Monday, May 6, 2013

Hari Selepas Mengundi



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Alhamdulillah, life is good. Sedang menyatukan pieces of life together. After a long break and life has change. A lot. But it is good, alhamdulillah.

Things happen. Setiap satu dengan alasan yang baik. Oh sungguh rindu kampung halaman. Shud I say, this is Day 1: Away dari kampung, living new life with new task. Hmm ;)

Mengimbau kenangan mengundi kali ke-2. Sangat menyeronokkan hidup di kampung. Dikelilingi bendera berwarna warni. Dan tidur bersulamkan hon-hon dari van yang mengisi manusia berambut hitam dan tak kurang bertudung kaler-kaler melalui jalan berlubang-lubang, hasil tekanan lori pasir saban pagi.

Matlamat nya bagus. Tapi berdiri bercampur di balik kandang lori kecil itu agak janggal. Menarikan bendera bersama tangan-tangan berbulu terlebih hormon itu kekok. Mungkin itu semua ahli keluarga. Mahram. Lewat malam? Oh, ditemani mahramnya.

Satu hari, menemani suami memandu melalui sebuah kawasan perkuburan yang agak luas. Berdiri bola roma, terasa dekatnya dengan mati. Sehingga mata terbuntang, terbaca sebuah ayat yang ditulis pada wakaf di tepi kubur itu. "Keluarga saya pengundi **".

Lama terfikir, apa maksudnya, sehingga sahabat suami berkata, "pengundi hantu". OOOOOO itukah. :D

Terimbas pula bila menolong ma memasak untuk orang-orang yang memberi sokongan di wakaf-wakaf berhias bendera. Dan masing-masing menunjuk kreativiti rekaan kejuruteraan menggunakan buluh dan kain-kain. Awesome.

Despite of the chaos at some places, I admit that I was having fun. This is a great war, dan sedikit sumbangan jihad tersangat kecil bagi semut merah seperti hamba. Alhamdulillah.

Tuesday, March 19, 2013

Penyakit Macam-Macam

 
 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
 
Adalah sangat kelakar apabila terbaca  berita ini . Namun tidak dinafikan ketaksuban manusia kepada benda-benda mengarut dan khurafat memungkinkan pelbagai penyakit yang sebenarnya tidak wujud.
 
Kepada tuan hamba sidang pembaca yang malas hendak mengklik dan membaca keseluruhan berita di atas, biarlah hamba simpulkan.
 
Di sesetengah tempat di benua Afrika, tuan hamba jangan memandai hendak merenung dan bersalam sesuka hati dengan mana-mana orang tempatan. Kerana, kemungkinan besar anda akan ditangkap dan dibelasah hingga mati, kerana didakwa menyebabkan organ seks orang itu kecut dek panahan mata tuan hamba.
 
Bukan hamba ingin bercakap kotor, tidak. Tetapi itu adalah kepercayaan orang bumiputera sana yang masih berpegang kuat kepada aktiviti perbomohan.
 
Pandangan yang bermotifkan sihir mampu melenyapkan organ tersebut (mengikut kepercayaan mereka) sehingga kan mereka terpaksa mengikatnya bagi mengelakkan ia terus mengecut dan akhirnya menghilang.
 
Dilaporkan tiada orang pernah menghidapi penyakit ini sehingga meninggal. Walaubagaimanapun jumlah orang yang meninggal akibat dibelasah kerana memandang 'pesakit' adalah semakin bertambah.
 
ps: Penyakit minda. Minda sakit sampai nampak anggota lain pon sakit. Isk3
 

Wednesday, March 13, 2013

Alasan Tercipta



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Adalah perkara biasa bagi seorang wanita mengalami keletihan melampau. Tidak kuat seperti lelaki, dan kadangkala mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan kesannya juga tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki, ngee. 

Pada waktu-waktu datangnya keletihan, seorang wanita akan berasa tidak senang duduk di kerusi pejabatnya. Dia akan menggoncangkan kerusi itu dan berpusing-pusing beberapa kali. Dia akan membuka akaun muka buku dan menutupnya semula, dan membataskan otaknya dari terus keletihan dari memikirkan kerja sekolahnya yang bertimbun.

Dia akan memandang lantai beralaskan karpet biru gelap bercorak petak-petak yang agak kasar. Tidak mewah. Tapi cukup untuk melelapkan mata barang sekejap. 

Tapi dia berpusing-pusing lagi. Pusing kanan. Pusing kiri. Buka google. Tutup google. 

Badannya terasa lesu. Matanya terasa kuyu. Lantas kunci kereta disapu laju. 

Dia membuka pintu kereta perlahan, lantas menghenyak tempat duduk yang keras dan kurang selesa. Tingkap kereta dibuka. Membiarkan bahang panas berkuap pergi. Kunci dipusing. Penyaman udara terus dibuka ke level tinggi. 

Dia bermenung di situ. Termenung lagi. Keliru. Betulkah mahu pulang. Bagusnya kalau ada pemandu yang membawa hala tuju. 

Tapi dia akhirnya pulang juga. Makan tengahari bukan lagi prioriti. Otot yang lesu, otak yang malas, dilayani semahunya. 

Dia pernah membaca di suatu laman blog. Penyakit malas seperti ini memang tiada ubatnya, kecuali dilayankan sahaja. Hehehe. Alasan terbaik bila tidur awal dan selalu tidak sedar mesej dari sang suami juga...

Semoga keletihan ini tidak memudaratkan, semoga ianya membahagiakan, aamiin ;)





Monday, January 28, 2013

Hijabku Lawa



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian, 



Menelusuri bait-bait status di facebook. Melilaukan mata melarikan jelingan satu persatu, menyusun lirikan dan goyangan bebola hitam yang berkaca-kaca.. Menapis dan menghalusi serba sedikit status, menjemput hati untuk menyentuh ilmu yang terpampang di ruangan sosial itu.

Terpempan dengan post yang di"kopi" dan dipapar di mukabuku rasmi Ukhti Wardina  yang tidak pernah mengecewakan, menggamit hati agar memperhalusi, dan seterusnya memperkongsikannya di sini..



Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?


Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…



Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda.





Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.



Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?



Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.



Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.



Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata. 



Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam



Ikhlas,
Muslimah yang Risau



p/s: knock knock! Hati terjaga. Kaget. Risau. Takut ("_")'

Sunday, January 27, 2013

Fail ber-Abjad



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Dulu hamba suka sangat menonton X Files. Zaman muda hamba dulu femes la siri X Files ni. Zaman sekarang ni, remaja tak layan dah. Sudah banyak siri lain yang boleh ditonton. Kalo hamba masih remaja sekarang pon, hamba lebih prefer siri kartun CatDog la kot. Heee





Tapi dalam banyak-banyak siri X Files tu, hamba paling tak suka bila masuk bab UFO. Sebabnya ia akan jadi bercelaru dan macam berkait dari episod yang lepas-lepas, yang mana hamba selalunya akan malas nak recall. 

Oleh kerana itu, episod itu akan terbiar sepi dan bolehla hamba menumpukan kepada solat maghrib dan dinner di awal waktu (zaman jahiliah- X Files dulu ditayangkan kul 7-8 malam,ngee).

Walaubagaimanapon, bagaikan terimbas semula kisah tengok X Files dulu bila dimaklumkan oleh Aimi bahawa UFO dijumpai di Jepun. Hah, siri X Files bakal berkumandang lagi. Lalu hamba pon mencari beritanya dan terjumpa artikel ini.

Hmm, banyak penjelasan yang boleh dibuat mengenai kematian ikan-ikan itu. Sudah sampai ajal antaranya..

Pencemaran air laut oleh oil spill? or even algae blooming can harm ikan -ikan tersebut juga. Kalo dari sudut ekosistem nak dihuraikan di sini, can be a whole lot of a lecture today! Whatever it is, kalo benar ada gulanyamana bukti hampas tebunya? Kalo benar sudah tidak bernyawa di mana jasad atau bangkainya? Di mana kuburnya? (okeh, nak cepat, and im pretty sure such nuisance of reading this, but again, who cares? hee)

Well, do not easily jump into conclusion. Aliens and bla bla bla. More studies shud be done, aye? chiow people, till then assalamualaikum ('',)



Monday, January 21, 2013

Ikan Bawal paling banyak Masalah???



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Malaysia gempar seketika, walau tanpa gempa bumi. Digegarkan dengan lebih hangat oleh isu Listen, Listen, Listen!!


Tidak semua orang mempunyai keupayaan mendengar dengan baik. Agaknya kerana itulah si Presiden-Suara-Wanita-yang-dikagumi-dan-dihormati-ramai asyik mengulang perkataan 3L itu. Well...
 
Hmm, dan tidak semua juga tau, apakah isu 3L itu sebenarnya. Status di fb berbaur emosi, menyukarkan mereka yang tidak tahu, tambahan pula bagi mereka yang tidak meminati untuk melihat rakaman 3L itu.
 
Hamba sendiri menunjukkan minat dan terus menonton sehingga minit-minit lembu, anjing, kucing, ikan jerung etc. Yang menyukarkan hamba mengikutinya. Dan terpacul keluar dari bibir, "erk, apa ni?!"
 
Hamba melihat perdebatan antara seorang mahasiswa yang amatur dalam perdebatan, dengan seorang yang boleh dikatakan figura awam yang harusnya dikategorikan pandai berdebat. Manakan tidak, kerana Malaysia memfigurakan orang sepertinya yang pandai membawa mulut.

Sayang seribu kali sayang, dari rakaman video itu, pihak figura awam seakan-akan berlagak sebagai pihak pembangkang dari tadika di sebuah taman perumahan. Malahan jika itu sebuah pertandingan, beliau pasti kalah kerana telah lari dari topik. Tajuk dan pokok perbincangan bukan "Alam Binatang: Binatang Gembira Tanpa Masalah".
 
Tetapi berpangkalkan masalah mahasiswa itu sendiri, yang hamba sangat pasti adalah manusia yang hidup di alam realiti. Kalau sekadar diam membisu, lebih baik jadi kura-kura. Membisu sedang diberi akal untuk berfikir dan mulut untuk bicara, bukankah itu kufur nikmat namanya??




Apa-apapon, sebagai penuntut perikanan, otak dirangsang dengan permasalahan yang dicetus  oleh saudara Matlutfi, bahawa ikan yang paling bermasalah ialah = ikan bawal.. Nak tahu kenapa? Selamat menonton.
 
*nota kaki: 3L tu refers to Listen, Listen, Listen. Panjang sangat, malas hamba nak menulihnya. Hee.

Saturday, January 19, 2013

Harum vs Duri


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
 
 
Dalam hidup ini, ada beberapa fenomena, yang kita jangka, dan tidak jangka.
 
Dalam perjalanan di dunia fana ini juga, ada teman-teman yang bisa menjadi duri, tetapi ada juga yang menggembirakan kita dengan kelopaknya yang lembut, dan menenangkan kita dengan baunya yang harum.
 




Tetapi tuan hamba, kawan itu ibarat bunga ros. Warnanya boleh jadi terang. Merah menyala. Atau merah gelap. Atau kuning, merah jambu, yang lembut. Pastel atau tidak, warnaya tetap menarik. Membuat kita terpanggil untuk mendekatinya.
 
Setelah mendekat, kita elus kelopak mulusnya dengan jari. Permulaan perkenalan memang begitu. Lembut. Tenang. Bibit senyum di bibir. Bait-bait kata bertingkah dalam satu suasana yang mendamaikan. Yang jauh dari tekanan.
 
Kelopak ros tidak terhenti di hujung jari. Hujung hidung yang kecil mencecah. Nafas dihela, menangkap baunya. Walau serendah mana akan dicuba jua untuk mencapai bau sekuntum ros yang wangi. Seperti kawan, ingin jua dikorek sedalam mana dia ini seorang "siapa".
 
Sentuh sudah. Hidu sudah. Hati tidak terhenti. Rasa sayang. Ingin memiliki. Lalu cuba dipetik. Jika direngus kasar, duri nya tersangkut mencalar jari. Jika berhati-hati, ditarik perlahan, dirapatkan ke dada yang merongga hati, digetus perlahan, maka sekuntum ros idaman menjadi hak milik.
 
Namun, kelopak itu pasti akan layu setelah dipisahkan dari fungsi xilem dan floem nya.
 
Bau itu pasti kan hilang bila kelopak sudah putus asa untuk meneruskan hidup.
 
Dan setelah satu ruang waktu, yang teguh bersama kita adalah duri-duri yang pasti mengguris jari -dan - hati.
 
Tika itu, kita akan terfikir, kenapalah dulu ku petik dia dari pokoknya. Kenapa dulu tidak ku biarkan dia menjalani hidup sendiri. Supaya kekadang bila ku melawat dia,  dia bisa kekal menenangkan seperti selalu. Sehingga ajal memisahkan kami.
 
Begitu juga kawan. Kawan bukan hak milik. Kita - dan - kawan - kita adalah milik ALLAH. Total.

(well, cer-sebenarnya nak pesan pd diri tak payah la berharap ade kawan yang pulang dari jauh melawat tuan hamba, sebab kawan tuan hamba tu lebih berkepentingan ber-temu dengan orang2 yang mempunyai kepentingan kepada-nya. Setakat tuan hamba, dia pesan suruh amik surat jek, hah. Sungguh la..)

 
 “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Sekian, maaf kepada kawan yang terasa. Heee



Sunday, January 13, 2013

Warkah untuk Adik


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Syukur pada ALLAH, that our youngest brother, Ahmad Aiman dapat 9As dalam peperiksaan PMR yang lalu.
 
Oleh kerana hamba merupakan kakak yang kadang-kadang kedekut, maka hamba pon tiadalah hadiah yang istimewa sangat buat beliau.
 
I just wrote a card. Dan sedikit saguhati lah sangat. Harapnya Aiman tak muntah bila beliau baca nanti. Ngee

 
 

Sunday, January 6, 2013

Pantai Terengganu




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hari ini diramalkan ribut tropika akan melanda Terengganu. Doakan kami di sini selamat dan tidak apa-apa. Again, ini kan cuma ramalan manusia. Semoga ALLAH memelihara kita semua daripada perkara buruk dan tidak diingini. Ameen.

Pantai Terengganu baru-baru ini memang bagai sudah koma. Di Pantai Tok Jembal UMT terutamanya, sudah menjadi ibarat gugur jiwa. Hakisan berleluasa. Sampah tak usah cerita. Batu-batu besar berbongkah-bongkah buat menahan hakisan.




Fenomena alam semulajadi.. Benar. Tapi manusia perlu waspada. Bukankah manusia dijadikan pemimpin makhluk ALLAH di bumi. Menerajui kehidupan. Sehingga iblis pon jeles dengan penciptaan manusia. Firman ALLAH;



“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).


Justeru, bersyukurlah, berwaspadalah dan ambillah tanggungjawab ini dengan amanah.

Selingan: sebelum pantai Terengganu ini lebih apa-apa lagi, kami sempat bergambar di pantai sekitar Chalet Anees hujung minggu yang lalu. Moga kekal menjadi kenangan manis.