Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Tidak berapa lama lagi hamba akan menjejak kaki "balik utk baik" ke Malaysia. Maka tinggalllah Dunedin terchenta.
Semalam, hamba melangkah malas2 ke Dunia Baru a.k.a New World, ala2 The Store Kota Bharu gitu, malah kecik lagi dari The Store, membeli beberapa barang. Sepanjang perjalanan, selain udara yang berhembus sepoi2 bahasa, tidak kelihatan sebuah kereta pun yang melintas hamba. Apatah lagi untuk melihat skuter. Sunyi sungguh bumi Dunedin.
Kecuali di kejauhan hamba melihat 2 lembaga hitam bertuan, bulu2nya menutupi sepasang mata menawan. Mencecah, menggelikan hidung yang tajam dan berbakat penyiasatan. Terus hamba melintas ke seberang sana. Berjalan sambil memerhatikan 2 gereja berjiran tapi fokus untuk 2 anutan berbeda. Gereja untuk saintis kristian, dan gereja untuk saintis bukan kristian.
Nun, selepas traffic light, sebuah gereja lagi muncul di depan mata, gereja yang ini untuk komuniti. Banyak sungguh!
Hamba terus berjalan. Jam 6.15 ptg, semua kedai kelihatan suram. Pekerja sudah pulang bersama keluarga. Melihat melalui cermin yang besar, lampu kecil dalam kedai pun belum kelihatan, kerana siang masih jauh untuk mengundur diri. Sedang manusia kalut bersembunyi di sarang.
Demikian setiap musim panas menjelang. Sunyi. Tapi kali ini sunyi hamba takkan lama. Kerana sunyi Dunedin akan ditambah dengan pemergian hamba. Pemergian barangkali untuk selama2nya dari bumi bertuah Dunedin, barangkali selamanya jugak dari bumi bertuah New Zealand.
Mungkin hamba sahaja yang terase sepinya ditinggalkan. Mungkin kehilangan hamba "pulang untuk baik" tidak mendatangkan kesan, owh tidak mengapalah.
Selamat tinggal Dunedin, maka pengiraan pun bermula!
No comments:
Post a Comment