Wednesday, September 30, 2009

Aku Semut Merah



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuan hamba sidang pembaca yang dikasihi sekalian,


Ingat tak kecik2 dulu, masa UPSR -kite kene wat karangan pasal 'bende'. Contohnya pasal 'aku adalah sebuah kereta'. Atau 'aku adalah sebatang pensel'. Femes kan contoh2 karangan pasal tu. Enjoy je buat. Bila dah makin besar, terpikir balik, asal la cikgu suh wat karangan macam tu. Dah terang2 kita bukan sebuah kereta. Tapi rupa2nya, bila dah lebih besar dari 'makin besar', barula tau , ade gak hikmahnya cikgu suh wat karangan macam tu! Sebab bile kite sedeh dan tak jumpa jalan penyelesaian untuk sesuatu, kita cuba gambarkan diri kita macam bende yang lain. Di situ, kita akan jumpa kelebihan kita dan takdela rase teruk sangat. Sebab bile hamba bandingkan diri hamba dengan sebuah kereta misalnya, hamba rase diri hamba jauh lebih baik dari sebuah kereta, Alhamdulillah, sebab hamba tak takut akan berkarat dan dibuang ke tempat pengumpulan besi buruk bila da tua nanti!

So arini hamba pun karang balik esei yang hamba slalu nyampah nak buat mase kecik2. Tajuk karangan hamba ialah 'Aku Seekor Semut'. Bagi cikgu2 penyemak kertas peperiksaan UPSR, pertimbangkanlah karangan hamba ni ye! Mane tau kot2 dapat A!





Aku seekor semut merah. Aku hidup di dalam sebuah busut nun di atas bukit. Di dalam busutku itu, aku tinggal bersama dengan Permaisuri, Penghulu2 dan Kuli2 macam aku. Hidup kami sungguh teratur dalam sebuah organisasi sosial yang utuh. Semua haiwan lain cemburu melihat kepintaran kami dalam bermasyarakat sesama kami. Manusia juga kagum dengan kami, sebab itulah kadang2 bila tiba malam jumaat, ade beberapa manusia datang ke busut kami, membawa pulut kuning dan ayam panggang sebagai hadiah! Kami pun jadi keliru dengan manusia! Oh, kami sungguh terkejut!


Di dalam busut itu, kami hidup rukun dan damai. Kami jarang bergaduh di antara satu sama lain. Aku sebagai kuli cuma patuh pada perintah dan ke hulu- ke hilir mencari makanan untuk ahli-ahli di busut kami itu. Setiap kali keluar, kami jarang melencong ke mana2. Hidup kami cuma dalam busut itu, dan cuma bertemu dengan semut2 yang kami kenali sahaja.


Pada suatu hari, semasa sedang mencari makanan di luar busut, aku terjatuh ke dalam lubang. Kawan2 ku tidak menyedari bahawa aku telah terjatuh. Tiba2, aku melihat sepasang sayap yang indah terbang di atasku. Pemilik sayap itu membantu aku terbang keluar dari lubang yang dalam itu. Maka dengan izin ALLAH, aku pun terselamat.


Selama ini, aku kira, aku cuma boleh bercakap dengan semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan lain yang boleh bercakap bahasa yang sama dengan ku. Selama ini, aku mengira bahawa aku hanya boleh mempercayai semut2 lain di busutku sahaja. Rupa2nya masih ada haiwan bukan semut yang boleh membantu aku. Aku berterima kasih kepada haiwan itu, kawan baruku yang bernama rama2.



Aku berlari pulang menemui kawan2 semutku, dan aku bercerita dengan mereka rupa2nya ada haiwan yang baik juga di luar sana. Semut2 yang lain terdiam, tapi selepas itu, mereka mengasingkan aku. Aku menjadi seekor semut yang bingung! Aku sunyi! Lalu aku keluar lagi untuk bermain dengan kawan baruku. Padanya, aku ceritakan kisah2 suka dan duka ku. Aku senang melihat dia ketawa bersama ku, dan aku sedeh melihat dia menitis kan airmata bila aku menangis! Wah, rupa2nya haiwan bukan semut pun ade air mata! Rupa2nya haiwan bukan semut pun boleh ketawa! Wah, aku sungguh kagum. Aku ingatkan hanya semut2 yang ber'jiwa' sepertiku! Rupa2nya banyak kisah yang menarik di luar busutku.

Pada suatu hari, aku melihat kawan baru ku mencuri madu dari bunga, aku tanyakan kepadanya, kenapa mencuri? Mencuri itu berdosa! Kawan baru ku terdiam, "Owh, berdosakah? Maaf, tidak tahu!" Jahil juga kawan baruku, hehe. Lalu padanya aku terangkan apakah itu dosa, dan apa itu pahala. Rupa2nya kawan baruku langsung tidak tahu. Dia belum pernah mendengarnya. Jadi, dia telah membuat aku menjadi sabar untuk memberi penjelasan. Pada mulanya, aku memberitahu dengan suara lantang, tapi dia menunjukkan riak tidak percaya. Maseh sibuk dengan "bzzzz, bzzzz", sebutan kegemarannya. Aku lalu duduk di sebelahnya, mengusap sayapnya, melentur jiwanya dengan ucapan yang indah, seperti ucapan yang selalu dia ungkapkan! Lama-kelamaan dia lalu tunduk, terdiam dan angguk! Walaupun aku mengikut gayanya, bukanlah aku berniat ingin menjadi rama2, aku cuma mahu merasekan apa yang dia rase, supaya aku bisa memahami dan membantunya.


Sebenarnya, aku boleh memilih untuk melarikan diri dari kawan baru ku. Kenapa aku harus berkawan dengan kawan yang mencuri! Jahil pula! Kenapa aku tidak pulang terus ke busutku? Dan duduk diam2 bersama kawan2 semutku?! Jawapannya, kerana jika aku lari, haiwan2 lain diluar busut kami tidak akan pernah tahu tentang adab yang betul. Tatasusila yang murni. Kalau bukan kami, sang semut yang mengajarkan erti bertawakkal kepada ALLAH dalam mencari rezeki kepada haiwan2 lain di sekeliling kami, siapa lagi yang harus memegang tanggungjawab itu? Dan jika aku lari, apa tanggapan rama2 kepadaku? Nanti rama2 membawa konco2 nya menyerang busut kami, kawan2 ku juga akan merana! Bukanlah aku takut pada rama2, tapi aku cuma mengamalkan perintah ALLAH untuk berbuat baik sesama makhluk!


Akan tetapi, kawan2 semutku kurang gembira. Aku dilihat mereka sudah beransur menjadi seperti rama2 (aww, chantekla kalo jadi rama2!). Lalu kepada kawan2 semutku , aku katakan, "Tidaklah aku mampu menjadi rama2, kerana aku tidak punya sayap seindah dia, aku cuma ingin hidup bermasyarakat bersama dia. Aku cuma mahu menjadikan pujian haiwan2 lain tentang kehidupan sosial kita yang tersusun sebagai kenyataan. Dan aku juga tidak mahu celaan haiwan lain yang mengatakan kita sombong dan tidak ambil peduli tentang haiwan lain sebagai sebuah kebenaran. Tetapi aku ini seekor semut yang jahat, tidak sebaik kalian, wahai semut2 kesayanganku. Aku ini jahat! Dan sekiranya aku sudah jahat di mata kalian, maka kembalikanlah aku kepada undang2 semut yang benar! Tapi tolonglah kembalikanlah aku dengan cara yang benar. Jangan dengan melemaskan aku dalam air sinis yang kalian alirkan di lohong busutku. Aku mohon dengan sangat, jangan membuat aku merase sudah tidak tertahan untuk hidup di busut ini lagi. Walaupun pada hakikatnya aku tidak akan ke mana2, selagi aku masih seekor semut!"

Tammat.



Selesai sudah karangan UPSR hamba. Hamba sudah terlewat selama 13 tahun untuk menghantarnya pada cikgu Bahasa Melayu hamba di Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, pada mase itu, cikgu Che Hashim bin Isa. BUat pengetahuan tuan hamba semua, karangan ini tidak semestinya ada kene-mengena dengan mana2 manusia, katapun kisah Sang SEmut, haha.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah, Ibn Umar)

2 comments:

  1. wahai cik lengkuas, mana signature nye?

    ReplyDelete
  2. cik leman, signaturenya bakal menyusul di entry seterusnya! (hnsss, fa ni, orang nk supres la!)

    ReplyDelete