Saturday, January 15, 2011

Peramahnya Dia ..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Sekian lama berada di Malaysia, barangkali hamba telah mendidihkan darah kebanyakan orang kerana bersembunyi dalam selimut sekembalinya ke Malaysia, hehe.

Sebenarnya tidak ada langsung istilah menyembunyikan diri. Ke"diam"an itu disebabkan dengan adanya penyeri rumah, baby Damia yang ditinggalkan umi nye seketika waktu untuk dijaga oleh oma dan tok nya sementara mencari pengasuh yang sesuai. Semalam baby Damia dan kakaknya Qis telah pun selamat ke teratak umi dan papanya kembali. Justeru itulah, pena Habib kembali menari-nari.

Sekembalinya ke Malaysia, *Habib tak punya apa2 sangat untuk diperkatakan. Kecuali untuk mengata sahaja. Takot pula orang2 di Malaysia mengata hamba. Jika hamba mula berkata-kata. Takut dikata orang, lupa daratan, bagai kacang lupakan kulit dan pelbagai lagi kata-kata lain. Tapi iye-lah , nak juga berkongsi. Pengalaman seorang hamba ALLAH yang lama jauh kini kembali, ye dak?

Hamba pelik bila dalam risalah-risalah pelancongan di Malaysia, kemain lagi promosi tentang orang-orang Malaysia yang peramah. Oh my, sebenarnya itu cuma dusta. Kalo bukan semua, separuh daripadanya. Hari pertama di Malaysia, berjalan2 ke kedai mencari uniform kerja. Tak jumpa saiz baju yang berkenan di mata, namun jatuh cinta dengan coraknya. Tanya cik adik comel yang menunggu di sisi2 rak2 baju yang bergentayangan. Katanya, "kenapa tak amik je corak baju yang ada saiz?", lalu berlalu ke meja cashier. Terus? Terus mau gimana lagi, hamba cuma membayar baju bersaiz yang kedapatan di situ. Peramahnya orang Malaysia..


Masih di hari pertama. Bukan lagi kejutan budaya. Pernah melalui saat-saat ini, tetapi telah lama dan terlupa. Kereta dipandu perlahan. Mahu ke kedai membeli groceries. Tiba di simpang siur, dengan kasar kereta dari kiri merempuh masuk, signal tak bagi semua tak ade, bukan sekali, berkali-kali. Bila turn hamba meminta jalan, sengaja dicepat2kan agar hamba tidak punya ruang dan luang. Aduyai, peramahnya orang Malaysia..


Selepas hari itu, hamba serik memandu di bandar. Kakak hamba kata sebab hamba yang tidak biasa. Dulu, di Dunedin bukan begini. Tapi itu cerita lama. Barangkali bukan budaya kita. Kita kan peramah, bertolak ansur di jalan tak masuk ciri peramah kot? Sesudah membeli, hamba angkat muka, melihat cik adik manis bermuka cebik. "Terima kasih", hamba kata. Cuma dibalas dengusan yang barangkali kerana selesema. Oh sungguh peramahnya...


Kejadian-kejadian ini membuat hamba menjadi segan untuk mengungkapkan perkataan "Terima Kasih". Kerana hamba sedar, itu bukan budaya kita, barangkali. Bukan budaya Melayu, agaknya. Tapi mungkin juga kerana kurang asuhan, maka sekalian hamba-hamba ALLAH berkenaan memperlakukan manusia lain seperti itu. Tapi setelah dikonsultansi oleh kedua ayahbonda, hamba sedar tidak semua orang Malaysia begitu. Biar kami dipandang pelik, nah siapa tahu kami boleh menerap budaya murni itu kembali, andai masih ada. Tapi yang peliknye- bile di New Zealand, tak pelik pulak jika memberi jalan. Tak pelik juga bertegur sapa. Tak pelik langsung memberi senyum dan menukar kata terima kasih walhal di kaki lima. Pelik.. pelik..
Itu cerita hamba, cerita tuan hamba, bagaimana?

"Pada hari kiamat orang-orang yang sombong akan digiring dan dikumpulkan seperti semut kecil, di dalam bentuk manusia, kehinaan akan meliputi mereka dari berbagai sisi. Mereka akan digiring menuju sebuah penjara di dalam Jahannam yang namanya Bulas. Api neraka yang sangat panas akan membakar mereka. Mereka akan diminumi nanah penduduk neraka, yaitu thinatul khabal (lumpur kebinasaan)". [Hadits Hasan. Riwayat Bukhari di dalam al-Adabul Mufrad, no. 557; Tirmidzi, no. 2492; Ahmad, 2/179; dan Nu’aim bin Hammad di dalam Zawaid Az-Zuhd, no. 151]


*Habib: Ialah nama lappy hamba ;)

Friday, January 7, 2011

Refill Dakwat Habib

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Sejak 21st dis 2010 tengah malam menjejak kaki ke bumi Kelantan, sekarang telah bergelar pemastautin tetap tanpa perlu kembali pulang lagi ke tempat peninggalan yang baru usai dari jejakan, Dunedin New Zealand.

Sepatutnya hamba gembira kerana telah selamat sampai, Alhamdulillah. Namun disebalik peristiwa jetlag yang menyebabkan mata lebih suka tertutup se-awal jam 8 dan bangun dengan segar bugar pada pukul 2 pagi, hamba asyik termimpikan jalan ke sekolah hamba di Dunedin.

Mungkin agak ter-over sedikit di situ, tetapi hamba rase hamba rindu Dunedin. Duk rumah memang best amat. Apa yang menyebabkan hamba membuka habib pada hari ini dan melarikan tetikus untuk menitikkan tintanya pun adalah kesedaran bahawa hamba akan kembali bekerja di Terengganu esok, owh...

Maka hamba rase, setibanya hamba di Terengganu nanti, habib akan lebih aktif. Kalo tuan hamba sudi, jemputlah melayari tinta-nya bila berkesempatan.

Doakan hati ini terubat. Dunedin, semoga sejahtera selalu hendaknya..
“Aku menitipkan kamu kepada Allah yang tidak akan menyia-nyiakan barang yang dititipkan”. (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

di Auckland Airport, persinggahan terakhir sebelum mencecah Malaysia.