Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Tulisan ini... janganlah disalah erti-kan.
Antara dua jiwa manusia, yang berbeda. Pasti akan berbeza.
Kerana yang berbeza, bukan sekadar jiwa.. Tapi mungkin rasa, kemampuan dan ketaklukan. Kerana itu, katanya.. untuk saling melengkapi.
Antara dua jiwa manusia, yang sedang menguji diri sendiri. Untuk bersedia. Untuk menjadi sebaiknya. Untuk cuba patuh, untuk mencapai redha..
Dan jiwa an-nisa', yang sering rapuh. Sering terluka. Sering berubah tatkala ombak menghempas pantai. Sebuah hati yang perlukan bimbingan. Sebuah hati yang dikuasai perintah ayahbonda, tatkala belum bergelar isteri..
Dan jiwa an-nisa', yang sanggup merayu pada ayahbonda untuk melonggarkan tali yang diikat pada kakinya, adalah an-nisa' yang barangkali kehilangan cebisan hatinya. Seorang an-nisa', yang melangkah dari rumahnya, dengan doa ayahbonda yang berat di hati. Yang merelakan, dengan syarat yang ketat, demi memenuhi permintaan anak gadisnya. Yang bersedia untuk diconteng arang. Yang bersedia untuk dicemuh, dihina.
Dan ar-rijal, yang memandang semua itu dengan sebelah mata. Yang memandang semua itu tiada salahnya. Kerana jiwa ar-rijal, bukanlah seperti jiwa an-nisa'. Kerana mereka berbeza..
Jika benar sang ar-rijal mendambakan kasih an-nisa', maka biarlah hendak seribu daya..
Dan retaklah hati an-nisa', melihat bukti bakal imamnya sengaja mencipta alasan-demi-alasan. Yang membuat hati an-nisa' goyah, dan mempersoalkan pagar teguh yang dibina ayahbondanya. Ternyata, an-nisa' lebih bodoh hakikatnya.
Duhai ar-rijal.. jika hendak, biarlah seribu daya!
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." An-nisa',34.
No comments:
Post a Comment