Wednesday, April 1, 2015
Fesyen Mesyen
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Hamba terlihat kepingan gambar lewat emel-emel yang bertambun. Terpandang kelibat seorang manusia yang agak penting- kerana jika tidak penting maka tiadalah dia dalam selitan gambar yang dikhabarkan itu-yang hamba ketemu sudah 2 kali. Uniknya, setiap kali pertemuan – rasanya- termasuk kelibat dalam gambar memaparkan beliau memakai satu set sut (erk sut la kot org panggil-seluar plus kot) yang berwarna pastel.
Arghh adakah hamba yang kuno?
Kerana begitu sukar rasanya hati ini untuk menelan warna itu pada seorang lelaki asing waris Shah Rukh Khan? Yang beralamat ke arah Sri Lanka itu (ke?)
Okay, tapi no doubt la kan dia seorang yang hebat. Kalau hamba kutuk warna baju dia 4 bakul pon xde gunanya. Bukannya dapat elakkan pembelian dengan GST pon!
Fesyen kan subjektif @*@ yawn
p/s: Terlewat sehari, tapi nak jugak wish selamat menyambut hari GST seMalaysia! Gulp3!
Labels:
RenCah HiDup
Subscribe to:
Posts (Atom)