Soal hati hamba yang tak keruan ni! Yang perlu hamba luahkan di sini!
Hamba ni yang sebenarnya, cuma nak berkongsi rasa terhadap perlakuan yang telah merobek luka hati hamba dan insan2 di sekeliling hamba.
Perlakuan itu ialah seperti menceritakan tentang sesuatu hal yang tidak sepatutnya diceritakan kepada orang2 sekitar. Hamba bukanlah seorang yang suka menceritakan masalah peribadi hamba, jika ada. Namun, kekadang, bila hamba merasakan ingin berkongsi, dan rase teraniaya, maka hamba pun mencarilah mangsa untuk berkongsi masalah atau perasaan hamba, jika ada. Mungkin silap hamba, terlalu meletakkan kepercayaan pada orang2. Tapi takpe, selepas hari ini, hamba akan lebih berhati2.
Kadang2, bile kite bercerita, kita seolah2 dalam dunia kita sendiri. Kadang2 kita bercerita hanya pada seorang kawan yang sangat kita percaya. Tapi rupe2nye di sekeliling kita ada orang lain yang mungkin memasang suis on telinga nya. Itu bahaya! Kadang2 kite tak rase pun apa yang kite cakapkan itu memalukan kita. Tetapi pada suatu hari, kita mendengar dari orang lain tentang kisah kita itu, tetapi dari dimensi yang berbeza! Yang sama sekali tidak benar!
Ya, mungkin juga orang yang terbercerita itu tidak berniat untuk menukar keadaan menjadi sebaliknya. Kadang2 hamba bercerita kisah sedeh dengan nada gembira dan senyum simpul, tapi apakah maksudnya hamba tidak bersimpati? Kadang2 hamba bercerita kisah suka dengan nada sayu, tapi apakah maknanya hamba cemburu?
Kerna hamba tidak sempurna. Dan hamba pasti semua orang2 di keliling hamba juga tidak sempurna. Walau bagaimanapun, hamba tetap sayang orang2 di sekeliling hamba. Suka untuk hamba ingatkan, kejadian seperti ini bukan berlaku pada hamba sahaja, tapi manusia di seluruh dunia. Bukan hanya di Kelantan, Terengganu atau Malaysia amnya, tapi di New Zealand jua. Kerana itu, pesan hamba, janganlah kita bercerita sesuatu yang tidak kite ketahui secara dalam tentang orang lain. Kecuali penceritaan itu untuk membantu dirinya bebas dari masalah. Fikirlah berkali2 sebelum bertindak, kerana boleh jadi, disebabkan sikap kita yang tidak jujur bercerita, orang lain yang menanggung akibatnya. Malah disebabkan mulut kurang insurans kita, hubungan orang lain plak yang huru-hara.Secara jujurnya juga, hamba ingin memohon maaf secara terbuka, kalau hamba sendiri telah mengumpat dan membuka aib orang lain, samada hamba sedar atau tidak. Dan hamba juga memaafkan segala salah dan silap orang lain terhadap hamba. Hamba berdoa agar kita sama2 beroleh hidayah dan tidak mengulanginya lagi. Hehe
"Dia yang menghadirkan cinta dalam diri kita..cinta yang juga hanya bagiNya..yang senantiasa kita pelihara sekuat tenaga agar hanya bagiNya saja.. begitu juga cinta ana pd ukhuwwah fillah dan jg antum ya ukhti.. Ana uhibbuk.. Allahhummassyad!
ya Allah aku mencintai saudaraku ini karena Mu.. saksikanlah ya Rabb.."
Kredit untuk http://syahjaya.wordpress.com/2009/07/02/sebuah-balasa/ kerana hamba telah meng kopi dan mem pastakan puisi ini ke blog hamba! Makaseh ya Pak!
Sekadar peringatan untuk diri hamba dan tuan hamba:
'Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada ALLAH , sungguh ALLAH Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.' (Al-Hujurat, 12)
No comments:
Post a Comment