Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Dalam hidup ini, ada beberapa fenomena, yang kita jangka, dan tidak jangka.
Dalam perjalanan di dunia fana ini juga, ada teman-teman yang bisa menjadi duri, tetapi ada juga yang menggembirakan kita dengan kelopaknya yang lembut, dan menenangkan kita dengan baunya yang harum.
Tetapi tuan hamba, kawan itu ibarat bunga ros. Warnanya boleh jadi terang. Merah menyala. Atau merah gelap. Atau kuning, merah jambu, yang lembut. Pastel atau tidak, warnaya tetap menarik. Membuat kita terpanggil untuk mendekatinya.
Setelah mendekat, kita elus kelopak mulusnya dengan jari. Permulaan perkenalan memang begitu. Lembut. Tenang. Bibit senyum di bibir. Bait-bait kata bertingkah dalam satu suasana yang mendamaikan. Yang jauh dari tekanan.
Kelopak ros tidak terhenti di hujung jari. Hujung hidung yang kecil mencecah. Nafas dihela, menangkap baunya. Walau serendah mana akan dicuba jua untuk mencapai bau sekuntum ros yang wangi. Seperti kawan, ingin jua dikorek sedalam mana dia ini seorang "siapa".
Sentuh sudah. Hidu sudah. Hati tidak terhenti. Rasa sayang. Ingin memiliki. Lalu cuba dipetik. Jika direngus kasar, duri nya tersangkut mencalar jari. Jika berhati-hati, ditarik perlahan, dirapatkan ke dada yang merongga hati, digetus perlahan, maka sekuntum ros idaman menjadi hak milik.
Namun, kelopak itu pasti akan layu setelah dipisahkan dari fungsi xilem dan floem nya.
Bau itu pasti kan hilang bila kelopak sudah putus asa untuk meneruskan hidup.
Dan setelah satu ruang waktu, yang teguh bersama kita adalah duri-duri yang pasti mengguris jari -dan - hati.
Tika itu, kita akan terfikir, kenapalah dulu ku petik dia dari pokoknya. Kenapa dulu tidak ku biarkan dia menjalani hidup sendiri. Supaya kekadang bila ku melawat dia, dia bisa kekal menenangkan seperti selalu. Sehingga ajal memisahkan kami.
Begitu juga kawan. Kawan bukan hak milik. Kita - dan - kawan - kita adalah milik ALLAH. Total.
(well, cer-sebenarnya nak pesan pd diri tak payah la berharap ade kawan yang pulang dari jauh melawat tuan hamba, sebab kawan tuan hamba tu lebih berkepentingan ber-temu dengan orang2 yang mempunyai kepentingan kepada-nya. Setakat tuan hamba, dia pesan suruh amik surat jek, hah. Sungguh la..)
(well, cer-sebenarnya nak pesan pd diri tak payah la berharap ade kawan yang pulang dari jauh melawat tuan hamba, sebab kawan tuan hamba tu lebih berkepentingan ber-temu dengan orang2 yang mempunyai kepentingan kepada-nya. Setakat tuan hamba, dia pesan suruh amik surat jek, hah. Sungguh la..)
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Sekian, maaf kepada kawan yang terasa. Heee
No comments:
Post a Comment