Wednesday, March 13, 2013

Alasan Tercipta



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Adalah perkara biasa bagi seorang wanita mengalami keletihan melampau. Tidak kuat seperti lelaki, dan kadangkala mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan kesannya juga tidak dapat dirasai oleh kaum lelaki, ngee. 

Pada waktu-waktu datangnya keletihan, seorang wanita akan berasa tidak senang duduk di kerusi pejabatnya. Dia akan menggoncangkan kerusi itu dan berpusing-pusing beberapa kali. Dia akan membuka akaun muka buku dan menutupnya semula, dan membataskan otaknya dari terus keletihan dari memikirkan kerja sekolahnya yang bertimbun.

Dia akan memandang lantai beralaskan karpet biru gelap bercorak petak-petak yang agak kasar. Tidak mewah. Tapi cukup untuk melelapkan mata barang sekejap. 

Tapi dia berpusing-pusing lagi. Pusing kanan. Pusing kiri. Buka google. Tutup google. 

Badannya terasa lesu. Matanya terasa kuyu. Lantas kunci kereta disapu laju. 

Dia membuka pintu kereta perlahan, lantas menghenyak tempat duduk yang keras dan kurang selesa. Tingkap kereta dibuka. Membiarkan bahang panas berkuap pergi. Kunci dipusing. Penyaman udara terus dibuka ke level tinggi. 

Dia bermenung di situ. Termenung lagi. Keliru. Betulkah mahu pulang. Bagusnya kalau ada pemandu yang membawa hala tuju. 

Tapi dia akhirnya pulang juga. Makan tengahari bukan lagi prioriti. Otot yang lesu, otak yang malas, dilayani semahunya. 

Dia pernah membaca di suatu laman blog. Penyakit malas seperti ini memang tiada ubatnya, kecuali dilayankan sahaja. Hehehe. Alasan terbaik bila tidur awal dan selalu tidak sedar mesej dari sang suami juga...

Semoga keletihan ini tidak memudaratkan, semoga ianya membahagiakan, aamiin ;)





No comments:

Post a Comment