Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Adalah sangat kelakar apabila terbaca berita ini . Namun tidak dinafikan ketaksuban manusia kepada benda-benda mengarut dan khurafat memungkinkan pelbagai penyakit yang sebenarnya tidak wujud.
Kepada tuan hamba sidang pembaca yang malas hendak mengklik dan membaca keseluruhan berita di atas, biarlah hamba simpulkan.
Di sesetengah tempat di benua Afrika, tuan hamba jangan memandai hendak merenung dan bersalam sesuka hati dengan mana-mana orang tempatan. Kerana, kemungkinan besar anda akan ditangkap dan dibelasah hingga mati, kerana didakwa menyebabkan organ seks orang itu kecut dek panahan mata tuan hamba.
Bukan hamba ingin bercakap kotor, tidak. Tetapi itu adalah kepercayaan orang bumiputera sana yang masih berpegang kuat kepada aktiviti perbomohan.
Pandangan yang bermotifkan sihir mampu melenyapkan organ tersebut (mengikut kepercayaan mereka) sehingga kan mereka terpaksa mengikatnya bagi mengelakkan ia terus mengecut dan akhirnya menghilang.
Dilaporkan tiada orang pernah menghidapi penyakit ini sehingga meninggal. Walaubagaimanapun jumlah orang yang meninggal akibat dibelasah kerana memandang 'pesakit' adalah semakin bertambah.
ps: Penyakit minda. Minda sakit sampai nampak anggota lain pon sakit. Isk3