Rupa2nya sekarang sudah Mac, maka dengan itu berlalu kosonglah petak Februari tanpa sebarang post untuk tatapan kalian. Sorry ye!
Hamba sebenarnya ketidakdapatan cerita yang best, namun sedikit tergugat dengan senario harian yang ingin diketengah-kan sebagai iktibar kita semua.
Semua manusia punya jiwa? Betul. Dan kita, hamba ALLAH yang bergelar manusia bukanlah malaikat yang bebas daripada perasaan untuk dikasihi dan mengasihi.
Okey, kata kunci di atas "sangat tidak kak azam", kata adik-adik asuhan sekalian. Opss! Jangan salah faham. Cuma terdetik di hati tatkala berjalan di pantai Batu Buruk yang sedikit terkesan dengan tsunami di Jepun baru-baru ini.
Di pinggir pantai Baru Buruk, Kuala Terengganu ini buat pengetahuan tuan hamba sekalian, memang adalah merupakan lokasi di mana merpati suka bertenggek. Kalo terase ingin menikmati daging merpati free, bawalah lastik. Jangan lupa pakai kopiah, kalo tak - lastik tak mengena! ;)
Namun begitu, angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai memang menenangkan. HAbis terbang sayap - sayap ajaib yang sepadan dengan warna bunga baju, sayugia eloklah membawa jaket bila menjejak pepasir putih itu. Kaki menapak perlahan dan satu-satu. Di sisi kiri kanan lorong pejalan kaki, kelihatan merpati berselerakan. Terdengar teguran yang bukan nakal, tapi teguran secara berbisik yang sayup-sayup sahaja mencecah cuping telinga.
"Assalamualaikum ustazah!".."Eh, eh, ustazah nak maghi cegoh maksiat ko?"...."Ustazah-la, takut eh!"...."Cikgu skoloh mung ko tu? Yer nok maghi ambak kite ke?"
Cecah sahaja cuping telinga, ayat itu membuat hamba terfikir, alamak ini tempat maksiat ke? Sejak bile pulak tepi pantai tempat beriadah keluarga menjadi tapak maksiat? Sejak bila pahala melihat ombak di-salah ertikan oleh anak-anak muda ini! Niat hati ingin tenang, tapi gundah juga disapa kenakalan remaja remaji yang menggatalkan hujung mata dan menggugurkan bulu mata kerana jari galak menggeseknya.
Kalaulah mata ini biola, barangkali sudah sumbang bunyi-nya digesek jemari yang ke-geraman. Geram melihat bagaimana mereka melampiaskan cinta dan melempar harapan. Geram melihat bagaimana anak-anak dara bagai menyerah kalah pada kemaskulinan lelaki yang menggoda. Yang seolah memberi harapan palsu, seperti menghadiahkan buih-buih di lautan yang menghilang bila menyentuh pasir. Betapa tidak berharga-nya harapan itu. Betapa tidak kekal-nya janji itu. Betapa patahnya sebuah ikrar yang bisa dimusnahkan oleh air yang menghempas halus.
Geram terfikir bagaimana seorang lelaki yang jatuh cinta mungkin mengambil jalan mudah untuk mendekati. Bersiul bukan cara-nya. Menghujani dengan mesej berbaur salam perkenalan bukan kaedah untuk orang-orang tertentu. Memerhatikan gerak geri bukan penyelesaiannya. Melarikan diri kerana rendah diri bukan yang terbaik. Bersikap egois dan mengharapkan bulan jatuh ke riba bukan yang diingini si gadis.
Andai rasa berkenan di hati, pantai tidak perlu yang pertama menjadi saksi. Malah merpati kurang etika di pantai juga tahu, yang sama bertenggek itu bukan yang akan dijadikan isteri.
Kalo yang membaca ini lelaki, tepuklah dada, tanyalah hati, "Yang bagaimanakah yang ku cari, yang akan menemani aku yang lumpuh di pembaringan, yang menyuapkan bubur ke bibirku di kala mulut tua-ku memecah kedut seribu? Yang akan melempar rokok-ku ke tanah bila aku batuk? Yang mengulitkan kalimat zikir di kala aku membelai zuriatku, yang menghujani aku kata- kata semangat bila aku lemah? Yang mendoakan ku bila aku di timbus tanah basah kemerah-merahan? Dan.. yang akan menyambut ku di pintu syurga dengan senyuman?"
'Yang-yang' seperti di atas, barangkali tidak akan tertarik dengan mesej-mesej murah. Barangkali tidak jua tersangkut dengan deru enjin kereta mewah. Apatah lagi untuk ter-kagum dengan otot-otot yang menjelma di kala bermain tenis.
Tapi, 'yang-yang' diatas juga kan punya hati yang halus. Hati yang boleh di-sentuh.. Tapi bagaimana? Kalo mahu membuat roti, jangan lupa mengguna yis. Jangan di-uli beras dan air, kerana hasil-nya nanti jadik nasi!