Hari ini hari yang sangat menggembirakan, alhamdulillah. Hamba baru mendapat berita tentang pernikahan dan walimah yang baru dan bakal berlangsung di kalangan sahabat2 hamba di Malaysia.
4 dari mereka adalah rakan sekuliah hamba semasa degree dulu. 2 daripadanya adalah rakan se-tanah-tumpah-darah, Kelate terchenta manakala 2 lagi orang utara. Merpati utara agaknya ke-penatan di tengah jalan, kerana warkah walimah belum kesampaian di teratak keluarga hamba. Tapi tak mengapa lah duhai merpati, kerana penguin di New Zealand juga tak larat menongkah ombak lautan Pasifik untuk menerjah ke daratan Tanah Melayu buat mase ini ;)
Se-orang sahabat sekelas di sekolah menengah juga baru sahaja menamatkan zaman bujang nye Syawal yang lalu. Malah seorang lagi juga bakal menjadi isteri Januari nanti.
Manakala seorang sahabat di matriks juga baru saje melepasi gerbang perkahwinan yang indah!
Tidak lupa juga 2 sahabat dari sekolah rendah juga bakal bergelar seorang -isteri dan se-orang suami Disember nanti. Oh rindu sungguh kampung halaman!
Hari ini sahaja hamba mendapat berita tentang walimah 9 orang hamba ALLAH! Alhamdulillah! Hamba gembira buat kalian. Namun hamba cuma mampu mendoakan dari jauh. Tak tahulah samada hamba ini untung atau tak untung dengan ketidak-mampuan untuk hadir ke walimah sahabat2 hamba itu. Untung kerana hamba berjaya merugikan supermarket yang menjual set pinggan mangkuk untuk dijadikan hadiah, dan tak untung kerana hamba tidak dapat bersama menyertai sahabat2 yang sudah bertahun tidak berjumpa, dan terpaksa melepaskan peluang melihat sahabat2 kesayangan di hari bahagia mereka.
Jawapannya tentulah tidak untung! Tapi tak mengapa, pasti ade hikmah di sebalik ketentuan ALLAH. Hikmah pertama insyaALLAH ialah; dengan ketidak-upaya-an-untuk-pulang hamba ke rumah dan kampung halaman di waktu genting seperti ini, hamba telah menyelamatkan 2 pasang telinga hamba dari disumbat kapas, pada setiap hari kenduri! hehe
Walaubagaimanapun, hanya jarak menjadi pemisah. Andai tuan hamba yang membaca mendapat jemputan dan mampu untuk hadir, maka memenuhi undangan terutama walimatul-urus adalah wajib!
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ”Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’urus, penuhilah.” (HR. Muslim) dan Rasulullah S.A.W juga bersabda, ”Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).
No comments:
Post a Comment