Monday, June 28, 2010

Kesetiaan Cinta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sudah masuk Julai rupanya, akan tetapi diari Jun masih belum berusik. Banyak bona agaknya yang bermain dalam hidup, hinggakan tidak sempat meluah kata. Atau juga banyak bona yang sebenarnya bermain di pikiran, tetapi takut jika terluah me-luka diri dan orang lain.

Sudah resmi seorang manusia, kekadang perlu tempat mendengar, agar hati tak bertakung nanah. Biasanya tempat meluah jatuh pada bonda ter-chenta. Kesian bonda.

Bile rase kelabu dengan statistik misalnya, mata cepat berair. Jari pun cepat2 mendail nombor bonda di tanah air. Berkali2 agaknya telefon bonda berdering. Jarang sekali bonda cepat menjawab. Bonda sibuk. Sangat sibuk menguruskan rumah tangga.

Biasa-nya ayahnda jugaklah yang menjadi orang pertama di-hubungi. Mendengar nada tinggi rendah ayahnda bernasehat dan berhujah, terase insaf dan mula bersalah. Ayahnda pe-motivasi terbaik. Mendengar anaknda diam membisu dan cume mengangguk dalam, ayahnda sedar tugas seterusnya jatuh pada bonda. Ibarat jika sakit, ayahnda tukang operate, bonda pula pem-follow up nya.

Zahir bonda tegas dan garang, namun hati anak perempuan hanya bonda jugak mampu meredakan. Ayahnda pula sangat faham. Seringkali terase kehadiran ayahnda di sisi bonda, bila anaknda nya ini melontar kata di balik corong telefon. Ayahnda setia menunggu sampai anaknda ini menoktahkan kata2 nya.

Maaf ayahbonda kerana sering membuat jiwa kacau. Maaf kerana sering ber-kerenah sejak dari kecil hingga besar.

Sejenis manusia 'nak tak nak', anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang mula berura-ura menukar kerjaya kerana terase terbeban dengan tanggungjawab, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering lupa untuk bersyukur, anaknda yang inilah. Sejenis manusia yang sering perlu di-ingatkan setiap matlamat zarah perbuatan menuju tuhan, nah anaknda yang ini-juga-lah!

Semalam ber-teleku di hujung corong telefon dengan bonda. Semalam hari Isnin, di bulan Rejab, dan bonda puasa. Kedengaran bonda letih dan lesu. Anaknda kira bonda demam, tapi bonda kate, "bukan..".
Anaknda ini ber-cakap lagi, kedengaran batuk2 ayahnda di sisi bonda, seperti biase. Anaknda terus berhujah, meluah segala yang bernanah. Anaknda bicara lagi. Dan lagi. Bermacam2 perancangan mase depan anaknda bicara-kan. Anaknda mahu sambung belajar lagi, tapi anaknda sudah tidak sanggup dengan bidang ini. Anaknda lupa untuk bersyukur, dan anaknda lupa setiap perancangan itu akan ter-laksana hanya dengan izin ALLAH..

Macam2 ke-geraman anaknda ini huraikan pada bonda dan ayahnda. Anaknda lupa waktu sudah tiba untuk bonda bersiap juadah berbuka. Waktu terlangkau. Anaknda ter-sedar. Anaknda lalu bertanya bonda, bonda nanti berbuka dengan ape. Jawab bonda,"secawan teh pun cukup-lah untuk ma berbuka..". Anaknda minta maaf, anaknda sering menyusahkan. Anaknda minta maaf, anaknda terlalu mementingkan diri. Dan kata penutup dari bonda dan ayahnda, setiap kali dan setiap kali, hanyalah.."ma ngan abah selalu mendoakan kakngah..". Astaghfirullah, maafkanlah ya ALLAH hamba Mu ini. Hamba lupa, bile hamba terlalu rapuh dengan ujianMu, itu tandanya hamba tidak redha, maafkan hamba ya ALLAH..

Duhai ayah, duhai bonda. Syukur anaknda pada kalian. Tiada bakti yang menyetarai pengorbanan kalian. Hanya doa yang mampu anaknda hulurkan. Tiada yang lebih menggembirakan selain melihat kedua ayahbonda tidak pernah haus dek mengalirnya sungai2 di taman2 firdaus. Tiada yang lebih anaknda harapkan selain melihat kalian berada di dalam naungan yang luas. Sungguh cinta ku pada kalian, tidak akan sekali2 menyaingi cinta kalian pada kami yang tidak bersempadan. Jerih peluh dan air mata kalian buat kami,tidak akan pernah ter-balas walau segunung permata kami persembahkan. Hanya 1 yang mampu anaknda ini laku-kan, agar sekali2 tidak akan melukai perasaan kalian.






"..Siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, tidak akan mensyukuri yang banyak.

Siapa yang tidak mensyukuri manusia, tidak akan mensyukuri ALLAH.."

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

No comments:

Post a Comment