Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Terlebih dahulu, salam aidil adha buat semua. Maaf zahir batin hamba pohonkan. Camne sambutan raye haji? Harap2 sumenya okay la ye :)





Teringat sambutan di negeri Kelantan terchenta. Sambutan raya haji biasanya meriah jugak, same lah lebih kurang dengan sambutan aidilfitri. Esepeseli kalo ade ahli keluarga yang berkorban daging, maka pada ketika itu, ahli keluarga yang lain pun berkobar jugaklah ber-korban wang ringgit menanggung duit minyak yg makin naik untuk balik kampung.


Yang bestnye bukan ape, bila ada lembu yang tumbang, maka tenaga kerja nya ramai. Beza dengan membeli daging di kedai dan bawa balik untuk dimasak, di pagi raya, daripada proses menambat lembu terpilih dan teristimewa hinggalah ke proses menghiris daging dapat disaksikan secara "live". Jadi kepada ibubapa sekalian tuan hamba dinasehatkan bawaklah anak2 tuan hamba pulang beraya aidil adha di kampung. Selain jimat tak perlu melanggan siaran National Geographic Astro, tuan hamba boleh mengajar anak2 erti pengorbanan secara visual!


Hamba bukan ape, hamba dengar2 cerita dari kawan2 warganegeri selain Kelantan Terengganu bahwasanya raya haji di negeri masing2 tidaklah semeriah mana. Cerita seperti itu mencetuskan ingatan hamba pada 'rakan-makmal' muslim hamba yang terkejut bila hamba mengucapkan "Eid Mubarak" kepadanya. Dia lupa ade perayaan lain selain aidilfitri, dan apatah lagi terkejut perayaan itu adalah pada hari esoknya.

Aiseyman, kalo orang Malaysia pun ada yang lupa, samalah tuan hamba yang lupe itu dengan 'rakan makmal' hamba orang New Zealanders ni! Ececeh, kiwi-la tuan hamba kalo macam tu ye? hehehe


Walaupun kami beraya dalam 'kedaifan', tatapi kami tatap meraikannya. Di sebalik kekelaman diri sendiri yang mabuk dihanyut baju warna terang dengan tudung yang sama rona, hamba akhirnya tumbang di rumah, mengadap kerja yang tarbangkalai sesudah menunaikan solat sunat aidil adha. Kepada kakanda hamba ter-chenta, baju n tudung ni kita anta muzium nak?


Tiada hidangan sate goreng di pagi raya, kerana chef sate sedang berkoferensi di USA dengan tekunnya, tiada juga nasi impit dan rendang ataupun nasi kerabu atau lain-lainnya, kerana chef2 berkenaan termasuk diri sendiri sedang perasan sibuk bekerja dan ada antara kami sudah pulang ke pangkuan keluarga (yang perasan tu hamba, yang lain benar2 sibuk!)


Hallway dipandang sepi, dapur kelihatan kelam. Tapi tak mengapa, kerana itu namanya pengorbanan! Selamat memandu semua, hati2 di jalan. Bagi yang sudah ditimpa malang, banyakkan bersabar dengan ujian, ingat kalo dah jatuh- tangga boleh timpa bila2 masa pula, jangan serik untuk berhati2 ye!



“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”
(Surah al-Maidah, ayat 27)






No comments:

Post a Comment