Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Lame sudah tak mencoret laman ini. Sedikit bizi dengan urusan turun naik sungai. Bak kata sorang pakcik yang selalu jogging di sampling site-ku, "save the rock!!"
Alahai pakcik, i tak buat research psl nk selamatkan batu, huhu, walaupun bersungguh balut batu macam nak rak, itu cume nak mengukur luas permukaan nye sahaja sebenarnye.
Bercakap pasal turun sungai ni jugak, sampling site kali ni terpaksa dibuat di kawasan rekreasi. Al-kisahnya ramai-la orang lalu-lalang. Masing2 dengan acara dan aktiviti masing2, ade yang sekadar bawak puppy nye jalan2, ade yang sekadar amik short-cut nak pergi sekolah, ade yang jogging dan tak kurang jugak yg buat lawatan ke situ, hmmph.
Nak dijadikan cerite, semalam, hari terakhir sampling untuk batch ini, tiba2 je ade segerombolan budak sekolah pergi melawat sungai berkenaan. Yang mane sungai itu semalam ade aksesori tambahan. Aksesori tersebut ialah seorang 'lady' (budget) yang berbungkus jaket belon2, hoodie menutup dahi (sebab hujan!) ditemani GPS, PH Meter, Flow mate, Net, botol2 ethanol yang sudah dilarutkan, berus2 gigi (yang ni takbleh blah ni), tak terkecuali tray2, aluminium foil dan botol2 sample yang bertaburan di pinggir sungai. Banyak lagi aksesori tambahan lain yang kecik2, tapi sebab peranan tak brape penting kita abaikan aje-lah.
Ades, dari tujuan asal nak buat research, tak pasal2 jadi demonstrator kat budak2 kecik yang chomel2 tu. Payah nak terangkan ngan diorang ape yang hamba buat, jadi hamba suh je budak2 tu anggap hamba tangkap bugs.
Duk sekejap, lalu lagi berpasang2 orang, malah ade antara mereka yang tegur hamba, "aii, bukan dari minggu lepas lagi awak ade kat sepanjang sungai ni?". "Betul la tu...". Hamba senyum sendiri, ingatkan hamba je yang mabuk nak kene g sungai hari2, rupe2nya ade jugak manusia lain yang datang hari2 jugak, terserempak dengan hamba hari2 jugak, walaupun tujuannya beda.
Hamba akan rindu tapak sungai itu. Sampling batch lain hamba dah tak buat kat c2 dah. Dah cukup dah 60 botol sample di kawasan tu yang tersusun gah atas meja kerja lab hamba. Tinggal space untuk mikroskop je, tengah cuak ni! Tak masuk lagi batu2 tersusun indah di tepi sungai. Hamba rase kalo Dunedin City Council tengok hamba susun batu dengan tak sengaja setelah mengambil sample, mungkin hamba akan dapat anugerah mencantikkan sungai, ngah2
Hari ni hamba buat cuti sendiri (walaupun hakikatnya baru keluar lab dan skrang duk dlm opis). Tiba2 hamba terfikir, hamba ni adalah golongan insan istimewa, kerana ALLAH beri peluang kepada hamba untuk mendalami bidang ini. Hamba dah pernah jatuh cinta sebelum ni. Dan hari semalam, hamba jatuh cinta lagi. Hamba rase cinta hamba akan mekar sampai bila2, insyaALLAH.
Tidak kira betapa sukarnya, betapa basah dan bersin2 nye, namun keindahan alam itu adalah sesuatu yang tak dapat dilafazkan dengan kata2. Kepuasan berada di tengah sungai, kepuasan mengukur arus, kepuasan dihembus angin, kepuasan mengkaji batu2 dan kepuasan yang amat bile melihat invertebrata2 yang hidup pada dan dalam batu itu meliuk lintuk di bawah kanta mikroskop.
Kalo dipikir2, macamane ade-nye sungai yang indah ini? Batu mane yang telah terpecah mengalirkan dingin-nya air? Kalo ade batu yang pecah sekalipun, macamana batu tu bleh pecah? Sape -lah yang kuat sangat pecahkan batu tu? Yang kuat kikis tanah buat alir sungai ni? Yang kuat sangat sampai boleh kutip batu2 yang banyak2 dan sumbat ke dalam sungai ni? Pastu yang letak haiwan2 kecik yang tak nampak dengan mata kasar dalam batu tu? Dan membuat alga2 dan lumut2 melekat ngan batu tu? Dan sape-lah yang buat arus2 yang membawa partikel makanan organic pada haiwan kecil yang menginap di batu tu? Sapelah agaknya yang punya kuasa macam tu skali ye?
“Allah lah Yang meninggi-kan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia berse-mayam di atas `Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.” [Ar Ra’d:2]
“Dan Allah memiliki kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi,dan tidak sesuatu basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" [Al An’aam:59]
Terima kasih ALLAH. Terlalu banyak rupanya ciptaan-MU yang tidak hamba ketahui...
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]
No comments:
Post a Comment