Saturday, November 20, 2010

...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Lumrah manusia mempunyai emosi. Lumrah manusia ingin berkawan. Lumrah manusia berkecil hati. Lumrah manusia merasa sedih. Lumrah manusia...


Kerana hamba adalah manusia, manusia biasa. Punya perasaan...


Pernah suatu ketika hamba dalam keadaan lupa diri memohon agar hati hamba tidak serapuh ini. Kerana ia ternyata amat sakit bila dilukai. Amat sakit bila ditikam. Amat sakit bila diberi alasan demi alasan. Amat sakit bila dipinggirkan. Amat sakit bila tidak dihargai.


Dengan hati yang masih rapuh, hamba terus memburu sahabat. Ke luar komuniti yang menjarakkan hamba. Namun ternyata mencari seorang sahabat itu susah. Teman bergelak ketawa berlambak2 di tengah kota. Namun teman menangis tiada di sisi. Setiap kali bila mendengar angin berbisik di cuping telinga, hamba risau. Bimbang. Seandainya hamba akan terus berbicara dengan angin. Hamba cari. Dan terus mencari. Seorang sahabat untuk menggantikan angin itu. Barang kali coz im no fun to be with..


Tiap kali hamba merase kurang kenangan di Dunedin ini, hamba membuka album rakan-rakan senegara. Nyata mereka gembira. Syukur buat mereka. Kek yang cantik. Muffin yang lazat. Dan nama-nama yang indah. Barang kali coz im no fun to be with...


Dan setiap kali hamba dengar angin juga sudah berlalu pergi, hamba terase takut. Dingin, kelam dan sunyi. Alangkah indahnya jika ada yang berbicara di sini. Maka hamba menjemput, terus menjemput. Namun rumah hamba bukanlah mesra pengguna. Bukitnya yang tinggi membantutkan sesiapa sahaja, walau cuma untuk sebulan sekali. Tidak seringan kaki berkilometer bersama yang lain. Barang kali coz im no fun to be with...


Tidak mengapalah, hamba menjemput pelakon2 TV menghiburkan hamba saban hari...Tapi mereka juga menjauhkan diri...Barang kali coz im no fun to be with...


Hamba sangat gembira bila ade majlis dianjurkan, dan pastinya gembra jika hamba dijemput. Di situ, hamba gembira berjumpa manusia lain..Namun kekadang hamba pasrah bila tiada yang ingin menemani, maka berlalu sudah majlis terakhir di bumi Dunedin, yang tidak hamba hadiri...Barang kali coz im no fun to be with..



Beberapa waktu yang lalu hati hamba terase keras. Sangat keras. Hamba sedih, sedih kerana tidak merase sedih untuk meninggalkan hamba-hambaNYA di bumi Dunedin. Lalu hamba yang sering lalai dari bersyukur memohon agar hati hamba dilembutkan kembali. Kerana hamba kasih pada mereka -mereka ini...


Lalu ALLAH mengabulkan doa hamba. Kesannya, mata hamba terase panas. Panas kerana hati memaksa air mata berlari dari takungannya. Apa yang harus hamba doakan sekarang.. Ya ALLAH, berikanlah hamba seorang teman, teman yang benar2 teman. Teman yang tabah, yang tidak sekali-kali merase terbeban dengan kerenah ku yang macam-macam..Barang kali i am no fun to be with...
Sekali-kali pengakhiran seperti ini tidak tertulis di dalam perancanganku...kerana DIA yang lebih mengetahui... Alhamdulillah di atas sahabat2 di sekelilingku ini, terima kasih atas pengorbanan kalian. Maaf atas tulisan ini. Maaf atas emosi sendiri.. luv!

1 comment:

  1. salam

    kak azam!! awat gitu kak azam :( dunedin sunyi ye? fila sempat jumpa akak tak ye, tahun depan? fila sampai 21 janury, insyaAllah :)

    ReplyDelete