Monday, February 1, 2010

Piknik Gergasi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,






Comellnyer anak dara Hafiz dan Diana yang sedang memasak rumput untuk piknik gergasi kami. Geram sungguh!
Oh ye, sesudah berhempas pulas mencari rezeki ceri, kami berpusu ke Pinders Pond (erk, betul ke eja ni) untuk piknik dan mandi manda bagi kanak2. Sesungguhnya mase summer ni lah nak mencecah kulit ke air kolam kah, tasek-kah, atau pantaikah. Kalo bukan summer alamatnye kulit pun beku-lah.





Jadi setelah selamat tiba di destinasi piknik, maka kelihatanlah kiwi-kiwi manusia beserta sedara mare sedang sunbathing di tepi kolam. Akan tetapi, tidaklah rakyat jelata Malaysia ini ter-liur untuk mengikut jejak. Melainkan berpusu pula rakyat jelata mencari teduhan sebuah pohon yang besar di tepi kolam.
Arakian, di bawah pohon yang besar itu, ter-port lah segala periuk2 nasi, mihun dan lauk pauk, berserta dengan tikar sekali. Namun bukanlah tikar itu ajaib, kerana ianya tidak terbang. Tidak pula lauk pauk itu hadiah puteri buluh betung, melainkan kurniaan ALLAH kepada hamba rakyat jelata semuanya...



Maka berpusulah kami menikmati rezeki kurniaan ALLAH itu, kemudiannya berzohor di c2, menutup mata dengan kelip2 mengantuk juge di c2, kerna menunggu muda-mudi belia remaja melepas gian bermandi-manda di kolam yang indah dan jernih itu. Summer yang panas menambah perang warna kulit yang sedia 'sawo'. Akan tetapi tidak mengapa, kerana syahdunya angin sudah cukup menenteramkan sebuah perasaan.
Terima kasih ya ALLAH, dan terima kasih sahabat2, abang2 dan kakak2 atas piknik gergasi postgrad yang bermakna ini.

(lagi kredit untuk gambr2 oleh sdri Raseetha Vani dan buat semua model yang terlibat dalam pembikinan entri kali ini ;P)

They're my Cherry Pie ^_^

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tetiba hamba merase tak sesuwai plak entri Foolish Love di bawah. Jadi tuan hamba jangan merase kontroversi ye. Tidaklah hamba tujukan ayat2 itu utk yang haram menerima nya, melainkan sebuah kasih tulus buat bakal2 ibu se-dunia (ececeh kumpul klu nampak!)


Kembali pada kisah hidup hamba semenjak dua menjak ini, cukup meriah dan menggumbirakan jugak la sebenarnye. Setiap minggu ade saje aktiviti kitorang ke sini dan sana. Alhamdulillah, maka tenggelam jugakla duka hamba. Tapi bila aktiviti dah surut, kadang2 duka timbul balik, macam arus plak.



Aktiviti yang hamba lupa nak hapdet ialah aktiviti g kutip ceri di FairView, Roxburgh. Konvoi 9 kete la jugak lebih kurang. Al-kesahnye ceri2 di cni memang wallah. Comel dan sedap. Harganya kalo di farm memang lah murah sket, 6 dolar per kg. Kate kutip sdri kan! At least ade pengalaman kutip ceri, hehe.
Kutip punye kutip last2 pengutip ceri single tertinggal di belakang, haru sekejap, akan tetapi kami kan masih belum ade komitmen lagi cergas dan gagah (Alhamdulillah), jadi kami berjaya mengejar dengan pantas, sempat makan aiskrim buah lagi, nyum2
Aktiviti seterusnya? Yang tuan hamba bace di entri2 sebelum ini, insyaALLAH, hehe
(Kredit utk gambar2 from FB Noor Rawaida, Raseetha dan DLynn Azmi)
(Kredit juga untuk model2 ibu: Diana, Kak Eziey, dan model2 bakal ibu pada mase depan: Saleha, Khairun Nadwa, Suraya Hani, Noor Rawaida dan Raseetha)
(Kredit utk BL abe sepu yang mantap ekonnya, caya`lah)

Foolish Love

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba bukan pemalas untuk melontar kata di hamparan coklat ini...


Hamba bukan tidak rindu untuk menghibur dan menasehati...


Hamba bukan segan untuk berkongsi rasa...


Akan tetapi ada sesuatu yang tidak dapat hamba luahkan. Hamba khuatir andai hamba menulis, perasaan hamba terpancar. Kekadang hati hamba cepat sahaja bekerja sama dengan tangan untuk melontar buah bicara.


Hamba tidak mahu ada yang terluka.


Payah benar membela hati dari tersentuh dan tersentuh lagi. Payah benar mengukir senyum di saat hati berkecamuk. Payah benar memadam memori luka bila memori bertukar menjadi peristiwa semasa. Payah benar mengatur indah bicara, bila hati sedang ditoreh nipis- nipis. Setiap kali dan setiap kali.


Nipis tetapi dalam. Sangat dalam!


Semoga ALLAH terus beri kekuatan. Ya ALLAH, hamba takut hamba tidak mampu lagi ya ALLAH..


"dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.."


"Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan, maka tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehinggakan orang yang antara kamu dan dia ada permusuhan, seolah2 telah menjadi teman yang setia.."~Fussilat 34

Monday, January 18, 2010

Guru Bahasa

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tajuk yang menyengat bagi sesetengah orang. Maaf. Al-kesahnye begini. Pagi tadi mase hamba mula bertolak balik dr tempat keje, tetiba supervisor di tempat keje hamba pun panggil la.


Hamba ingatkan ape, rupa2nye dia suh bace satu perkataan yang ditulis dalam bahasa arab.
Memandangkan pakcik ini seorang atheis sebelum ini, hamba mula merase berbunga. Pada pikiran awal hamba, owh pakcik ni nak belajar bahasa arab kot. Agaknya hati-nya sudah terbuka. Maka hamba pun bacakanlah dalam bahasa arab dan terjemahkan ke bahasa inggeris. Alah satu perkataan biasa je pun. Dia pun senyum.


Dia tanya lagi perkataan demi perkataan, sampai satu perkataan ~ al-habib!
Hamba rase maksudnye beloved la kot. Dia pun senyum. Pastu dia kata, a ah dia dah googlekan. Memang itu maksud dia. Hmmh!


Kali ni hamba tak berbunga. Usahkan berbunga, berputik pun belum. Hamba pun tanya la, dia amik paper summer school bahasa arab ke? Dia jawab : Tak.


Pastu hamba tanya lagi, pastu kenape tetiba nak belajar bahasa arab dgn perkataan yang macam2 ini? Dia senyum.

Tuan hamba tahu sebabnya??


Sebabnye dia nak buat tatu dalam bahasa arab!



Haishh geram betul hati hamba! isk3. Terkejut hamba sampai tak terkata. Menyesal pun ade sebab dah ajar dia macam2 kan. Lalu hamba pun mula memancing pakcik ini dengan kata2 manis. Hamba kata, uishh buat tatu kan sakit! Dia jawab: Takla kalo buat kat tempat tertentu. Hmmh! Panas lagi hati hamba!


Hamba sambung lagi, tulisan cina atau jepun lawa gak ape! Dia senyum. Hamba langkah tangga ke-2. Ape kata wat dalam bahasa France ke. Sebabnye kalo dia buat dlm bahasa arab, kawan2 dia tak paham. Dia kan 'kiwi'. Lagipun tak melambangkan siapa dia sebenarnye.


Dia kata: Betul jugak. Oleh itu, kita nantikan keputusannya nanti, dalam bentuk apekah tatu- nye. Walaubagaimanapun hamba dah 100% confident dia dengar cakap ni. Hehe, inshaALLAH.
Dan kepada tuan hamba yang merase nak bertatu jugak, ini ada pesanan khas dan istimewa buat tuan hamba ;)


“Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu.” (Hadits riwayat Muslim)

Hukum Bertatu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Ini artikel yang telah larut dalam kopi cap gajah hamba. Setelah itu, artikel berkenaan hamba jemur dan bila sudah kering berkeping2, hamba jadikan pasta yang dibakar bersama terung dalam oven.


Khas buat pencinta seni, artistik, bombastik etc. Istimewa buat tuan hamba yang ingin mengabadikan sebuah kisah cinta di kulit mulus tuan hamba.


Sebuah pengabadian ~ sebelum larut dalam intestine cacing yang berdiam di dalam tanah!






Sebuah kisah dan ID yang berwarna warni-tanpa perlu beratur panjang untuk sesi fotografi ID card ~ Tatu. Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna.


Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.

Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.





Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan orang yang bertatu.



Kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.
(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.
(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan.




Antara kaedah bagi menghilangkan tatu tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Menggunakan laser yang boleh menghuraikan pewarna kepada partikel-partikel kecil yang boleh dicerna oleh kulit.

(ii) Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang mempunyai tatu.

(iii) Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke atas tatu bagi merosakkan kulit.Pada zaman ini, banyak perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak orang Islam umpamanya dengan menjadikan tatu itu sebagai perhiasan. Ditakuti ada belia remaja yang terpengaruh dengan gejala ini.


Apakah kesan mentatu itu terhadap ibadat-ibadat seperti bersuci,sembahyang dan sebagainya? Inilah persoalan yang patut diketahui.



Hukum Bertatu

Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala danRasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atasorang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatudan ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:َMaksudnya:


“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan- perempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.” (Hadits riwayat al-Bukhari)


Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa perempuan yang bertatu sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan RasulNya.


Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akanmenanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif (kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka.



Kredit dan setinggi2 penghargaan untuk nukilan asal, jazakumullah ; http://jomfaham.blogspot.com/

Tuesday, January 5, 2010

Deja Vu


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Semasa melangkah gagah kembali ke rumah petang semalam, tiba2 terlihat akan aksi summer di Dunedin di sepanjang jalan.


Maka bibir pantas melaser, walau sekadar menujukan pada telinga sendiri. Yang mana laseran itu, apakala didengar oleh para watak utama siri pameran waktu panas, akan memanaskan lagi darah mereka.


Akan tetapi, alhamdulillah bicara itu semestinya dalam bahasa melayu. Almaklumla bahasa inggeris sepoi2 geli2 telinga sahaja. Maka mereka tetap senyum walau terjeling akan bibir yang kumat kamit ini.


Maka hati terase puas, kerana mereka tidak memahami laseran hamba. Risau jugak hamba, kembalinya hamba ke tanah air nanti, takut plak melaser tak tentu pasal di jalanan.


Tetiba hamba terdetik plak pada seorang kenalan. Beberapa sebenarnye. Fikiran berantai semasa berjalan. Kesian plak kerana mempunyai perasaan tidak puas hati atas laserannya yang tidak tentu pasal pada satu mase dulu.


Bila difikir2 semula, tak semestinya beliau melaser kerana berniat buruk. Kemungkinan besar semasa melaser itu, beliau sedang merase deja vu, terase seperti sedang berada di Rose Garden di negara pengajiannya dulu. Merase orang kelilingnya seperti mat-mat dan minah-minah salleh yang pasti menganggap bahasa eksotik laseran nya sekadar pujian semata.


Barangkali beliau terlupa, atau terbiasa, maklum sebelum ini kalau melaser - orang tak faham, jadi di Malaysia pun terterus lah jugak perjuangan menembak laser kepada musuh tak rasmi beliau.


Pendapat hamba kepada tuan hamba yang pernah terkena tembakan itu, tak sepatutnya merase sedeh, malah sepatutnya berbangga kerana beliau telah menganggap tuan hamba kelihatan seperti mat-minah salleh. Bukan senang.. Itu laser tanda sayang kot. Lain orang ~ lain cara.


Dan pendapat hamba kepada tuan hamba yang telah merasakan deja vu seumpama itu, maaf kerana hamba berprasangka. Hamba faham perasaan tuan hamba sekarang. Hehe. Banyak sebab untuk dilaserkan. Cuma jangan terus guna laser kuasa tinggi. Nanti hati orang yang dilaser mati sebelum sempat sembuh, okay? Teruskan niat murni. Bekki cagho skit kalo perlu. Semoga ALLAH bersama kalian.


“Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)


Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia. (Abu Saif, 2008)


Sekalung penghargaan atas segala ilmu dan mutiara kata yang termuat dalam entri terbitan kali ini buat;

Abu Saif @ www.saifulislam.com.

Monday, January 4, 2010

Jenis Kaki Anda



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tahu-kah tuan hamba sekalian, bahawa kaki manusia boleh terbahagi kepada beberapa jenis? Cuba lihat kaki tuan hamba sendiri (sekiranya tuan hamba sedang berada di sekolah atau ofis, cukup sekadar memandang, tidak perlu mencabut kasut atau stokin, atas sebab2 kesihatan jiran tetangga). Ape pendapat tuan hamba? Jenis apekah kaki tuan hamba?


Kompius? Biar hamba share tentang jenis kaki hamba. Selain telah dikenalpasti sebagai kaki bangku sejak zaman tadika lagi, hamba juga kadang2 boleh diklasifikasikan sebagai kaki hendap! Tapi itu kadang2 saja, untuk tujuan positif, hendapan ilmu sahaja, dan bukan selalu!


Pernah kah tuan hamba tersilap hendap orang? Kalo ter’stalk’ dalam facebook @ frenster @ mana2 laman web social yang lain, hamba rase tak “ter” sangat la kan. Macam lebih baik guna perkataan sengaja kot dop? Heheh


Akan tetapi ter-hendap dalam blog2 (hendapan ilmu!). Kalo macam hamba, hamba biasanya memperuntukkan satu waktu untuk satu bahan bacaan secara tidak sengaja.Jadi blog sape2 pun, kalo pasal bende yang hamba berminat nak baca tu, hamba biasanya main redah je lah kan..


Kata kan la ade seorang kawan hamba tanya idea untuk gubahan hantaran (bukan menjadi bahan rujuk kerana pakar), lalu hamba akan menggoogle lah “hantaran”. Hamba mula aktif menggoogle tentang semua benda sejak hamba percaya memang ada antara sahabat hamba yang menggoogle nama hamba suatu masa dulu (kelakar okeh, jangan marah!)


Google punye google, kadang2 hamba termasuk ke blog orang yang hamba kenal. Tambah2 plak kalo rakan sekolah atau sekampung. Yang lebih mendebarkan lagi ialah bile keluar plak nama tempat yang sedang meng-hendap itu. Haishh kecut jugak la perut hamba. Seb baek la niat pertama adalah dengan tidak sengaja. Orang kata pandangan pertama itu ajeki!


Walaubagaimanapun hamba senang untuk terus menziarah, dan mengharapkan jugak tuan rumah yang telah menjadi mangsa hamba sudi menjengah kembali ke teratak buruk hamba ini. Hutang menghendap dibayar menghendap, erk!. Siyes hamba tak kisah tuan hamba nak jengah dari tingkap mana pun. Tak kira lah tingkap yang menghadap ke Indonesia ke, New Zealand ke, atau lebih2 lagi tingkap yang menghadap tanah tumpah darah hamba, Malaysia. Menghendap tak semestinya mengintip kan, sekadar bertanya khabar tanpa menggunakan lidah!


Semoga tali ukhuwwah tersambung kukuh, walau pernah hampir reput terendam arus waktu…


(adekah ayat2 di atas ayat nak menebus rase bersalah hamba, kerana telah “ter”-hendap’? Hmm, sudah barang sekali tidak! *smile)

Monday, December 21, 2009

Petua Mencuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Petua Mencuci Hati


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku bersih.’

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’ Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!)..

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



Kredit utk dinulislam.wordpress.com ~jzkk :)


“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Jom Cuci Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Jom Cuci Hati!

Hati yang berkeladak disebabkan dendam dan amarah. Kadang2 perlu dicuci. Seharian berperasaan marah pada orang boleh menyebabkan badan merase lemah, dan mata merase berat. Kesudahannya tidur sepanjang hari.

Astaghfirullah, semoga ALLAH mengampunkan dosa2 hamba. Bukan niat hamba untuk memarahi orang sesuka hati. Semoga kebencian hamba adalah kerana ALLAH.

Bile menemui atau mendapat tahu tentang 2 jenis manusia yang sama pada satu hari, membuat kan darah yang mendidih menjadi menggelegak. Sidang pembaca sekalian, jangan dicontohi sikap hamba ini. Sudah lama hamba tidak merase benci seperti ini. Benci nya hamba sehingga mengalir larva kebencian dari sepasang mata yang terpaksa menatap kepincangan manusia di depannya.

Mungkin juga mereka tidak bersalah. Mungkin perasaan hamba yang tidak tenteram dan ketidak stabilan yang membuat hamba 'exaggerate' akan suatu kesamaan sikap manusia yang barangkali biasa saja di pandangan mata orang lain.

Apakah yang membuat hamba begitu sedih?

Hamba sendiri kurang pasti..Cuma ingin hamba ingatkan kepada yang menerima tempias kemarahan hamba, hentikanlah kepincangan yang dilakukan. Hamba menegur kerana kasih, bukan kerana benci, walau sekarang mungkin debu2 kebencian wujud dek kedegilan dan noda yang berterusan. Sudah lama hamba cuba menegur dengan cara yang lain, sebelum kesannya terkena pada hamba yang setia mendengar! Sudah lama hamba cuba menegur dengan kelembutan, tapi kelembutan hamba dibiar berlalu ibarat sutera yang jatuh dari "hanger". Hamba cuba dengan cara sindiran, namun kesat sindiran itu pada hatinya ibarat kesat daun keladi yang disiram embun sahaja, dan kini hamba benar2 menegur terus dari hati, tapi sayang hati hamba begitu perit selepas melafazkannnya.

Jangan fikir hamba puas selepas melafazkan kata2 yang barangkali telah mengguris, maafkanlah...maafkan hamba! Kembalikanlah keteguhan hati pada yang SATU. Hamba juga akan cuba. Sepertimana peritnya perasaan ditegur dan dimarahi, begitu jugaklah peritnya hamba untuk menghadapi kesedihan orang2 yang telah menerima tempiasnya.

Letaklah diri tuan hamba di kasut hamba. Selamilah ape yang hamba rase dengan hati tuan hamba. Hamba sedar setiap patah kata hamba akan dipatahkan dengan hujah bernas, maaf kerana tidak menadah telinga untuk hujah itu. Selagi hati hamba merase tegas dengan apa yang hamba rasakan salah, selagi itu hamba terpaksa menolak hujah2 itu. Bukan niat hamba untuk menolak pujukan berbaur dalil merdu, tapi hamba pohon dengarla pula dalil kenapa hamba merasakan ia salah! Bukan niat hamba untuk menolak perintah agar jangan marah, tetapi kesabaran hamba sudah di kemuncaknya. Maaf!

Hamba barangkali bukanlah seorang yang berilmu tinggi untuk menasehati, barangkali bukan juga sang adil untuk menghukum, dan barangkali bukan si mulia yang layak menjadi juri. Hamba cume pinta sebuah pilihan pasti dan keteguhan yang tidak melukakan. Hamba juga pinta, usah diceritakan lagi noda2 yang tercipta, kerana semakin lama ia semakin mendap menjadi nanah di dalam hati hamba. Hamba tetap menghormati hamba ALLAH yang disanjung, yang sentiasa mengisi ilmu di dada, tapi jangan menngunakan ilmu tuan hamba untuk mengisi nanah di kerongkongan hamba. Jadikanlah kepintaran kata2 untuk menyentuh hati agar bangkit menuju ALLAH, bukan untuk melemahkan sebuah hati..

Terima kasih kerana sentiasa mendoakan hamba, same goes to you..


"Dan mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sunnguh besar kemurkaan ALLAH apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat." -As-Saff (3-4)