Pagi tadi hamba singkap langsir putih yang menabir tingkap dapur.. Hamba lihat rintik2 hujan yang hampir tidak kelihatan. Barangkali jalan basah. Tapi suasana maseh hitam, gelap dan pekat. Hamba kurang jelas...
Hamba sedut nafas dalam2. Lampu neon yang menghiasi jalan berbalam-balam saje warnanya. Walaupun dingin mencengkam, sengaja hamba buka luas-luas tingkap itu. Untuk mengeluarkan asap gorengan di waktu dinihari.
Hidung hamba menyentuh bau yang indah. Bau pagi. Bau malam ke pagi. Bau sahur sebelum subuh. Menyengit2 di hidung hamba. Sebuah bau yang menenangkan. Mengasyikkan.
Hamba sedut lagi dengan dalam. Semakin dalam. Sambil menarik nafas, hamba pejam mata. Pejam kerana sejuk. Pejam kerana khusyuk. Tiba-tiba ade sesuatu yang menjolok hati hamba. Hamba rase tersentuh. Hamba rase khuatir. Hamba rase berdebar.
Dan tiba-tiba!!!
Tuan hamba, di bulan Ramadhan ini syaitan dan iblis digari. Jadi cerita hamba ini tidak ada kene mengena langsung dengan unsur-unsur itu.
Hamba cuma merasekan sebuah rindu yang dalam pada dinihari Ramadhan ini, pada bumi Dunedin ini, pada waktu pagi nya yang damai. Andai bau itu boleh hamba abadikan..
Semakin dekat untuk meninggalkan pergi. Semakin jatuh cinta pula rasanya...
Mampukah untuk kembali pada Ramadhan kali ini, sepertimana mampukah akan kembali pada Dunedin setelah meninggalkannya nanti.
Dunedin ini dan akan datang. Pasti tak akan sama. Ramadhan kali ini dan akan datang, pasti jauh beza. Sempatkah nyawa ini untuk merasainya lagi?
Ramadhan, tolong jangan pergi, aku masih belum puas!
No comments:
Post a Comment