Wednesday, April 1, 2015
Fesyen Mesyen
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Hamba terlihat kepingan gambar lewat emel-emel yang bertambun. Terpandang kelibat seorang manusia yang agak penting- kerana jika tidak penting maka tiadalah dia dalam selitan gambar yang dikhabarkan itu-yang hamba ketemu sudah 2 kali. Uniknya, setiap kali pertemuan – rasanya- termasuk kelibat dalam gambar memaparkan beliau memakai satu set sut (erk sut la kot org panggil-seluar plus kot) yang berwarna pastel.
Arghh adakah hamba yang kuno?
Kerana begitu sukar rasanya hati ini untuk menelan warna itu pada seorang lelaki asing waris Shah Rukh Khan? Yang beralamat ke arah Sri Lanka itu (ke?)
Okay, tapi no doubt la kan dia seorang yang hebat. Kalau hamba kutuk warna baju dia 4 bakul pon xde gunanya. Bukannya dapat elakkan pembelian dengan GST pon!
Fesyen kan subjektif @*@ yawn
p/s: Terlewat sehari, tapi nak jugak wish selamat menyambut hari GST seMalaysia! Gulp3!
Labels:
RenCah HiDup
Thursday, March 5, 2015
Orang Baru Entri Baru
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Uit lamo bebenau tak menghapdet. Tengok tajuk entri sebelum ni pun cemuih ye.
![]() |
| Ibu-Muna-Abi dan botol air nya
|
Okeh ni gambo kami ngan baby baru. Kaklong masa ni gi window shopping ngan tokma nye di Danok, Thailand. Kami saje melangkah lebih skit bawak ma n adik bongsu jenjalan masa ma hamba datang ke Kedah menjaga hamba pasca pantang baru-baru ini.
Setakat ini dulu di entri ini...
Dolu-dolu la la la la la la la
Labels:
diaRi
Saturday, November 15, 2014
Pengalaman Mengandung Anak Pertama & Kedua I
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Kabare sume? Semoga berbahagia selalu hendaknya.
Sawang-sawang ini hamba akan lap perlahan-lahan. Ambil masa 2-3 bulan barangkali. Bagi mengisi cuti yang entahlah jika bisa dikira cuti.
Cer yang pertama - untuk entri kali ini- kelahiran putri kedua (ya sudah 2!) Alhamdulillah.
Nak citer pengalaman je - kot ada yang rasa nak gunapakai untuk kegunaan peribadi. Nak guna boleh, takmau pon takpe. Heheh
Cernye pasal pengalaman mengandung kot. Memang berbeza! Sampaikan agak konfiden juga puteri kali ini adalah putera, mungkin besar sangat beza pengalaman mengandungkan depa.
Mengandung sulung - sulunglah katakan- manakan biasa dan reti dengan resam orang mengandung, ye dak? Asam tu kira cam peberet la masa tu. Tapi normalnya di luar tempoh hamil - hamba bukanlah penggemar asam sangat, jadi kalo jumpa mangga muda cecah kuah rojak kacang tu takdelah kempunan sangat, Tapi masa mengandungkan Maryam dulu, mangga muda cecah cuka memang layan, tapi mengandung seken ni tak terasa nak makan asam langsung. Hasilnya, alhamdulillah 2-2 pon pompuan, hehehe.
Tu citer asam..pasal alahan pula, alhamdulillah kedua-dua pengalaman mengandung hamba tidaklah alahan mana, Yang kedua kali ni langsung tiada rasa alahan. tidaklah letih melampau macam mengandung Maryam dulu, natijahnya asyik berdengkur di bawah meja. Sakit-sakit pinggang, rasa tak sedap tekak sikit2, rasa cam senggugut skit2, oh itu pengalaman pertama. Kali kedua mengandung- boleh kata- hampir tak perasan - oh saya dah mengandung semula rupanya! Maklumlah baru lepas bersalin sulung... Hehehe ajeki.. Alhamdulillah!
Citer pasal emosi plak. Haiii yang ni peberet ramai orang yang tunggu nak hentam aii ni, hahaha. Hamba akui hamba ni jenis manusia yang beremosi, kadang-kadang terlalu mengikut emosi.. Teringat ada kawan pernah berkata, "kau kalau marahkan nyamuk, jangan dibakar kelambu!". Perghhh sungguh berbunga ayat itu namun terasa durinya mencucuk dengan signifikan. Bukanlah membuat emosi membuak2 kemarahan tetapi ia membaurkan emosi dengan sendu keinsafan (lah sangat!). Tapi kan, masa mengandung seken taim ni, my husband kata emosi hamba tidaklah seganas tsunami menyerang Acheh (as 1st time pregnant dlu).. dan boleh dikira tak emosi sangat la kot (kembang kempis idung hamba).. tapi xtaula kot itu cuma ayat pelali atau penenang bagi mengurangkan emosi yang dikesan sebagai berkecamuk!
Tapi kalau bab emosi dan suara, rasanya ada peningkatan di mana tiap kali masuk mengajar, tone suara memang akan ikut emosi.. especially kalau ada yang menyakitkan hati dengan tidak mengikut arahan dsb nya la kan. Kesian depa... Sebab tu bila dengar suara baby baru yang memang membelah kesunyian malam, teringat plak dengan kekurangan keberjayaan mengawal suara dalam kelas. Serves me right! huhu
Apa lagi? Owh yes.. disebabkan anak sulung masih kecik... kekurangan masa la kot diluangkan untuk baby yang kat dalam masa mengandungkan dia dulu. Dulu masa tengah drive balik keje pon boleh sembang-sembang ngan baby (yang sulung).. Tapi yang 2nd ni tengah drive balik keje tu lah kalut nak balik takut Maryam nangis ke apa ke... kalut duk pikir nak pegi beli lauk lagi.. plus tahun ni jugakla dapat amanah yang agak berat dan selalu terpaksa setelkan kerja betul-betul bila nak thumbs out kan :(. That is why family planning tu agak penting (da sedar da) bukan nak melimitkan ummat tapi nak meng kualitikan ummat (hanya dengan izin ALLAH). So, harapnya dengan sedikit masa yang diluangkan untuk 2nd baby masa mengandung tu dapat ditebus dengan didikan dan curahan kasih sayang yang adil dan saksama dengan kakaknya nanti. Ameen.
Ok, panjang2 ni kut ada yang skip baca plak. Mana bleh skip, eja satu-satu lah. Haha. Sehingga bersambung lagi pengalaman ini (jika ada) di next entry, insha Allah...
btw: today is my birthday (~;^) Terima kasih ma yang telah berjuang dengan hidup dan mati untuk melahirkan. Now that I have 2 kids on my own ~ dan Ma ada 8 anak yang telah dilahirkan!!! Bagaimana Ma mampu mengharungi 8 kali detik kematian itu?? (bertanya diri sendiri sambil memandang Ma yang sedang memangku kepala dengan 2 lengan berkedut - lengan yang telah membesarkan kami - di atas sofa sambil diulit mimpi di sebelah cucu terbarunya).. Terima kasih, Ma!
Monday, September 1, 2014
Maryam's Day Out
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Maryam is having fun at SP (I hope!)! With her nanny.. leaving ibu alone, watching "say yes to the dress"... Rindu Maryam. And abi, stil bz at work! Sepatotnya ibu byk kerjo, tapi memandangkan tis is 1st time Maryam went out to somewhere yg agak jauh.. membuat ibu tak senang duduk.. huuu. Tp sempat pulak hapdet skit, kenalkan my Maryam ♥♡♥
Labels:
diaRi
Sunday, August 31, 2014
Entri Sempena Hari Merdeka Ke 57!
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
| since ini guna lappy abi Maryam maka hidangan gambonye pon terhadlah~ almaklumlah~ nak cari gmbar lain xdan, Maryam da gerak2 nih~ ciauuu kawan2! |
Dah macam sarang Tarantula dah blog ni.. bersawang sana sini. Takdan woo, I am now a dedicated worker (lah sangat!), a wife (TO MY HUSBAND AND OUR HOUSE ~ my special definition of a housewife), a mother and a becoming mother (since tempoh menunggu newcomer ni memang macam2 dugaannya, ngee).
So now, menarik nafas lega, kedengaran Maryam, anak sulung hamba pun menarik nafas panjang dalam lenanya. Fuhhh Maryam memang aktif dan susah lena.. once dia lena, biasanya dengan ibu sekali lena.. tapi malam ni got something to do lah.. since abi Maryam went out main badminton so inilah waktunya ibu Maryam menikmati secebis waktu bersendiri dengan menghapdet blog antik ini!
Secangkir kopi O pon sodap nih! Tapi once ke dapur rasenye mesti nak basuh kuali dulu... lap meja dulu... masukkan kain kotor dalam mesin dulu.. ceh macam rajin sangat la plak kan! keh3. Itu hakikat kot. Kadang2 bersawang kain dalam mesin basuh, tapi takpe, niat tu penting kan?
Lame sangat tak hapdet , rasenye xpasti nak hapdet ape dah..
Tapi yang pasti, memang rindu nak hapdet blog ni.. Nak sertakan memori2 lama untuk ulang tayang pengubat rindu hati ini.. Nak hapdet berita terkini kerana memang tak sempat langsung nak catch up dengan dunia lar espesli kawan2 lama yang ditinggalkan. For those yang sedang membaca, (yang mana hamba tau memeng tak ramai dan terdiri dari segelintir manusia cuma), ketahuilah! Hamba amat merindui kalian. Tidak hamba sesalkan kehidupan masa kini, malah inilah yang terbaik! Cuma kenangan lalu tetap mengusik jiwa, menjadikan kita lebih menghargai setiap detik baru ini kerana takut akan kehilangannya...
Labels:
diaRi
Thursday, September 19, 2013
S.G.S.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Semangat. Gembira. Seronok.
S.G.S.
Itu pesan hamba pada anak-anak murid yang meng- iramakan bicara untuk persembahan sabtu ini.
Lenggoknya tertakluk pada 3 nilai tersebut.
Pronounciation sukar dibentuk dalam masa terdekat, di saat-saat akhir. Jadi untuk choral speaking itu nanti, mereka haruslah "Semangat! Gembira! Seronok!"
Seronok! Hamba suruh mereka senyum hingga telinga.
Semangat! Hamba suruh depa pusing tune ke volume yang paling kuat!
Gembira! Jangan rasa terpaksa!
Hope they can nail it tis coming Saturday!
Fuhhh
Labels:
diaRi
Wednesday, September 11, 2013
Mereka-yang-di-Rindui
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Hamba rindu bulatan bulat bujur atau kekadang bersegi itu. Bulatan yang dianggotai lebih kurang 10 manusia dewasa. Terkadang termasuk kanak-kanak 3 orang yang lincah berlari ke sana ke mari. Sehingga tertarik ke belakang tudung ibunda-nya yang sedia berbadan cilik.
Di tengah bulatan itu, kadang-kadang ada tilam kecil yang dihamparkan. Dan ada manusia berwarna pink, biru atau ungu yang tergolek di atasnya. Mereka menguap. Menangis. Ketawa. Tersenyum. Paling-paling mereka memandang dengan mata bundar berkaca dan bercahaya ke arah mana-mana ibu yang sedang berkata-kata. Mereka menjadi bahan tontonan. Ubat di kala nguapan kami- nganga bagaikan singa.
Di hujung bulatan itu, biasanya menyandar kelelahan di dinding. Atau menyandar di kerusi empuk. Duduknya seorang yang amat dirindui. Amat dihormati. Yang sukar dicari ganti. Seorang ustazah. Seorang ibu. Ibu kami. Kecintaan kami. Orangnya masih muda. Masih kakak-kakak buat kami yang bersila lentik di depannya. Yang memandang di balik kaca mata yang kelabu disimbah neon yang kurang terang di rumah sudi memberi tumpang.
Rindu betol mendengar setiap orang-orang ini bergilir mengalunkan ayat ALLAH. Bergetar rasa jiwa bila mendengar tafsirannya dibaca dan diamati bersama. Rindu benar hendak mendengar kami-kami ini yang sering malu-malu untuk meluah pendapat dan bicara. Kerana kurangnya ilmu di dada.
Walaupon selalu lemas dengan mesyuarat yang tidak berpenghujung, sekali-sekala rindu pula untuk hanyut dan lemas dalam suasana itu. Saat kebosanan menyerang dan kaki tak sabar untuk dilunjurkan. patah lagi rindu laksa terhidang yang dinikmati beramai-ramai. Bihun goreng itu. Kuih muih itu. Rindu.
Sungguh rindu mereka itu. Tak ramai yang tahu. Tapi cukuplah sekadar mengatakan hati ini sungguh merindui. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dicari ganti.
Labels:
diaRi
Bicara Berlenggok
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Puaslah sudah hamba menggodek contoh bicara berirama di youtube. Tapi ternyata tiada satu yang terasa mencuit di hati. Susah juga untuk mengendalikan kumpulan "choral speaking".
Banyak betol bahasa badan yang perlu dilibatkan. Malah sesetengah kumpulan cuma berbicara dengan kepala. Erk!
Wish us all the best, people!
'Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan'
Labels:
pEristiWa
Sunday, September 8, 2013
K.A.M.I.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Buat tuan hamba yang tertanya-tanya, apa khabar-nya kami...
Kami hidup seperti manusia lain. Sebab kami pon berasal dari bumi. Hehe
Kami berpindah randah dari Changlun ke Jitra. Bukan sebab kami orang nomad, bukan juga badwi malah kami juga bukan gipsi. Tetapi belahan hati punya rencana untuk mengurang-kan letih sang isteri. How sweet! Erk ;)
Kami macam manusia lain juga. Macam pasangan suami isteri lain juga. Kami punyalah banyak kontra-nya. Hamba kaki rumah. Suka bertempek di sofa empuk sambil membelai bulu karpet beralaskan bantal peluk. En. Suami hamba seorang yang peramah. Suka berkenalan dengan makhluk sekeliling. Malah suka me'nyervey' barang2 di pasar juga.
2 badan berbeza. 2 jiwa yang besar bedanya. Kesian dia ;P
Tapi kami meniti titi perbezaan itu dengan gembira. Alhamdulillah. Kami gila-gila. Sering buat lawak di rumah. Walaupon ada yang terasa (disebabkan hormon ibu mengandung) namun segalanya diatasi dengan jaya. ALLAH sentiasa merancang yang terbaik untuk setiap dari kita...
| Erk!!!! |
Labels:
3K- Kisah Kawen Kami,
diaRi
Subscribe to:
Posts (Atom)





