Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Lagi rentetan peristiwa di hari raya. Memandangkan semalam adalah hari sekolah, kami menjangka cukuplah sekadar pergi ke masjid dan kemudian pulang ke rumah membawa haluan masing2! Tapi ternyata sangkaan kami meleset! (ayat skema esei ting.5)
Usai dari masjid, beberapa 'kami' telah menyerbu rumah nad untuk breakfast hari raya. Punyerla semangat kami ke rumah nad, bile jejak je ke ruangan visitors parking di bangunan apartment itu, masing2 termangu, sebab masing2 tak tahu rumah nad nombor berapa, dan tak tahu nak ketuk pintu mana, hehe, semangat je lebey!
Yang bestnyer, kami meneruskan langkahan kaki ke setiap row apartment itu, dan mengintai2 kalo ade tanda2 seorang nad atau leha di dalam setiap apartment! Tiba-tiba dari kejauhan, kami nampak tuan rumah berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi-tinggi landai ke rumahnya. Wah malu kami pada mase tu tidak tergambar dengan kata2! well, inilah dinamakan hari raye, rumah terbuka sebelum tuan rumah membukanya!
Apepun, time kasih Nad, Leha dan jugak Lynn atas anjuran breakfast hari raya yang sangat mantop! (jugak time kasih kat kak eziey atas kek yang sangat sedap!) Kalah breakfast pancakes kat Capers! Yang paling penting, free gitu!
Kami pun bersegera menunaikan kewajipan breakfast sebelum meneruskan perjalanan ke rumah-rumah lain, dan sebelum meneruskan pembikinan slide show untuk presentation seorang hamba ALLAH pada tengah hari raye itu, hehe
p/s: presentation hamba ALLAH itu telah dicancelkan setelah dia dengan tanpa segan silunye meminta ditangguhkan, maka selepas itu, si dia itu telah kelihatan di kebanyakan rumah terbuka di serata Dunedin, New Zealand dengan muka ceria dan tanpa rase bersalah! ish3
Name pun raya sakan, dari pergerakan secara solo ke rumah kak Manisah, dah menjadi lawatan berkumpulan ke rumah2 sekitar London St. Dan selepas itu pula, dengan ihsan abg. Rizal dan Kak Manisah (a.k.a mak ayah angkat hari raya), kami konvoi 3 kereta ke rumah veteran Dunedin yang dihormati, Abg. Asri dan kak Sue! Sebelum patah balik semula untuk menziarah rumah terbuka warga Dentistry Dunedin. Yang menariknya di situ, i tak dijemput pun, tapi oleh kerana hari tu i pakai bedak 4 inci kan, so perasaan malu tu dah dicover dengan bedak i! (ini sekadar ayat penambah perisa, ok! Maaf! :P)
Kalo diperhatikan betul2, gambar2 di atas hanya terdiri dari orang yang same setiap mase, tapi suke diingatkan, rumahnya lain2 ye, dah tuan rumah sibuk melayan tetamu, kami amik je lah gambar suasana rumah! hehe. Dan kalo rumah pun nampak same, biaselah, rumah2 di New Zealand memang macam tu, ayat standard!
Dari breakfast bwk ke lunch dan dari lunch sampaila dinner dan supper! Ajeki murah hari ni, rezeki jangan ditolak! Last2 bile dah rase kuah kuzi mix dengan rendang daging, roti jala dan ayam masak merah (campur sebati guna mixer semulajadi) dah sampai di 'tenggorok', mata pun dah redi nak tutup anytime, kami pun serbula rumah terakhir yang juga rumah ke-8 untuk hari raya pertama, iaitu rumah anak2 dara sunti! Rumah terakhir ni siap ada pulut kuning gitu!
Terima kasih semua atas jemputan dan ketidakjemputan yang dihadiri dengan sengaja dan tidak sengaja! Rumah terbuka ku dipandang sepi, kerana kami masing2 berumah terbuka di rumah orang lain. Lagipun kami serumah tak prepare sangat pun, setakat apa yang ada ajelah. Menu wajib - lodeh, nasi himpit, kuah kacang, rendang n biskut, burpp, alhamdulillah!
Kronologi raya ke-2 dan seterusnya bakal menyusul, raye kan sebulan!
Di atas tilam, ku panjatkan padaMu Tuhan, kesyukuran yang tidak berbelah bagi, atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.
"Dengan nama Mu ya ALLAH aku hidup dan mati!"
Gelap!
No comments:
Post a Comment