Friday, November 13, 2009

Memori Semalam




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Bila bercakap tentang kawan2 lama ni, banyak benar yang membuat kita tersenyum dan menangis. Terimbau sejarah lama yang mengukir kehidupan. Sepanjang hayat setakat ini, pelbagai jenis manusia yang kita jumpa dalam setiap peringkat kehidupan, yang mematangkan, dan yang memberi pengajaran!

Dalam perjalanan hidup ini, kadang2 kita menemui sahabat yang menggembirakan, yang sentiasa membuat kita tersenyum dan ketawa. Tapi adakah dia sahabat yang sama yang kite jumpa ketika kite memerlukan sebuah bahu untuk menangis? Alhamdulillah, kebanyakan sahabat hamba adalah seperti itu, terima kasih sahabat..


Selain sahabat, kepelbagaian tempat jugak akan membuat kita banyak terdedah dan membina personaliti diri. Jangan merase hairan kalau seorang sahabat yang ketika berumur 6 tahun dulu seorang yang pendiam dan penakut, tetapi setelah 20 tahun misalnya seorang yang bising dan berani! Barangkali alam sekitar telah memfaktori pembentukan personaliti dan peribadinya.


Sebab itu, janganlah kita salah memilih tempat dan kawan, kerana tempat dan kawan yang salah akan membawa kita pada penyesalan di hujung usia. Mungkin buat mase ini kita tidak merase kesal, dan cuma merasa enjoy. Berkawan dengan seseorang yang membuat kita merase muda remaja, sedangkan sepatutnya kita mencari kawan yang mengingatkan kita kepada mati!

Tetiba nafas hamba menjadi laju, tersengih seketika, teringat sahabat dari zaman tadika dan sekolah rendah yang juga sekampung. Dari kecik bermain hide n seek bersama, menjadikan tempat letak basikal sebagai port utama, balik lewat terutama bila ada fardhu ain supaya boleh main2 dulu, pakai tudung style itik ke kelas fardhu ain setiap petang, berkejaran dalam kelas bila ade yang bermulut murai, saling baling pemadam dan saling menulis nama orang bising untuk diberi pada cikgu! Kaki bodek! Zaman itu adalah zaman terindah, namun selepas itu kita terpisah jauh, kerana masing2 tidak reti untuk menghubungi.

Zaman sekolah menengah, agak mengambil mase untuk menyesuaikan diri dan mengenali. Mungkin zaman itu, adalah zaman yang paling kurang keyakinan diri. Pada zaman sekolah menengah jugak , gejala buli berleluasa, isk3.

Matrikulasi, semuanya indah, kecuali semester 1 yang menyakitkan. Pertama kali hamba berjauhan dari keluarga, hamba 'sakitrumah' setiap hari, menangis setiap senja sampaikan ibunda hamba pun dah malas nak layan! hehe. Hamba pun heran, kenapa bila menjelang senja hati hamba begitu sayu, begitu terkenang adik2 dan rumah di kampung, sehingga seolah-olah hamba dapat mencium bau rumah pada ketika itu. Macam2 betul hamba ini!


C.U. D. IPT. bak nyanyian UNIC satu mase dulu. Akhirnye berjaya menjejak menara gading. Namun ternyata kursus yang diikuti bukan mudah. Menggarap jatidiri untuk menjadi perkasa dan tabah, menelusuri keindahan alam dalam kedinginan air yang mengalir laju. Membenamkan mata hati ke dasarnya untuk menjejaki zahir sebuah nyawa yang tidak pernah terpotret di retina manusia biasa. Gambar pun adela sekeping dua seperti di bawah, yang mencungkil kenangan lama. Memori semalam orang kata!




Alhamdulillah akhirnya berjaya melepasi peringkat itu. Pengalaman bekerja bersama sahabat2 lama, sebelum kembali bertugas di uni yang sama, dan kini sedang menyambung pelajaran sebagai menunaikan amanah untuk memenuhi kriteria tugasan.

Panjang benar perjalanan usia, alhamdulillah, dengan harapan agar ALLAH memberkati setiap langkah, dan memberi kesedaran dan menjadikan kita semua tergolong dalam golongan yang bertaubat sebelum melangkah dekat ke daerah mati. InsyaALLAH jika berkelapangan, hamba nak jugak bercerite pengalaman hamba bekerja nanti. Tuan hamba tak nak bace pun takpe, biar hamba bace sendiri nanti, hehe, SS ;)

"Mereka menjawab, 'Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana!' " (Al-Baqarah:32)

2 comments:

  1. Selamat menyambut ulangtahun yg ke ** ukht yg dikasihi lg dekat di hati ^o^...moga nikmat usia dapat kita renungi, insafi dan syukuri dengan hati dan dibuktikan dgn amalan zahir...ana uhibukki ya ukhti!pertemuan denganmu adalah antara nikmat terbesar yg Allah berikan di dunia ini. seluruh usia ini kan ku bersyukur di atas pemberian nikmat ini ^-^

    ReplyDelete
  2. jazakillah khair ukhti, hehe, yer ulangtahun ke- 26 sudah, semakin dekat ke daerah mati..

    ahabbakallazi ahbabtani lah(^_^), semoga kaseh kite dalam redha ALLAH, iA ...

    Ukhuwwah fillah ya Ukht...

    ReplyDelete