Wednesday, September 8, 2010

Yang-Yang Yok Ketipak Ketipung!

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Setelah bergegar dek ammarah bumi Christchurch beberapa hari yang lalu, banyak benda yang belum sempat dilakar di sini.

Hari ini, mungkin hari terakhir ramadhan. Apa yang sudah tuan hamba dan hamba perolehi sepanjang Ramadhan ini?

Bulan mulia ini, adalah sekolah bagi kita. Sekolah yang mendidik kita. Menundukkan nafsu kita. Mengawal keranjangnya sepasang mata yang menjalar menatap dahi-dahi licin. Mengawal gejolak darah muda yang membakar sebuah jantung yang masih remaja. Melentur lidah untuk berkata yang baik. Memujuk perut untuk makan se-adanya. Merayu akal untuk merenung ke-daifan saudara-saudara seagama dan manusia yang kurang upaya.

Bulan mulia ini, adalah bulan zikir-zikir berterbangan menghiasi sepanjang jalan kita. Hasil dari lidah yang dibajai keinsafan. Bertasbih, bertahmid memuji ALLAH. Memohon ampun dariNya. Berkumat kamit mengucapkannya, sehingga orang berselisih akan menoleh. Bukan sekali, tapi ber- kali2. Pandangnya pelik. Pandangnya aneh. Apa dibikin orang ini? Apa dikata orang ini? Kumat-kamit itu, kitakah? Basah bibir kita, kerana zikirkah? Atau lembab basah bibir kita kerana lip balm bermentol terbaru yang kita cuba?

Bulan mulia ini, adalah bulan pengampunan. Bulan mendamba redha Illahi.

Bulan mulia ini, adanya malam yang sangat istimewa. Kita kata, "tak apelah, kalau tak dapat lailatul qadr ramadhan kali ni, ramadhan tahun depan lah kita cuba..". Hidup ke kita ramadhan yang akan datang?! Tak dibaham tanah kah kita ketika itu? Di saat orang lain mengharungi saat bahagia, memohon pada ALLAH secebis tempat di syurga, ketika itu, mampukah kita menahan amarah Munkar dan Nakir?

Nah! Apa yang telah kita lakukan? Mampukah kita bergraduasi? Luluskah kita? Cemerlang kah kita? Beroleh anugerah kah kita?






Jika sekadar Anugerah di pentas universiti, itu bukan apa2. Itu cuma ujian ALLAH. Itu cuma penilaian otak, yang satu hari akan hancur dimamah bumi!!!

Kalaulah hidup ini untuk menjadi doktor PhD pelbagai bidang! Kalaulah hidup ini untuk menikmati mewahnya dunia. Kalaulah hidup ini untuk menjadi manusia terkemuka. Sekolah seribu tahun pun belum tentu cukup.

PhD ~ researchnya harus makin banyak! Kompentensi semakin ghairah! Wang akan hilang. Lagi harus senantiasa dicari! Nama akan kabur, di sapu perlahan dengan nama2 baru yang makin naik!

Tapi kalau hidup untuk menjadi manusia bertakwa. Sekolah sebulan di bulan Ramadhan ini sahaja, kalau kene cara-nya, dan istiqamah ke akhirnya, insyaALLAH, bergraduasi-lah kita.




Tapi, kita -kah yang layak memakai jubah konvo itu? Kita-kah yang layak beratur menunggu ALLAH memberikan skrol keredhaan-Nya? Kita-kah yang layak bergambar bersama insan2 bertakwa itu?

Ataukah kita sekadar manusia yang akan berbungkus langsir2 baru berwarna kemilau. Sekadar manusia yang syok sendiri memasang pelita keliling rumah. Sekadar manusia yang merase hebat dengan penghasilan dan rekacipta kuih muih terbaru? Sekadar manusia yang hanyut di malam raya, bergelak ketawa? Sekadar manusia yang tenggelam dengan kad-kad ucapan dan lagu-lagu raya?

Bila tiba hari raya, kita raya sakan gegak gempita. Raya wajib sempurna. Wajib tiada cacat cela. Baju merah satu rumah, wajib merah walau cuma tang bunga. Kuih bermacam jenis, ketupat pelbagai rupa. Rendang lemang wajib ada, kerana itu petanda raya. Lalu, puasa semalam bagaimana? Sama sempurna?

Salam aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :)




Taqabbalallahu minna wa minkum

(May ALLAH accept from you and us)


No comments:

Post a Comment