Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dkasihi sekalian,
Pernahkah tuan hamba melihat seseorang lantas mengklasifikasikan dia sebagai seorang yang "comel"?
Lalu tuan hamba pun cuba mendekatinya. Selangkah demi selangkah step yang tuan hamba adakan. Pelbagai carian di google juga tuan hamba taip, demi untuk mencari resepi memikat seorang yang comel di mata tuan hamba itu?
Lalu pada suatu hari, tuan hamba terserempak dia bersama kawan2nya, 'membantu' merempit di kapcai seorang yang kurang glamor dalam dunia kebajikan masyarakat. Lalu adakah dia masih comel di situ?
Atau tuan hamba melihat dia sedang 'mengeteh' di sebuah kedai minuman coklat sambil mempamerkan gulungan2 asap dan kepulan berbentuk artistik bak asap LIMA di Langkawi yang baru lepas minggu2 nan lalu? Comelkah?
Atau ketika tuan hamba terlihat rakan tuan hamba 'membluetoothkan' aksi hujung minggu nye bersama teman sepermainannya di sebuah kelab yang mana dia tidak pun terlibat minum dan sebagainya, cuma hadir semata2? Comel lagi kah?
Pokok pangkalnya comel itu bukan terletak pada wajah, atau tata rias nya. Tapi comel itu pada hati dan karakternya.
Comel itu boleh terletak pada seorang yang matang dalam membuat keputusan, tetapi malu untuk mempamerkan gaya matangnya. Comel itu juga terletak pada seorang yang pendiam dan pemalu tetapi tegas dalam menentukan batasan maksiat dalam hidupnya. Comel boleh jadi juga pd manusia yang hingar bingar dan meluas pergaulannya, tetapi dia meletakkan tebing sebelum hanyut jauh dalam kejayaan sosialnya. Dan comel boleh digunapakai untuk seorang yang merasakan dirinya sangat kurang ilmu, maka dia tidak bercakap besar malahan sentiasa mencari dan menambahbaik kelemahannya. Orang miskin yang tidak meminta-minta juga pada hakikatnya adalah sangat comel kerana bertungkus lumus berdikari walaupun sedar dirinya tidak mampu. Dia dan manusia lain adalah sangat comel kerana pandai mengekang nafsu. Seorang manusia kaya juga kelihatan sangat comel ketika menghulurkan sedekah sambil main sorok-sorok. Dan seorang yang berkerjaya dan berjaya dalam dunia mengorek harta dunianya juga amatlah comel bila melangkah kaki ke masjid setiap kali azan dialunkan. Begitu juga, definisi comel bagi hamba diteruskan bagi kondisi tertentu seperti seorang lelaki yang tidak ber-uang dan harta melamar seorang wanita dengan kejujuran dan keikhlasannya. Comel sangat dia di situ kerana tidak meletakkan wanita itu dalam 'dunia' dirinya, tetapi lebih meletakkan wanita itu sebagai pendorong 'akhirat'nya. Comel juga seorang wanita yang sanggup bersusah2 bersama dan tidak meletakkan mahar yang tinggi kerana cinta seorang lelaki miskin yang baik hati. Kalaulah ada orang seperti itu, hamba berani kata mereka sungguh comel!
Definisi comel itu luas dan boleh diperluaskan.Terpulang pada tuan hamba untuk setuju atau tidak dengan pandangan hamba. smentelah pandangan hamba ini adalah pandangan seorang yang rabun jauh tahap ultraman (erk, ultraman rabun ke?) hihi
Mencari yang comel untuk dijadikan teman hidup bukan bermakna mencari seseorang yang berwajah keanak-anakan, atau yang merengek seperti bayi hauskan susu, tetapi carilah comel yang lebih hakiki iaitu yg mempamerkan akhlak yang comel. Sebab akhlak yang comel pasti takkan luntur dek pameran wajah yang menggerutu. Percaya atau tidak, jerawat batu pada seluruh wajah seseorang yang berhati bersih, mampu menjadi penyeri pada dirinya. Sedangkan seseorang yang berhati kotor, biar sehalus mulus mana pon wajahnya, namun ketidakcomelan terserlah dan mengkusamkan hidupnya.
Jum cuba comel sama2 o_O,
No comments:
Post a Comment