Thursday, September 16, 2010

Tanda Tanda Penuaan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Seperti tajuk, begitulah isinya. Hamba kian sedar akan beberapa dan mungkin lebih dari beberapa tanda penuaan telah menyerang hamba.

Sekian lama, hamba memang obses dengan warna coklat. Boleh dikatakan, pakaian harian hamba ialah uniform coklat. Berkemungkinan besar tuan hamba yang pernah melihat hamba akan mengatakan bahawa hamba sering memakai baju yang sama, akan tetapi tuan hamba, telahan itu tidak tepat!
Sumber: http://nabil-n-business.blogspot.com

Sempena musim raye, hamba kian sedar, selama ini jika ibunda hamba yang memilih warna baju raye, biasanya ibunda hamba akan melarikan warna coklat dan hitam dari baju raya hamba. Warna pilihan ibunda hamba untuk anakanda nya ini biasanya merah, pink, hijau pucuk pisang dan pelbagai lagi warna-warni pelangi yang bisa menyilaukan. Tidak terkecuali koleksi baju-baju warna pelangi yang hamba cuma pakai di hadapan ibunda hamba sahaja. Hehe

Beberapa tahun yang lalu, biasanya hamba akan pulang ke kampung untuk beraya seminggu lebih awal. Hamba akan pulang dengan semangat berkobar2. Akan tetapi sengihan hamba tidak akan mencecah telinga sebaik melihat warna pilihan ibunda hamba yang terpateri lengkap di baju raya hamba. Ibunda hamba kate, "kakngah ni macam orang tua...".

Dulu hamba terfikir jugak, kenapa la ibunda hamba suka cakap macam tu pada hamba. Sebab hamba sensitip kah? Atau mungkin sebab hamba suka merajuk-kah?

Bila matahari pudar warna, dan bila senja menjelang tiba, barulah hamba faham, koleksi pemikiran hamba itu menjurus kepada 1 perkara, iaitu tanda-tanda penuaan!

Tanda-tanda penuaan itu pula akan menjurus kepada 1 perkara utama! MATI!!!

Oleh kerana itu, jika hamba pergi dulu, maka-nya hamba wasiatkan kepada tuan hamba sekalian, kemaafan yang tidak terhingga dari hujung rambut hingga hujung kaki..Juga halalkan lah makan minum dan sekiranya ada hutang piutang hamba yang masih belum langsai, sila hubungi keluarga hamba ye!

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)


Ya ALLAH, tanda2 penuaan ini makin muncul bila hamba sering terfikir baju warna apa yang akan dipakai untuk pergi beraya. Banyak bona jemputan hari demi hari, dan minggu demi minggu. Tak tertanggung dek almari baju yang kian luas rongganya. Di balik kelazatan rendang dan kuah kari, moga kita semua sentiasa mengingati mati.

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
( Hadith riwayat al-Tirmidhi)





No comments:

Post a Comment