Monday, March 8, 2010

Bila tidak ke Sungai (",)


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Rasa pelik pulak bile bercuti, mase bercuti digunakan sepenuhnye untuk bersenang lenang, erk, betulkah? Antara aktiviti siang hari bila tak turun sungai dan takde anak2 invertebrata yang menanti untuk di-identifikasi adalah menonton rancangan Jeremy Kyle di tv2.

Dah banyak kali dah sebenarnye tengok rancangan ni, tapi yang the latest ni kira macam masalah biasa la di kalangan masyarakat yang mengamalkan kebebasan sosial, kunun kebebasan wanita untuk berbuat sesuka hati kan. So, tetiba rase nak berkongsi dengan sidang pembaca. Sementelah dah lama betul tak menghapdet blog ini ;)

Walaupun hamba sebenarnya tak berape gemar ngan pakcik Jeremy. Mentang2 dia dah tahu sape salah via DNA test etc, sesedap dia jek nak main sergah2 orang kat dalam rancangan tu. Memang la talk show dia, memang la orang tu salah, but still, janganla memalukan orang yang salah tu. Bukan saje penonton dalam studio, tapi jugak penonton kat tv. Dan yang paling best, bukan orang kat UK je (Jeremy based in UK) tapi seluruh dunia kot! Kang terjumpa tengah jalan satu hari nt, teringat plak, dia ni lah yang jahat tuh!

Btw, Jeremy ni ade jugaklah yang sangat bagusnye. Sekurang2nya dia adalah orang yang sedar dengan permasalahan di UK. Especially masalah hubungan terlarang sehingga melahirkan anak- dan - anak terbiar.

Yang terbaru sebagai contoh, ade seorang gadis remaja, berumur 15 tahun. Sekolah tak habis lagi tu. Terlanjur ngan boypren dia pastu ter-mengandung. Mase sayang boypren dia kata "ala yang, I ni nak sangat jadi daddy, U lahirkanlah anak kite ni". Tak lame lepas tu, yang nak jadi daddy tadi jumpe makwe baru la plak. Lalu dikata-kan-lah dekat 'ex-yang' nye tadi, "Tu-lah U, sape suruh mengandung! I tak salah! Itu bukan anak I "

Depa pun satu. Sape suruh ber-zina? Yang ke-2, sape suruh masuk dalam rancangan umum macam tu? Depa sebenarnye takde duit nak buat DNA test, tu yang masuk rancangan Jeremy tu, sbb test-nye free. Dan kebanyakan yang masuk rancangan tu adalah penganggur dan budak2 sekolah yang tak habis sekolah disebabkan matang terlalu awal (jadi mami dadi secara tak sengaja).

Ish3, ape nak jadi ngan anak2 muda zaman skarang, takut plak bile memikirkan adik2 yang maseh kecik (keciklah jugak) kat rumah. Terlalu mencabar nak besarkan remaja skarang ye. Oleh itu, marilah kita sama2 beringat sebelum kena. Jaga diri, jaga iman , peace (",)v

No comments:

Post a Comment