Wednesday, September 11, 2013

Mereka-yang-di-Rindui



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba rindu bulatan bulat bujur atau kekadang bersegi itu. Bulatan yang dianggotai lebih kurang 10 manusia dewasa. Terkadang termasuk kanak-kanak 3 orang yang lincah berlari ke sana ke mari. Sehingga tertarik ke belakang tudung ibunda-nya yang sedia berbadan cilik. 

Di tengah bulatan itu, kadang-kadang ada tilam kecil yang dihamparkan. Dan ada manusia berwarna pink, biru atau ungu yang tergolek di atasnya. Mereka menguap. Menangis. Ketawa. Tersenyum. Paling-paling mereka memandang dengan mata bundar berkaca dan bercahaya ke arah mana-mana ibu yang sedang berkata-kata. Mereka menjadi bahan tontonan. Ubat di kala nguapan kami- nganga bagaikan singa.

Di hujung bulatan itu, biasanya menyandar kelelahan di dinding. Atau menyandar di kerusi empuk. Duduknya seorang yang amat dirindui. Amat dihormati. Yang sukar dicari ganti. Seorang ustazah. Seorang ibu. Ibu kami. Kecintaan kami. Orangnya masih muda. Masih kakak-kakak buat kami yang bersila lentik di depannya. Yang memandang di balik kaca mata yang kelabu disimbah neon yang kurang terang di rumah sudi memberi tumpang. 

Rindu betol mendengar setiap orang-orang ini bergilir mengalunkan ayat ALLAH. Bergetar rasa jiwa bila mendengar tafsirannya dibaca dan diamati bersama. Rindu benar hendak mendengar kami-kami ini yang sering malu-malu untuk meluah pendapat dan bicara. Kerana kurangnya ilmu di dada.

Walaupon selalu lemas dengan mesyuarat yang tidak berpenghujung, sekali-sekala rindu pula untuk hanyut dan lemas dalam suasana itu. Saat kebosanan menyerang dan kaki tak sabar untuk dilunjurkan. patah lagi rindu laksa terhidang yang dinikmati beramai-ramai. Bihun goreng itu. Kuih muih itu. Rindu. 

Sungguh rindu mereka itu. Tak ramai yang tahu. Tapi cukuplah sekadar mengatakan hati ini sungguh merindui. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dicari ganti.

"Semoga dikau-dikau disana yang kurindui ini ~ sentiasa di bawah rahmat dan kasih Illahi..."

No comments:

Post a Comment