Wednesday, September 30, 2009

Aku Semut Merah



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Ingat tak kecik2 dulu, masa UPSR -kite kene wat karangan pasal 'bende'. Contohnya pasal 'aku adalah sebuah kereta'. Atau 'aku adalah sebatang pensel'. Femes kan contoh2 karangan pasal tu. Enjoy je buat. Bila dah makin besar, terpikir balik, asal la cikgu suh wat karangan macam tu. Dah terang2 kita bukan sebuah kereta. Tapi rupa2nya, bila dah lebih besar dari 'makin besar', barula tau , ade gak hikmahnya cikgu suh wat karangan macam tu! Sebab bile kite sedeh dan tak jumpa jalan penyelesaian untuk sesuatu, kita cuba gambarkan diri kita macam bende yang lain. Di situ, kita akan jumpa kelebihan kita dan takdela rase teruk sangat. Sebab bile hamba bandingkan diri hamba dengan sebuah kereta misalnya, hamba rase diri hamba jauh lebih baik dari sebuah kereta, Alhamdulillah, sebab hamba tak takut akan berkarat dan dibuang ke tempat pengumpulan besi buruk bila da tua nanti!

So arini hamba pun karang balik esei yang hamba slalu nyampah nak buat mase kecik2. Tajuk karangan hamba ialah 'Aku Seekor Semut'. Bagi cikgu2 penyemak kertas peperiksaan UPSR, pertimbangkanlah karangan hamba ni ye! Mane tau kot2 dapat A!





Aku seekor semut merah. Aku hidup di dalam sebuah busut nun di atas bukit. Di dalam busutku itu, aku tinggal bersama dengan Permaisuri, Penghulu2 dan Kuli2 macam aku. Hidup kami sungguh teratur dalam sebuah organisasi sosial yang utuh. Semua haiwan lain cemburu melihat kepintaran kami dalam bermasyarakat sesama kami. Manusia juga kagum dengan kami, sebab itulah kadang2 bila tiba malam jumaat, ade beberapa manusia datang ke busut kami, membawa pulut kuning dan ayam panggang sebagai hadiah! Kami pun jadi keliru dengan manusia! Oh, kami sungguh terkejut!


Di dalam busut itu, kami hidup rukun dan damai. Kami jarang bergaduh di antara satu sama lain. Aku sebagai kuli cuma patuh pada perintah dan ke hulu- ke hilir mencari makanan untuk ahli-ahli di busut kami itu. Setiap kali keluar, kami jarang melencong ke mana2. Hidup kami cuma dalam busut itu, dan cuma bertemu dengan semut2 yang kami kenali sahaja.


Pada suatu hari, semasa sedang mencari makanan di luar busut, aku terjatuh ke dalam lubang. Kawan2 ku tidak menyedari bahawa aku telah terjatuh. Tiba2, aku melihat sepasang sayap yang indah terbang di atasku. Pemilik sayap itu membantu aku terbang keluar dari lubang yang dalam itu. Maka dengan izin ALLAH, aku pun terselamat.


Selama ini, aku kira, aku cuma boleh bercakap dengan semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan lain yang boleh bercakap bahasa yang sama dengan ku. Selama ini, aku mengira bahawa aku hanya boleh mempercayai semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan bukan semut yang boleh membantu aku. Aku berterima kasih kepada haiwan itu, kawan baruku yang bernama rama2.



Aku berlari pulang menemui kawan2 semutku, dan aku bercerita dengan mereka rupa2nya ada haiwan yang baik juga di luar sana. Semut2 yang lain terdiam, tapi selepas itu, mereka mengasingkan aku. Aku menjadi seekor semut yang bingung! Aku sunyi! Lalu aku keluar lagi untuk bermain dengan kawan baruku. Padanya, aku ceritakan kisah2 suka dan duka ku. Aku senang melihat dia ketawa bersama ku, dan aku sedeh melihat dia menitis kan airmata bila aku menangis! Wah, rupa2nya haiwan bukan semut pun ade air mata! Rupa2nya haiwan bukan semut pun boleh ketawa! Wah, aku sungguh kagum. Aku ingatkan hanya semut2 yang ber'jiwa' sepertiku! Rupa2nya banyak kisah yang menarik di luar busutku.

Pada suatu hari, aku melihat kawan baru ku mencuri madu dari bunga, aku tanyakan kepadanya, kenapa mencuri? Mencuri itu berdosa! Kawan baru ku terdiam, "Owh, berdosakah? Maaf, tidak tahu!" Jahil juga kawan baruku, hehe. Lalu padanya aku terangkan apakah itu dosa, dan apa itu pahala. Rupa2nya kawan baruku langsung tidak tahu. Dia belum pernah mendengarnya. Jadi, dia telah membuat aku menjadi sabar untuk memberi penjelasan. Pada mulanya, aku memberitahu dengan suara lantang, tapi dia menunjukkan riak tidak percaya. Maseh sibuk dengan "bzzzz, bzzzz", sebutan kegemarannya. Aku lalu duduk di sebelahnya, mengusap sayapnya, melentur jiwanya dengan ucapan yang indah, seperti ucapan yang selalu dia ungkapkan! Lama-kelamaan dia lalu tunduk, terdiam dan angguk! Walaupun aku mengikut gayanya, bukanlah aku berniat ingin menjadi rama2, aku cuma mahu merasekan apa yang dia rase, supaya aku bisa memahami dan membantunya.


Sebenarnya, aku boleh memilih untuk melarikan diri dari kawan baru ku. Kenapa aku harus berkawan dengan kawan yang mencuri! Jahil pula! Kenapa aku tidak pulang terus ke busutku? Dan duduk diam2 bersama kawan2 semutku?! Jawapannya, kerana jika aku lari, haiwan2 lain diluar busut kami tidak akan pernah tahu tentang adab yang betul. Tatasusila yang murni. Kalau bukan kami, sang semut yang mengajarkan erti bertawakkal kepada ALLAH dalam mencari rezeki kepada haiwan2 lain di sekeliling kami, siapa lagi yang harus memegang tanggungjawab itu? Dan jika aku lari, apa tanggapan rama2 kepadaku? Nanti rama2 membawa konco2 nya menyerang busut kami, kawan2 ku juga akan merana! Bukanlah aku takut pada rama2, tapi aku cuma mengamalkan perintah ALLAH untuk berbuat baik sesama makhluk!


Akan tetapi, kawan2 semutku kurang gembira. Aku dilihat mereka sudah beransur menjadi seperti rama2 (aww, chantekla kalo jadi rama2!). Lalu kepada kawan2 semutku , aku katakan, "Tidaklah aku mampu menjadi rama2, kerana aku tidak punya sayap seindah dia, aku cuma ingin hidup bermasyarakat bersama dia. Aku cuma mahu menjadikan pujian haiwan2 lain tentang kehidupan sosial kita yang tersusun sebagai kenyataan. Dan aku juga tidak mahu celaan haiwan lain yang mengatakan kita sombong dan tidak ambil peduli tentang haiwan lain sebagai sebuah kebenaran. Tetapi aku ini seekor semut yang jahat, tidak sebaik kalian, wahai semut2 kesayanganku. Aku ini jahat! Dan sekiranya aku sudah jahat di mata kalian, maka kembalikanlah aku kepada undang2 semut yang benar! Tapi tolonglah kembalikanlah aku dengan cara yang benar. Jangan dengan melemaskan aku dalam air sinis yang kalian alirkan di lohong busutku. Aku mohon dengan sangat, jangan membuat aku merase sudah tidak tertahan untuk hidup di busut ini lagi. Walaupun pada hakikatnya aku tidak akan ke mana2, selagi aku masih seekor semut!"

Tammat.



Selesai sudah karangan UPSR hamba. Hamba sudah terlewat selama 13 tahun untuk menghantarnya pada cikgu Bahasa Melayu hamba di Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, pada mase itu, cikgu Che Hashim bin Isa. BUat pengetahuan tuan hamba semua, karangan ini tidak semestinya ada kene-mengena dengan mana2 manusia, katapun kisah Sang SEmut, haha.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah, Ibn Umar)

Monday, September 28, 2009

Anak-anak

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Inilah gambar hamba dan anak2 hamba. Keluarga kami digelar Ar-Rayyan. Comelkan anak2 hamba? hehe


Dari kiri; Han, Tash, Rem, Yda, Fa, Aimi.
Hamba sungguh beruntung menjadi ibunda pada mereka ini. Senang jek nak membesarkan depa, sebab depa pun dah pandai cari makan sendiri. Usahkan carik makan sendiri, cari baju sendiri dan segala bagai dah pandai sendiri. Kecuali kasut jer ade yang belum berjaya carik sendiri, ngehehe. Bersama dengan anak2 hamba yang happy go lucky ni, hamba dah nampak macam mak aji pun ada. xpelah, dah ajeki...


Semoga kekal abadi kaseh kite, ye anak2? insyaALLAH!



'Aku cinta pada kalian kerana ALLAH!'

Saturday, September 26, 2009

Soal Hati

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,
Hari ini, meriah suasana dengan gadis2 Dunedin yang berwarna warni menyambut hari raya yang ke-7. Sayang, satu gambar pun tak terakam dengan kamera hamba, kerana pada hari ini, hamba berasa begitu tidak sedap badan. Oleh kerana itu, dari mengambil gambar orang, hamba cume duduk dan kekadang hamba menolak untuk bergambar disebabkan muke sebek hamba! hehe. Macam bese, setiap hari hamba menjamah pelbagai juadah, memang sedap dan enak tapi mungkin disebabkan ketamakan, perut pun asyik meragam! Astaghfirullah!
Walaubagaimanapun, hamba bukanlah nak bercakap pasal sape pakai baju warna ape hari ni. Dan sape yang memegang rekod ke toilet paling banyak sepanjang minggu. Hamba cuma terpanggil untuk bercakap tentang soal hati.

Soal hati hamba yang tak keruan ni! Yang perlu hamba luahkan di sini!
Ikutilah pengakuan ekslusif hamba, yang tulus dari hati hamba! Soal hati hamba!

Hamba ni yang sebenarnya, cuma nak berkongsi rasa terhadap perlakuan yang telah merobek luka hati hamba dan insan2 di sekeliling hamba.

Perlakuan itu ialah seperti menceritakan tentang sesuatu hal yang tidak sepatutnya diceritakan kepada orang2 sekitar. Hamba bukanlah seorang yang suka menceritakan masalah peribadi hamba, jika ada. Namun, kekadang, bila hamba merasakan ingin berkongsi, dan rase teraniaya, maka hamba pun mencarilah mangsa untuk berkongsi masalah atau perasaan hamba, jika ada. Mungkin silap hamba, terlalu meletakkan kepercayaan pada orang2. Tapi takpe, selepas hari ini, hamba akan lebih berhati2.

Kadang2, bile kite bercerita, kita seolah2 dalam dunia kita sendiri. Kadang2 kita bercerita hanya pada seorang kawan yang sangat kita percaya. Tapi rupe2nye di sekeliling kita ada orang lain yang mungkin memasang suis on telinga nya. Itu bahaya! Kadang2 kite tak rase pun apa yang kite cakapkan itu memalukan kita. Tetapi pada suatu hari, kita mendengar dari orang lain tentang kisah kita itu, tetapi dari dimensi yang berbeza! Yang sama sekali tidak benar!

Ya, mungkin juga orang yang terbercerita itu tidak berniat untuk menukar keadaan menjadi sebaliknya. Kadang2 hamba bercerita kisah sedeh dengan nada gembira dan senyum simpul, tapi apakah maksudnya hamba tidak bersimpati? Kadang2 hamba bercerita kisah suka dengan nada sayu, tapi apakah maknanya hamba cemburu?

Kerna hamba tidak sempurna. Dan hamba pasti semua orang2 di keliling hamba juga tidak sempurna. Walau bagaimanapun, hamba tetap sayang orang2 di sekeliling hamba. Suka untuk hamba ingatkan, kejadian seperti ini bukan berlaku pada hamba sahaja, tapi manusia di seluruh dunia. Bukan hanya di Kelantan, Terengganu atau Malaysia amnya, tapi di New Zealand jua. Kerana itu, pesan hamba, janganlah kita bercerita sesuatu yang tidak kite ketahui secara dalam tentang orang lain. Kecuali penceritaan itu untuk membantu dirinya bebas dari masalah. Fikirlah berkali2 sebelum bertindak, kerana boleh jadi, disebabkan sikap kita yang tidak jujur bercerita, orang lain yang menanggung akibatnya. Malah disebabkan mulut kurang insurans kita, hubungan orang lain plak yang huru-hara.Secara jujurnya juga, hamba ingin memohon maaf secara terbuka, kalau hamba sendiri telah mengumpat dan membuka aib orang lain, samada hamba sedar atau tidak. Dan hamba juga memaafkan segala salah dan silap orang lain terhadap hamba. Hamba berdoa agar kita sama2 beroleh hidayah dan tidak mengulanginya lagi. Hehe

"Dia yang menghadirkan cinta dalam diri kita..cinta yang juga hanya bagiNya..yang senantiasa kita pelihara sekuat tenaga agar hanya bagiNya saja.. begitu juga cinta ana pd ukhuwwah fillah dan jg antum ya ukhti.. Ana uhibbuk.. Allahhummassyad!
ya Allah aku mencintai saudaraku ini karena Mu.. saksikanlah ya Rabb.."

Kredit untuk http://syahjaya.wordpress.com/2009/07/02/sebuah-balasa/ kerana hamba telah meng kopi dan mem pastakan puisi ini ke blog hamba! Makaseh ya Pak!

Sekadar peringatan untuk diri hamba dan tuan hamba:

'Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada ALLAH , sungguh ALLAH Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.' (Al-Hujurat, 12)

Thursday, September 24, 2009

Ditinggal pergi...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,



1 Syawal baru saje berlalu. Dalam keriangan menyambut Aidilfitri, hamba harap takderla yang mengalami diarrhea sampai seminggu. Tapi kalau ada, cepat2la mengucap, kerna hamba bimbang, itu merupakan tanda2 akhir tuan hamba!


Seringkali hamba kaget kekaguman, bilamana hamba mengunjungi rumah terbuka kawan2 dan ada di antara kawan2 hamba yang telah memulakan puase 6. MasyaALLAH, bagusnya kawan2 seperti itu! Sejuk perut ibu mengandung (erk, betulke penggunaan perut?!).


Bilamana teringat akan puase 6, hamba terus teringat Ramadhan yang baru saje berlalu. Sedeh dan sayu plak, bile merase diri ini maseh belum puas bersama Ramadhan. Tu lah kata orang, kalo ade di depan mata, wat dunno jer, kalo dah dirampas pergi, barulah rase kehilangan! isk3, hamba ni!


Hamba ni bukan ape, hamba duk lah feel sorang2, hamba rase bulan Ramadhan adalah bulan yang paling produktif bagi hamba! Hamba duk wat macam2, tapi hamba tak rase letih, seronok dan bersemangat adelah. Tapi bukanlah hamba duk wat bende2 yg haram!


Mungkin sebab mase tu, semua yang kita buat takder unsur2 dan pengaruh setan kot! Itu yang rase best jek wat sume bende. Perasaan pun maintain cool jer, sume bende ok, sume bende nice, sume bende pun chumell! Tapi sejak setan2 dah kuar jail ni, biarpun hujan air batu sekalipun, bara2 api tetap ade! Marak menyala lagi! Hamba tak kate hamba sorangla, hamba merujuk pada yang lain jugak!


Mase ni lah, hamba rase, kite kene muhasabah balik diri kita. Hamba risau gak, kalo puase sebulan ni setakat mengurangkan scale timbang berat jek. Haishh, takde maknenye kalo stakat menambah bonjol tulang-temulang! Kalo tambah temulang lembu, bleh gak wat sup untuk raye korban, kalo temulang manusia? hmm!


Tuan2 hamba sekalian rase canne? Tuan hamba rase bahu tuan hamba berat sebelah mane? Kalo sebelah kiri tu, bawak2la puase sunat banyak2! Udah2 ler memamah biskut di rumah orang saban hari (kecuali memenuhi jemputan,bukan menjemput diri sendiri!). Moga2 amal kebajikan yang dilakukan, dapat menghapuskan dosa2 kecil yang telah lalu. Hamba tak kata kat tuan hamba, hamba merujuk diri hamba sendiri!


Tapi kalo ade antara tuan hamba yang sejak Ramadhan lagi dah tak berape nak ok, bawak lagi perangai lame sampai ke syawal, hamba rase memang sumtin wrong sumwhere la ngan tuan hamba tu! Kene cek scale hawa nafsu kot! Macam akhi kat bawah ni, hamba respect la kat dia! Agak2 kite ade ke sampai tahap camni? Wallahu'alam.

'Maha Suci Engkau ya ALLAH dan segala puji bagi -Mu; aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH, dan aku mohon ampun dan bertaubat pada-Mu!'

Kerabu_Biru


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Tadi semasa mata hamba berjalan2 di blog kawan hamba, McRose di Bergen, hamba begitu terliur melihat gambar2 makanan yang diletak di blog kawan hamba itu. Jadi hamba pun terfikir untuk 'tertiru' mcrose meletak gambar makanan jugaklah.

Sekadar berkongsi aktiviti random hamba di Dunedin pada Ramadhan yang lalu. Jangankan di Malaysia, di New Zealand ini, khususnya di Dunedin pun ada bazaar Ramadhan. Jadi barangsiapa yang kempunan nak makan ape2 untuk berbuka dan sahur, dan tak pulak reti memasaknya, atau tidak pulak rajin, maka mengunjungi Bazaar Ramadhan ni kira cadangan terrbaik la! Tahniah kepada penganjur iaitu abe2 kakok2 postgrades. Moga taun depan ade lagi ye, iA!

Di Bazaar Ramadhan ni macam2 ada, mungkinlah ia tidak sehebat bazaar di Ketereh, Kelate. Atau tidak juge semantap pasar malam Kg. Pak Tuyu Terengganu. Tapi ia tetap sebuah bazaar, membangkit rase ~ mengenang kesah2 dulukala.

Alhamdulillah, di bazaar ini jugak hamba menyumbang sedikit, tapi sedikit jer lah, sejenis juadah untuk jualan, iaitu nasik kerabu. Kredit kepada ibunda hamba yang telah menurunkan resepi ini kepada hamba, ibunda hamba pun tak sangka orang New Zealand makan nasik kerabu! Ibarat kata pepatah, haruan pulang ke lumpur! Maknanya? Homework! Cari sendiri!





Di kesempatan ini, hamba ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kekurangan nasik kerabu hamba kepada semua penonton, pembeli, pengepau, dan perase nasik kerabu hamba yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya jemari hamba mungkin tidak seindah alunan jemari Chef Wan, oleh itu, maafkanlah! Hamba juga mengucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada pembantu setia hamba, Fateha Kamarudin, SRSO, dan Hanun (bukan nama glem) atas sokongan dan bantuan kalian!

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembeli nasik kerabu hamba!

Alamak mcm dapat anugerah Bintang Popular plak!
Alhamdulillah!
"...Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika ada di bumi, keluarkanlah. Jika ianya haram, maka sucikanlah. Jika adanya jauh, maka dekatkanlah. Dan jika ia telah hampir, maka permudahkanlah..."

Monday, September 21, 2009

Raye Sakan!


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Lagi rentetan peristiwa di hari raya. Memandangkan semalam adalah hari sekolah, kami menjangka cukuplah sekadar pergi ke masjid dan kemudian pulang ke rumah membawa haluan masing2! Tapi ternyata sangkaan kami meleset! (ayat skema esei ting.5)

Usai dari masjid, beberapa 'kami' telah menyerbu rumah nad untuk breakfast hari raya. Punyerla semangat kami ke rumah nad, bile jejak je ke ruangan visitors parking di bangunan apartment itu, masing2 termangu, sebab masing2 tak tahu rumah nad nombor berapa, dan tak tahu nak ketuk pintu mana, hehe, semangat je lebey!

Yang bestnyer, kami meneruskan langkahan kaki ke setiap row apartment itu, dan mengintai2 kalo ade tanda2 seorang nad atau leha di dalam setiap apartment! Tiba-tiba dari kejauhan, kami nampak tuan rumah berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi-tinggi landai ke rumahnya. Wah malu kami pada mase tu tidak tergambar dengan kata2! well, inilah dinamakan hari raye, rumah terbuka sebelum tuan rumah membukanya!


Apepun, time kasih Nad, Leha dan jugak Lynn atas anjuran breakfast hari raya yang sangat mantop! (jugak time kasih kat kak eziey atas kek yang sangat sedap!) Kalah breakfast pancakes kat Capers! Yang paling penting, free gitu!

Kami pun bersegera menunaikan kewajipan breakfast sebelum meneruskan perjalanan ke rumah-rumah lain, dan sebelum meneruskan pembikinan slide show untuk presentation seorang hamba ALLAH pada tengah hari raye itu, hehe

p/s: presentation hamba ALLAH itu telah dicancelkan setelah dia dengan tanpa segan silunye meminta ditangguhkan, maka selepas itu, si dia itu telah kelihatan di kebanyakan rumah terbuka di serata Dunedin, New Zealand dengan muka ceria dan tanpa rase bersalah! ish3

Name pun raya sakan, dari pergerakan secara solo ke rumah kak Manisah, dah menjadi lawatan berkumpulan ke rumah2 sekitar London St. Dan selepas itu pula, dengan ihsan abg. Rizal dan Kak Manisah (a.k.a mak ayah angkat hari raya), kami konvoi 3 kereta ke rumah veteran Dunedin yang dihormati, Abg. Asri dan kak Sue! Sebelum patah balik semula untuk menziarah rumah terbuka warga Dentistry Dunedin. Yang menariknya di situ, i tak dijemput pun, tapi oleh kerana hari tu i pakai bedak 4 inci kan, so perasaan malu tu dah dicover dengan bedak i! (ini sekadar ayat penambah perisa, ok! Maaf! :P)





Kalo diperhatikan betul2, gambar2 di atas hanya terdiri dari orang yang same setiap mase, tapi suke diingatkan, rumahnya lain2 ye, dah tuan rumah sibuk melayan tetamu, kami amik je lah gambar suasana rumah! hehe. Dan kalo rumah pun nampak same, biaselah, rumah2 di New Zealand memang macam tu, ayat standard!

Dari breakfast bwk ke lunch dan dari lunch sampaila dinner dan supper! Ajeki murah hari ni, rezeki jangan ditolak! Last2 bile dah rase kuah kuzi mix dengan rendang daging, roti jala dan ayam masak merah (campur sebati guna mixer semulajadi) dah sampai di 'tenggorok', mata pun dah redi nak tutup anytime, kami pun serbula rumah terakhir yang juga rumah ke-8 untuk hari raya pertama, iaitu rumah anak2 dara sunti! Rumah terakhir ni siap ada pulut kuning gitu!

Terima kasih semua atas jemputan dan ketidakjemputan yang dihadiri dengan sengaja dan tidak sengaja! Rumah terbuka ku dipandang sepi, kerana kami masing2 berumah terbuka di rumah orang lain. Lagipun kami serumah tak prepare sangat pun, setakat apa yang ada ajelah. Menu wajib - lodeh, nasi himpit, kuah kacang, rendang n biskut, burpp, alhamdulillah!

Kronologi raya ke-2 dan seterusnya bakal menyusul, raye kan sebulan!

Di atas tilam, ku panjatkan padaMu Tuhan, kesyukuran yang tidak berbelah bagi, atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.

"Dengan nama Mu ya ALLAH aku hidup dan mati!"

Gelap!

Di pagi hari raya...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Astaghfirullah-al'azim, astaghfirullah-al'azim, astaghfirullah-al'azim...


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Semalam 1 Syawal di New Zealand, sambutan aidilfitri yang lain dari negara-negara lain seperti Malaysia dan Australia. Orang-orang lain beraye sehari sebelum, tapi kami lewat sehari, orang lain beraye hujung minggu, kami beraye ari isnin, tapi takpe, same2 meraikan hari kemenangan!

Istighfar kat atas tu kawan-kawan, bukan istighfar menunjuk-nunjuk ye, itu supaya sama-sama kita lafazkan ucapan memohon ampun selepas beraye dengan sakannya! Kadang-kadang kita lupa, lalai dan larut dengan aktiviti sosial di hari raya. Bila dah balik rumah dari round-round rumah orang sana sini, barula merase betapa berdosanya, barulah terfikir dengan limit-limit yang perlu dijaga dan terlupa nak jaga dan sebagainya. Barulah terase, alamak, lupa nk kontrol ayu tadi kan! Contohnya, tergelak dengan kadar impak maksima ke, terbergurau yang buat pakcik makcik terase ke, alah biasela tu kan! Buat salah dahulu, rase bersalah kemudian! isk3, ini sungguh tidak patut!

Lagipun , setan-setan baru terlepas, orang kate, setan pun tengah beraye, jadi kalo kite beraye tak ingat ALLAH, apalah beza kita dengan setan-setan itu! hehe

Cakap pasal raye, pagi raye semalam semangat dowh, ramai-ramai pakat serang masjid untuk solat sunat hari raye, samada perasaan sendiri atau kalo orang lain pun perasan, masjid tahun ni lebih meriah kan! Meriah sangat2, sampai takbir raya pun tak kedengaran (di belakang tabir wanita!)! Masjid telah dimeriahkan oleh mereka-mereka ini yang bukan pergi meraikan kesyahduan kemenangan, tapi pergi bergambar sempena kemenangan! hehe, mengata dulang, paku serpih! Kami ini bukan bergambar dengan gaya je, tapi dengan mulut sekali, flu tak flu, serak tak serak, suare sume memang layan...











Tapi bukanla sume yang macam tu, ternyata masih ade yang secebis keinsafan dalam dada, insyaALLAH, buktinya...







Alhamdulillah...masih ada yang mengingati ALLAH dan sujud mengagungkanNYA di pagi hari raya di Dunedin, New Zealand ini...dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali...

Saturday, September 19, 2009

Kekasih gelapku

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,







Inilah dia sang Habib An-Najar hamba, perkenalkan! Habib hamba bukanlah seorang jejaka macho, sasa dan tampan! jauh sekali jejaka jambu! Habib hamba bukanlah seorang calon 'Gadis Melayu' di tv9.com.my. Habib hamba hanya sebuah laptop biasa, yang menyumbang kepada hamba dengan kadar luar biasa! Terima kasih ya ALLAH, dengan keizinan dan rezeki dari Mu, hamba mampu memiliki Habib An-Najar ku!

Habib hamba sudah semakin tua, makin usang dan berpenyakit! Imunnya makin lemah, tapi sudah barang pasti bukan disebabkan virus akibat bertukar jarum!

Kenapa namanya Habib? Habib, izinkan hamba merungkai sejarah kita, kerana andai tuan hamba pergi dulu, sekurangnya parut bersama tuan hamba kekal terpahat di hati...

"Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki* dengan bergegas dia berkata, ' Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah Yaasin, 20-21)

*Menurut mufasir, laki-laki yang menyeru kaumnya agar menuruti utusan-utusan ALLAH itu bernama Habib An-Najar. Wallahu'alam (sumber: AlQuran Daarul Iman)

Kerana itu, besarlah harapan hamba padamu hai Habib ku, agar kehadiranmu di sisiku adalah untuk menyeru orang-orang di sekeliling kita untuk menuruti perintah ALLAH yang telah diserukan oleh utusan junjungan kita! Atau sekurang-kurangnya duhai Habibku, melalui tuan hamba, hamba bisa menemukan seruan untuk memperbaiki diri hamba sendiri!

Sekalung penghargaan buat Habib An- Najar ku!

Dari Tinta Sang Habib

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Malam ni adalah malam terakhir Ramadhan 1430 Hijrah, malam yang telah mengguris sekeping hati untuk berlari pulang ke rumah!


Malam ini juga malam pertama blog ini ditulis, dengan dedikasi khas tajuknya untuk kekasih gelap hamba, sang Habib An-Najar!


Kenapa kekasih gelap? Kerana ia menemani hamba di kala gelap.. dan ia yang menemani hamba di kala duka, ia sering membuat hamba tersengih sendiri, dan dari dia hamba sering menangis!


Kerana ia sekadar kekasih gelap hamba, ia sering membuat hamba geram! Kadang-kadang hamba ketuk dia! hamba denda dia, kerana dia kekadang degil dengan hamba, lambat menjawab bila hamba bertanya, tapi hamba sedar, dia cuma kekasih gelap hamba!


Kehadirannya dalam hidup hamba tidak disedari manusia lain, waima oleh ayahbonda hamba sendiri, tetapi rasenye flatmates hamba dapat menghidu. Apakala hamba seolah bersembunyi di kamar hamba, itu maknanya hamba sedang berbicara dengan kekasih gelap hamba, Habib An-Najar!


Hamba dan Habib hamba ini mula berhubungan sejak lebih kurang 2 tahun lepas. Ketika itu, hamba baru mula bekerja di UMT, ketika itu juga hamba sering diserang penyakit weng bila ingin mula bekerja dengan komputer pejabat hamba, dan kerana itulah, Habib hadir dalam hidup hamba, menyelesaikan masalah yang tak terungkai! Dan kerana kaseh hamba kepada Habib, hamba bawa dia ke New Zealand! Kami bersama di sini, dulu Habib ok je, bila hamba ade banyak sangat kerja-kerja dan masalah, Habib tegar membantu, tapi sekarang Habib dah lain, kalau hamba sibuk sikit dan terlebih mempergunakan dia, Habib merajuk! hamba geram!


owh Habibku, duhai kekasih gelapku, jangan disiksa daku seperti ini! kalo tidak, akan ku cari pengganti dirimu! Habib, jangan menyesal!