Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Sekadar perkongsian pantas sebelum menapak ke pasar mencari bahan basah.
Senang jika tuan hamba ingin menguji keikhlasan seseorang dalam bersahabat atau berteman. Ceritakan padanya kelemahan tuan hamba, dan lihat bagaimana dia bereaksi.
Jika reaksinya menjadi lain dari biasa, menjauh, tidak ambil kisah, mungkin juga dia bukan senarai orang untuk diceritakan kisah sedih dengan. Silap-silap haribulan dia sedang berura-ura meninggalkan tuan hamba. Sebagai contoh, jika dia konon-kononnya bakal pasangan tuan hamba, barangkali dia sedang mengumpulkan maklumat calon yang baru, mungkin, haha.
Oleh itu, jangan mudah mengatur kisah sedih dengan mana-mana manusia. Jika manusia ingin berlalu pergi, dek kelemahan yang tuan hamba ada, relakanlah. Itu lebih baik. Persilakan- lah dengan senyuman.
Dan ALLAH maha Mendengar, bukan? Reaksi ALLAH tidak pernah mengecewakan. DIA tidak melayan kita berbeza, walau kita mungkin jatuh miskin di mata manusia. Oh ALLAH, cinta sebenar hanyalah pada ALLAH, yang paling dirindui untuk bercerita ...
No comments:
Post a Comment