Wednesday, July 6, 2011

Bila Hati Bicara



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Sedang hamba memandu beloved Qaswa' memasuki susur jalan ke ofis ter-chenta, hati tersentuh dengan seorang pemuda yang masih muda, tubuhnya kering dan kurus. Di tepi jalan, dia terbongkok-bongkok menyapu dedaun yang gugur. Rambut hitamnya kelihatan kasar, jatuh menyentuh bahu... Memandangnya membuat hamba terasa ingin menangis. Dia tidak menoleh. Malu. Barangkali malu.

Qaswa' bergerak lagi ke depan, di sebuah simpang ia perlahan. Memberi laluan pada pekerja buruh binaan lalu lalang. Di tepi sebuah bangunan yang masih belum siap, kelihatan seorang buruh menggaul simen. Dia tunduk. Berseluar panjang. Ber t- shirt lengan panjang. Memakai topi.


Ye, memakai topi. Dan bertudung.


Tudung. Kerana dia seorang perempuan, bukan seorang lelaki yang melarikan kulit dari dimamah matahari.

Dia seorang perempuan,tapi dia tegar. Ya ALLAH, hati hamba tersentuh lagi..


Hamba memandang bukan dengan lirikan mata, malah dengan lirikan hati. Semoga ALLAH memberkati mereka ini, memberi kehidupan yang baik. Peluh di dunia, semoga bertukar menjadi haruman di syurga jua..




Gambar sekadar hiasan, Thanks to Mr. Google




Biar kalian tidak hamba kenali, tetapi hati terase dekat. Barangkali kita dulu pernah bertemu, sebelum ruh ditiup ke dunia fana ini...




Tak Relate tapi Nak Tulis: Terfikir, adakah doa buatku pagi ini, dan seterusnya...















No comments:

Post a Comment