Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Semalam hamba bermimpi.
Mimpi yang sungguh-sungguh ngeri. Masa kecil
mimpi ngeri hamba cuma satu. Melibatkan kakak hamba yang cuma satu itu. Kalau
ngeri selalu kerana dia jadi hantu. Itu sahaja yang ngerinya. Tapi mimpi
semalam lain macam. Tiada watak hantu walaupun semalam hamba mengadap juga
sekejap citer hantu tak berapa hantu. Cuma mimpi yang tak sanggup diulang
tayang, kerosakan akhlak yang jauh melayang. Tidak sanggup berfikir lagi. Jangan
lah pulak menimpa hamba ini.
Pagi-pagi buka facebook. Mimpi semalam cuba
dilipat kemas biar berhabuk. Tetiba tertengok satu rencana, ibu-ibu menyusu anak di tempat awam, dengan para kamera-man bersama-sama.
Apa salahnya ibu menyusu? Malah mulianya Tuhan
yang tahu. Perasaan seorang ibu menyusu tak perlu dipertikai. Makan dijaga -
kempunan, mengidam semua takdak di akai. Yang tak minum air kosong pon tekak
dipaksa menelan juga, kurma dikunyah bertimba-timba, biar susu melimpah anak
kenyang sentiasa. Banyak doa di jaga juga. Banyak baju tersimpan kemas begitu
sahaja. Mahu dipakai payah pula, tudung besar-besar semua jadi pilihan. Nah!
Menyusu menggalakkan aurat tersimpan. Ibu menyusu banyak pantang larangnya. Niat nak
berjalan jauh selalu terpendam. Takut anak lapar tak jumpa tempat untuk
disorokkan, agar aurat terjaga anak pon kenyang. Bukan semua shopping mall
macam New Zealand, jalan sikit ada bilik menyusu - sofa bagai dan tirai terpasang, tak mahulah
pula menyusukan anak di tepi jalan, kan?
Bukan jaga standard, bukan niat
merendah-rendahkan. Hamba ibu menyusu tegar, dan ya! Masih menyusukan. Cuma
pendapat hamba yang ilmu pun kurang, kalau nak menyusu pun tak perlu BERSELFIE bagai dan didedah-dedahkan. Dah elok-elok mulia, tetiba menjadi bahan cakap-cakapan.
Hamba sokong ibu bertudung labuh, bila
menyusukan anak, anak boleh tumpang berteduh. Sedang menyusu, kita pun tidak perasan,
itulah dia ibu budiman!
Hamba penyokong menyusukan anak di tempat awam.
Cuma hamba tertakluk pada terma dan larangan. Agar tindakan mulia ibu jadi tindakan
terpuji. Agar niat ibu tidak dikeji.
In support of NIP!
No comments:
Post a Comment