang. Cuma sekali sebulan melepas rindu.

Ade sebuah kisah. Tentang seorang isteri yang setia. Name-nye Esah. Duduknya nun di hujung kampung. Suaminya enjin-nia. Kerja di pelantar minyak di tengah laut. Pulangnya cuma sekali sekala.

Bila suami ber-skype memaklumkan untuk pulang lebih kurang 2 minggu lagi, Esah mula terkekek gembira tapi kalut super. Terfikir baru sudah mengumpat dengan Jenab semasa membeli ikan dengan pakcik motor ikan pagi tadi. Teringat pesan sang suami jangan suka mengumpat. Alamak! Terase bersalah, dan redi2 menulis surat mintak mahap, supaya bila suami pulang takdelah terase kekok dan tergagap2 mahu mintak mahap. Tulisnya, "Esah mintak mahap bang. Ampunkan Esah ye bang, Esah taubat!(1) Esah janji, lain kali Esah tak buat lagi..".

Sebelum suami sampai ke rumah juga, habis surat cinta suami Esah 7-8 tahun lepas dikorek keluar dari tempayan beras. Dibaca semula dalam samar-samar pelita ayam. Nak amik feel orang kate. Supaya bila suami pulang, maseh romantic seperti mula2 kawen. Sampai part2 manja, Esah senyum terkikih-kikih kesorangan, sampai part2 sedeh, Esah menangis, begitulah Esah. Sangat menghayati surat2 cintanya!(2)

Kadang-kadang Esah tak puas hati. Kate Esah, dia nak dengar orang bacakan(3) surat cinta tu untuknya. Kate Esah lagi, kalo dia baca sendiri, dia rase macam pitching lari. Jadi kadang2, Esah panggil adik perempuan kesayangan Esah tolong bacekan untuk Esah. Biasanya Esah bertenggek di tangga dapur bila adik Esah bacakan untuknya. Esah senyum panjang.. sampai telinga. Kadang-kadang Esah bergilir2 dengan adiknya membaca(4) surat cinta suaminya itu. Maklum-lah surat cinta suami Esah panjang2..




Surat cinta suami Esah penuh bermakna untuk Esah. Penuh nasehat. Kadang2 suami Esah tegur Esah melalui suratnya. Misalnya, suami Esah tahu Esah suka ber-gossip. Maka suami Esah pernah hantarkan surat tazkirah tentang balasan untuk orang mengumpat pada Esah. Kadang2, suami Esah juga suka puji sikap Esah suka senyum. Suami Esah kate, senyum itu sedekah. Esah terima dengan lapang dada semua teguran dan pujian suami Esah. Esah tahu, dalam banyak2 orang, suami Esah lah yang paling kenal Esah. Esah cuba berubah menjadi lebih baik(5).

Setelah berkali-kali membaca surat cinta suaminya, Esah bergegas mencapai parang atas para dapur. Anak tangga dapur yang cuma 2 papan Esah langkah senang. Berkokok ayam melarikan diri bila Esah terjun manja dari tangga dapurnya itu. Esah tahu suaminya suka makan buah salak. Esah ke belakang rumah, meninjau2 salak yang masak ranum yang ditanamnya. "Banyak salak ni..", kate Esah. Suami Esah juga tak suka membazir. Oleh kerana salak Esah berlebih-lebihan, Esah isi salak-salak tu dalam guni beras dan disandarkan pada tangga dapur. Nanti bila adik Esah melintas rumah Esah untuk ke masjid, Esah akan suruh adik-nya sedekahkan(6) pada orang masjid.

Bile bersedekah, Esah akan teringat duit simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB) nya sudah cukup setahun. Tak pernah terusik duit tu. Suami Esah tak bagi Esah sentuh duit-nya itu. Kate suami Esah, suami Esah masih mampu memberi nafkah pada Esah. Duit Esah, Esah simpanlah, untuk kegunaan pada masa depan. Kate suami Esah, malang tak berbau. Esah sedar, dia wajib memberi zakat. Esah meraba-raba mesin kira dalam laci meja di bilik bacaan suaminya. Mesin kira itu pun sekali setahun lah bersentuh. Nasib baik masih elok. Setelah didarabkan dengan 2.5% duit simpanan-nya itu, Esah memanggil Adli, adik lelakinya. Esah suruh Adli memberi sejumlah wang zakat(7) pada Pak Pa di kampung seberang. Keluarga Pak Pa keluarga miskin, tambah pula Pak Pa sekeluarga baru memeluk Islam tahun lepas. Sebelum ni nama Pak Pa, Jupha Sephet. Pak Pa orang Siam, berasal dari Chiang Mai. Berhijrah ke Malaysia. Esah suka dengan anak-anak Pak Pa, semuanya pandai2 belajar.

Masa berlalu begitu lambat bagi Esah. Suami Esah kate, kalo Esah tak mahu penat menunggu, Esah buatlah perkara2 yang baik dan mendatangkan faedah. Suami Esah tak kesah kalo Esah ajak jiran2 perempuannya datang ke rumah. Suami Esah juga suke kalo Esah anjurkan buka puasa sunat beramai2(8). Cuma suami Esah tak suka, kalo Esah rapat dengan Jenab. Jenab suka mengkhabarkan berita yang tidak perlu pasal orang lain pada Esah. Suami Esah suruh Esah nasehatkan Jenab supaya berubah. Kadang2 Esah bagitahu, tapi kadang2 Jenab melenting tak mahu cakap lagi dengan Esah. "Takpelah, lame2 nanti Jenab akan insaf, insyaALLAH," kate suami Esah bila Esah mengadu.


Begitu sekali Esah bersiap, menyambut kepulangan suaminya. Hamba pun bercita-cita nak bersiap macam tu lah. Kekasih hati hamba dah tak lama sangat dah nak kembali pada hamba. Oh ye, hamba lupa, hamba tak kenalkan lagi kekasih hamba kat tuan hamba sume, ye?
Hehehe



Nama-nya Ramadhan! Kekasih tuan hamba jugak kan?! Tuan hamba, bile lagi? *wink

Glossari (Maksud sebenar-benarnya yang hamba cuba sampaikan-via-number):

(1) bertaubat, dan tidak mengulangi perlakuan yang tidak sepatutnya sebagai persediaan menghadapi puasa yang sebenar-benarnya.

(2), (3) & (4) menghayati bacaan Al-Quran, dengan membaca, memahami maksud dan bertadarus

(5) refleksi diri menerusi Al-Quran. Sedarlah kesalahan atau pun perkara maksiat yang telah kita lakukan. Ambillah pengajaran dari Al-Quran. Laksanakanlah perintah yang ALLAH sampaikan melalui ayat-ayatnya.

(6) & (7) bersedekah dan menunaikan zakat

(8) berpuasa sunat dan iftar beramai-ramai

(entri di atas hamba karang bersandarkan isi-isi tazkirah drpd yang berbahagia Sheikh Rafat, Masjid Al-Huda, Dunedin New Zealand, bertajuk 'How to Prepare Oneself for Ramadhan' . JZKK.)


Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan

Wednesday, July 21, 2010

Antara Daku dan Unta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Kita ~ manusia adalah sebaik2 ciptaan yang diciptakan ALLAH.

Namun, seandainya tuan hamba merasa tuan hamba besar, ingatlah sebenarnya saiz gajah lagi besar.

Atau jika tuan hamba rase tuan hamba hebat, kerana tuan hamba kuat makan, sebenarnya ada lagi yang boleh makan lebih banyak, perut lembu lebih besar dari tuan hamba. Tak percaya? Ruang perut lembu ada 4 bahagian; (rumen, retikulum, omasum dan abomasum~Biologi SPM).

Atau jika tuan hamba merase bangga kerana tuan hamba berani, Tiada orang berani sound tuan hamba. Dan tuan hamba tahu bahawasanya orang lain sume perit telinga dan kecut perut kalo tuan hamba buka mulut fire orang balik, ketahuilah yang lebih sesuai dan patut bangga kerana berani adalah singa dan harimau sinun. Tuan hamba cuba lawan mulut tengok, ada berani?

Atau tuan hamba juga bangga, dan mewar-warkan pada dunia, tuan hamba ini tahan lasak, boleh buat ape saja, dengan lancar walaupun pertama kali. Cuba tuan hamba lumba walkathon dengan unta di padang pasir, tengok, sape lebih lasak, tuan hamba ke unta?




Atau tuan hamba rase tuan hamba cantik? Bulu mata tuan hamba lebat dan berat? Lentik dan tahan lebih lama? Atau aksesori2 tuan hamba sumenye jenama2 yang tiada tolok bandingnya? Oh tuan hamba, tuan hamba tak rase ke itu sume palsu? Tuan hamba tengok merak ek, duk dalam hutan jer, takde sambung2 rambut segala bagai, malah tiada aksesori pun. Tapi ape yg merak buat, libas ekor skit jek, manusia dah nganga, sbb cantik sangat. Jadi ratu chantek patut bagi kat merak, bukan pada tuan hamba. Dan apetah lagi la hamba, hehe




Tapi tuan hamba, tuan hamba memang hebat! Sebab tuan hamba ada ilmu, pergi sekolah, dan jadi orang berjaya. So, sape bagi ilmu kat tuan hamba???



"...ALLAH mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan..." (Surah Al-Mujadilah, 11)



"Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH" (Surah Shaad ,26)








Tuesday, July 13, 2010

Kassim betul-betul Selamat


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tuan hamba,

Tuan hamba dan hamba pernah remaja. Malah tuan hamba mungkin maseh lagi remaja. Hamba? Oh, hamba juga masih remaja. Walaupun remaja hamba sudah mencecah senja. Hehe. Yang penting hati, bukan?

Orang kate, mase remaja itu indah. Mungkin paling indah dalam hayat dunia. Barangkali kalo dilukis graf kehidupan, agaknya titik remaja adalah titik plot yang paling tinggi, kot?

Setiap orang punya kisah manis, masam tapi lebih manis, atau manis2 belaka mase remaja. Salah satu sebab utama, kerana mase remaja lah saham tengah tinggi. Mase remaja lah junior2 mencari senior2 untuk pinjam buku, atau pinjam hati! Dan mase remaja juga-lah senior2 memasang umpan ikan getah (palsu), lalu melepaskan joran ke dalam sungai yang jernih.

Bila usia menginjak tua, usahkan umpan palsu, pakai umpan cacing pun belum tentu laku. Sebab-nya sungai dah keruh. Ikan2 tak nampak. Dan-dan, tertangkap buaya. Alamak, same2 pemangsa. Rasekan, hehe

Justeru, kepada pemangsa-pemangsa dan mangsa-mangsa serta bakal2 mangsa di luar sana, hidup di dunia tidak-lah se-indah yang di-impikan. Sebab 1 hari nanti, kita semua akan mati. Kita semua akan berkedut 5, 10, 100 dan satu saat berkedut 1000. Belek2 sikit ujung mata tuan hamba, berapa garis suda ada?


Kenapa hamba bicara soal ini? Oh, sebab hamba sedeh duk tengok remaja-remaja di tepi jalan. Bersiul2 mencari pasangan. Tuan hamba pikirlah sendiri, kalo lah pasangan hidup tuan hamba di-peroleh dengan cara bersiul, ape beza -nya pasangan hidup tuan hamba dengan burung pipit? Atau burung ketitir, atau kelicap? Kalo semudah itu mencari cinta, ape susah? Berchenta saje dengan pipit2 yang hinggap di tepi rumah. Kalo rumah tuan hamba takde burung2 hinggap, rumah hamba banyak burung sesat.






Duhai pemuda remaja, kalo sonang sangat memikat si buah hati, SMS 2-3 kali dah cair, belanja 2-3 kali dah lentok. Pikir semula, tuan hamba sorang je ke yg bleh belanja makan? Atau tuan hamba sorang je ke ade hset nak SMS si dia yang tuan hamba angau-kan itu? Aiseh bahaye tu.


Pemudi remaji pula. Alahai sonang la pulak jatuh hati ye. Kutip2. Kutip balik sebelum kene kuman! Macam tu je bleh jatuh hati? Kalo dulu kala, zaman ISLAM sebagai cara hidup, dan MAKSIAT bukan KEBIASAAN seperti sekarang, seorang anak dara akan jatuh hati pada alunan azan. Pada alunan bacaan Quran. Ataupun hujah2 dalam berdakwah. Yang tuan hamba jatuh hati dengan tu, maseh ingatkah membaca Iqra'?



"Tapi, dia bijak.. dia keje besar, hidup terjamin. Yang paling penting, dia bukan Kassim Selamat! Mak ayah pun mesti suka kalo couple dengan dia".


Jadi, kalo dio engineer, jadi apa? Jadi kenapa? Apa gunanya kalo dia tidak ingat ape beza rukuk dan sujud? Dia ingat dia engineer dia boleh ubah termometer di neraka?


Atau kalo dia majistret, so what? Jadi, kenapa? Apa, dia ingat dia majistret, dia boleh lepas dari tindakan undang2 ALLAH di akhirat, kalo dia bukan mukmin sebenar?

Atau kalo dia doktor, jadi? Apa dia ingat dia doktor, dia boleh cari penawar dan berhati2 dalam diet dan cara hidup sampai takkan mati sampai bila2?


Atau kalo dia pensyarah? Apa, dia fikir dia boleh siapkan skema jawapan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir? Kalo dia bukan muslim yang taat?


Pokok pangkal-nya semua akan kembali ke jalan yang sama. Kerana masih remaja lah kene berhati2. Kene jaga diri dan kehormatan. Bertegas dengan nafsu. Dari mase sekarang lah, ehem, ye sekarang lah kena tetapkan matlamat untuk jadi penghuni syurga dulu, sebelum bercita-cita selainnya. Cinta untuk menemui ALLAH, akan memandu kita memilih cita2 yang terbaik di dunia. Yang insyaALLAH membawa bahagia dari sini hingga ke sana..




Mari perbaharui syahadah. Mari mula dengan cita2 yang baru! Bukan hamba suruh melupakan akademik dan pelajaran, atau ekonomi, itu-kan perintah ALLAH yang telah termaktub, agar manusia berusaha duniawi dan ukhrawi! Caiyok!

Oh ye, jangan bimbang tentang jodoh, ALLAH telah tetapkan sejak azali, cuma mungkin masih bertapa di gua yang jauh. Bukan ape, kalo asyik memancing, takut dapat belut, licin liat, susah nak control. Atau dapat sotong, lentok sana, melekat sini, panas nanti, tak aman.. Kalo asyik bersiul, dapat yang bersayap, cenderung terbang ke sana sini.

Jadilah manusia yang punya agama dan tatasusila, baru dapat bidadari dua dunia! InsyaALLAH




"..Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.." (At-Talaq, 2-3)


Sunday, July 4, 2010

Sekolah Ahad

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Comel betul anak-anak bawah 10 tahun di atas. 10 ke atas, walaupun seorang anak, tapi tidak di-kira comel! (tau dah, sebelum orang lain cakap, baik cakap sendiri, hihi)


Pertama sekali, terima kaseh teacher Afila dan teacher Mastura, atas ke-izinan men-joinkan diri sebagai 'pembantu pra-sekolah ahad', di Al-Huda Mosque, pagi tadi. Pengalaman yang sangat menarik, sementelah telah lama tidak menyegar-kan minda dengan kerenah anak2 kecil, kerana di-sibukkan dengan tugasan makmal yang bertimbun. Sementelah lagi, tidak punya anak sendiri, dan segan mahu menganggu anak orang, uish cuit sikit! (Lama jugak tak ketemu bofpren cilik, si Amzar, chik-zam bizi, huhu)


Tengoklah gaya masing2, sume gaya ade, suparman, human spider dan macam2 lagi-lah. Bingit pagi hari di masjid, dengan kerenah hero2 dan heroin yg datang ke masjid lebih untuk ber-sosial, drpd baca Iqra'. Haish nakal, tapi comel!


Paling bermakna dan menyayat hati, mengasuh dan mengajar anak Autism...


Sedang yang lain bingit ber-cerita, tiba2 melangkah masuk seorang anak kecil. Kurus orangnya. Jari telunjuk digigit kemas. Mata bundar-nya cerah memandang teacher yang sedang mengatur kata. Langkah di atur lagi, dekat, semakin dekat. Seorang sister memanggil rapat. Bahu-nya disentuh. Digenggam erat, agar dia tidak takut dan malu untuk duduk bersama, kerana lewat.


"What's your name?" Sister tadi mula bicara. Rambut perang dan panjang-nya diusap lembut. Dia masih takut-takut. Sister tadi mengatur senyum. Bahunya dipeluk lembut. Lalu anak comel itu menjawab selesa. Diduduk-kan di depan meja kecil. Lalu Iqra' dibuka.


Sedang menyebut ra, ja, dan sa. Tiba2 dia kaget. Jari telunjuk yang halus di tuding ke siling. Sister tadi juga kaget. Tertanya-tanya. Terpinga-pinga.


"What is that?" Tanya si kecil menuding ke lampu. Sister menjawab, lampu. Bahu kecil dipegang, didudukkan semula, kerana kaki kecil mula berdiri untuk melangkah ke mana-mana.


Si kecil yang comel duduk lagi. Mata bulat yang bersinar di hadap ke Iqra' semula. Ra, kata-nya. Tiba -tiba dia bangun, mata-nya menghala ke whiteboard, dan dia bertanya lagi, "what is that?"


Hati sister gundah gulana. Kenapa anak ini? Tidak selesa kah dia. Teacher mula berbisik lembut, "anak austism, " katanya.


"Oh.." ujar sister di dalam hati. Si kecil yang comel dipeluk bahu-nya lagi. Didudukkan semula. Ra, sa, ja, ha. Aturnya lagi. Dan kemudian dia bertanya lagi, "apa ini?" dan "apa itu?" . Tabah sungguh ibunda anak comel ini. Sungguh sabar menghadapi kerenahnya. Sungguh, mengasuhnya memberi pengalaman yang amat berharga. Terima kasih duhai si kecil, kerana dengannya, sang sister belajar sabar itu apa.


Lunch hour belum tiba. Tapi sambil2 membaca Iqra', epal merahnya dibawa keluar. Dia mengunyah dalam2, dan panjang2. Sister memandang sambil tersenyum. Tiba mase sister mengajar yang lain pula. Tapi si comel bagaimana? Di sisi si sister dia berteleku. Kekadang dia pergi memanjat kerusi. Dipadamnya semua tulisan di whiteboard masjid. Habis sudah ayat hafazan brothers minggu ini agaknya. Maaf, sister lupa memandang si comel, sedar2 tangan sister di tarik ke whiteboard, untuk melihat si comel melukis.


Bila sister mahu pulang, sister mencari si comel itu. Dia hilang. Entah kemana2 semasa sister sembahyang. Tiba2 sister merase sayu, melihat si comel tekun menconteng kertas di sudut masjid. Sendiri.


Pada si comel, sister katekan selamat tinggal. Entah bila akan berjumpa semula. Si comel memandang sister dalam. Mata-nya tidak berkelip. Tapi cuma sebentar. Kerana kertas contengan-nya lebih penting dari sang sister. Si comel cuma kate, "bye..".


Perjalanan pulang sang sister tidak kosong, kerana si comel ade dalam benak fikiran-nya. Sang sister tahu, dia sudah jatuh cinta.. Siapa kata, anak autism tak istimewa?


Monday, June 28, 2010

Kesetiaan Cinta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sudah masuk Julai rupanya, akan tetapi diari Jun masih belum berusik. Banyak bona agaknya yang bermain dalam hidup, hinggakan tidak sempat meluah kata. Atau juga banyak bona yang sebenarnya bermain di pikiran, tetapi takut jika terluah me-luka diri dan orang lain.

Sudah resmi seorang manusia, kekadang perlu tempat mendengar, agar hati tak bertakung nanah. Biasanya tempat meluah jatuh pada bonda ter-chenta. Kesian bonda.

Bile rase kelabu dengan statistik misalnya, mata cepat berair. Jari pun cepat2 mendail nombor bonda di tanah air. Berkali2 agaknya telefon bonda berdering. Jarang sekali bonda cepat menjawab. Bonda sibuk. Sangat sibuk menguruskan rumah tangga.

Biasa-nya ayahnda jugaklah yang menjadi orang pertama di-hubungi. Mendengar nada tinggi rendah ayahnda bernasehat dan berhujah, terase insaf dan mula bersalah. Ayahnda pe-motivasi terbaik. Mendengar anaknda diam membisu dan cume mengangguk dalam, ayahnda sedar tugas seterusnya jatuh pada bonda. Ibarat jika sakit, ayahnda tukang operate, bonda pula pem-follow up nya.

Zahir bonda tegas dan garang, namun hati anak perempuan hanya bonda jugak mampu meredakan. Ayahnda pula sangat faham. Seringkali terase kehadiran ayahnda di sisi bonda, bila anaknda nya ini melontar kata di balik corong telefon. Ayahnda setia menunggu sampai anaknda ini menoktahkan kata2 nya.

Maaf ayahbonda kerana sering membuat jiwa kacau. Maaf kerana sering ber-kerenah sejak dari kecil hingga besar.

Sejenis manusia 'nak tak nak', anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang mula berura-ura menukar kerjaya kerana terase terbeban dengan tanggungjawab, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering lupa untuk bersyukur, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering perlu di-ingatkan setiap matlamat zarah perbuatan menuju tuhan, nah anaknda yang ini-juga-lah!

Semalam ber-teleku di hujung corong telefon dengan bonda. Semalam hari Isnin, di bulan Rejab, dan bonda puasa. Kedengaran bonda letih dan lesu. Anaknda kira bonda demam, tapi bonda kate, "bukan..".
Anaknda ini ber-cakap lagi, kedengaran batuk2 ayahnda di sisi bonda, seperti biase. Anaknda terus berhujah, meluah segala yang bernanah. Anaknda bicara lagi. Dan lagi. Bermacam2 perancangan mase depan anaknda bicara-kan. Anaknda mahu sambung belajar lagi, tapi anaknda sudah tidak sanggup dengan bidang ini. Anaknda lupa untuk bersyukur, dan anaknda lupa setiap perancangan itu akan ter-laksana hanya dengan izin ALLAH..

Macam2 ke-geraman anaknda ini huraikan pada bonda dan ayahnda. Anaknda lupa waktu sudah tiba untuk bonda bersiap juadah berbuka. Waktu terlangkau. Anaknda ter-sedar. Anaknda lalu bertanya bonda, bonda nanti berbuka dengan ape. Jawab bonda,"secawan teh pun cukup-lah untuk ma berbuka..". Anaknda minta maaf, anaknda sering menyusahkan. Anaknda minta maaf, anaknda terlalu mementingkan diri. Dan kata penutup dari bonda dan ayahnda, setiap kali dan setiap kali, hanyalah.."ma ngan abah selalu mendoakan kakngah..". Astaghfirullah, maafkanlah ya ALLAH hamba Mu ini. Hamba lupa, bile hamba terlalu rapuh dengan ujianMu, itu tandanya hamba tidak redha, maafkan hamba ya ALLAH..

Duhai ayah, duhai bonda. Syukur anaknda pada kalian. Tiada bakti yang menyetarai pengorbanan kalian. Hanya doa yang mampu anaknda hulurkan. Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat kedua ayahbonda tidak pernah haus dek mengalirnya sungai2 di taman2 firdaus. Tiada yang lebih anaknda harapkan selain melihat kalian berada di dalam naungan yang luas. Sungguh cinta ku pada kalian, tidak akan sekali2 menyaingi cinta kalian pada kami yang tidak bersempadan. Jerih peluh dan air mata kalian buat kami,tidak akan pernah ter-balas walau segunung permata kami persembahkan. Hanya 1 yang mampu anaknda ini laku-kan, agar sekali2 tidak akan melukai perasaan kalian.






"..Siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, tidak akan mensyukuri yang banyak.

Siapa yang tidak mensyukuri manusia, tidak akan mensyukuri ALLAH.."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Tuesday, May 18, 2010

Kenangan Masa Depan?



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Berapa ramai antara kita yang mempunyai hobi membaca berita? Terus terang hamba memang minat jiddan tengok kertas2 suratkhabar. Apatah lagi majalah. Espeseli majalah Anjung Seri etc, sebab kualiti kertasnye yang tebal dan ber-warna warni.


Setiap kali ayahnda ter-chenta beli suratkhabar pun, hamba dan adik2 pasti berebut. Akan tetapi biasanya berebut untuk amik separate paper yang pasal hiburan. Heheh. Bukan ape, seperti yang hamba maklumkan di atas, ke-cinta-an hamba kepada warna2 kehidupan sebagai tanda syukur hamba di-chiptakan- tidak buta warna. Tuan hamba?


Sekian lama berada di New Zealand, hamba mula merase kering dengan berita2. Yah, bukan-nya hamba buta IT, melainkan rabun sedikit sahaja. Kekadang hamba mencari juga kolum berita dari Malaysia. Tapi hamba selalu fokus pd ruangan mahkamah dan jenayah dulu. Biasanya hamba akan menutup komputer dengan geram atau-pun mendengus lembut [kalo tuan hamba bijak bistari, cuba teka ape beza antara mengeluh dan mendengus? Skema jawapan merangkumi mekanisme dan anatomi badan yang terlibat. Erk, perluke?]


Kekadang bila hamba terase boring melayan buku muka, unless ade sahabat2 yang banyak mase menghapdet status –nya setiap 30 min, maka hamba akan meng-on kan TV New Zealand. Dan berita-nya memang walla. 2-3 hari lepas kalo tak silap hamba, adalah berita tentang se-ekor binatang peliharaan (hamba pun dah lupa binatang ape sebab penting sangat) yang ter-pisah dari tuan-nya.


Tuan hamba, betapa banyak kucing2 liar atau sesat di Malaysia? Kalo –lah semuanya masuk berita, nescaya berita 30 minit akan jadi 2 jam setengah tidak termasuk laporan sukan dan laporan cuaca.


Itu tidak termasuk lembu2 ter-lepas ke kebun getah pak Samad. Bukan juga kes ayam2 ter-lepas dan ter-kumuh di pekarangan rumah mak ngah. Belum jugak kira kambing2 yang longgar tambatan tali leher-nya sampai boleh pulak memamah daun tembakau paksu Kasim. Bagaimana dengan beruk upahan paksu Kasim sendiri? Yang sering bersiar-siar kesorangan selepas menunaikan tanggungjawab memetik kelapa?



Barangkali orang2 di Malaysia memandang remeh institusi pemberitaan di New Zealand. Barangkali juga orang2 di luar New Zealand menganggap hidup di New Zealand tidak mencabar. Hamba juga kadang2 tersenyum2 selepas menonton berita di TV. Akan tetapi bila hamba pikir2 semula, hamba pasti merindui saat ini.


Saat meng-on kan TV tanpa memberi tekanan pada otak. Saat menutup TV dan selamba keluar pada waktu malam gelap pekat menuju ke makmal untuk menyiapkan kerja tanpa perlu mendiri-kan roma leher. Saat berfikir untuk takut pada bunyi bisikan nama tanpa wajah daripada berfikir untuk takut pada manusia yang ber-mata merah. Saat untuk tidak merase geram lagi ter-siksa jiwa dengan perlakuan syaitan ber-topeng-kan manusia. Hamba akan terus menunggu saat itu dengan setia..


Firman ALLAH yang bermaksud; "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbul-nya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).. ~ Ar-Rum, 41.


Thursday, May 13, 2010

Jalan2 Cari Makan


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Sebuah visual kadang2 cukup menggambarkan 1001 ceritera di sebaliknya, jumpa di sana, iA ;)

Tuesday, May 11, 2010

Kisah Che-Jah Kembali Lagi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah lebih kurang sebulan hamba tidak menghapdet blog ini. Bila hamba buka, hamba rase begitu kecewa. Kalo-lah hamba bukan penulisnya, sudah tentu hamba sudah merase putus asa untuk mengharap pada blog ini. Barangkali juga hamba akan mengira detik untuk tidak lagi mengingat alamat blog ini. Atau sudah tentu sahaja men’delete’ kan ia daripada senarai bookmark hamba.

Tapi itu semua andaian hamba sahaja. Buat tuan hamba yang telah membuka blog ini dan melihat ianya terhapdet sejak sekian lama, hamba mintak maaf ye. Komitmen2 lain telah mendahului ke-utamaan.


Bercakap tentang komitmen, pada 15 Mei 2010 ini, akan di-adakan sebuah acara di Dunedin sempena memperingati nakbah Palestin. InsyaALLAH akan ada jualan amal di c2 nanti, jadi buat tuan2 hamba – iaitu para hamba ALLAH di Dunedin yang ingin merase nasi kerabu ala obesea (bukan obess) sambil menderma, kalian dijemput hadir ke Evison Lounge, Club n Socs, jam 2- 4 pm. Begitu juga kuih muih MSDB- (Memang Susah nak Dapat dan Malas nak Buat). Soal harga, tak mahal, harga adik beradik je org kate. Lagi mahal kot kos tuan hamba membeli 2 paket besar mee sedap perisa soto ayam di New World. Walaupun mee sedap itu boleh bertahan selama seminggu untuk lunch dan dinner, tapi kesan-nya di hati tidak begitu indah spt menikmati makanan tradisional tanah –air kita. Hehe

Eh cakap2 ni, tuan hamba tahu ke ape nakbah Palestin ni? Tuan hamba ingat tak cerita Che Jah dalam blog hamba yang telah hamba postkan tidak berape lama dahulu? Kalo dah lupa, sile roll ke bawah. Kalo tak jumpa lagi, sila tekan older post ye. Tak jumpa lagi? Hai usaha tangga kejayaan, kalo malas nak daki tangga dapur, kelaparan-lah jawabnya.


Sambungan Cerita Che-Jah



Setelah Che-Jah meninggal dunia, dan anak2 Che Jah terbiar dalam ke-daifan, pendatang asing yang telah mendiami tanah dan meruntuhkan rumah Che Jah bertindak dengan lebih jauh. Pendatang asing itu telah memanjangkan langkah kaki-nya yang lebih panjang dari saiz kaki normal orang2 di Kg. Anai Anai dan telah pergi ke rumah jiran-jiran Che-jah yang lain. Maka nasib arwah Che-Jah telah mengenai jiran-jirannya dan anak-anak menantu Che Jah yang masih tinggal.

Satu hari, pendatang asing itu telah melihat menantu Che Jah yang sulung yang sedang hamil 9 bulan, lalu dengan rakusnya pendatang asing itu menembak leher menantu Che-Jah itu dengan senapang patah-nya, kemudian membelah perut menantu Che Jah itu, dan mengeluarkan janin yang telah mati.

Pernah satu ketika, pendatang haram laknat itu mencadangkan tentera-tenteranya iaitu pasukan rejim Yahudi Zionis mengepung sebuah kawasan di kampong itu, siapa yang cuba lari ditembak. Maka bapak pendatang haram yang sebelumnya be-kerja sebagai wartawan dari Hungari bernama Theodore ketawa berdekah2 melihat wanita, orang tua dan kanak2 terketar2 lututnya. Psiko Theodore nih!

Dalam peristiwa yang dikenali sebagai Deir Yassin itu, seramai 254 orang2 tua dan wanita dibunuh. Anak2 mereka? Ingat Theodore ade hati perut? Ingat Theodore ni ade jiwa manusia? Hah, takde-nye! Dalam hati si Theodore tiada taman langsung! Usahkan taman, daun kering pun dah lame terbakar dek kekejaman-nya.



Rumah2 diruntuhkan untuk membina banglo2 dari mereka. PaStu org kampong lain tak buat ape2 ke? Haih , ape tak buatnya. Semua kampung2 lain kan bersatu di bawah PBB (Projek Bunuh Bunuh). PBB siap tolong istihar-kan kampong Anai2 sebagai Kampung Yahudi lagi. Siap bagi nama tu, nama ‘ISRAEL’.


Orang2 kampung tu cane? Ape lagi, kalo tak dibunuh, diusir. Ye-lah PBB (yang ntah perasan dari mana dapat hak) bagi 2/3 dari tanah dari Negara Palestin kepada Israel. Tinggal 1/3 je untuk penduduk asal. Pastu si laknat yahudi siap buat penjara tembok batu di Tebing Barat, yang terpanjang di dunia iaitu 720 km, khas untuk penduduk2 asal Negara Palestin. Bayangkan kalo kita-lah yang berada di balik tembok itu.


Tuan hamba pejam mata sat dan cuba bayangkan;


Tuan hamba bayangkan ek, kalo kampong tuan hamba di Pasir Mas terchenta, atau Kg. Tok Lebir Beta di Ketereh, atau kampong Pulau Tengah di Kubang Kerian, atau Kg Kadok atau kampung2 lain mengalami nasib yang sama. Tuan hamba mungkin sedang belajar di luar Negara. Tuan hamba nak balik kampong ke mana? Dan nak balik buat ape? Kalo ayah dan adik2 sudah dibunuh, mak ter-penjara di Tebing Barat? Adik pula- kakinya kudung ditembak zionis?


Barangkali tuan hamba tak rase ape2... Sebab yang kene macam tu bukan adik2 tuan hamba, bukan ayah tuan hamba, bukan mak tuan hamba.



Tapi tuan hamba, mereka tu tetap saudara kita, pokok keluarga kita mungkin beda, tapi kita semua saudara se-agama. Sebab itu- tanyalah hati kita ape rase-nye?! Bila PBB mengumumkan sebuah Negara ISRAEL pada petang 14 Mei 1948, yang dibina atas pemusnahan, darah dan air mata manusia2 ber-jiwa dan ber-agama yang se-usia dengan ibubapa kita, suami dan isteri kita, dan anak2 kita.

Mengisytiharkan sebuah Negara atas robek-nya hati2 yang di-siat zalim yang sebelumnya hidup aman dalam 478 buah kampong yang telah dimusnahkan. Peristiwa itulah yang dikenali sebagai nakbah, bermaksud malapetaka bagi Negara Palestin.





Tuan hamba…

Setelah 62 tahun ahli keluarga kita di-hina, di-seksa dan dinafikan hak-nya, hadirkanlah kasih itu buat mereka, kerana mereka bukan mereka, tetapi mereka adalah KITA!

Tuesday, April 13, 2010

Penunggu Sungai Dunedin

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian
Pertama sekali, hamba minta maaf. Bukan kerana sebab sudah lama hamba tidak menulis. Tetapi kerana tajuk di atas telah membuat beberapa daripada tuan hamba memalingkan wajah.


Hamba mohon maaf sekali lagi, hamba tidak berniat untuk menyebarkan fahaman khurafat pada sidang pembaca sekalian. Hamba juga tidak memiliki walau sesen saham pun dengan pihak penerbit yang telah menerbitkan Puaka Niyang Rapik di TV3. Hamba cuma ingin berkongsi, dan ingin mendapat pendapat kalian, oleh kerana itu, tahan nafas dulu, dan sile habiskan pembacaan ye, hee


Ceritanya bermula begini. Pada suatu hari tidak beberapa lama dulu...seperti biasa hamba menunaikan tanggungjawab hamba kepada alam sekitar , dan menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Senario kejadian: di sepanjang sungai sekitar Malvern Street, Dunedin, New Zealand.


Di bahu kanan hamba tersangkut beg meter pengukur arus, manakala tangan kiri terselit sebuah recorder yang hamba guna untuk merekod setiap bacaan kualiti air, arus dan sebarang pemerhatian kasar, yang mana hamba tak upaya nak menulis satu2, disebabkan hamba takut kertas basah maka rosaklah sebarang data penting yang hamba nak rekod.


Tambahan pula, alhamdulillah 2 tangan hamba sudah dipenuhi kiri dan kanan dan kaki pula terbungkus dalam but getah separa lutut, telah tidak memungkinkan penggunaannya dalam keadaan terdesak (hamba pun tak tahu mcmna methodologi penggunaan kaki dalam menguruskan peralatan penyelidikan).


Dengan peralatan2 kecintaan hamba itu, maka hamba menapak perlahan ke tengah sungai. Deru angin menyapa. Sejuk dan dingin mule menerjah kulit. Hamba un-endah-kan sahaja kedinginan itu. Percikan air dari but mula memercik ke muka. Dari batu2 yang berlumut dan separas buku lali, hamba menapak lagi, lebih dalam dan lebih dalam. Hingga ke level terakhir yang paling selamat. Tanpa hamba sedari, hamba sudah di tengah sungai (yang tak dalam pun). Hamba berpusing ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Hanya bunyi cengkerik menghias suasana.


Dengan lafaz bismillah, butang 'on' Flowmate hamba tekan. Begitu juga dengan recorder. Hamba menundukkan wajah, mata hamba bertentang dengan skrin Flomate yang bekerja keras menilai arus. Tiba-tiba....


Hamba terdengar suara orang bercakap2. Hamba toleh kiri dan kanan. Pandangan hamba yang berkaca mata insyaALLAH boleh mencapai dengan jelas sehingga lebih kurang jarak 10-15 meter ke persekitaran. Akan tetapi, hamba tetap tak dapat melihat kelibat sesiapa. Dalam pengamatan telinga hamba, suara yang hamba dengar itu ialah suara manusia.


Jantung hamba berdetik laju. Teringat kisah karut yang di-ceritakan teman sedarjah zaman kecik2, puteri bunian mandi di celah2 batu di sungai. Sementelah, memang banyak batu pun kat sungai ni. Hamba menoleh pada GPS di tangan kanan, jam menunjukkan waktu lunch. Bukan waktu lunch untuk mana2 puteri Bunian, tapi untuk memberi gambaran pada tuan hamba, ketika itu adalah waktu panas terik. Matahari tegak di kepala.


Hamba abaikan, agaknya sekadar perasaan hamba kot. Deru air semakin deras, namun ia tetap tidak dapat mematahkan suara yang bercakap2 tadi. Walaupun bunyi suara itu seperti berbisik- malu, namun ia semakin tajam dan jelas di pendengaran.


Hamba tarik nafas tajam. Flowmate hamba matikan. Kaki hamba, hamba terus pacak teguh ke dalam sungai. Hamba tidak merancang untuk berlari kemana2. Pada pikiran hamba, andai hamba berlari sekalipun, barangkali tidak kan cukup sungai untuk hamba berlari. Hamba akan hadapi. Inilah peluangnya!


Anak mata hamba semakin mengecil. Telinga hamba menapis bunyi deru air dan angin agar tidak menganggu suara tadi. Hamba amati dalam2 suara itu. Bahasa yang diatur ialah bahasa melayu. Sah! Sah kata2 orang bahawa pontianak tidak berasal dari New Zealand. Tetapi berasal dari Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.


Hamba pejam mata, ingin mendengar selanjutnye. Ingin mendengar terus butir bicara-nya. Tiba2 hamba dengar nombor-nombor dibaca. Bukan nombor loteri kot. Antaranya adalah kedudukan GPS dan bacaan arus. Kening hamba berkerut dengan sendiri, hmm ade juga makhluk yang berminat dengan research hamba ye.


Tiba2!


Hamba celik semula mata hamba, hamba sangat familiar dengan bacaan2 nombor itu. Itu adalah suara hamba sendiri yang hamba rekodkan di voice recorder. Rupa2nya, instead of tekan butang record, hamba dah tertekan butang play, itu yang ter-play suara hamba yang hamba rekod sebelumnya.


Hamba menarik nafas lega, patutla suara itu bercampur2 melayu dengan manggeris, hehehe. Hamba cuma mengakhiri dengan tersenyum simpul di tengah sungai.
Kadang2 manusia terlalu suka ber-ilusikan? Semoga hamba dijauhkan dari ilusi2 seperti itu, ameen.

"Apabila manusia merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t, akan bebaslah akalnya daripada khurafat dan ilusi-ilusi yang batil, bebaslah jiwanya daripada kehinaan, kerendahan, dan ketidakmampuan, dan bebaslah kehidupannya daripada jelmaan-jelamaan Fir’aun, jelmaan-jelmaan Namrud, dan lain-lain jelmaan yang mengaku tuhan yang memperbudakkan sesama manusia."- Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 147, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada orang yang memilikinya sebab jiwanya dipenuhi rasa optimism, percaya, tawakal, redha terhadap qadha Allah, sabar atas ujiannya, dan tidak membutuhkan makhluk.” - Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 153, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Syirik merupakan sarang khurafat dan kebatilan, sebab orang yang mempercayai adanya sumber pengaruh lain pada alam semester, selain Allah, berupa benda-benda angkasa, jin, memedi, ruh, dan sebagainya, akalnya menjadi siap untuk menerima segala khurafat dan membenarkan segala bentuk kebohongan” - Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 161, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami mengetahuinya, dan mohon ampunan daripadaMu daripada yang kami tidak ketahui”.*

*many thanks to ; abdualjabbar.blogspot.com