Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Seketika hamba tersedar dengan betapa pemalunya rakyat Malaysia. Jika ada anugerah warga negara paling pemalu, memang hamba akan calonkan rakyat Malaysia. Jika hamba ditugaskan sebagai editor risalah pelancongan juga, hamba akan memberi 'amaran' mengenai sifat pemalu orang Malaysia.
Orang Malaysia memang pemalu bab-bab memberi signal sebelum masuk simpang. Orang Malaysia juga malu untuk memakai topi keledar. Begitu juga dengan seat belt. Termasuklah jika memandu perlahan terutama di kawasan sekolah. Sebab bila pakai atau buat benda-benda tersebut nampak macam duk sebelah pakcik JPJ. Atau barangkali takut dikata orang masih pemegang lesen L. Atau mungkin juga takut orang kate 'nerd' atau skema. Jadi kebanyakan pemalu-pemalu seperti ini, lebih suka mengambil risiko, membahayakan nyawa sendiri dan orang lain, dari memakai alat keselamatan atau berhati-hati di jalan raya, yang seolah-olah menjatuhkan maruah mereka.
Tapi mereka tak malu menjadi itik menyelam ditengah jalan. Tak malu mengusung anak dara orang ke hulu hilir jalan raya. Tak juga malu terbang bagai-kan superman. "Yang itu lain cite bang! " kata mereka...
“Seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.” (Sulaiman Darani, Tokoh Islam)