Monday, July 26, 2010

Pungguk Rindukan Bulan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Apabila berjauhan, manusia cenderung untuk merindu. Bila tarikh untuk bertemu semakin hampir, hati manusia akan berdebar2 dan berdetap detup tanpa amaran. Bagaikan pungguk merindukan bulan mengambang. Cuma sekali sebulan melepas rindu.

Ade sebuah kisah. Tentang seorang isteri yang setia. Name-nye Esah. Duduknya nun di hujung kampung. Suaminya enjin-nia. Kerja di pelantar minyak di tengah laut. Pulangnya cuma sekali sekala.

Bila suami ber-skype memaklumkan untuk pulang lebih kurang 2 minggu lagi, Esah mula terkekek gembira tapi kalut super. Terfikir baru sudah mengumpat dengan Jenab semasa membeli ikan dengan pakcik motor ikan pagi tadi. Teringat pesan sang suami jangan suka mengumpat. Alamak! Terase bersalah, dan redi2 menulis surat mintak mahap, supaya bila suami pulang takdelah terase kekok dan tergagap2 mahu mintak mahap. Tulisnya, "Esah mintak mahap bang. Ampunkan Esah ye bang, Esah taubat!(1) Esah janji, lain kali Esah tak buat lagi..".

Sebelum suami sampai ke rumah juga, habis surat cinta suami Esah 7-8 tahun lepas dikorek keluar dari tempayan beras. Dibaca semula dalam samar-samar pelita ayam. Nak amik feel orang kate. Supaya bila suami pulang, maseh romantic seperti mula2 kawen. Sampai part2 manja, Esah senyum terkikih-kikih kesorangan, sampai part2 sedeh, Esah menangis, begitulah Esah. Sangat menghayati surat2 cintanya!(2)

Kadang-kadang Esah tak puas hati. Kate Esah, dia nak dengar orang bacakan(3) surat cinta tu untuknya. Kate Esah lagi, kalo dia baca sendiri, dia rase macam pitching lari. Jadi kadang2, Esah panggil adik perempuan kesayangan Esah tolong bacekan untuk Esah. Biasanya Esah bertenggek di tangga dapur bila adik Esah bacakan untuknya. Esah senyum panjang.. sampai telinga. Kadang-kadang Esah bergilir2 dengan adiknya membaca(4) surat cinta suaminya itu. Maklum-lah surat cinta suami Esah panjang2..




Surat cinta suami Esah penuh bermakna untuk Esah. Penuh nasehat. Kadang2 suami Esah tegur Esah melalui suratnya. Misalnya, suami Esah tahu Esah suka ber-gossip. Maka suami Esah pernah hantarkan surat tazkirah tentang balasan untuk orang mengumpat pada Esah. Kadang2, suami Esah juga suka puji sikap Esah suka senyum. Suami Esah kate, senyum itu sedekah. Esah terima dengan lapang dada semua teguran dan pujian suami Esah. Esah tahu, dalam banyak2 orang, suami Esah lah yang paling kenal Esah. Esah cuba berubah menjadi lebih baik(5).

Setelah berkali-kali membaca surat cinta suaminya, Esah bergegas mencapai parang atas para dapur. Anak tangga dapur yang cuma 2 papan Esah langkah senang. Berkokok ayam melarikan diri bila Esah terjun manja dari tangga dapurnya itu. Esah tahu suaminya suka makan buah salak. Esah ke belakang rumah, meninjau2 salak yang masak ranum yang ditanamnya. "Banyak salak ni..", kate Esah. Suami Esah juga tak suka membazir. Oleh kerana salak Esah berlebih-lebihan, Esah isi salak-salak tu dalam guni beras dan disandarkan pada tangga dapur. Nanti bila adik Esah melintas rumah Esah untuk ke masjid, Esah akan suruh adik-nya sedekahkan(6) pada orang masjid.

Bile bersedekah, Esah akan teringat duit simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB) nya sudah cukup setahun. Tak pernah terusik duit tu. Suami Esah tak bagi Esah sentuh duit-nya itu. Kate suami Esah, suami Esah masih mampu memberi nafkah pada Esah. Duit Esah, Esah simpanlah, untuk kegunaan pada masa depan. Kate suami Esah, malang tak berbau. Esah sedar, dia wajib memberi zakat. Esah meraba-raba mesin kira dalam laci meja di bilik bacaan suaminya. Mesin kira itu pun sekali setahun lah bersentuh. Nasib baik masih elok. Setelah didarabkan dengan 2.5% duit simpanan-nya itu, Esah memanggil Adli, adik lelakinya. Esah suruh Adli memberi sejumlah wang zakat(7) pada Pak Pa di kampung seberang. Keluarga Pak Pa keluarga miskin, tambah pula Pak Pa sekeluarga baru memeluk Islam tahun lepas. Sebelum ni nama Pak Pa, Jupha Sephet. Pak Pa orang Siam, berasal dari Chiang Mai. Berhijrah ke Malaysia. Esah suka dengan anak-anak Pak Pa, semuanya pandai2 belajar.

Masa berlalu begitu lambat bagi Esah. Suami Esah kate, kalo Esah tak mahu penat menunggu, Esah buatlah perkara2 yang baik dan mendatangkan faedah. Suami Esah tak kesah kalo Esah ajak jiran2 perempuannya datang ke rumah. Suami Esah juga suke kalo Esah anjurkan buka puasa sunat beramai2(8). Cuma suami Esah tak suka, kalo Esah rapat dengan Jenab. Jenab suka mengkhabarkan berita yang tidak perlu pasal orang lain pada Esah. Suami Esah suruh Esah nasehatkan Jenab supaya berubah. Kadang2 Esah bagitahu, tapi kadang2 Jenab melenting tak mahu cakap lagi dengan Esah. "Takpelah, lame2 nanti Jenab akan insaf, insyaALLAH," kate suami Esah bila Esah mengadu.


Begitu sekali Esah bersiap, menyambut kepulangan suaminya. Hamba pun bercita-cita nak bersiap macam tu lah. Kekasih hati hamba dah tak lama sangat dah nak kembali pada hamba. Oh ye, hamba lupa, hamba tak kenalkan lagi kekasih hamba kat tuan hamba sume, ye?
Hehehe



Nama-nya Ramadhan! Kekasih tuan hamba jugak kan?! Tuan hamba, bile lagi? *wink

Glossari (Maksud sebenar-benarnya yang hamba cuba sampaikan-via-number):

(1) bertaubat, dan tidak mengulangi perlakuan yang tidak sepatutnya sebagai persediaan menghadapi puasa yang sebenar-benarnya.

(2), (3) & (4) menghayati bacaan Al-Quran, dengan membaca, memahami maksud dan bertadarus

(5) refleksi diri menerusi Al-Quran. Sedarlah kesalahan atau pun perkara maksiat yang telah kita lakukan. Ambillah pengajaran dari Al-Quran. Laksanakanlah perintah yang ALLAH sampaikan melalui ayat-ayatnya.

(6) & (7) bersedekah dan menunaikan zakat

(8) berpuasa sunat dan iftar beramai-ramai

(entri di atas hamba karang bersandarkan isi-isi tazkirah drpd yang berbahagia Sheikh Rafat, Masjid Al-Huda, Dunedin New Zealand, bertajuk 'How to Prepare Oneself for Ramadhan' . JZKK.)


Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan

Wednesday, July 21, 2010

Antara Daku dan Unta

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Kita ~ manusia adalah sebaik2 ciptaan yang diciptakan ALLAH.

Namun, seandainya tuan hamba merasa tuan hamba besar, ingatlah sebenarnya saiz gajah lagi besar.

Atau jika tuan hamba rase tuan hamba hebat, kerana tuan hamba kuat makan, sebenarnya ada lagi yang boleh makan lebih banyak, perut lembu lebih besar dari tuan hamba. Tak percaya? Ruang perut lembu ada 4 bahagian; (rumen, retikulum, omasum dan abomasum~Biologi SPM).

Atau jika tuan hamba merase bangga kerana tuan hamba berani, Tiada orang berani sound tuan hamba. Dan tuan hamba tahu bahawasanya orang lain sume perit telinga dan kecut perut kalo tuan hamba buka mulut fire orang balik, ketahuilah yang lebih sesuai dan patut bangga kerana berani adalah singa dan harimau sinun. Tuan hamba cuba lawan mulut tengok, ada berani?

Atau tuan hamba juga bangga, dan mewar-warkan pada dunia, tuan hamba ini tahan lasak, boleh buat ape saja, dengan lancar walaupun pertama kali. Cuba tuan hamba lumba walkathon dengan unta di padang pasir, tengok, sape lebih lasak, tuan hamba ke unta?




Atau tuan hamba rase tuan hamba cantik? Bulu mata tuan hamba lebat dan berat? Lentik dan tahan lebih lama? Atau aksesori2 tuan hamba sumenye jenama2 yang tiada tolok bandingnya? Oh tuan hamba, tuan hamba tak rase ke itu sume palsu? Tuan hamba tengok merak ek, duk dalam hutan jer, takde sambung2 rambut segala bagai, malah tiada aksesori pun. Tapi ape yg merak buat, libas ekor skit jek, manusia dah nganga, sbb cantik sangat. Jadi ratu chantek patut bagi kat merak, bukan pada tuan hamba. Dan apetah lagi la hamba, hehe




Tapi tuan hamba, tuan hamba memang hebat! Sebab tuan hamba ada ilmu, pergi sekolah, dan jadi orang berjaya. So, sape bagi ilmu kat tuan hamba???



"...ALLAH mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan..." (Surah Al-Mujadilah, 11)



"Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH" (Surah Shaad ,26)








Tuesday, July 13, 2010

Kassim betul-betul Selamat


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Tuan hamba,

Tuan hamba dan hamba pernah remaja. Malah tuan hamba mungkin maseh lagi remaja. Hamba? Oh, hamba juga masih remaja. Walaupun remaja hamba sudah mencecah senja. Hehe. Yang penting hati, bukan?

Orang kate, mase remaja itu indah. Mungkin paling indah dalam hayat dunia. Barangkali kalo dilukis graf kehidupan, agaknya titik remaja adalah titik plot yang paling tinggi, kot?

Setiap orang punya kisah manis, masam tapi lebih manis, atau manis2 belaka mase remaja. Salah satu sebab utama, kerana mase remaja lah saham tengah tinggi. Mase remaja lah junior2 mencari senior2 untuk pinjam buku, atau pinjam hati! Dan mase remaja juga-lah senior2 memasang umpan ikan getah (palsu), lalu melepaskan joran ke dalam sungai yang jernih.

Bila usia menginjak tua, usahkan umpan palsu, pakai umpan cacing pun belum tentu laku. Sebab-nya sungai dah keruh. Ikan2 tak nampak. Dan-dan, tertangkap buaya. Alamak, same2 pemangsa. Rasekan, hehe

Justeru, kepada pemangsa-pemangsa dan mangsa-mangsa serta bakal2 mangsa di luar sana, hidup di dunia tidak-lah se-indah yang di-impikan. Sebab 1 hari nanti, kita semua akan mati. Kita semua akan berkedut 5, 10, 100 dan satu saat berkedut 1000. Belek2 sikit ujung mata tuan hamba, berapa garis suda ada?


Kenapa hamba bicara soal ini? Oh, sebab hamba sedeh duk tengok remaja-remaja di tepi jalan. Bersiul2 mencari pasangan. Tuan hamba pikirlah sendiri, kalo lah pasangan hidup tuan hamba di-peroleh dengan cara bersiul, ape beza -nya pasangan hidup tuan hamba dengan burung pipit? Atau burung ketitir, atau kelicap? Kalo semudah itu mencari cinta, ape susah? Berchenta saje dengan pipit2 yang hinggap di tepi rumah. Kalo rumah tuan hamba takde burung2 hinggap, rumah hamba banyak burung sesat.






Duhai pemuda remaja, kalo sonang sangat memikat si buah hati, SMS 2-3 kali dah cair, belanja 2-3 kali dah lentok. Pikir semula, tuan hamba sorang je ke yg bleh belanja makan? Atau tuan hamba sorang je ke ade hset nak SMS si dia yang tuan hamba angau-kan itu? Aiseh bahaye tu.


Pemudi remaji pula. Alahai sonang la pulak jatuh hati ye. Kutip2. Kutip balik sebelum kene kuman! Macam tu je bleh jatuh hati? Kalo dulu kala, zaman ISLAM sebagai cara hidup, dan MAKSIAT bukan KEBIASAAN seperti sekarang, seorang anak dara akan jatuh hati pada alunan azan. Pada alunan bacaan Quran. Ataupun hujah2 dalam berdakwah. Yang tuan hamba jatuh hati dengan tu, maseh ingatkah membaca Iqra'?



"Tapi, dia bijak.. dia keje besar, hidup terjamin. Yang paling penting, dia bukan Kassim Selamat! Mak ayah pun mesti suka kalo couple dengan dia".


Jadi, kalo dio engineer, jadi apa? Jadi kenapa? Apa gunanya kalo dia tidak ingat ape beza rukuk dan sujud? Dia ingat dia engineer dia boleh ubah termometer di neraka?


Atau kalo dia majistret, so what? Jadi, kenapa? Apa, dia ingat dia majistret, dia boleh lepas dari tindakan undang2 ALLAH di akhirat, kalo dia bukan mukmin sebenar?

Atau kalo dia doktor, jadi? Apa dia ingat dia doktor, dia boleh cari penawar dan berhati2 dalam diet dan cara hidup sampai takkan mati sampai bila2?


Atau kalo dia pensyarah? Apa, dia fikir dia boleh siapkan skema jawapan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir? Kalo dia bukan muslim yang taat?


Pokok pangkal-nya semua akan kembali ke jalan yang sama. Kerana masih remaja lah kene berhati2. Kene jaga diri dan kehormatan. Bertegas dengan nafsu. Dari mase sekarang lah, ehem, ye sekarang lah kena tetapkan matlamat untuk jadi penghuni syurga dulu, sebelum bercita-cita selainnya. Cinta untuk menemui ALLAH, akan memandu kita memilih cita2 yang terbaik di dunia. Yang insyaALLAH membawa bahagia dari sini hingga ke sana..




Mari perbaharui syahadah. Mari mula dengan cita2 yang baru! Bukan hamba suruh melupakan akademik dan pelajaran, atau ekonomi, itu-kan perintah ALLAH yang telah termaktub, agar manusia berusaha duniawi dan ukhrawi! Caiyok!

Oh ye, jangan bimbang tentang jodoh, ALLAH telah tetapkan sejak azali, cuma mungkin masih bertapa di gua yang jauh. Bukan ape, kalo asyik memancing, takut dapat belut, licin liat, susah nak control. Atau dapat sotong, lentok sana, melekat sini, panas nanti, tak aman.. Kalo asyik bersiul, dapat yang bersayap, cenderung terbang ke sana sini.

Jadilah manusia yang punya agama dan tatasusila, baru dapat bidadari dua dunia! InsyaALLAH




"..Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.." (At-Talaq, 2-3)


Sunday, July 4, 2010

Sekolah Ahad

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,





Comel betul anak-anak bawah 10 tahun di atas. 10 ke atas, walaupun seorang anak, tapi tidak di-kira comel! (tau dah, sebelum orang lain cakap, baik cakap sendiri, hihi)


Pertama sekali, terima kaseh teacher Afila dan teacher Mastura, atas ke-izinan men-joinkan diri sebagai 'pembantu pra-sekolah ahad', di Al-Huda Mosque, pagi tadi. Pengalaman yang sangat menarik, sementelah telah lama tidak menyegar-kan minda dengan kerenah anak2 kecil, kerana di-sibukkan dengan tugasan makmal yang bertimbun. Sementelah lagi, tidak punya anak sendiri, dan segan mahu menganggu anak orang, uish cuit sikit! (Lama jugak tak ketemu bofpren cilik, si Amzar, chik-zam bizi, huhu)


Tengoklah gaya masing2, sume gaya ade, suparman, human spider dan macam2 lagi-lah. Bingit pagi hari di masjid, dengan kerenah hero2 dan heroin yg datang ke masjid lebih untuk ber-sosial, drpd baca Iqra'. Haish nakal, tapi comel!


Paling bermakna dan menyayat hati, mengasuh dan mengajar anak Autism...


Sedang yang lain bingit ber-cerita, tiba2 melangkah masuk seorang anak kecil. Kurus orangnya. Jari telunjuk digigit kemas. Mata bundar-nya cerah memandang teacher yang sedang mengatur kata. Langkah di atur lagi, dekat, semakin dekat. Seorang sister memanggil rapat. Bahu-nya disentuh. Digenggam erat, agar dia tidak takut dan malu untuk duduk bersama, kerana lewat.


"What's your name?" Sister tadi mula bicara. Rambut perang dan panjang-nya diusap lembut. Dia masih takut-takut. Sister tadi mengatur senyum. Bahunya dipeluk lembut. Lalu anak comel itu menjawab selesa. Diduduk-kan di depan meja kecil. Lalu Iqra' dibuka.


Sedang menyebut ra, ja, dan sa. Tiba2 dia kaget. Jari telunjuk yang halus di tuding ke siling. Sister tadi juga kaget. Tertanya-tanya. Terpinga-pinga.


"What is that?" Tanya si kecil menuding ke lampu. Sister menjawab, lampu. Bahu kecil dipegang, didudukkan semula, kerana kaki kecil mula berdiri untuk melangkah ke mana-mana.


Si kecil yang comel duduk lagi. Mata bulat yang bersinar di hadap ke Iqra' semula. Ra, kata-nya. Tiba -tiba dia bangun, mata-nya menghala ke whiteboard, dan dia bertanya lagi, "what is that?"


Hati sister gundah gulana. Kenapa anak ini? Tidak selesa kah dia. Teacher mula berbisik lembut, "anak austism, " katanya.


"Oh.." ujar sister di dalam hati. Si kecil yang comel dipeluk bahu-nya lagi. Didudukkan semula. Ra, sa, ja, ha. Aturnya lagi. Dan kemudian dia bertanya lagi, "apa ini?" dan "apa itu?" . Tabah sungguh ibunda anak comel ini. Sungguh sabar menghadapi kerenahnya. Sungguh, mengasuhnya memberi pengalaman yang amat berharga. Terima kasih duhai si kecil, kerana dengannya, sang sister belajar sabar itu apa.


Lunch hour belum tiba. Tapi sambil2 membaca Iqra', epal merahnya dibawa keluar. Dia mengunyah dalam2, dan panjang2. Sister memandang sambil tersenyum. Tiba mase sister mengajar yang lain pula. Tapi si comel bagaimana? Di sisi si sister dia berteleku. Kekadang dia pergi memanjat kerusi. Dipadamnya semua tulisan di whiteboard masjid. Habis sudah ayat hafazan brothers minggu ini agaknya. Maaf, sister lupa memandang si comel, sedar2 tangan sister di tarik ke whiteboard, untuk melihat si comel melukis.


Bila sister mahu pulang, sister mencari si comel itu. Dia hilang. Entah kemana2 semasa sister sembahyang. Tiba2 sister merase sayu, melihat si comel tekun menconteng kertas di sudut masjid. Sendiri.


Pada si comel, sister katekan selamat tinggal. Entah bila akan berjumpa semula. Si comel memandang sister dalam. Mata-nya tidak berkelip. Tapi cuma sebentar. Kerana kertas contengan-nya lebih penting dari sang sister. Si comel cuma kate, "bye..".


Perjalanan pulang sang sister tidak kosong, kerana si comel ade dalam benak fikiran-nya. Sang sister tahu, dia sudah jatuh cinta.. Siapa kata, anak autism tak istimewa?