Wednesday, February 24, 2010

Plan $5

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,




Sedang hamba berjalan2 ke sekolah hari ini, tetiba hamba terpandang sebuah kertas iklan yang tertampal di tiang elektrik di sepanjang jalan.

Iklan murah yang hebat. Sesape tengok mesti teruja.

$5 .

Hamba pun mendekat , nak jugak tengok apekah promosi se-murah itu. Harga kopi saiz besar dekat Albany Cafe dalam Union Building pun dah $4.50. Naik taxi balik rumah yang tak sampai 3 minit perjalanan ber-kereta pun cecah $7 , ini pulak iklan $5 kan!



Bile kaki hamba merapat ke tiang ter-sebut, dan mata hamba mula mengecik, rupa2nya iklan hotel. $5 from 9 pm. Tonight only. Apekah?!!

Jangan ade yang nak pergi plak malam ni. Hamba bukan nak tolong hotel itu mem-promosi-kan hotel-nya. Hamba cuma nak kongsi, betapa senang-nye anak2 muda terdorong untuk melakukan kerosakan atas diri sendiri.

Harap2 Malaysia yang permai belum ade dan tak akan pernah ada iklan2 sebegini. Kalo-lah ade, ya ALLAH, risau-nye dengan muda-mudi yang akan melapis hamba dan rakan se-angkatan hamba yang bakal menjadi teras masyarakat ini.

Remaja-remaji kat sini dah-la suka mabuk2. Mentang2 kelas tak start lagi. Bila hamba balik skolah lebih kurang kul 8.30 pm, sebelum maghrib lagi, dah kelihatan ber-peleser-an dengan fesyen baju yang pelbagai ragam. Yang 2-3 hari ni fesyen zaman Rome klasik. Atau kalo kali pertama tengok, macam pakaian ihram pun ade.

Tup2 malam ni iklan hotel pulak dah. Kot2 la kan, takot mabuk nau, nak drive bahaya, so tido kat hotel b-dekatan je-lah malam ni. Macam tu je - kot niat hotel tersebut. Owh murni sungguh pemilik hotel itu ye. Kerana ingin mengurang-kan kadar kemalangan jalan raya. Husnuzon ;)

So, anak2 muda sekalian? Ape plan malam ni?



“Tidaklah akan bergeser kaki seorang hamba di Hari Kiamat kelak sehingga mereka ditanya empat perkara.Tentang Usianya untuk apa dihabiskan,tentang masa depan mudanya untuk apa dipergunakan,tentang harta dari mana dia dapat dan untuk apa dinafkahkan,dan tentang ilmu untuk apa diamalkan“



(HR Al-baihaqi dan selainnya dari hadis Muadz Bin Jabal.Hadis inijuga diriwaytkan oleh At-Tirmidzi dengan lafaz yang berbeza dari Abu Barzah Al-Aslami.Menurut beliau hadis ini tergolong Hassan Sahih(lihat Al-Muntaqa Min At-targhib wa Tarhib karangan Al_qaradhawi:1/131 no 85)
*dipetik dari http://www.yussamir.com



Tuesday, February 23, 2010

Semakin Ku Cuba Lari

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



Lain yang dicari, lain pulak yang ditemui. Semakin jauh berlari, semakin dekat pulak menghampiri.

Apekah?

Kalo masalah2 seperti ini tak lain dan tak bukan lah, masalah kerja dan kerjaya. Hari ini, buat pertama kali -nya rase bersemangat untuk pergi sampling. Semangat itu membuak2 hinggakan siap mimpi2 semalam - pasal- alat baru yang bakal digunakan pada pagi ini. Sesudah subuh terus tangan menaip email kepada sv, menyatakan idea yang mencurah2. Bukak saja emel, eseh rupanya sv dah hantar email dulu daa. Tanya pasal progress sampling.

Seb baik dah ade idea baru, selepas percubaan berkali2 sampling di sungai. Lalu laju je tangan menaip kan, takdan 10 minit, sv kate, manual je, pakai je alat asal. Arghh, sedikit hampa tapi tak mengapa. Sv siap cakap lagi, tak clear kenape hamba nak guna alat lain tu. Baiklah, nak wat camne, beliau sv ke, hamba sv? Beliau kan, turut je -lah. (akan hamba guna juga alat lain tersebut tanpa pengetahuan beliau, jeng jeng jeng).

Pagi tadi, sesudah membaca email beliau, kaki plak terus melangkah ke sekolah. Tapi siap shopping stationaries jap. heheh jap lah sangat. Sampai bilik sv, erk, mane sv ni? Kunci dah pulak biliknyer. Pusing kiri, alamak!

Alamak kuasa tiga-belas. Ya ALLAH, semoga ALLAH beri kekuatan, terlihat plak hamba ALLAH yang se-sekolah hamba - yang hamba pernah cerite suh carik-kan calon isteri utk dia tu. Semalam dah jumpa, pun dia tanya jugak.

Semalam memang wajib kene jumpa, sebabnye, hamba telah terkunci di dalam bilik stor, lupa nak bawak ID card, hehe, masuk boleh, keluar tak dapat, dan terpaksa memintak tolong beliau membukakan pintu. Sebab kalo di luar waktu pejabat, beliau saje-lah yang hamba yakin masih ade di lab. Naseb baik handphone bawak, kalo tidak, tido dalam stor la jawabnya.

Mata dah terkulat2, baru nak buat2 tak kenal, zalim skit, tapi erk tadak mood-lah nak cakap pasal progress pencarian isteri-nya buat mase ni. Pencarian spesies fauna pada batu lebih utama. Pusing kanan, alhamdulillah ternampak Beate, rakan se-sekolah dari germany yang sangat banyak menolong. Beate ni pulak ade hal nak di-diskas kan dengan hamba. Yes, hamba ter-selamat!

Owh segan-nye nak g sekolah. Sebab biase kalo g sekolah ni kene sembunyi2, takut terjumpa dengan orang yang tak sepatutnye. Aduyai..



Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”




Wednesday, February 17, 2010

Surat Untuk Suami


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Sedang menggodek2 blog sahabat2 dan meniti dari satu blog ke blog yang lain, hamba tersentuh dengan entri ini, surat untuk suami. Justeru, terus hamba kopi-dan-pasta-kan di sini untuk tatapan para pembaca sekalian. Moga2 beroleh iktibar.

Suami ku...

Maafkan diriku jika kata2ku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku. Cuma hati tertanya-tanya dan kadang2 timbul ragu2 terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yg dirimu sangat menyayangi diriku. Setiap pagi kau memberi kan kucupan di pipi dan kadang2 kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku.. Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjaga ku dan tidak sekali2 akan melukakan diriku. Apabila akad berlangsung, aku merasa sgt sedih kerana terpaksa berpisah dgn kedua ibu bapaku, tapi aku redha. Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yg kononnya mampu membimbingku menjadi isteri yg solehah.


Ingatkah dirimu, sewaktu aku meminta izin untuk bekerja, kau benarkan kerana mahu menyenangkan hatiku. Bila aku bersolek untuk keluar kau tidak menghalangku. Bila aku mahu bergaya, kau tidak menegur. Malah tiada langsung halangan darimu,melainkan kau memesan kepadaku "Jgn main2 mata dgn orang". Itu sahaja.



Kau begitu tersenyum bangga bila ada teman2mu memujiku. Malah kau turut menggalakkanku agarku lebih bergaya dan tidak mahu isterimu kelihatan ketinggalan dari segi berfesyen. Kau juga suka membawaku ke mana2. Kau tidak segan2 berkepit dengan ku sewaktu ke majlis2 keraian. Sebab kau bangga punya isteri seperti ku. Selain dikurniakan cantik, aku jua pandai menyesuaikan diri dgn sesiapa baik dari golongan atasan ke golongan biasa2. Kau benarkan aku berbual dan bergurau. Katamu aku seorang yg sempoi, senang di bawa. Sebab itu kau menyayangiku agaknya..

Bila hujung minggu, kau lebih suka membawaku dan anak2 ke pusat membeli belah, kadang kita berkaraoke bersama, bermain bowling dan sebagainya. Bila hujung tahun, kita akan bercuti keluar negara. Hidup kita penuh keseronokan dan kemewahan. Apa tidaknya, siang malam kita sibuk mencarinya sampaikan kita tidak punya masa untuk anak2 selalu. Semuanya kita serahkan kepada pembantu. Dikau pula seorang yang tidak cerewet. Apa saja yg kami minta kau segera menunaikannya. Kau jarang memarahi kami. Tiada undang2 dan garis panduan yg kau berikan kepada kami. Kami keluar masuk dari rumah tanpa ada batasnya.

Kau begitu taksub dengan cara orang barat dan beranggapan itu cara hidupmu dan keluargamu..kononnya itulah kemodenan. Kau jg tidak pernah mengajakku dan anak2 solat berjemaah sama2 di masjid mahupun di rumah. Kau juga tidak peduli kalau anak2 tidak belajar mengaji asalkan berjaya di sekolah. Kadang2 kami seperti dilupakan dgn agama asal kami. Kau tidak seperti suami orang lain yg selalu mengongkong isterinya. Sebab itu aku dan anak2 merasa enjoy disampingmu. Tapi kau sebenarnya telah merosakkan kami. Kau biarkan jiwa kami kosong tanpa makanan rohani. Kerana walaupun kita memiliki segalanya, hati kita tetap x gembira. Dan rasanya terlalu banyak pembohongan yg kita lakukan kepada masyarakat sekeliling kita. Kita berlagak seolah2 kita sangat bahagia tapi sebenarnya kita sudah menemui jalan buntu dalam kehidupan. Anak2 kita? Mana anak2 kita? Sungguh kita berdua memang bangga kerana anak2 kita berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negeri. Tapi sikap mereka tidak sopan terhadap kita orang tuanya. Hari2 mereka menghabiskan masa untuk enjoy..minum arak, disko, tanpa peduli hal2 lain.

Wahai suami..dengarlah..anak perempuan kita tidak pernah menutup auratnya. Dia juga bebas menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki diluar sana. Yang ku sedihkan, dia sedikitpun tidak merasa kesal. Kerana ini trend zaman moden katanya. Semua orang berfikiran terbuka. Memang dia anak yg benar2 mengikut jejakku iaitu ibunya. Ku ulangi ibunya. Malah agaknya lebih teruk lagi kita rosakkannya..




Aduhai suami..kenapa kau membiarkan hidupku dan anak2mu hancur? Kenapa wahai suami?Bukankah kau menyayangi kami? Atau itu cuma kata2 palsu darimu? Terus terang aku ingin memberitahumu betapa aku sangat siksa di sini. Seluruh tubuh ku sakit2. Setiap sendi anggotaku terasa begitu bisa menyucuk. Beberapa malam aku di sini terasakan begitu tersiksa. Di sini tempatnya begitu panas dan gelap. Sungguh, isterimu sudah tidak tahan di azab sebegini. Setiap hari aku menangis, meratap, merayu minta hidup kembali.


Tapi mana mungkin suamiku..mana mungkin. Kemana dirimu? Ke mana dirimu wahai suami?Mana doa mu? Mana doa anak2? Mereka tidak pandai berdoa , mereka tidak tahu. Tolonglah ajar mereka.. Aku lihat kau dan anak2 meratap hiba sewaktu jenazahku di usung ke kubur. Sungguh kamu berasa sedih atas pemergianku, tapi sampai hati kau membiarkan aku keseorangan di sini..tanpa sedikitpun peduli kepadaku.. kau kembali dgn aktiviti mu.


Dgn bisnes mu yg penuh dgn riba dan rasuah. Dan sememangnya duit haram itulah yg telah menjadi darah daging kita sekeluarga..termasuk orang2 tuaku. Sebab itu kita sukar peroleh hidayah. Sebab itu hidup kita jadi begini dan sangat jauh dari rahmatnya..


Aduhai suamiku, berbaloikah semua ini? Berbaloikah kita membeli dunia untuk akhirat? Kita cuma rasa senang sekejap tapi hakikatnya, kita akan menderita selama2nya di sini.kau tidak tahu betapa kurasakan panjangnya waktu di sini. Setiap hari kumohon agar disegerakan kiamat.. Tapi aku tidak bimbang kerana lambat laun kau juga akan menemaniku. Aku memang akan menyalahkan dirimu atas kecuaianmu. Memang aku akan menarikmu sama ke neraka Allah yang maha dasyat ini... Aku tidak larat menaggung sendiri dosa yg telah aku lakukan dan semua ini berpunca darimu..!!!!!


Wahai suami2..perhatikanlah isterimu. Adakah mereka sudah memenuhi ciri2 isteri dan ibu solehah? Jika tidak, segerakan membimbingnya, sebelum terlambat. Jika benar dirimu menyayangi mereka, janganlah biarkan mereka melakukan sesuatu sesuka hati. Bimbinglah mereka walaupun mereka marah dan benci denganmu. Kerana kau begitu menyayangi mereka. Kerana merekalah saham2 untukmu di akhirat..

"Harta benda dan anak adalah perhiasan hidup di dunia. Sedangkan amal soleh yang kekal lagi baik faedahnya itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (Al-Kahfi, 46)



Setinggi2 penghargaan untuk http://ekyanie.blogspot.com/2010/02/fwd-surat-untuk-suami-from-email.html#comment-form dan derprinz.blog.friendster.com, bilabilamasa.blogspot.com, melodiperjuangan.blogspot.com, www.kapanlagi.com/, aishiterugika.files.wordpress.com atas gambar2 nya ye ;)

Thursday, February 11, 2010

Family Day Sarjana Otago

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Selain daripada aktiviti2 yang telah hamba sebutkan di bawah, aktiviti pada minggu berikutnya ialah aktiviti sukaneka atau Family Day Sarjana Otago.




Terima kaseh buat semua yang memberi peluang untuk hamba menyertai sebagai juri dan tukang plan + tukang beli hadiah + tukang balut hadiah + tukang tulis markah etc. Walaupun kadar keterlibatan hamba cuma sama banyak dengan kadar keterlibatan Baby Amzar yang comel, tapi hamba tetap bersyukur kerana diberi peluang. Proses perancangan yang berlangsung di rumah kak Eziey adalah sesuatu yang sering di-tunggu2. Kerana mase itu digunakan sebaiknye digunakan untuk bersama with my little boyfriend, Amzar Huzaiman. Berikut adalah kenangan yang sempat dirakam oleh sahabat hamba, Dlynn Azmi semasa sukaneka berlangsung.

Selain dari meraikan keluarga2 Malaysian di Dunedin ini, Family Day ini juga adalah untuk meraikan keluarga yang baru datang, dan juga yang telah lama datang tetapi berselindung di balik cangkerang-nya (cangkerang bernombor 744 george st, hehe)

Selanjutnya, Family Day dimeriahkan lagi dengan aktiviti Amazing Race. Kami sang singles bernama The Fabulous Five dapat nombor 5, alhamdulillah. Sesuwai dengan nama.Sementelah kami memang ber-lima pun. Dapatlah balik hadiah yang kami beli, kami susun, kami bungkus dan kami tulih. Alhamdulillah! *Kredit utk Abe Sepu yang telah banyak menyumbang idea untuk membeli dengan slogan "Mengapa Bayar Lebih?" di Countdown. Hehe

Antara aktiviti menarik yang telah kami harungi dalam Amazing Race adalah mengelim karipap, mencari cockles, mempertaruhkan jalan panjang atau pendek ke Botanic Garden, dan menguji kecerdasan mental serta nilai sentimental dan sejarah di Botanical Garden, Dunedin.


Terima kaseh buat semua. Semoga objektif ukhuwwah dan kerjasama yang kita harapkan bertemu di destinasi-nya, insyaALLAH.

My Best Beloved Etok


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba ni tetiba lah teringat janji hamba nak hapdet aktiviti kat cni kan, macam biase-lah, hamba kalo ber-mood nak nulis, baru hamba menulis, maafla ye sume. Skang ni pun hamba kat skolah, baru keluar lab, tgh pening2 dilute ethanol utk awet serangga yang hamba cadang nak kutip esok, insyaALLAH. Memang dugaan kalo lemah matematik, sbb-nye nak kira formula nak dilute ethanol pun hamba dah fenin, alhamdulillah la ade lab assistant yang bijak math.

Owh psl aktiviti hamba sepanjang duk cni, utk makluman sidang pembaca, di waktu kedinginan salju sahabat2 di Europe, hamba kat cni tengah berkipas kepanasan sbb skang musim panas. Akan tetapi, siap selesema kadang2, hehe. Badan hamba ni xleh pakai sangat, bile sejuk sangat, selsema, bila panas pun selsema jugak. Pendek kata, kite kene sokmo jaga kesihatan. InsyaALLAH, hamba akan cuba lebih banyak minum ayor kosong dan makan sayur (erk, gelak flatmates hamba kalo bace ni!)

Lepas piknik gergasi kitorang kat kolam itu hari, hamba dan rakan2 telah pergi mengutip cockle di tepian pantai. Kat bawah ni gambar cockle yang dah dimasak. *Kredit utk gmbar Noor Rawaida ;)



Kaedah kutip cockle di sini tidaklah se-susah mane, barangkali macam mengutip remis di Pantai Tok Jembal Terengganu sahaja. Masuk air, kacau2 pasir, da jumpa. Hamba rase. kalo dibandingkan kutip cockle di cni dengan kutip etok di parit belakang rumah hamba, susah lagi mengutip etok.

*Kredit utk gambar dari Blog Kampung Dusun Buluh 16600 Pulai Chondong Machang Kelantan


Bagi yang tak tahu apekah itu etok, hamba pun tak tahu nak cakap. Kalo hamba bagi nama saintifik-nye belum tentu tuan hamba tahu, ye dak? Sebab hamba pun tak tahu! hehe

Walau-bagaimana-pun, bagi orang kampung seperti hamba, makan etok memang heaven. Feberet-lah katekan. Etok ni boleh di-masak pelbagai cara. Selain salai berempah, boleh jugak di-rebus, di-masak pedas dan macam2 lagi-lah. Agaknye sedap etok ni sebab susah nak dapat. Dulu mase kecik2 sekolah rendah, pernah lah hamba ikut jiran2 2 kali mencari etok.

Biasenye etok ini dicari di kawasan air tawar i.e. di pinggiran sungai atau parit air buatan KADA (sejenis badan kerajaan? untuk mengendalikan usaha pertanian di Kelantan). Ianya bukanlah bersifat halus seperti amoeba, tetapi susah nak dilihat dengan mata kasar. Mencari-nya haruslah menggunakan mata hati. Dan mata tangan juga. Cara-nya, pergi ke pinggir air. Masuk lagi ke dalam air sehingga paras lutut lebih kurang. Mula merendahkan badan dengan membengkokkan lutut. Masukkan tangan ke dalam air hingga mencecah pasir atau lumpur sungai dan mula menggali secara rawak. Kalo rezeki, dapatlah. Kalo takde rezeki, berendam sudey!

Mase hamba pergi mencari etok dulu, memang kejayaan besar buat hamba. Kenape berjaya? Sebab sebijik etok pun hamba tak dapat. Tetapi hamba telah mendapat peluang untuk mandi manda dan bermain air di luar pengawasan ibunda hamba, dan bile hamba balik ke rumah, hamba pulang dengan bersinar2. Hitam itu emas. Hamba heran juge, kenape ye, kalo nak kutip etok, kene kutip tengah hari 'cha-cha' (kata tambah dalam dialek kelantan untuk menunjukkan panas terik). Barangkali ade-lah kut petua orang2 lame.

Mase tu, hamba cari etok dengan kakak hamba, dan jiran2 sekampung. Tapi kakak hamba pun mengalami nasib yang sama. Oleh kerane itu, ibunda hamba akan membeli etok mentah dari jiran2 dan masak-kan untuk kami (hamba je hantu etok, adik beradik hamba biase2 aje). Pernah juga, bila makcik datang melawat ke Kelantan, makcik hamba pulak yang excited bile melihat kanak2 dan ibu2 berpusu2 ke dalam parit, pada musim menuai, dan air parit surut. Makcik hamba pulak yang mengajak ibunda hamba turun sekali. Terfikir jugak hamba, ini boleh dijadikan tarikan pelancong ni. Rumah hamba bleh jadi homestay. Hehehe

Akan tetapi, ayahnda dan ibunda hamba biase-nye menegah kalo mem-beli etok di pasar2. Takut2 kurang masak, dan cara masak tak kene. Kebanyakan kes taun di Kelantan jugak sering di-kaitkan dengan etok. Kesian etok. Akan tetapi, hamba selalu je beli etok di pasar tani, dan sebelum sampai ke rumah dalam mase 15 minit ber-kereta, kereta sudah ber-bau sebungkus kulit etok yang berjaya di-licinkan. Makan etok ni mencabar kekuatan gigi jugak sebenarnye. Bukan sebab memamah kulit-nye yang keras itu. Tetapi ketika ingin membuka-nye memerlukan ketepatan pertemuan antara koordinat gigi dengan koordinat bukaan kulit etok tersebut.

Dulu2, teringat seorang pakcik yang selalu menjaja etok di kampung kami. Sebungkus seringgit je. Nama beliau pakcik Dou-sil (ade eh ubat jenama dussil?) kalo tak silap. Walaubagaimanapun, anak beliau kebanyakan-nye menjadi insan berjaya dan berpangkat besar. Alhamdulillah.

Owh ye, alkesahnye nak citer pasal kutip cockles. Ye-lah, da kutip cockles lebih kurang se-baldi sorang, dalam mase lebih kurang sejam, kami pun baliklah. Dalam mengutip tu, gigil-lah jugak. Sebab mase tu dah pukul 7 malam (lepas asar di waktu summer) tapi da sejuk dah la. Tambah plak tepi pantai kan. Se-baldi tu tahan lah jugak seminggu, 3 kali masak untuk seramai 5 orang hamba ALLAH di rumah..

Make, begitu-lah kisahnye. Owh rindu sungguh mau pulang! Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat berendam. Mane lagi pulang haruan, kalo bukan ke lumpur-nya.

Sedia ye lumpur, haruan nak balik ni!




Tapi lambat lagi la..



Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus hilang. - MARDEN O.S.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. - ABU DARDA

Agensi Mencari Jodoh

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Manelah hamba nak cari seorang wanita berpotensi utk dijadikan calon isteri buat seorang lelaki di department hamba?

Hamba ni ade penyakit sikit, kalo sv hamba takde kat ofis, outstation dan sebagainya, maka hamba pun turut samalah liat nak ke opis and hardly nak tunjuk muka kat lab pun,hehe. Lagi pulak, keje hamba banyak di luar, so lepas pergi field, hamba masukkan haiwan2 yang di-tangkap ke dalam akuarium, bela kat c2, tengok behavior dia, pastu hamba pun pulanglah. Project room tempat akuarium hamba tu cuma ade hamba, jadi hamba memang bahagia sebab tak jumpa manusia sangat, dan yang paling penting, tak payah nak berbelit lidah berborak dalam bahasa bukan ibunda, hehe lagi.

Sebab tu, kalo hamba masuk opis, dan terjumpa pulak muslim yang cuma 3 keping je di sekolah hamba ini, maka mulalah depa ini bertanya itu dan ini.
Gambar di atas sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Punya-lah hamba duk pening cari berus nak memberus batu di sungai, hamba disuruh pulak oleh rakan se-sekolah hamba untuk mencari-kannya seorang isteri. Hamba dah nampak dah hamba nak tanya sape, hehe

Jadi kalo ade mane2 rakan pembaca yang berminat, bolehlah hubungi hamba secara personal untuk detail rakan hamba ini. Hamba tak bleh la nak habaq nama dia kat cni. Tapi setakat ini, klu-klunya adelah, beliau ini bukanlah warganegara Malaysia. Cakap melayu jauh sekali. Agama, insyaALLAH mantap. Baru sat tadi, beliau duk membebel kat sorang kawan se-sekolah yang muslim dan jugak lelaki psl tak g semayang Jumaat di masjid. Rupa paras, okaylah. Setahun lepas lagi Ok, pendidikan- kerana tengah berhempas pulas utk tahun akhir pHd nye-lah maka janggut beliau tahun ini semak sikit. Selain drpd tu, hamba rase dia ok lah.

Macam ni-lah nasib hamba. Di sekolah 'zoology' ni memang jarang2 wanita menceburkan diri. Team mates hamba pun rata2 lelaki. Kerja spt kami, banyak melibatkan turun sungai dsb. Jadi, nak tak nak, terpaksalah hamba berkenalan dengan mereka2. Tup2 hamba plak kene jadi ejen pencari jodoh :). Best jugak, kadang2 keluar bidang!

(Tetiba teringat plak kata2 tajam seorang adik yg tengah melakar bahagia sekarang, "drpd kakzam carikan jodoh org lain, baik kakzam cari utk diri sendiri! " Ini jawab akak; akak serahkan secara total jodoh akak pd ALLAH! ;))



“Dan kahwinkanlah orang- orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Monday, February 1, 2010

Piknik Gergasi

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,






Comellnyer anak dara Hafiz dan Diana yang sedang memasak rumput untuk piknik gergasi kami. Geram sungguh!
Oh ye, sesudah berhempas pulas mencari rezeki ceri, kami berpusu ke Pinders Pond (erk, betul ke eja ni) untuk piknik dan mandi manda bagi kanak2. Sesungguhnya mase summer ni lah nak mencecah kulit ke air kolam kah, tasek-kah, atau pantaikah. Kalo bukan summer alamatnye kulit pun beku-lah.





Jadi setelah selamat tiba di destinasi piknik, maka kelihatanlah kiwi-kiwi manusia beserta sedara mare sedang sunbathing di tepi kolam. Akan tetapi, tidaklah rakyat jelata Malaysia ini ter-liur untuk mengikut jejak. Melainkan berpusu pula rakyat jelata mencari teduhan sebuah pohon yang besar di tepi kolam.
Arakian, di bawah pohon yang besar itu, ter-port lah segala periuk2 nasi, mihun dan lauk pauk, berserta dengan tikar sekali. Namun bukanlah tikar itu ajaib, kerana ianya tidak terbang. Tidak pula lauk pauk itu hadiah puteri buluh betung, melainkan kurniaan ALLAH kepada hamba rakyat jelata semuanya...



Maka berpusulah kami menikmati rezeki kurniaan ALLAH itu, kemudiannya berzohor di c2, menutup mata dengan kelip2 mengantuk juge di c2, kerna menunggu muda-mudi belia remaja melepas gian bermandi-manda di kolam yang indah dan jernih itu. Summer yang panas menambah perang warna kulit yang sedia 'sawo'. Akan tetapi tidak mengapa, kerana syahdunya angin sudah cukup menenteramkan sebuah perasaan.
Terima kasih ya ALLAH, dan terima kasih sahabat2, abang2 dan kakak2 atas piknik gergasi postgrad yang bermakna ini.

(lagi kredit untuk gambr2 oleh sdri Raseetha Vani dan buat semua model yang terlibat dalam pembikinan entri kali ini ;P)

They're my Cherry Pie ^_^

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tetiba hamba merase tak sesuwai plak entri Foolish Love di bawah. Jadi tuan hamba jangan merase kontroversi ye. Tidaklah hamba tujukan ayat2 itu utk yang haram menerima nya, melainkan sebuah kasih tulus buat bakal2 ibu se-dunia (ececeh kumpul klu nampak!)


Kembali pada kisah hidup hamba semenjak dua menjak ini, cukup meriah dan menggumbirakan jugak la sebenarnye. Setiap minggu ade saje aktiviti kitorang ke sini dan sana. Alhamdulillah, maka tenggelam jugakla duka hamba. Tapi bila aktiviti dah surut, kadang2 duka timbul balik, macam arus plak.



Aktiviti yang hamba lupa nak hapdet ialah aktiviti g kutip ceri di FairView, Roxburgh. Konvoi 9 kete la jugak lebih kurang. Al-kesahnye ceri2 di cni memang wallah. Comel dan sedap. Harganya kalo di farm memang lah murah sket, 6 dolar per kg. Kate kutip sdri kan! At least ade pengalaman kutip ceri, hehe.
Kutip punye kutip last2 pengutip ceri single tertinggal di belakang, haru sekejap, akan tetapi kami kan masih belum ade komitmen lagi cergas dan gagah (Alhamdulillah), jadi kami berjaya mengejar dengan pantas, sempat makan aiskrim buah lagi, nyum2
Aktiviti seterusnya? Yang tuan hamba bace di entri2 sebelum ini, insyaALLAH, hehe
(Kredit utk gambar2 from FB Noor Rawaida, Raseetha dan DLynn Azmi)
(Kredit juga untuk model2 ibu: Diana, Kak Eziey, dan model2 bakal ibu pada mase depan: Saleha, Khairun Nadwa, Suraya Hani, Noor Rawaida dan Raseetha)
(Kredit utk BL abe sepu yang mantap ekonnya, caya`lah)

Foolish Love

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Hamba bukan pemalas untuk melontar kata di hamparan coklat ini...


Hamba bukan tidak rindu untuk menghibur dan menasehati...


Hamba bukan segan untuk berkongsi rasa...


Akan tetapi ada sesuatu yang tidak dapat hamba luahkan. Hamba khuatir andai hamba menulis, perasaan hamba terpancar. Kekadang hati hamba cepat sahaja bekerja sama dengan tangan untuk melontar buah bicara.


Hamba tidak mahu ada yang terluka.


Payah benar membela hati dari tersentuh dan tersentuh lagi. Payah benar mengukir senyum di saat hati berkecamuk. Payah benar memadam memori luka bila memori bertukar menjadi peristiwa semasa. Payah benar mengatur indah bicara, bila hati sedang ditoreh nipis- nipis. Setiap kali dan setiap kali.


Nipis tetapi dalam. Sangat dalam!


Semoga ALLAH terus beri kekuatan. Ya ALLAH, hamba takut hamba tidak mampu lagi ya ALLAH..


"dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.."


"Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan, maka tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehinggakan orang yang antara kamu dan dia ada permusuhan, seolah2 telah menjadi teman yang setia.."~Fussilat 34