Monday, January 11, 2016

The - N.I.P.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Semalam hamba bermimpi.

Mimpi yang sungguh-sungguh ngeri. Masa kecil mimpi ngeri hamba cuma satu. Melibatkan kakak hamba yang cuma satu itu. Kalau ngeri selalu kerana dia jadi hantu. Itu sahaja yang ngerinya. Tapi mimpi semalam lain macam. Tiada watak hantu walaupun semalam hamba mengadap juga sekejap citer hantu tak berapa hantu. Cuma mimpi yang tak sanggup diulang tayang, kerosakan akhlak yang jauh melayang. Tidak sanggup berfikir lagi. Jangan lah pulak menimpa hamba ini. 

Pagi-pagi buka facebook. Mimpi semalam cuba dilipat kemas biar berhabuk. Tetiba tertengok satu rencana, ibu-ibu menyusu anak di tempat awam, dengan para kamera-man bersama-sama. 

Apa salahnya ibu menyusu? Malah mulianya Tuhan yang tahu. Perasaan seorang ibu menyusu tak perlu dipertikai. Makan dijaga - kempunan, mengidam semua takdak di akai. Yang tak minum air kosong pon tekak dipaksa menelan juga, kurma dikunyah bertimba-timba, biar susu melimpah anak kenyang sentiasa. Banyak doa di jaga juga. Banyak baju tersimpan kemas begitu sahaja. Mahu dipakai payah pula, tudung besar-besar semua jadi pilihan. Nah! Menyusu menggalakkan aurat tersimpan. Ibu menyusu banyak pantang larangnya. Niat nak berjalan jauh selalu terpendam. Takut anak lapar tak jumpa tempat untuk disorokkan, agar aurat terjaga anak pon kenyang. Bukan semua shopping mall macam New Zealand, jalan sikit ada bilik menyusu  - sofa bagai dan tirai terpasang, tak mahulah pula menyusukan anak di tepi jalan, kan?

Bukan jaga standard, bukan niat merendah-rendahkan. Hamba ibu menyusu tegar, dan ya! Masih menyusukan. Cuma pendapat hamba yang ilmu pun kurang, kalau nak menyusu pun tak perlu BERSELFIE bagai dan didedah-dedahkan. Dah elok-elok mulia, tetiba menjadi bahan cakap-cakapan. 

Hamba sokong ibu bertudung labuh, bila menyusukan anak, anak boleh tumpang berteduh. Sedang menyusu, kita pun tidak perasan, itulah dia ibu budiman! 

Hamba penyokong menyusukan anak di tempat awam. Cuma hamba tertakluk pada terma dan larangan. Agar tindakan mulia ibu jadi tindakan terpuji. Agar niat ibu tidak dikeji. 

In support of NIP!