Tuesday, October 13, 2020

Maryam dan Ulangtahun ke 7

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Maryam...


Maryam Wajiha nama penuhnya. Maryam Wajiha, yang sering diulang-ulang dalam surah Maryam semasa mengandungkannya. Ibu ni penakut sangat masa mengandung, jadi ibu banyak berdoa agar urusan bersalin dipermudahkan. Maksud surah Maryam ni pula sangatlah menyentuh hati. Menjadi sumber inspirasi dan sumber kekuatan, agar ibu kuat untuk melahirkan, seperti Maryam melahirkan Isa di bawah pohon tamar..

Masa mengandungkan Maryam memang ALLAH permudahkan sungguh-sungguh. Begitu juga dengan Muna dan Marissa. Alhamdulillah tak pernah ibu alahan, tidak juga muntah, tidak juga mengidam. Bukan ibu saja, abi pun mudah jugak. Tapi mengidam mengada saja-saja memang ada. Tak mengandung pun mengada juga. Hobi ibu seadanya hehe. 

Urusan kelahiran Maryam pun smooth saja. Balik kampung untuk meraikan aidiladha, yang tinggal beberapa hari lagi. Maryam pun sepatutnya lagi seminggu tarikh due. Jadi pulanglah ibu dan abi berdua. Hari kepulangan, dalam kereta ibu rasa Maryam kurang bergerak. Kabo ke abi, malam tu kita terus saja ke hospital. Anak sulung, tak ada pengalaman. Panik la sikit. 

Sesampainya di hospital, ibu kene tahan, bukaan 3cm. Kontraksi ibu pun agak kerap rupanya. Dr tanya puan tak sakit ke, ibu jawap, 'eh tak rasa pon Dr'. Dr kata, tinggi tahap toleran puan ni.

Semasa menunggu, ibu tertidur sampai sebelum subuh. Ibu pun macam dah lupa macam mana tiba2 ibu di bawa ke labour room. Tapi seingat ibu, sikit pun ibu tak sakit. Sehingga lah tiba2 sakit itu datang menyerang dengan kuat. Sakit sangat. Tapi tak lama. Maryam lahir 15 minit setelah ibu mula merasa sakit kali pertama. Kali pertama itu pun ibu sudah rasa seperti di hujung nyawa. Ibu paksa abi kabo ke nurse supaya operate saja. Nurse cuma tersenyum sinis sahaja. Rupanya sakit ibu ni sebentar cuma. 

Dan kemudian lahirlah Maryam, anak pertama. Wanita besi ibu. Kuat orangnya. Bukan tulangnya sahaja kuat, suara Maryam juga semakin kuat semakin menginjak dewasa. Maryam ni prihatin orangnya. Sesuai jadi Doktor atau Kaunselor. Peka pada orang sekeliling tetapi tegas dalam hatinya. Bila dia sudah buat keputusan, maka tidak akan diubah-ubah. Bila keputusan dia diolah dan dia mula tercabar dengan aksi percubaan memanipulasi dirinya, dia akan memberontak dengan hujah-hujah dan justifikasi tersendiri. Idea dia bukan sahaja banyak, malah panjang dan sukar dipatahkan. Itulah Maryam. 

Dia juga mula memanipulasi orang sekeliling, terutama adiknya Muna. Selalu kene marah pun dia lah. Kerana terkadang sikapnya menampakkan seolah dia membuli adiknya. Tapi Maryam ni rajin membaca. Ibu tak suruh ibu tak tanya. Dia sendiri yang usaha. 

Sekarang Maryam sudah 7 tahun, subjek kegemaran dia bahasa inggeris. Ibu dan abi memang tak speaking di rumah, cuma bahasa kelate bahasa ibunda. Jadi Maryam ambik inisiatif sendiri belajar dari TV... nampak ada jugak kesannya. 

Semoga semua yang positif pada Maryam ALLAH kekalkan... dan semoga yang negatif-negatif seperti suka menjawab ibu dan abi tu dibuang. Ibu yang selalu berhujah ni pon ketandusan idea bila berhadapan dengan hujah Maryam, jadi Maryam tune kan lah hujah Maryam ke jalan dakwah... yang telah lama ibu dan abi tinggalkan.

dan Maryam, ingatlah seperkara. Semua kawan-kawan ibu yang nama Maryam semua baik2, cantik2 rupa paras dan akhlaknya. Jadi Maryam usahalah untuk mengindahkan diri Maryam, sebab nama Maryam ni istimewa. Bukan ibu pilih saja-saja. Maryam jadilah sumber inspirasi untuk adik2 dan orang sekeliling. Ibu doakan Maryam, Muna dan Marissa agar berjaya di dunia dan akhirat. Ibu redha ke atas anak-anak ibu, dan berdoa agar ALLAH redha akan kalian bertiga.

Doakan ibu untuk mendapat syurga ALLAH ye Maryam, bantu diri sendiri, adik2, ibu dan abi untuk menggapai syurgaNYA.

Ibu sayang Maryam! Selamat ulangtahun ke 7!