Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Hidupan di muka bumi ni, ALLAH jadikan bermacam-macam. Dan ALLAH hidupkan kita di muka bumi yang sementara ni, dikelilingi oleh hidupan2 itu, untuk menguji kita juga.
Kalo menjadi ikan, adelah obor-obor yang berbisa, sotong kurita yang lemah gemalai, tak kurang dengan ikan yu yang tidak segan menelan mangsa. Dalam setiap ekosistem (sistem hidupan; cara hidup dan jenis benda hidup yang saling berkait dalam suatu kawasan, contoh - laut, paya bakau, sungai etc) memang ada organisasi tersendiri.
Sebagai contoh, kalo tuan hamba kerja opis sebagai kerani, tuan hamba ada bos besar, bos kecik, mat saje n minah saje yang perasan bos. Normal. Itulah kehidupan.
Unik dan tersusun nya alam secara fitrah dan mengikut tetapan ALLAH, di laut juga samalah. Bos besar katakanlah paus, kecik skit, ikan yu, kecik lagi ikan kembung. Kecik lagi, bilis lah. Kalo nak lagi kecik, ade zooplankton bla bla bla, that consume pengguna primer iaitu pyhtoplankton bla bla bla.
Mereka ni saling makan memakan lah. Normal la kan. Kalo tak, tak seimbang la laut.
Kita tak boleh nak marah. Memang ALLAH jadikan begitu. Kalo yu tak makan kembung, nanti kembung banyak. Kalo kembung banyak sangat, nanti kembung makan habis ikan bilis cane? Tak merasa nasi lemak lah kita. Ye dak?
Dalam hidup yang harmoni dan saling berkejaran mesra ni pon, kekadang ada yang dengki kan! Senyap2 datang sengat kita. Luar nampak lembut kemain. Kalo di laut, obor-oborla macam tu. Kalo kat darat ni, ade jugak makhluk macam tu. Hamba kategorikan makhluk darat itu sebagai manusia obor-obor.Cakap pon lembut gigi dari lidah. Time nak mintak tolong, kemain lagi senteng lehernya. Tapi bila dah dapat apa yang dihajatkan, layanannya pada kita, ya ampun!
Obor-obor tuan hamba, memang cantik. Lemah gemalai. Jauh nampak lembut, dekat pon nampak lembut. Tapi kalo dah kene sengat! Sekali jumpa tak tahu lagi. Dah berkali-kali, naudzubillah. Inilah kehidupan. Nak lari, dia pandai berenang. Jadi pi mai pi mai tang tu. Solutionnya, buat derk je lah (tangan ke bahu, mata ke atas).
Kalo takde orang macam ni, boring jugak. Takdek mende nak mengadu kat ALLAH, kan?
obor kehidupan.. ;)
ReplyDeletetapi obor-obor ni sengat hari2 :( n to ALLAH we shall return
Delete