Tuesday, April 13, 2010

Penunggu Sungai Dunedin

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian
Pertama sekali, hamba minta maaf. Bukan kerana sebab sudah lama hamba tidak menulis. Tetapi kerana tajuk di atas telah membuat beberapa daripada tuan hamba memalingkan wajah.


Hamba mohon maaf sekali lagi, hamba tidak berniat untuk menyebarkan fahaman khurafat pada sidang pembaca sekalian. Hamba juga tidak memiliki walau sesen saham pun dengan pihak penerbit yang telah menerbitkan Puaka Niyang Rapik di TV3. Hamba cuma ingin berkongsi, dan ingin mendapat pendapat kalian, oleh kerana itu, tahan nafas dulu, dan sile habiskan pembacaan ye, hee


Ceritanya bermula begini. Pada suatu hari tidak beberapa lama dulu...seperti biasa hamba menunaikan tanggungjawab hamba kepada alam sekitar , dan menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Senario kejadian: di sepanjang sungai sekitar Malvern Street, Dunedin, New Zealand.


Di bahu kanan hamba tersangkut beg meter pengukur arus, manakala tangan kiri terselit sebuah recorder yang hamba guna untuk merekod setiap bacaan kualiti air, arus dan sebarang pemerhatian kasar, yang mana hamba tak upaya nak menulis satu2, disebabkan hamba takut kertas basah maka rosaklah sebarang data penting yang hamba nak rekod.


Tambahan pula, alhamdulillah 2 tangan hamba sudah dipenuhi kiri dan kanan dan kaki pula terbungkus dalam but getah separa lutut, telah tidak memungkinkan penggunaannya dalam keadaan terdesak (hamba pun tak tahu mcmna methodologi penggunaan kaki dalam menguruskan peralatan penyelidikan).


Dengan peralatan2 kecintaan hamba itu, maka hamba menapak perlahan ke tengah sungai. Deru angin menyapa. Sejuk dan dingin mule menerjah kulit. Hamba un-endah-kan sahaja kedinginan itu. Percikan air dari but mula memercik ke muka. Dari batu2 yang berlumut dan separas buku lali, hamba menapak lagi, lebih dalam dan lebih dalam. Hingga ke level terakhir yang paling selamat. Tanpa hamba sedari, hamba sudah di tengah sungai (yang tak dalam pun). Hamba berpusing ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Hanya bunyi cengkerik menghias suasana.


Dengan lafaz bismillah, butang 'on' Flowmate hamba tekan. Begitu juga dengan recorder. Hamba menundukkan wajah, mata hamba bertentang dengan skrin Flomate yang bekerja keras menilai arus. Tiba-tiba....


Hamba terdengar suara orang bercakap2. Hamba toleh kiri dan kanan. Pandangan hamba yang berkaca mata insyaALLAH boleh mencapai dengan jelas sehingga lebih kurang jarak 10-15 meter ke persekitaran. Akan tetapi, hamba tetap tak dapat melihat kelibat sesiapa. Dalam pengamatan telinga hamba, suara yang hamba dengar itu ialah suara manusia.


Jantung hamba berdetik laju. Teringat kisah karut yang di-ceritakan teman sedarjah zaman kecik2, puteri bunian mandi di celah2 batu di sungai. Sementelah, memang banyak batu pun kat sungai ni. Hamba menoleh pada GPS di tangan kanan, jam menunjukkan waktu lunch. Bukan waktu lunch untuk mana2 puteri Bunian, tapi untuk memberi gambaran pada tuan hamba, ketika itu adalah waktu panas terik. Matahari tegak di kepala.


Hamba abaikan, agaknya sekadar perasaan hamba kot. Deru air semakin deras, namun ia tetap tidak dapat mematahkan suara yang bercakap2 tadi. Walaupun bunyi suara itu seperti berbisik- malu, namun ia semakin tajam dan jelas di pendengaran.


Hamba tarik nafas tajam. Flowmate hamba matikan. Kaki hamba, hamba terus pacak teguh ke dalam sungai. Hamba tidak merancang untuk berlari kemana2. Pada pikiran hamba, andai hamba berlari sekalipun, barangkali tidak kan cukup sungai untuk hamba berlari. Hamba akan hadapi. Inilah peluangnya!


Anak mata hamba semakin mengecil. Telinga hamba menapis bunyi deru air dan angin agar tidak menganggu suara tadi. Hamba amati dalam2 suara itu. Bahasa yang diatur ialah bahasa melayu. Sah! Sah kata2 orang bahawa pontianak tidak berasal dari New Zealand. Tetapi berasal dari Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.


Hamba pejam mata, ingin mendengar selanjutnye. Ingin mendengar terus butir bicara-nya. Tiba2 hamba dengar nombor-nombor dibaca. Bukan nombor loteri kot. Antaranya adalah kedudukan GPS dan bacaan arus. Kening hamba berkerut dengan sendiri, hmm ade juga makhluk yang berminat dengan research hamba ye.


Tiba2!


Hamba celik semula mata hamba, hamba sangat familiar dengan bacaan2 nombor itu. Itu adalah suara hamba sendiri yang hamba rekodkan di voice recorder. Rupa2nya, instead of tekan butang record, hamba dah tertekan butang play, itu yang ter-play suara hamba yang hamba rekod sebelumnya.


Hamba menarik nafas lega, patutla suara itu bercampur2 melayu dengan manggeris, hehehe. Hamba cuma mengakhiri dengan tersenyum simpul di tengah sungai.
Kadang2 manusia terlalu suka ber-ilusikan? Semoga hamba dijauhkan dari ilusi2 seperti itu, ameen.

"Apabila manusia merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t, akan bebaslah akalnya daripada khurafat dan ilusi-ilusi yang batil, bebaslah jiwanya daripada kehinaan, kerendahan, dan ketidakmampuan, dan bebaslah kehidupannya daripada jelmaan-jelamaan Fir’aun, jelmaan-jelmaan Namrud, dan lain-lain jelmaan yang mengaku tuhan yang memperbudakkan sesama manusia."- Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 147, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada orang yang memilikinya sebab jiwanya dipenuhi rasa optimism, percaya, tawakal, redha terhadap qadha Allah, sabar atas ujiannya, dan tidak membutuhkan makhluk.” - Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 153, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Syirik merupakan sarang khurafat dan kebatilan, sebab orang yang mempercayai adanya sumber pengaruh lain pada alam semester, selain Allah, berupa benda-benda angkasa, jin, memedi, ruh, dan sebagainya, akalnya menjadi siap untuk menerima segala khurafat dan membenarkan segala bentuk kebohongan” - Dr.Yusuf Al-Qardhawi, (ms. 161, Buku Hakikat Tauhid dan Fenomena Kemusyrikan)*

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu agar kami tidak menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami mengetahuinya, dan mohon ampunan daripadaMu daripada yang kami tidak ketahui”.*

*many thanks to ; abdualjabbar.blogspot.com